Entri ini bukan untuk renungan yang membaca saja, tapi juga kepada diri yang menulis dan seisi keluarga sama. Semua kita telah maklum betapa harta paling berharga adalah masa. Saatanminalhad. Bagaikan sesaat saja hidup di dunia ini. Kekerapan menggunakan teknnologi canggih terutama telefon bimbit sehingga melalaikan kena sekat segera. Menatap skirn monitor tidak jemu-jemu. Betulkan niat yang ada. Cari yang memberi manfaat dari teknologi itu. Sesekali tergelincir segera patahkan balik niat yang sepatutnya untuk berada di garisan syarak. Saling ingat-mengingatkan tidak kira ibu, bapa, anak, cucu dan seterusnya.
Mahu berselfie tidak menjadi masalah. Mahu berkongsi tidak menjadi masalah. Tetapi kena fikir dua-tiga kali bahkan kena berkali-kali apa motif disebaliknya. Dengan siapa dikongsikan itu semua? Bila direnung balik boleh buat kita terpempan seketika. Berbolak-balik hati ini mahu menjawab soalan yang lahir dari diri sendiri. Aduhai hati! Apa jawapan pasti yang ada di dalam hati? Merenung telefon bimbit boleh dibuat berjam-jam namun membaca kitabullah yang menjamin keabadian di 'sana' tidak mampu dilakukan. Wahai hati segera berubah untuk kebaikan. Bacalah walau sedikit tapi istqomah yang berpanjangan.
Tutup talian atau tukar mode ketika mendengar ceramah tidak kira ceramah agama atau apa juga majlis yang tidak sepatutnya ada gangguan deringan yang keluar dari telefon bimbit kita. Hormati orang sekeliling, dan hormati waktu tertentu.Waktu-waktu seperti bersolat jemaah terutamanya kena lebih maklum. Mendengar deruman kereta tidak menjadi masalah tetapi bila mendengar deringan telefon ketika bersolat sedikit sebanyak khusyuk akan terjejas. Kalau menjejaskan seluruh ruang solat apakah kita rasa senang hati? Bersama kita ingat-mengingatkan masa hidup ini terlalu singkat. Bukanlah bermakna untuk dihapuskannya tapi kita kena menguruskannya dengan baik.
~~ Lihat gadget canggih yang kita ada. Adakah ia membawa kita ke jalan kebaikan atau sebaliknya. ~~
tajuk entry yang sangat bermakna kak.. zaman sekarang orang banyak buang masa pada gadget sampai takde masa nak luang masa dgn ahli keluarga..
ReplyDeleteRamai yang tidak peka, malahan berbangga dengan gadget yang mereka ada sehingga orang lain menjadi tidak selesa...
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan dan teguran ini.... sungguh bermakna
ReplyDeleteBetul la kak, saya pun dalam proses nak ubah diri..Kena nengok pro dan kontra dan kena seimbangkan semuanya..Tepuk dada tanya diri..Memang mencabar kekuatan mental..Sekarang saya nak ajar diri lebihkan banyak membaca macam dulu2..Means kurangkan sikit mengadap phone jer. Banyak menganggu hubungan keluarga pun yea gak, rindu waktu dulu2 takde phone tapi boleh duduk berbual dengan keluarga, sepupu dan kawan2 bertukar2 cerita..
ReplyDeletebetul kak..astaghfirullah semoga Allah ampunkan dosa kita
ReplyDeleteassalamualaikum kak zakie..hrp sihat2 aje..lama amie x berkunjung ke sini..agak sibuk sejak naik keje haritu...betul la kak..kdg2 di setiap majlis pun rasa terganggu dengan sikap masing2 tengok hp sedangkan sdg bermesyuarat..hormatilah org yg sedang berucap di hadapan tu..kesian dia..byngkan kita di tempat dia..
ReplyDeleteBetul kata kak zakie, ade gak yg terkene diri sendiri, InshaAllah akan perbaiki kesilapan diri, utk tidak ulangi, Terima kasih kak Zakie sedarkan diri ini...
ReplyDeleteMekasih atas peringatan dan perkongsian kak. Betul apa yg diperkatakan tu. Kalau nak solat tu, tutuplah sound HP tu kejap. Atau vibrate kan aja. Bukan lama pon nak solat. Memang mengganggu jemaah lain nak solat klo dengan bunyi HP nih.
ReplyDeleteTeknologi kalau digunakan dengan cara yang betul, kita yang dapat faedahnya. Tapi makin canggih teknologi, makin berleluasa disalahgunakan.
benar tu..teknologi canggih ilmu Allah yg ilhamnya diturunkan bersesuaian dgn masa n keperluan hamba-hamba-Nya harus dimenafaati n urus sebaiknya.
ReplyDeleteSinggah pagi...
ReplyDeleteCanggih bertempat... :)
kena sentiasa bersederhana kat mana berada atau dalam apa-apa situasi pun kan? peringatan yang cukup baik ni kzakie.. moga kita bolehla kurangkan masa untuk melakukan benda2 yang tak mendatangkan kerugian, moga memanfaatkan apa yang ada dengan cara yang baik sahaja..
ReplyDeleteterima kasih atas teguran ini kak..terima kasih atas peringatan ini kak..
ReplyDeletesebetul nyer sejujur nyer terasa jugak la hati saya..tapi saya terima dgn berlapang dada..terima kasih kak..
gadget ni memudahkan tapi pada yang sama melalaikan..kena lebih berhati-hati dan muhasabnah
ReplyDeletebetul tu kakzakie. sewaktu duduk dalam majlis ilmu di masjid, ada seorang penceramah secara terbuka menegur muslimah yg berselfie dalam masjid. mungkin dia tak sedar ustaz tu dok perhatikan kelakuan mereka. apa2pun kita kena jaga adab. adab dalam majlis, adab tuntut ilmu, adab dalam masjid....
ReplyDeletesetuju dgn kakak...terima ksih sbb ingatan falsya yg kadang leka..
ReplyDeleteperingatan yang sangat2 berguna.. sekarang orang lebih sibuk melayan gadget sampai tak ada masa nak bersembang walhal depan mata je pun... :)
ReplyDeletegreat notification kak....
ReplyDeleteItulh kak,semua btul apa yg kak nukilkan ni..
ReplyDeleteDimna2 pun kak..kn...mkin teruk,tenat,sakit...
Berjayalh si laknat yahudi tukn...dgn agenda dia..
Bila terlma sikit bergadjet tu..saya istigfar berkli2..terus bca al Quran..lma2..
Tqvm kak...love you..
Allahu~ muhasabah diri sendiri (T____T)
ReplyDeletetq kak zakie atas perkongsian
Perkongsian dan peringtaan yang berguna kakak. Terima kasih. Kena kawal penggunaan benda ni untuk diri dan keluarga. Insyallah akan ada kebaikannya.
ReplyDeleteBetul tu kakzakie, kena uruskan teknologi dgn betul..
ReplyDeletekekadangan hubungan keluarga menjadi renggang..
masing2 sibuk dgn media sosial..
ucapan selamat hari lahir pun melalui wasap..
tiada lagi peluk cium yg diberikan.
sama-smalah kita ingat mengingati...thanks sharing kak...
ReplyDeletesama2 kita saling mengingatkan kak zakie..teknologi memang melalaikan.
ReplyDeleteKalau dipikir2kan gadjet nie nie mcm kunci2 syetan jgk tuh melalaikan kita..orng muslim boleh guna gajet nie tp kena betul cara n tidak melalaikan..tgk nawaitu lah..kalau nak pegi masjid, apa kah kepentingannya nk berkepit ngan henpon sbb kita dtg nk cari pahala, dekatkan diri pd tuhan..itulah kita..terlalu terikut2...
ReplyDeleteSaya selalu dikatakan ketinggalan. Walaupun ada fb tapi sekadar cuma berupdated pasal tumbuhan atau photo sahaja. Sebenarnya saya tidak mahir dalam hal gadjet2 canggih ini. Smart phone baru bulan lepas guna dan baru duk mula berlajar whatapps.itupun sebab boss yang hadiah dan dia juga beriya2 suruh saya berlajar guna semua aplikasi yang ada. Payah sangat saya rasa. Anak2 & husband ckp nanti saya pun akan gila & terleka...Eh, sorilah...me not like that ya...tengok pokok lagi bagus..hehee..
ReplyDeleteLebih canggih teknologi bukan lebih menjaminkan semuanya bermanfaat...sekiranya tak digunakan dengan cara betul...teknologi tak salah sebab yang menciptanya pun manusia sendiri...cumanya kalau disalah guna tu menjadikan teknologi itu tak bermanfaat..
ReplyDeletesaya setakat ni masih mampu bertahan dengan phone nokia yang nak kena tekan 4 kali baru dpt huruf "z" hihhih.. bukan anti dengan teknologi, laptop saya guna jer.. cuma tu la... takut saya tak boleh nk urus, limitkan benda2 ni.
ReplyDeletecabaran..mengurus gajet mmg payah kak. Ni masalah dari yg kecik sampai yg tua.
ReplyDeleteOh, memang tidak boleh berkompromi bila kita tengah cuba nak khusyuk bersolat tetiba diganggu bunyi telefon. Even kalau di rumah pun boleh terganggu kekhusyukan. Kena berpada-padalah bila menggunakan apa jua gajet yang ada demi mengikut perubahan arus.
ReplyDeletebetul tu kakak.
ReplyDeleteperingatan tyang bagus.. terima kasih kakak
Kebijaksanaan..mengatur dan membuat percaturan..arah mana..laluan mana..menikmati kecanggihan teknologi sama..namun tahap memanfaatkannya berbeza..didik hati..tarbiah akal..pilih yang Allah dah tentukan nikmatnya..tinggalkan apa yang Allah dah amarankan azabnya..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...betul tu sama2lah kita beringat...
ReplyDeletekak.. kadang2.. saya sendiri tak pandai urus teknologi.. terima kasih atas ingatan..
ReplyDeleteinfonya sangat menarik..
ReplyDeletemantap..
salam sukses..
syukran di atas peringatan..ada penceramah sifatkan 'budaya tunduk, tak bercakap'..jiran saya buat peraturan, masa makan sekeluarga, hp semua kena letak tepi..
ReplyDeleteguna teknologi untuk mendekatkan diri dgn Allah, mengeratkan silaturahim..boleh je download apps Al-Quran, al-mathurat, dll..
Salam kz ..
ReplyDeleteMenggunakan hnfon utk menyimpan info dan nota pmbelajaran. Blh baca di mana2 . apatah lg ex dh dekat ni ...
Apapun peringatan yg baik
Salam kz ..
ReplyDeleteMenggunakan hnfon utk menyimpan info dan nota pmbelajaran. Blh baca di mana2 . apatah lg ex dh dekat ni ...
Apapun peringatan yg baik
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteTerima kasih atas ingatan yang bermanfaat.
Tidak salah menyukai kemajuan teknologi tetapi biarlah ada "kira-kira". Baik dan buruk terpulang pada diri sendiri.
Salam kz ..
ReplyDeleteMenggunakan hnfon utk menyimpan info dan nota pmbelajaran. Blh baca di mana2 . apatah lg ex dh dekat ni ...
Apapun peringatan yg baik
Bukan saja dalam.majlis ilmu..waktu berkursus pun rasa tak selesa sangat bila diganggu bunyi dari gaget tu kakzakie
ReplyDeleteteknologi yg ada seharusnya digunakan apabila diperlukan dgn cara yg baik, namun kerana obses; teknologi memakan si pemakainya. saya jika berada di tempat awam sebolehnya jarang membelek2 telefon takut nanti ada mata yg 'memerhati' barang2 yg berada dgn kita.
ReplyDeleteBetul tu kak. Gunakan apa yg ada sebaik nya. Baru la bermanfaat.
ReplyDeletesetuju sangat,kak.teknologi ni kalau kita pandai urus,in shaa Allah takkan memudaratkan.terima kasih juga atas peringatan ni.
ReplyDelete