Merenung sebahagian kata-kata yang diucapkan oleh President Lee Shian Loong, president Singapore bersempena hari kemerdekaan negara mereka 9 Ogos lepas, buat aku terfikir sama. Pre-National Day itu diraikan di Botanical Garden negara mereka yang disiarkan secara langsung di semuala saluran televisyen Singapore. Kami yang tingga di JB sebagai jiran boleh menonton sama. Katanya generasi dulu menanam banyak pokok yang banyak dan nikmatnya dirasai kita generasi kini. Menurutnya juga ada pokok yang mereka semua lihat ketika itu mencecah usia ratusan tahun. Bukan sepuluh atau dua-puluh orang boleh berteduh di bawah pokok yang banyak itu, tapi ribuan rakyat mereka dapat berteduh pada hari tersebut. Mereka dapat menikmati kesegaran taman hasil semaian datuk-nenek-moyang mereka dulu.
Mendalam maksud president itu sehingga aku merenung dari kata-katanya. Oleh itu sebagai manusia kenalah kita terapkan dan mencari jalan di dalam minda kita untuk memberi hasil yang boleh ditinggalkan sebagai warisan terbaik buat anak-cucu-cicit kelak. Keamanan, keharmonian, kekuatan bangsa kena kekalkan sebaik-baiknya.
Ibarat juga kita menanam pokok, jika benih yang baik tidak mustahil hasil benih tersebut akan melahirkan pokok yang sihat. Namun pokok yang sihat jika dirosak oleh parasit atau racun tidak mustahil pokok akan musnah dan tidak berjaya menghasilkan apa yang diharapkan oleh penyemai benih yang asal. Usaha kena ada untuk menghalang parasit dan racun dari singgah pada benih yang kita semai sehingga pokok benar-benar mengikuti spesifikasi yang kita mahukan. Bukan mudah tapi kena ada usaha. Begitulah jika meninggalkan zuriat biarlah yang memenuhi spesifikasi yang sekurang-kurangnya mampu mendoakan kita bila kita tiada kelak.
~~ Tidak ada suatu apa pun hasil boleh diraih dengan jalan mudah. ~~
Perkongsian yang menarik...
ReplyDeletePerkongsian yang menarik...
ReplyDeleteanologi yg mndlm maksudnya...bukan senang nak menanam sebatang pokok yg kemudiannya merendang subur n memberi menafaat kpd generasi demi generasi juga makhluk Allah seisi alam.
ReplyDeleteyup. sebab nak menanam atau membentuk sesuatu mengambil masa yang lama, dibandingkan dengan nak memusnahkannya.. T_T
ReplyDeleteparasit dipokok tu yang sukar dijangka...
ReplyDeleteperkongsian yg bagus kak..
ReplyDeleteMmg betul kata ibarat yg diberi tu. Tapi yg lebih susah lagi bila kita nak semai iman yang teguh dan peribadi muslim sejati kerana musuh luar dalam sentiasa menanti dan membuat perbagai usaha utk merosakkan generasi muda islam.
ReplyDeleteTerkesan dihati kak..betul la...macam datuk nenek kita..moyang kita..buat sesuatu ingat anak cucu yang mendatang..mereka tidak berpendidikan tinggi..tapi pandangan mereka sangat jauh kehadapan..dan kini kita mula mengenang..contoh pokok durian kat kampung..babah cakap ni dulu atok yang tanam..dulu yang dah berpuluh tahun..dulu yang kita sendiri kita tak tahu di mana..
ReplyDeletepokok sebagai simbolik.. tapi pokok hat duk ada kat malaysia tu pun ditebang2, usahkan nk tanam baru.
ReplyDeletemmm..betul, setuju sangat dengan perkongsian ini...
ReplyDeletedalam maknanya bagi yang dapat menyelaminya....
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletekt malaysia makin byk pokok ditebang adalah
setujuu dengan kak zakie :D
ReplyDeletedalam maksudnya ni..
ReplyDeleteHidup buar berbakti kan kak
ReplyDeletebtul tu kak..setuju dgn akak
ReplyDeletedalam dan banyak maksud yg tersirat...berusaha sekarang utk generasi akan datang
ReplyDeleteyup... bukan semudah yg disangkakan... malahan mencari barang di mudah [dot] my pun bukan mudah. harus berhati hati dari di tipu...
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie... untuk mendapat anak yang baik perlukan pasangan itu punyai cita-cita yang sama dan berilmu kerana mereka akan faham apa yang diimpikan dalam berkeluarga.
ReplyDeleteSilakan Kak Zakie, sudi mengambil AWARD BERGAYA SENIDIRI sempena Ulang Tahun Ke-5 Kelahiran Blog LMGS G2 di maya pada. Semoga persahabatan dan silaturahmi ini kekal selamanya. Aamiin.
https://webctfatimah.wordpress.com/2015/08/15/ct346-launching-banner-baru-lmgs-g2-ulang-tahun-ke-5-bergaya-sendiri/
Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)
Perkongsian ysng nenarik...
ReplyDeleteSetuju sangat...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian yang mencerahkan dan bermanfaat ini.
Teringat kata-kata almarhum Syeikh Ahmed Deedat: "Kita tidak mundur daripada barat, tetapi sebenarnya kita mundur daripada Islam. Sesungguhnya tidaklah kita mundur daripada seluruh dunia kecuali setelah kita mencuaikan agama."
"Erti hidup pada memberi"
Memang mendalam maksudnya kan.
ReplyDeleteDalam menyemai, kemudian nak membesarkan dengan baik juga memerlukan kesabaran yang banyak.
benar bagai dikata kak..kena fikir2 kan apala yg akan kita tgglkan untuk anak cucu kita kan
ReplyDeleteSinggah petang..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...perkongsian yg baik...
ReplyDeleteperkongsian yg menarik...
ReplyDeleteTeringat zaman kecil-kecil duduk kat BP. Tengok drama Singapore jerk. Maklumlahkan, jiran tetangga katanya... Sekarang ni duduk kat KL, kita tengok drama Korea jerk. Drama Melayu pun tak tengok lagi dah. Maklumlah, Melayukan mudah lupa ~_^
ReplyDeleteBetul tu, kak. Nak menyemai benih dan menunggu hasil ni kena sabar dan ikhlas. Kalau tidak, entah apa nasib si benih tu nanti. Macam sayalah, baru belajar tanam cili tapi spesies tak menyabar, habis pokok cili layu!