Tuesday, August 18, 2015

Bertingkat-tingkat mangkuk baru kenyang

Sudah beberapa kali sejak syawal minggu ke dua lagi merancangnya untuk ke sini tetapi tidak terlaksana. Setiap kali mahu keluar sebaik anak-anak habis mengaji ada tetamu bertandang mahu beraya. Ada juga bila melihat kita sudah siap berpakaian ada anak mengaji yang mahu ikut sama. Kalau makan di sini dengan budak-budak yang lebih kecil dari adik rasanya kurang sesuai kerana majoriti hidangannya pedas.  Jumaat kami bawa anak-anak yang mahu ikut kami makan ke Restoran Singgah Selalu dan hari Sabtu baru kami sekeluarga saja ke Restoran Boat Noodle ini.

Kerabu mangga - Sudah tinggal separuh baru teringat mahu difotokan. Pedas menyengat tapi sedap.
Lobster - Melihat dari buku menunya besar tetapi sekali datang biasa saja. Sebab itu kami sangkakan lobster di sini murah iaitu RM 89.90/- tapi baru tahu murah dari biasa sebab sizenya tidaklah sebesar mana. 
Habis - Ini mangkuk mama, Kak Meen dan papa. Kami makan mee sup dan mee tomyam.
Ada lagi - Ini mangkuk adik, Kak Reen dan papa. Setiap mangkuk kalau tidak ada meatball mesti ada udang. 
Anak mama - Sebenarnya mereka bertiga inilah yang merancang tempat makan. Mama-papa biasa ikut saja. Apa yang penting bila mereka puas dan kenyang.

Balik - Alhamdulillah... tertunai sudah apa yang dimahukan. Sebelum ini makan tanpa Kak Reen kini sementara Kak Reen cuti sem lagi gunakan masa bersama dengan sebaik-baiknya.
Semalam sekali lagi kami dikejutkan berita menyedihkan. Anakanda Amani binti Jamil, jiran sederet rumah aku meninggal dunia di usia baru 10 tahun. Seorang anak yang bijak, lemah-lembut dan pandai menghormati orang. Pengawas sekolah sessi sekolah agama dan kebangsaan. Sakitnya sekadar batuk yang bermula pada hari Jumaat, semalam di bawa ke hospital oleh cikgunya apabila kelihatan sesak nafas, tetapi petang lebihkurang jam 3:30 petang sudah menghembuskan nafas terakhir. Tidak ada yang menziarahi tidak mengalirkan airmata termasuk semua guru-gurunya. Salam takziah buat Mariani dan Jamil dari kami semua. Allahyarhamah menantimu di pintu syurga. Al-fatihah.

~~ Sesungguhnya mati itu benar, tidak ada yang hidup tidak menemui mati. Innalillahi wainnailaihi roji'uun. ~~

53 comments:

  1. Bnyaknya mangkuk2 ...brtingkat2.
    Al fatehah utk ank jiran kakzakie,takziah utk mkayah arwah...disyurga dia mnanti .

    ReplyDelete
  2. Allah...sedih nyer..anak sekecil itu diambil dari ibu bapanya..walaupun redha tapi hati tetap kepiluan kan kak :(

    ReplyDelete
  3. Bnyaknya mangkuk2 ...brtingkat2.
    Al fatehah utk ank jiran kakzakie,takziah utk mkayah arwah...disyurga dia mnanti .

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat ilahi..amin..
    Meriahnya kak..baru seronok bila makan cukup ahli keluarga..nanti bila anak anak dah ada keluarga sendiri..moment ni jadi kenangan manis..

    ReplyDelete
  5. Memang kena makan banyak mangkuk baru kenyang ye kak? Mi nya letak sikit sangat ke? Takziah untuk keluarga arwah adik tu..Moga syurga miliknya..Al-fatihah ~

    ReplyDelete
  6. innalillahiwainnailaihirojiun...

    ReplyDelete
  7. Sedap kan makan dekat sini. Nanti nak try lah kerabu mangga tu :D

    ReplyDelete
  8. MAKAN BERSAMA KELUARGA DITEMPAT YG DIYAKINI MENYELERAKAN...SEDAPNYALAH..
    SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA AMANI JAMIL..
    HARI INI KITA BERSUA NTAH ESOK SUDAH TIADA..

    ReplyDelete
  9. alfatihah ..

    *singgah sini zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Amboi, kalo dah mangkuk bertingkat tu Mesti mknannya Sedap kan kak..hi hi..

    Apapun, takziah bt kluarga Adik Amani..al-fatihah

    ReplyDelete
  11. Wah bermangkuk2 mkn... bestnyer bila dpt nkmerasa boat noodle ni.. hihi
    Takziah utk adik tu...
    Alfatihah...

    ReplyDelete
  12. Boat noddle ni portion di kevil kecil kan kak?
    Sy ingin nak cuba nt...insyaAllah
    Sedihnya seawal 10 tahun Allah dah ambil balik.
    Tapi positifnya anak itu pasti akan ke syurga.
    Sy doakan anak jiran akak tenang disana..Amin.

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  13. mak aihh.. bertingkek-tingkek kak.. sedap bebenor tu.. hihi..

    ReplyDelete
  14. senyum jer bila baca dan tengok gambar2 tu..
    tapi bila baca perenggan akhir..sedihnya rasa..
    semoga ibubapa arwah tabah menghadapi ujian ini..al Fatihah.

    ReplyDelete
  15. Salam...
    Singgah pagi =)
    selalu jugak dgr restoran ni..
    InsyaƁllah one day sampai jugak =)

    ReplyDelete
  16. Wah..sedapnya makan-makan. Sampai bertingkat mangkuknya.

    ReplyDelete
  17. Mengapa banyak menggunakan mangkuk tu kakzakie..
    Bertingkat-tingkat banyak.. seumpama byk benar makanan yg di oder..
    Seronok bila dapat makan sekeluarga dgn semua anak2 ada ye kak..

    Al fatihah.. mudah sungguh kematiannya.. telah sampai ajalnya.. Takziah buat keluarga jiran akak tu.. semoga tabah dgn ujian ini..

    ReplyDelete
  18. Terkejut jugak memula dulu tengok bila ada yg up gambo mangkuk bertingkat2 camni...banyaknye diorng makan fikir saya...rupenye secoet je mee dlm setiap mangkuk....tak pernah makan lagi mee camni kak....tahziah pada seluruh keluarga arwah....masih terlalu muda sudah di jemput ilahi...yg pasti dia yg akan menanti mak ayahnye di pintu syurga kelak

    ReplyDelete
  19. seronok tu kak..mknn sedap..dgn family lagi..

    semoga ibubapanya tabah..kita yg tak kenal pun sedih. Pemergian yg tiba2 gini mmg kesannya lebih.

    ReplyDelete
  20. bertingkek tingkek sampai,, mesti sedapp tu kak zakie,,interpreme lah sikit alamat restoran tu hihi,,manalah tahu suatu hari nanti saya sampai gak sana hihi

    ReplyDelete
  21. Inna lillahi waiinailaihi roji'uun...sedih pulak saya kak..lebih kurang sebaya Yana lah tu....mudah sgt cara Allah mengambilnya semula kan kak...

    barulah seronok mkn bila anak2 semua ada bersama...tu yg sampai bertingkek-tingkek mangkuk makn..sedap sgt lah tu...

    ReplyDelete
  22. kat restoren AROI Thai pun macam ni jugak, makan bertingkat2 mangkuk baru kenyang. 1 mangkuk harge dalam RM 1.90

    ReplyDelete
  23. Sedihnya... takziah pd keluarga anakanda Amani.. semoga parents arwah bersabar menghadapi musibah yg melanda..

    Hmm.. kecur air liur dgn kerabu mangga tu.. alhamdulillah sekeluarga dapat berkumpul untuk santapan hidangan istimewa..

    ReplyDelete
  24. Salam takziah buat keluarga jiran kakzakie.
    Tentu sedap makanan kat restoren tu sebab mangkuknya bertingkat2.

    Alfatihah..

    ReplyDelete
  25. banyak makan tp sedap kan hehehehehe

    kerabu mangga tu paling terliur.

    Al fatihah. Moga syurga untuknya

    ReplyDelete
  26. innalillahiwainnailaihirajiun..mesti sedih ibu ayahnya..tp pasti ada hikmahnya kan...

    best nampak boat noodle ni kak..aishh..bilala agaknya dpt merasa

    ReplyDelete
  27. Mesti sendawa juga bertengkek tengkek..
    alhamdulillah
    gmbira hati anak2..

    ReplyDelete
  28. innalillahiwainnailaihirajiun

    Kembali kpd Pencipta


    ReplyDelete
  29. Salam rindu kakak...
    Cukup seronok bila baca cerita kakak kalau makan kat restoran Singgah selalu...nampak sedap sangat makanannya....bila le saya boleh sampai kat situ ...heee...

    p/s.. Semoga kakak sekeluarga sentiasa dalam perlindungan Allah selalu.

    ReplyDelete
  30. kerabu mangga tu yg buat Liza terliur,perghhh

    ReplyDelete
  31. SEdapnya.. pedas2 pulak terus terpercik liur hahaha.
    Innalillah untuk arwah jiran, ya Allah muda sangat lagi, Jannah for her.

    ReplyDelete
  32. Kat mana ni? Ka...saya terlepas?

    ReplyDelete
  33. suka tengok lobster tu..
    Salam takziah buat keluarga arwah..
    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  34. Nampak ceria ank2 akk dpt berkumpul mkn2 di luar bersama2. Bkn selalu dpt luang masa bersama kan kak.. Mencari masa berkualiti tu amat payah.

    Al fatihah. Mudahnya ank kecil tu pergi mengadap Illahi. Sakit biasa tiba2 sesak nafas.. Maisarah yg ada asma dan kerap batuk pun saya risai jugak kak. Dia tu asma menyerang selalu je diam2 x bg tau saya

    ReplyDelete
  35. Anak itu in shaa Allah jadi jadi jambatan ibubapanya ke syurga..mati itu pasti..
    Nengokkan mangkuk tu, mcm sakan betul makannya, hihi

    ReplyDelete
  36. Anak itu in shaa Allah jadi jadi jambatan ibubapanya ke syurga..mati itu pasti..
    Nengokkan mangkuk tu, mcm sakan betul makannya, hihi

    ReplyDelete
  37. waahhh....kalau sy pun mseti bertingkat2 magkuk nyer kak.....lobster tu sedap x kak??? coz ada org masak xsedap....rasa mcm rugi lak rasanya coz hrga mahal kan....tp kalau sedap dia masak mmg berbaloi la dgn harga nya hihihih

    ReplyDelete
  38. mngu lepas, kawan yang empunya tokey kedai makan ada jemput untuk makan percuma sempena menu baru dia "boat noodle" tapi kebetulan ada program lain. tak pernah lagi saya rasa....

    ReplyDelete
  39. Saya pun belum sampai lagi seru nak makan di Boat Noodle ni. Banyak dah katanya di KL.

    Innalillahi wainnailaihi roji'uun... mudanya dah pergi menyahut panggilan Ilahi. Betul ke kak sekadar batuk aje? Mungkin ada penyakit lain yang tak diketahui sebelum ni?

    ReplyDelete
  40. salam kak, lamanya ema tak bertandang ke sini... mak aih, bertingkat-tingkat tinggal mangkuk kosong tak berisi.

    ReplyDelete
  41. Salam Takziah buat keluarga jiran kakak.
    Seronok makan ramai-ramai macam ni.

    ReplyDelete
  42. Memang bertingkek makannyaa kalau gi boat noodle tuh.. iye layankan aje anak2 nak makan kan.. :)

    Al-Fatihah.. utk keluarga jiran.. Moga roh anaknya ditempatkan org2 yang beriman.. budak lagi..syurga tempatnya.. Aammiinn

    ReplyDelete
  43. sedapnya kak tgk menu lobster tu..
    dekat bangi pun ada boat noodle ni tp eija x berkesempatan lg nak try makan disana..tp mmg ada niat nak kesana jgk nanti..

    Alfatihah..buat anak jiran k.zakie..

    ReplyDelete
  44. Wah..dah besar dah anak-anak dara kak Zakie. Tentu lagi tinggi dari mama kan. Seronok makan bila cukop korum, kalau tak akan rasa bersalah pulak bila ada anak yang tak ikut sekali.

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum kakzakie...best kn boat noodle ni...akak x test boat noodle yg kat tepi sutera mall tu yer...kat situ pun sedap2...

    al-fatihah buat penghuni syurga...:(

    ReplyDelete
  46. banyaknya mangkuk tingkat tu...meriah sungguh...

    sedih plak baca kisah Adik Amani...penghuni syurga..

    ReplyDelete
  47. innalillah wainnailaihi roji'uun
    al fatihah

    belum pnh lg singgah ke boat noddle.
    kalau ada rezeki ke sana, boleh lah merasa..

    ReplyDelete
  48. nie yg kene repeat boat noddle lg nieh..hhehe

    al-fatihah buat adik amani..

    ReplyDelete
  49. Al-fatihah utk adik Amani..

    belum pernah ke Boat Noodles, sedap2 makanannya..

    ReplyDelete
  50. Terliur-liur tengok mangga tu.

    Al-Fatihah untuk si kecil Amani.

    Teringat pula masa Diana kena radang paru-paru hari tu memang mulanya batuk tapi rasa macam biasa, kemudian beberapa hari baru rasa sukar bernafas.

    ReplyDelete
  51. allahuakhbar...semoga arwah damai disana..alfatihah

    ReplyDelete
  52. comel dan manis anak2 dara tu :)

    ReplyDelete
  53. Tak pernah try Boat Noodle lagi ....mahal ke murah kanda? Bukan apa takut dinda order 3x ganda dpd mangkuk kanda hihi....
    Adik dah sama tinggi ngan kakak....

    Memang syurgalah tempatnya tu....mati itu pasti huhu

    ReplyDelete