Malam itu sambil Kak Reen mengemas dan memilih mana baju yang mahu di tinggal di rumah dan mahu dibawa yang baru balik sambung belajarnya (bukan baju baru tapi yang belum pernah dibawa awal September ini) kami berbual. Bersembang itu-ini sehingga timbul kisah anak 11 tahun yang melahirkan anak. Aku dan anak-anak sangat terbuka walau dalam hal seksual. Bagaimana susahnya proses melahirkan bayi kami sama-sama bercerita sehinggalah tahap bila doktor menggunting *'bunga' sebaik bukaan sedia untuk memberi laluan bayi. Anak-anak mendengar pun ngeri dan membayangkan budak 11 tahun itu melahirkan anak. Kasihan, sedih dan hairan semuanya bercampur-baur.
Adik: Agaknya dia tak belajar munakahat kan mama
Mama: Susah nak kata dik. Ada juga yang belajar tapi tidak faham.
Kak Meen: Bukan semua budak mudah faham dik.
Kak Meen: Bukan semua budak mudah faham dik.
Kak Reen: Kasihan dia tak tahu walau dah berbulan-bulan mengandung.
Mama: Kalau dia tahu mesti dia beritahu mama dia dan hal ini tak terjadi
Adik: Dia tak pernah sakit perut ke selama dia mengandung mama?
Mama: Ada budak dia sakit perut sapu minyak sendiri bukan macam anak mama semua mama yang tolong sapu dan urut. (Adik sengih).
Kak Meen: Adik memanglah sikit-sikit mama.. mama..mama..
Kak Meen: Adik memanglah sikit-sikit mama.. mama..mama..
Adik: Habis, masa peluk-peluk salam pun mama dia tak tahu ke mama?
Mama: Entahlah dik. Mungkin mama dia tak perasan atau tak peluk selama dia mengandung.
Kak Reen; Budak itu kena jaga macam orang dewasa bersalin ke mama?
Mama: Eh.. mestilah. Mama atau nenek dia ada mesti tahu. Cuma kasihan dengan persekolahannya.
Begitu-begini boleh timbul hal berbengkung. Kak Reen mahu melihat macamana orang berbengkung. Aku keluarkan dan tunjuk bengkung Amway yang aku masih simpan lagi. Bengkung jahit sendiri yang 6 meter itu aku tidak kuasa mahu keluarkan. Panjang berjela!
Sudah tiba masanya kita kena kena alert dengan anak-anak terutama waktu *ABC mereka. Aku pun sebagai mama amat bimbang dengan kejadian-kejadian seumpama ini - godaan syaitan di sana-sini. Penekanan didikan agama kena sering diulang-ulang. Moga anak-anak lebih terdedah dalam hal ini dan tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk sehingga boleh merosakkan masa depanya.
~~ Tanggungjawab ibu-bapa bukan bagi makan-pakai saja. Kelak di sana akan ditanya semua tanggungjawab termasuk didikan agama apa yang telah kita berikan.~~
*bunga - alat sulit wanita
*ABC - Allah bagi cuti
Saya memang sangat risau pasal hal tu kak.. Yelah kan, saya pun dari sekarang dah terangkan pada anak2 berkaitan hal seksual yang sepatutnya pada Zara, part mana boleh sentuh dan yang tak boleh sentuh. Even dengan abang dan ayah dia sendiri pun part mana yang boleh dan tak boleh..Risau sebab sekarang ni, kecik2 dah ada keadaan macam ni so memang patut kena terangkan dari awal semua biar diaorang faham..
ReplyDeleteNi antara isu yang saya risaukan..
ReplyDeleteSemoga anak2 kita sentiasa dilindungi dari penyakit akhir zaman ni..
Advanced sungguh adik... siap buat praktikal berbekung lagi... rajinlah kakak layan mereka... Saya masa berpantang pun pakai bengkung jenis tu...
sekarang memang kena alert kak ngan anak2..tak kira lelaki ke perempuan..nak salahkan sesiapa tak boleh..kadang dalam kita dok berjaga-jaga pon terjadi jugak benda yang tak diingini..kesian anak2..
ReplyDeletetak tahu ape nasib budak tu nanti..
KASIHANKAN ANAK MALANG TU LANGSUNG XSEDAR PERUBAHAN DIRINYA...TAPI MASALAH ANAK2 NI SEKIRANYA IBU BAPA XRAPAR DGN MRK N MEMBIARKAN MRK MENGURUSKAN HAL MRK DGN ALASAN MRK DH BESAR MUNGKIN ITULAH YG JADI...KENA SENTIASA PERHATI AKTVTI ANAK2 N KEANEHAN DIRI MRK...PERKONGSIAN YG BERMENAFAAT.
ReplyDeletenauzubillah...kesian dengan masa depan budak tu
ReplyDelete.:-((
Assalamualaikum Kak Zakie..
ReplyDeleteMemang tersentuh hati bila dengar cerita pasal budak 11 tahun ni..anak lelaki sura yg 11 tahun tak tahu apa2 pun..Kesian sangat..diusia begitu dia terpaksa tempuh bermacam dugaan..siapa yg harus dipersalahkan?
Memang takut kak...lebih2 lagi bila kita sendiri pon ada anak dara..Moga ilmu dan Iman dapat menyelamatkan mereka dari perkara2 begini..:(
AsSalam Kak Zakie,
ReplyDeleteBetapa mencabar dan sukarnya menjaga anak-anak dizaman ini. Kalau zaman dulu, umur belasan tahun lahirkan anak secara sah melalui pernikahan tetapi kini...dengan berzina.
Semoga anak2 kita dilindungi dan terhindar dari sebarang petaka di akhir zaman...amiin.
p/s: Relaks Minda kini beroperasi di blog baru @ www.dammahumnib.com. Selamat datang...
setuju sgt kak....skrang bukan mcm dulu...tak silap lieya mase sekolah menengah baru lieya tau pasal mengandung...organ reproduktif semua tu....tapi skrang lieya tgk dlm silibus anak2 darjah 4 dah belajar...siap panggil org librese dtg bagi ceramah dan edar produk2 tuala wanita....lieya pun amik pendekatan ngan akak...open minded bab2 mcm nie supaya mereka betul2 paham dan tak tersilap langkah.... letih gak hari pesan jgn bagi lelak tgk or pegang bunga .... kene jaga bunga tu betul2 dari segi bersih semua....
ReplyDeleteteringat plak pepatah "jaga sekandang lembu lagi senang dari jaga anak perempuan" heheheehe...
in sha Allah kak moga kite semua terhindar dari perkara2 yg tak elok ...
Semoga ada insan yang baik hati dapat membantu dan membimbing anak muda tersebut.
ReplyDeleteTukang kebun tak pernah merasa berbengkung.
SB mmg gerun dgn kisah sebegini,kak. Lebih lagi kita yg ada anak pompuan baru naik remaja. Bkn setakat bagi pakai-makan tanggungjawap ibubapa. Byk contoh parents yg SB jumpa, 100% diserah bulat2 pd guru disekolah utk mendidik/menjaga anak mereka.
ReplyDeleteRasa sedih dan kecewa dengar berita pasal budak tu..kesian kat dia dan ibubapanya...benda2 mcm ni walaupun ada ibubapa yang ambil berat tapi still nak jadi juga. kejahatan menyelit tanpa kita sedar..inilah cabaran terbesar untuk kita yang bergelar parents..tak terkecuali saya, walau selalu berdoa dan nasihat namun jauh dlm lubuk hati masih terselit rasa takut...
ReplyDeletekak, dlm pantang saya suka pakai bengkung panjang berjela tu :)
ReplyDeletemoga kita dijauhkan segala malapetaka akhir zaman ini, nauzubillah
kak, dlm pantang saya suka pakai bengkung panjang berjela tu :)
ReplyDeletemoga kita dijauhkan segala malapetaka akhir zaman ini, nauzubillah
Nani pun kalau balik rumah mesti macam macam borak dengan ibu abah
ReplyDeleteBila dengar dan tengok berita di tv..PC rasa sedih sangat.kita tak tahu apa disebalik yang berlaku..moga ibu bapa lebih perihatin..lebih ambil tahu dan lebih berjaga jaga..tidak kiralah anak itu berulang alik dari rumah ke sekolah..atau bersekolah asrama..kalau PC..dulu zaman sekolah setiap bulan mama denga babah akan tanya ABC tu kak..semakin awal anak perempuan itu baligh..semakin perlu lebih ketat ibu bapa awasi..
ReplyDeleteNak didik anak, ibu bapa perlu dididik dulu. Alhamdulillah, zaman sekarang dah ramai ibu bapa yang bersedia. Tapi masih ramai yg x tahu. Maka sama2 kita mendidik masyarakat. Tapi sebagaimana konsep da'ie, nak didik ummah, mulakan di rumah....sebagaimana kakak dan anak2 lakukan... Syukur, Alhamdulillah.
ReplyDeleteMemang KZ dengan anak2 perempuan ni kita terbuka sikit nak bercakap pasal pengetahuan sex...tapi anak lelaki berbeza....mungkin sessma aysh dorang mungkin bolih kot....
ReplyDeleteSedangkan anak KN yg lelaki belajar medic tu pun KN sedikit malu nak cakap pasal ni dengan dia....biasanya tentang penyakit orang perempuan lah...sebab dia dah dewasa.. belajar pulak bidang tu...walaupun dalam pengajian dia... dia lebih terdedah dari tahu tentang wanita,... organ wanita dan segalanya, tapi perasaan segan tu tetap ada......hehe...
Itulh kn kakzakie...kita yg dewasa ni pun nk brsalin xtanggung rasanya tpi ank itu baru 11 thn...kesian kn...bagi kita2 ni ank2 11 thn masih dlm prihatian kita ialah sprti kata kakzakie wlpun sakit perut kita yg prihatin .
ReplyDeleteSya ank last je yg kurang brbengkung sbb ada msalh kesihatn...udahnya lps pantng kurang selesa
Itulh kn kakzakie...kita yg dewasa ni pun nk brsalin xtanggung rasanya tpi ank itu baru 11 thn...kesian kn...bagi kita2 ni ank2 11 thn masih dlm prihatian kita ialah sprti kata kakzakie wlpun sakit perut kita yg prihatin .
ReplyDeleteSya ank last je yg kurang brbengkung sbb ada msalh kesihatn...udahnya lps pantng kurang selesa
Jenuh juga memikirnya..
ReplyDeletekhabrnya anaknya udh meninggal dunia
kmbli ke syurga
Tak sanggup nak membayangkannya sebab kita tahu macam mana peritnya rasa bersalinkan anak.
ReplyDeleteKuatkanlah hati dan teguhkanlah iman budak itu. Dia perlukan bimbingan dari orang keliling.
hai..nieyl singgah tengah hari kat sini...
ReplyDeleteselalu tgk kakak² ngan kak ipar je dok pakai benda nie..
nieyl belum berpeluang lagi nak pakai...
tapi mak nieyl still simpan lagi...
bile baca berita pasal budak 11 thn tuh kan kakak, Allah, risau sesgtttt...falsya pun ade anak pmpn..nauzubillahiminzalik..
ReplyDeletekakak, bekung amway tuh kalau bersalin czer boleh pakai jugak x?
Semoga kita semua dilindunginya!
ReplyDeleteKena terapkan pengetahuan tentang sexual lebih awal terutamanya anak perempuan. Kesian sungguh sepatutnya budak seusia itu masih dibangku sekolah. Semoga dijauhkan dari anak2 kita semua.
ReplyDeleteKena terapkan pengetahuan tentang sexual lebih awal terutamanya anak perempuan. Kesian sungguh sepatutnya budak seusia itu masih dibangku sekolah. Semoga dijauhkan dari anak2 kita semua.
ReplyDeleteAda anak perempuan nie memang itu lah paling dirisaukan...Saya selalu igtkan kakak tentang hal2 yang macam nie..
ReplyDeleteMintak dijauhkan dari anak2 kita... Aminn
Saya berpantang masih menggunakan bengkung yg mcm kakak punya tulah..warisan turun temurun..masih elok d simpan..bengkung mcmtulah yg bagus dibandingkan yg sekarang nie kan kakak :)
Didik ank kenal Allah, dosa, pahala....
ReplyDeletebestnya ada anak dara...blh share semua benda..dgn anak lelaki..sembang pasal kereta..ultraman
ReplyDeleteTerkejut beso saya masa dengo berita ni kat tv...harap lelaki yg amik kesempatan tu dpt di berkas....anak sy umur camtu siap main masak2 lagi
ReplyDeleteTu lah kakzakie..
ReplyDeleteRisau sungguh dengan akhir zaman sekarang ni..
Memang kita memang kena pantau anak2 skrng ni..
Kena bagi tau apa yg agama kita suruh dan larang..
Masa menonton berita..
Najeeha pun ada menengok sama..
Dia pun kasihan..
Mama dia tu sebaya dengan Jeeha kan..
Dah lahirkan anak kan..
Saya cakap, kena hati2 kerana ada banyak orang jahat diluar sana..
Aduhhh terasa sebak didada saya..
Macam mana ibu kanak2 itu menangani masalah itu..
Betul juga kata anak kakzakie .. adik tu..
Tak kan mama dia tak nampak masa salam dan peluk anaknya itu..
Anak2 fikir ibu yg lain akan buat sama macam mana mama nya buat..
Kita ni setiap kali pergi sekolah salam dan peluk cium mereka..
Bila nak tidur pun macam tu..
betul tu kakak
ReplyDeletesama sama lah kita.
semoga hal sebegini mmbuka mata semua.
jangam diambil mudah dalam bab mendidik anak anak di zaman skrg..
msh elok tersimpan ye.. walaupon dh lama.blh lah di gunapakai smula nanti..
baby dia meninggal, kan?
sedih sangat bila baca news yang budak 11 tahun tu lahirkan anak... rasanya die pun tak tahu die kene rogol, tetiba jer dah sakit perut nak beranak.. huhuhuhu..
ReplyDeletekesian sangat-sangat.. mak bapak dia pun kesian
kesian kan budak tu, siapalah lelaki yg buat tu, sangat durjana, mengambil kesempatan diatas kelemahan, kenaifan budak2..
ReplyDeletekami NGO ada buat program 'Mama, Kami Dah Besar!' khas utk remaja perempuan, memang detail penerangannya supaya mereka faham dgn perkara2 mengenai akil baligh..kdg2 mereka ni malu nak tanya pada ibubapa, guru2..
Memang risau kat anak-anak bila dengar berita yang macam-macam hari ini. Kena bagi didikan agama dengan sebaiknya. Ibu bapa juag perlu sentiasa doakan anak-anak juga agar sentiasa dilindungi
ReplyDeleteAssalam, Ye la kak Zakie, ada anak perempuan ni, mmg kene perhatian lebih, luar dalam kita jaga.. dari kecil sampai besar, banyak ragamnya... mmg takleh leka kan.. kene terap kan ilmu agama secukupnya... biar mereka matang hal2 luar... mmg byk baik dan buruk menanti mereka di luar sana... moga Allah lindungi anak2 kita...
ReplyDeleteYes, ada terbaca pasal tu, still macam percaya tak percaya, takut pun ada sebab kita ada dua anak perempuan ni, duduk pulak kat negara yang tak kisah pasal teenage mom ni, but still..11 years old are wayyyy tooo young. Owh kat sini siap ada rancangan tv "Teenie Mutter-when kid carries kid", show ni bagi kesedaran kot akan this issue, tunjuk susah senang untuk ada anak di usia terlampau muda ni.
ReplyDeleteantara benda yang buat saya risau sangat...walau anak2 saya lelaki, tapi cabaran membesarkan mereka tetap sama hebat...
ReplyDeletemudah2an anak2 kita dilindungi dari segala musibah dan kejahatan manusia...
tapi anak budak yg bersalin umur 11 tahun tu meninggal kan
ReplyDeletesedih .. :(
tapi takpelah mungkin ada hikmah
assalamualaikum kakzakie....betul tu kak kita sebagai ibu bapa kena alert dgn semuanya...budak2 skg ni dah terlebih advance kn...
ReplyDeleteSalam singgah pagi..jadi satu pengajaran kak..hehhhhh
ReplyDeleteSemoga kita dapat didik anak2 kita dengan baik. Takut betul dengan zaman skang
ReplyDeletePernah sekali pakai bengkung panjang berjela, leceh. Last guna bengkeng amway gak. Senang dan cepat. Hehe.
ReplyDeleteSemoga kita semua terlindung daripada bencana Maha Hebat Allah.
VitaminSuci.
sesunggunya sy sgt sedih dgn kejadian budak 11 tahun tu. tak terbayang rasa. masa depan dia. Persekolahan dia.Moga allah permudahkan urusannya
ReplyDeleteTeringat pula masa dalam pantang. Berbengkung kemaen ketat lagi diikat oleh mak sedara saya
Saya tak tau nk ulas mcm mana kes tu kak. Ank saya walau br 12 tahun kena juga sy ingatkan selang sehari jgn itu jgn ini.. Cepat2 bagi tau ummi klu org buat camni camtu.. Perlbagai pesanan kena bg sbb takut betul bila baca budak lbh muda dari dia blh beranak:(
ReplyDeletesy mula2 tau pasal berita pasal budak 11 tahun tu...mmg terkejut...coz xterpikir lak benda tu berlaku kat negara kita...sy masih mmbygkan anak2 sedara yg seusia itu....belum kenal apa itu seksual...agak2 mesti mak bpk dia terkjut kan...xleh bygkan perasaan diorang mcm mn...
ReplyDeleteOh, memang takut zaman sekarang ni! Rasa macam susahnya nak menjaga anak-anak. Nasib baik saya takda anak perempuan. Kalaulah ada tiga macam akak, pitam saya hari-hari kak. Macam-macam nasihat nak beri setiap kali nampak muka mereka!
ReplyDeleteKesian kat budak ni. Katanya dia tahu tapi tak beritahu pada keluarga. Mungkin takut kot. Tapi yang lagi kesian, anaknya tu meninggal akhirnyakan....
itulah sedih baca kisah bdk umur 11 tahun dah mengandung..
ReplyDeletezaman skrg ni mmg mencabar nak didik anak..,besar sgt tanggungjawab kita sbg ibu bapa nak mendidik anak² menjadi insan yg berguna dan berjaya dunia dan akhirat
noe pun macam kak zakie..mmg terbuka bila bercerita dengan anak2..baik lelaki mahu pun perempuan...biar mereka faham...mmg menakutkan sekarang ni...kesian budak yg umur 11 tahun tu...
ReplyDeleteSy pun ada anak perempuan...mmg rasa mencabar.
ReplyDeleteSimpati kisah adik yg 11 tahun tu.
Sedih kenangkan nasibnya.
Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY
Salaam kak zakie, emang menakutkan bila dgr berita tu.. Speechless pn ade. tahniah kak, bila ada hubungan saling berinteraksi dgn anak2 kita blh jgak ambil tahu kisah mereka. kan..")
ReplyDelete