Apa yang aku catat adalah melalui pemerhatian aku sendiri. Jika mengikut pendapat bapak rumah yang sentiasa dikunjungi tetamu tanda murah rezeki. Apa lagi jika dikunjungi anak-anak yang belum baligh. Nostalgia zaman aku kanak-kanak dulu jika berhari raya kami sepakat ramai-ramai beraya keliling kampung. Dulu untuk mendapatkan duit raya bukan macam anak-anak zaman sekarang. Kalau dapat dari rumah mereka yang bergelar cikgu adalah 20-50 sen seorang. Itu sudah dikira amat besar nilainya buat anak seperti aku ini yang lahir dari keluarga miskin. Rumah orang-orang biasa kami dijamu dengan air dan biskut saja.
Dunia era globalisasi kini untuk melihat anak-anak berjalan berkumpulan beraya dari satu rumah ke satu rumah aku perhati kian kurang. Untuk tahun ini bertambah suram. Tiga-empat tahun lepas masih lagi meriah sedikit, tahun lepas juga masih dikira sederhana bila melihat jumlah ringgit yang kami agih pada anak-anak yang bertamu. Tetapi tahun ini terasa sunyi benar untuk melihat kemeriahan tersebut. Duit raya yang kami sediakan bagaikan tidak susut-susut.
Nasi goreng tomyam - Kalau disediakan begini pun di rumah mereka ada dan satu yang tidak menghairankan buat mereka |
Betapa anak-anak semakin tidak ghairah untuk beraya. Untuk mendapat duit mudah dapat dari ibu-bapa masing-masing. Kuih-muih dan makanan juga, apa saja mahu mudah diperolehi dari rumah sendiri. Anak-anak lebih erat berkawan melalui gadjet berbanding dengan kawan secara live. Ibu-bapa pula sentiasa dalam kebimbangan bila anak-anak berada diluar, terlalu banyak isu anak kena culik. Kerja sekolah pula sentiasa menanti anak-anak walau cuti untuk beraya. Semua ini menjadi penyumbang ukhuwah anak-anak kian longgar hatta di bulan syawal yang mulia ini.
Oleh sebab itulah juga sewaktu aku menjaga hubby di hospital setiap kali aku bertemu anak-anak tidak kiralah bangsa apa pun aku hulur duit raya. Nasiblah ada yang sampul RM2/- saja pun. Ada yang RM5/-. Sebab aku dapat merasakan semakin kurang anak-anak yang mahu beraya tahun ini.
~~ Samada kita mahu atau tidak tetapi itulah realitinya hari ini.~~
tahun ni rumah saya langsung takde budak2 jalan raya sebab raya pertama pagi tu hujan bukan main lebat. balik solat raya je terus hujan. nak p kubur pon tak dapat
ReplyDeletekat kampung pon dah kurang kak..
ReplyDeletekalo kat bandar ni lagi la..
ada budak yang tak bapak tak bagi pegi raya umah orang..
tapi zee punya packet angpow susut dah..ada baki tak lebih 10keping lagi..
weekend nih gi beraya lagi..
betul kata kakzakie...cara anak2 beraya kini berbeza dgn cara anak2 dulu beraya. mrk tidak lagi mahu berkumpulan bersama rakan mengunjungi rumah jiran2 sdramara kecuali bersama ibubapa mrk. soal keselamatan amat diperhatikan walau di hari raya. lagipun tiada keperluan utk mengutip duit raya n makan kuih raya sbb di rumah mrk un banyak semua tu.
ReplyDeletebtul tu kak..2 3 tahun lpas ada lg bdk2 dtg beraya..tahun ni langsung xde yg dtg..biskut raya byk lg..beli byk sbb tahun lpas x ckp hehee
ReplyDeletekalu kt kampung msh ada lg kak.... sbb tgk abah sediakan duit rya banyak jgk n hampir abis... bdk2 kampung ujung minggu msh ada yg berjln2... umah kwn2...
ReplyDeletezmn skrg rm1 tuh mcm skit sgt bg bdk2... tak mcm zmn kite dulu kan kak... dpt 50sen pun dh rasa best sgt dh.,... kalu dpt rm1 mmg syok sgt lah...
Assalam kakzakie,, betul tu kak,, kat kampung saya dah tak de lagi budak2 datang umah beraya,, kami yang berkunjung rumah saudara mara lalu memberi duit raya pada budak2 di rumah sedara,, kat situ pun sama anak2 mereka pun tidak keluar beraya,, tak tahu lah mengapa,,
ReplyDeletesaya pernah tanya anak saya kenapa tak beraya,, dia kata malasss,, Emmm dia dah dapat duit raya daripada pakcik makcik terus tak nak beraya dengan kengkawan,, lebih suka tengok karton di pagi raya,,
btul kak.. sngat stuju.. masa budak2 dlu suka g rumah2 jiran mntak duit raya.. tahun ni, bila sy yg kna bg duit raya.. xde plak budak2 dtg mntak.. sy yg knea paksa diaorg.. mai ambik duit raya..
ReplyDeleteBetul tu kak. Dah kurang budak2 datang beraya berbanding zaman dulu. Tp mungkin juga faktor keselamatan, ibu bapa x berani biarkan anak2 berjalan bersendirian wlupun di kg.
ReplyDeleteTidak seperti zaman dulu, budak bebas berjalan tanpa ada rasa takut.
Itulah kan kzakie..kesan globalisasi.. maju n canggih kita mmg nak kejar tp masa yg masa tu janganlah tercicir nilai2 murni dan adat kita yang molek2 tu. Nak tak nak semua golongan semua pihak kena buat sesuatu ni..takleh biar je benda ni makin lama makin terbiar..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSelamat pagi...
Nieyl singgah sambil membaca =)
betul tu kak...tahun nie kat area rumah nieyl pun sama...
xde dah budak² dtg beraya..
Betul la kak..di kampun pun PC perhatikan..walau sedang marhaban..gajet tak lekang dari tangan..pantang ada masa terluang...laju jari jemari menari..tersenyum sendiri..bagai di dunianya sendiri..ada juga yang datang beraya tapi tersangatlah sedikit..
ReplyDeletehehe, wak pon perasan tahun ni xde budak2 dtg umah beraya ., ke sebab dorg dh pegi umah orglen dh dpt byk duit raya., huhu2
ReplyDeletesalam ramadhan kak zakie...mmg betul tu kak, yg Liza perasan pun tahun ni mmg duir raya tak luak pun, ingatkan liza je..ihihhi
ReplyDeleteRmh nor tk ada bdk2 beraya suka2 diorg jer...yg dtg ikut ibubapa tu ramailh...
ReplyDeleteseminggulh nor mnjamu tetamu...Alhamdulillah suka sgt...
Betul tu, kak. Semakin terasa sepinya raya sekarang ni. Mungkin bukan sahaja kerana usia kita kian meningkat tapi memang benar peredaran masa membuatkan semangat beraya tu semakin pudar.
ReplyDeleteTahun ini pun cuma satu kumpulan anak-anak yang tak sabar nak beraya di rumah saya ketika kami baru aje sampai dari kampung. Lepas tu langsung tak dengar ketukan di pintu rumah nak masuk beraya! Mana pergi budak-budak ni semua? Sibuk dengan gajet kot ...
setuju dengan pendapat akak tu..
ReplyDeleteyup kak.. raya tahun lepas ada jugak yang datang beraya.. tahun ni langsung takde.. nasib kawan2 ramai datang rumah beraya.. bg la anak2 diorng..
ReplyDeleteBetul tu kak, wawa setuju.. Sepatutnya eratjan silaturrahim. Waktu rye kita nak jumpe semua.. Gadjet patut letak tepi.. Kan")
ReplyDeleteAkak, wawa ade buat segmen jemput join ya..")
semakin berkurang budak-budak datang ke rumah..
ReplyDeleteAssalam Kak zakie, btol la kak, kurang n makin la kurang zaman ini anak2 dtg beraya... trasa juga.. cam tak meriah.. kurang laa.. bukan tidak sepenuhnya.. tapi maybe, dah kalut dgn anak2 kat umah, tu yg tak sempat nak rasa kekurangan itu.. tapi mmg perasan la... harapkan saudara mara, jiran tetangga yg berkunjung, itu pun sudah memadai, kalo ade anak2 org dari kampung sebelah dtg beraya, bertambah la meriah.. zaman dah berubah kan kak!
ReplyDeleteTidak akan dpat menongkah arus kan kak....zaman berubah kita rindukan suasana dahulu...pagi2 raya rumah penuh dgn kumpulan kanak2..bukan sedikit dlm satu kumpulan..kurang2 10 org...thn ni tidak seorg pun kelihatan berkunjung...ziarah begitu sudah terkubur kak...bak kata kak...ibubapa kini takut utk benarkan anak2 mereka keluar beraya...Saya salah seorg ibu tu kak...
ReplyDeletebetul lah kak zakie ,sama lah kita dulu beraya dapat 20 -50 sen tu dah macam banyk sngat,...rumah org biasa mmng mkn kuih je,jgn hrp ada duit raya ...tpi masa tu kita pun x pernah fikir pasal duit janji dpt berya ...suka sngt.
ReplyDeleteank2 sya pun mmng sejak yg sulong lgi mmng x pandai nk braya dgn kwn kecuali Iman ,yg lain kalau kita berya baru mereka nk pegi sama.
Dari dulu anak2 kak zai tak pernah beraya bersendirian atau dengan kawan2. Selalunya bila saya beraya kerumah jiran atau kawan2 baru mereka ikut.
ReplyDeletekat tempat saya masih ramai lagi kanak2 datang beraya kak...cuma tahun ni saya di pontian dari raya ke 2 hingga ke 5 jadi mungkin diorng datang saya takde...tahun depan kene bersiap sedia kadang2 pagi lagi diorng dah serang....kikiki
ReplyDeletesaya dan keluarga raya masih sama cam dulu dan kami terapkan kemriahan menyanbut raya tu dalam diri anak-anak.. :)
ReplyDeleteKan kak. Memang nampak ketara lah bebudak skang dah susah nak datang beraya. Tak macam zaman kita dulu. Memang setiap rumah dan setiap lorong pergi beraya.
ReplyDeleteBebudak skang lebih kepada gadjet. Pastu dengan zaman yang banyak jenayah ni. Nak lepaskan anak pon rasa berat.
kalau di rumah mak saya masih meriah lagi kanak2 dtg beraya...tapi kalau di rumah saya....hohohoho tak pernah ada yang datang...tapi sangat rindu zaman balik kampung...mesti tak boleh beraya ada je tetamu singgah...
ReplyDeleteselamat hari raya kak zakie, maaf zahir dan batin
Ye lah kakzakie..
ReplyDeleteSampul raya saya ni pun masih berbaki..
Tunggu yg dtg beraya tak dtg..
Jadi bila saya beraya rumah kekawan..
Saya bagi kepada anak2 kawan saya..
Sekarang ni pun banyak risiko anak2 jalan dengan group umur kecil tu..
Kes culik budak pun sedang berleluasa ..
Takut nak lepaskan anak2 ni..
setuju sangat kak...kalau dekat kg saya(muar) dah lama tak ada budak2 dtg beraya.....kalau dekat kg hubby (Kedah) sebelum solat raya mereka dah sampai kerumah...tapi tahun duit raya kami sediakan utk mereka kat kg tak habis pun:(
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Kat sini pun ada tiga group je yg dtg kak. Tak macam mcm
ReplyDeleteSelalu. Mungkin kes penculikan makin byk jd salah satu sbb mak ayah x izin ank beraya sgt kot.
Alhamdulillah ada juga kawan2 anak datang beraya di sini, walaupun mereka dan besar panjang, tetap juga hulurkan duit raya, alhamdulillah ada juga rezeki mereka di zaman GST
ReplyDelete2-3 tahun nie, sebaik jer saya tiba dari kampung (selepas cuti raya), selalunya anak2 jiran terus datang ke rumah. kekadang tak sempat nak punggah beg lagi dari kereta masuk ke dalam rumah. tanya makan nak? tak nak....nak minum? tak nak...nak kuih? tak nak.... hehehe dah tau la tu apa yang depa nak. tapi seronok bila budak2 datang nie
ReplyDeleteKat kg saya..ramai jgk tp xmcm sy kecik dulu
ReplyDeletedi kpg saya, ada jg lah tapi tak ramai, sekrg ni generasi ketiga (cucu2) yg ambik alih, segan kot depa..
ReplyDeleteZaman dh berubah kak, ini sekarang, 3, 4, 10 tahun akn dtg entah mcmana plak. Tapi bagi saya sendiri mmg tk bagi ank2 keluar sendiri atas faktor keselamatan. Tapi kt kampung in shaa Allah masih ada ank2 beraya... Hu hu....nk duk kampunglah...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteBetul tu kak, saya juga telah menulis tentang ini beberapa ketika dahulu. Melihat pada realiti yang berlaku dan membandingkan dulu dan sekarang. Akan datang entah bagaimana pula??
aah, betulla kak...baru perasan sebab duit raya tak abis2 lagi ni sedangkan amie tukar sikit aje duit baru..lahai...agaknya mak ayah yg susah nk lepaskan kot..takut bahaya..dulu lain kan kak..selamat aje..pastu org setaman pun sume kenal kita anak siapa
ReplyDeleteassalamualaikum kakak
ReplyDeleteya betul tu.
jgn kata anak ank yang dewasa pon sama naik je
yg dewasa ni atas diri sendiri jugakkan..
mesti sedih tanpa anak anakk..
ReplyDelete