Friday, August 7, 2015

Mencari hala tuju kehidupan

Ramadhan lepas. Sebaik dokumen dihulur terus berkata, "Tumpang rehat sekejap ye kak." Tentu saja aku membalas. "Eh, silakan dik. Duduklah rehat dulu sejukkan badan." Selepas aku tandatangan dan cop slip penerimaan dia masih duduk lagi. "Rehatlah dik, cuaca tempat kita sekarang tak menentu." Remaja lelaki itu tersenyum tapi jelas terpancar keletihan dimukanya. Dugaan sebagai penghantar surat begitulah. Kalau hari-hari biasa bila dia tiba di meja aku pasti sebiji gula-gula atau apa yang ada di atas meja aku dapat dijamah tapi bulan ramadhan apalah yang dapat diberi selain mendoakan semoga remaja ini kuat dan sabar dalam menjalankan tugasannya. Semalam sebaik menghulur dokumen muka ceria dan tidak nampak keletihannya. "Selamat Hari Raya Kak." Senyum sambil menanti slip dicop. Sementara itu dapatlah dia merasa kuih tart dan duit raya RM10/- dari aku. 

Dalam balang - Biskut tart yang aku bawa dari rumah
Berpuluh tahun aku bertugas belum pernah aku berjumpa tugas sebagai penghantar surat yang disandang oleh orang bukan bangsaku. Sebaliknya jika yang menjadi jurujual produk untuk kegunaan syarikat hampir 90% bukan bangsaku. Ada sedikit terkilan namun apalah kemampuan aku sebagai insan kerdil. Bekerja pula dilingkungan 99% bukan bangsa sendiri.

Biskut Tart - Masih berbaki lagi

Merenung masa depan anak-anak alangkah baiknya jika kita mampu untuk membuka empayar dari sekarang. Tidak salah menjadi perintis untuk anak-anak kita supaya tidak menjadi seperti kita (kepada yang tidak punya apa-apa seperti aku). Tidak kiralah empayar apa yang mahu dilakukan kita kena mulakan dari sekarang. Menternak, membuat kek/kuih, menjual pakaian atau apa juga yang mungkin kita rasa waktu ini sebagai hobi atau pendapatan tambahan, cuba kekalkan dan luaskan pasaran. Sebagai pengguna pula, kita bantu saudara dan bangsa kita. Sedikit terlebih mahal abaikan dan anggap ini jihad untuk saudara kita maju ke hadapan.

~~ Untuk diri sendiri masih terkial-kial. Anak-anak perempuan pula tidak tahulah mereka mampu untuk meneruskan legasi yang papa sudah lakukan kini atau tidak. Mama pula tidak ada kelebihan yang boleh dibanggakan.~~


32 comments:

  1. setuju dgn kakzakie...nak buat apapun...nak bina empayar perniagaan ke sejak awal n msh muda demi anak2 r waris2 kita...jgn dh tua baru terkial-kial nk kumpul harta...kak doakan usaha kakzakie berjaya.

    ReplyDelete
  2. salams jumaat kak,

    betul kak...selalu pesan kat anak-anak, carilah ilmu utk dunia dan akhirat...bekalan esok lusa...tak ada ilmu, siapalah kita...

    ReplyDelete
  3. setuju kak.... tp kak itu rasanyer seribu syukur sbb rasanye skrg ni lg ramai pemuda2 kita yg menganggur kt umah bersenang lenang mengharapkan mak bapak nyer duit sbb mls nk bekerja

    ReplyDelete
  4. Betul kak..rata2nya runner ni terdiri dari anak2 bangsa kita...ada sedikit dari kalangan I namun C tidak pernah saya jumpa....saya pun sama dgn akk tiada kelebihan yg boleh dibanggakan sbb tu sedaya mungkin saya suruh ank2 berusaha jd seorang INSAN...kamulah legasi penyambung hayat bangsa utk masa depan...

    ReplyDelete
  5. Amy pun setuju jugak... skang kita kena bina empayer kita sendiri.
    Sedapnya nampak kuih tart tu.

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya..maaf zahir batin kakzakie

    ReplyDelete
  7. in shaa Allah :)
    ada rezeki utk kita & anak-anak.
    aida & asben keje makan gaji.
    dpt diturunkan hanya la ilmu dan agar mereka dpt belajar pandai2.
    nak turunkan empayar, apa yg ada.
    nak turunkan harta, in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  8. betul tu kak, sekarang ni ramai anak2 muda bangsa Melayu dah start berniaga terutamanya berniaga online, takde skill/kelebihan utk diturunkan takpe, boleh berniaga apa saja, asalkan ada minat dan modal..

    ReplyDelete
  9. doakan yg baik2 utk anak2 :) insyaALLAH segalanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  10. Setuju cakap akak....berniaga ni kalau tekun amanah dan rajin tak mustahil satu hari ni nanti bole berkembang dan mungkin bleh jadi jutawan jugak....sapa tahukan sume tu tak mustahil

    ReplyDelete
  11. Betul tu kakak. Kena mula berniaga untuk kebaikan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..

    Kak zakie.. pe khabar?

    Selamat hari raya aidil fitri.. mohon maaf zahir batin..

    p/s da lama tak out-station ke johor.. :)

    ReplyDelete
  13. Betul tu kakzakie..
    Itulah nasib bangsa kita..
    Namun begitu saya sangat hormat mereka yg ingin bekerja dari menyusahkan ibubapa..
    Saya ni macam kakzakie.. suka juga bersembang dengan penghantar dokumen semasa saya di kaunter..
    Kekadang saya bagi galakan pada mereka suruh sambung belajar atau cari ilmu dalam bidang kemahiran..
    Apalah empayar yg mampu saya buat dikala usia semankin meningkat ni kak..
    Hanya anak2 lah yg saya doakan dan suruh mereka berusaha gigih..
    Macam kak nabilah tu saya tengok dia suka dalam bidang masakan..
    InshaAllah boleh lah dia membina empayarnya satu hari nanti :)

    ReplyDelete
  14. Sedap plak tgk kuih tart tu kak. Memang kebanyakan penghantar surat adalah dari bangsa kita sendiri kak.

    ReplyDelete
  15. As salam k zakie
    panjang lebar nukilan mu kakak..

    Klu tahu msa dpn sngkn....hihi

    Nor galakkn anak2 berniaga..nmpknya anak2 terarah kesitu...terlbih..

    ReplyDelete
  16. Insha Allah kak..berkat ilmu yang anak anak akak tuntut..pastinya bermanfaat untuk mereka dunia akhirat..amin.,

    ReplyDelete
  17. boleh train dari skrg anak2 akak kalau nak mereka teruskan apa yg diusahakan ayahnya tu

    ReplyDelete
  18. Saya selalu terfikir tak nak selamanya bekerja makan gaji. Walaupun berada di comfort zone, teringin juga melangkah setapak lebih jauh daripada sekarang. Bukan untuk diri sendiri tapi untuk anak-anak juga. Kalau mereka berjaya, kita bangga. Kalau dikatakan nasib tak menyebelahi mereka, sekurang-kurangnya kita ada sesuatu yang boleh membantu mereka untuk mula berdikari dan meneruskan legasi yang ada.

    ReplyDelete
  19. Betul kata kakzakie selalunya pangkat yg kat bawah majoriti anak bangsa kita. Contoh anggota polis kebanyakkan jawatan tinggi disandang bangsa asing.

    Kak zai pernah menjalankan perniagaan tp kecundang ketika dugaan anak sakit.

    ReplyDelete
  20. Betul kata kakzakie selalunya pangkat yg kat bawah majoriti anak bangsa kita. Contoh anggota polis kebanyakkan jawatan tinggi disandang bangsa asing.

    Kak zai pernah menjalankan perniagaan tp kecundang ketika dugaan anak sakit.

    ReplyDelete
  21. Saya tengok sekarang dah makin ramai orang kita buat bisnes and boleh dikatakan berjaya la.. cuma harapnya mereka ini tidak lupa diri, tidak lupa asal once mereka di atas, sebab itu yang jadi masalah utama orang kita sebenarnya (banyak berlaku depan mata saya dulu).
    Apapun, saya sendiri selalu tilik diri, apalah yang boleh saya buat..usahkan demi bangsa, untuk kelaurga pun belum tentu dapat huhuhu.

    ReplyDelete
  22. Betul tu kakak. Bangkitlah wahai bangsa ku. Kasihan bila fikir nasib bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  23. ank2 muda bangsa asing tak mahu dgn kerja yg brpendapatan rendah seperti pilihan anak2 muda bangsa kita .Biasanya mereka akan meneruskan legasi keluarga dalam perniagaan keluarga.

    ReplyDelete
  24. Tak terbayang kak nasib anak2, cam kami, tiada harta untuk ditinggalkan, redha..

    ReplyDelete
  25. apa2 yang kita wat untuk anak2 kita..

    ReplyDelete
  26. selagi kita mampu carilah harta untuk di warisi anak cucu kita..

    ReplyDelete
  27. Bonda K Mar dulu jual nasi lemak.. mengundur diri bila dah uzur dan jaga cucu..tiada siapa yg sambung..

    ReplyDelete
  28. Setuju dgn kata2 akk.. Xtahu nk komen mcm mna.. Tp mendalam kata2 akk.. :)

    Sdapnya tart nenas. Rindu tart nenas mak buat..

    ReplyDelete
  29. Selamat hari raya kak. Itulah. Mendalam kata2 akak ni.

    ReplyDelete
  30. kan.
    in shaa Allah kakak
    akan dijadikan semangat.
    bab biskut raya seronok bila org jamah. bila orng order saya tak berapa nak mau nak membuatnya. sbb just buat utk diri senddiri,mak, mertua.
    ipar duai suruh buatkan tp macam alahai sangat.m myb belum terbuka hati utk meniaga biskut..

    ReplyDelete
  31. yg penting kene ada usahaa dan keinginann..

    ReplyDelete