Sinonim dengan entri pagi tadi. Memberi sedikit kesedaran kepada anak dan diri sendiri. Kemampuan kita sekadar berusaha tetapi kesudahannya adalah ketentuan Allah jua. Sabtu lepas adik bersama cikgunya ke majlis sambutan hari kemerdekaan Persatuan Pandu Puteri peringkat negeri Johor di Kluang. Adik memasuki pertandingan mewarna. Ketiga-tiga anak mama tidak ada satu pun mewarisi bakat papa. Papa belajar mechanical dan elektrikal haruslah kena pandai melukis. Semangat adik untuk masuk bertanding berkobar-kobar namun hasilnya sekadar membuahkan senyuman kami sekeluarga. Keputusan yang diperolehi tetap sama seperti dulu kakak-kakak adik juga.
Balik - Pihak PPD ada menyediakan bas pergi dan balik. Mereka termasuk guru semua berkumpul di PPD dan menaiki bas yang sama. Mama-papa jemput adik di PPD sini saja. |
Sijil - Inilah yang adik dapat. Apa yang adik mahukan sijil ini peringkat negeri Johor itu yang mahu merebut peluang. |
Dari dulu semua anak-anak mama tidak ada yang berbakat dalam hal lukis-melukis dan yang pasti bagaikan mengikut jejak mama mereka ini. Walaupun dari kecil masing-masing bukan main minat untuk melukis dan mewarna tetapi hasilnya semua sudah maklum tidak setanding dengan anak-anak yang seusia mereka. Sekadar memenuhi ruang masa dan bermain pensel warna bolehlah.
~~ Kagum melihat anak yang semulajadi boleh berimaginasi dengan pensil warna.~~
Wah.. hebatnya adik ni. Giat dengan aktiviti pp peringkat negeri.. Tahniah, kegigihan gini bangga la gurunya.. aunty pun kagumla dengan kebolehan adik ni..
ReplyDeleteyang penting semangat mewarna tu ada kak.memang kalah belakang cerita.
ReplyDeleteCantik lukisannya. Bagus sertai acara macam ini. Dapat sijil peringkat negeri. Susah nak dapat sijil macam ni.
ReplyDeletecantik dah tu kak..
ReplyDeletesijil pon peringkat negeri tu..bukan calang2..
kira berbakat jugak adik kalo nak banding ngan auntie ni haa..
cantik dah tu kak..
ReplyDeletesijil pon peringkat negeri tu..bukan calang2..
kira berbakat jugak adik kalo nak banding ngan auntie ni haa..
Bagusnya adik, aktif berpersatuan. calon pemimpin terbaik ni..")
ReplyDeleteBgs2 anak kak pandai melukis
ReplyDeleteyang penting semangat untuk mencuba dan tak takut bersaing..suka tengok akak berkomunikasi dgn anak2..penuh kasih-sayang dan keibuan..keep it up..
ReplyDeleteItulah kelebihan ank2 kita kakzakie...pujian harus ada...bru brsemangat
ReplyDeletemcm nur bila sorang pndai warna...yg lain akan ikut...
Cantek juga lukisannya tu kakzakie...
ReplyDeleteAnak sya yg 3 atas tu adalah juga pernah dpat tpt bila prtandingn melukis peringkat sek rendah dulu...tapi yg 2kebawah ni mmng xminat langsung wlupun bab mwarna sek tadika lagi.Buku2 mewarna pun tak dipandang.ya lah kakzakie lain ank lain kbolehnnya kan..
bole tahan cantik jugak adik mewarna kalau tak meang pon tak ape yg penting semangat ingin terus mencuba....sebagai keluarga memang harus la kite memberi kata2 semangat mana tau ada rezeki adik menang nanti...dongibab adik !!!
ReplyDeleteTahniah buat dak Adik.. teruskan kecemerlangan.. ;)
ReplyDeletetahniah adik...pandai mewarna tu maknanya berseni juga dlm lukisan...
ReplyDeletecantik! berseni dah tu.. boleh la kembangkan bakat sedia ada..
ReplyDeleteyang utama semangat suka ingin mencuba..dari situ kita tahu kelebihan dan kekurangan diri..mana yang perlu diperbaiki dan mana yang perlu dipertahankan..
ReplyDeletecantik lukian adik tuh.. ada bakat adik ni.. moga terus sukses adik.. mana taw satu hari nanti adik jadi pelukis terkenal/antarabangsa mungkin.. hehehe
ReplyDeleteWalau tidak mendapat tempat pertama atau sebagainya sifat mahu bertanding ada pada adik.Tahniah dari aunty. Mungkin adik ada bakat lain yang lebih istimewa.
ReplyDeleteAnak2 saya pun tak ada bakat melukis kakzakie..
ReplyDeleteTetapi semangat melukis tu ada..
Hari tu disekolahnya ada pertanding mewarna utk merdeka juga..
Tak ada seorang yg menang hehehhe..
Macam kakzakie kata yg penting semangat tu ada..
Bagus ye.. disediakan pengangkutan dan sijil..
Takpalah kak. Takda kelebihan kat situ, ada kelebihan lain pulak. Yang penting nak sijil peringkat negeri, dah pun dapat. Kira tertunai jugalah hajat di hati ^_^
ReplyDeletemmg cantik kak... pandai adik color...
ReplyDeleteckp pasal bakat seni ni teringat mase sekolah dulu .lieya antara yyg mmg tak pandai mengaler sgt...kawan baik plak sgt pandai...siap ade ton2 kaler hah.... mmg cantik...name die mmg selalu jek laa dpt johan...jeles mmg jeles...tapi tu laa nak buat camne..bakat takde heeheheheh
Saya mmg takda bakat langsung. Ank2 sy pun minat tp x mcm ayah mereka. Si abak dara berdua tu suka melukis tp dorang yg besar tu mmg x suka mewarna sbb kat qaat dulu takda aktiviti pertandingan mewarna mcm kat sek-sek sini. Blk sini marah2 gak la dorang sbb kena mewarna. Asal ada je perayaan ke apa kena mewarna sedangkan dorang x reti. Hihi..
ReplyDeletePensel warna jarang sgt pendek. Nenek dorang belikan tiap tahun tp bersepah sana sini. Nmpk sgt takda bakat mewarna. Hasil tgn adik tu berganda2 lg lawa dr hasil ank2 sy kak.
SAya dgn suami tgn keras tatkala berseni lukis ni...puteri bertiga tu pun lg keras dari tangan kami....hahahaha...asal suruh melukis oleh guru waktu buat homework...mulalah kuar air mata mereka...tgn keras mak ni lah yg bantu...asalkan org berupa org tidak berupa monyet ok lah tu..hehehehe...
ReplyDeleteLucu baca komen yg ditinggalkan disini...
ReplyDeleteMcm2 ada..haha
Its okay ~ iT'S OKAY ......tuh pon dah dikira berani......berani mencuba!Saya doakan anak2 akak berjaya dngan cemerlang dalam pelajaran...Insya-Allah , tader kebolehan dr segi melukis,mungkin anak puan hebat dr sisi lain ...... ^^
ReplyDeleteAkhmal pernah dapat tropi dalam peraduan lukisan tampal tampal di pertandingan Japan-Malaysia kategori OKU...
ReplyDeletewow cantiknya bertuah anak bijak dan kreatif.
ReplyDeletesemoga terus success.
Tak sangka peraduan mewarna ni ade pertandingan antara sekolah.
2 Petua mudah hadapi jerebu
Tak per asalkan ada minat dan semangat...takder bakat takper boleh jer masuk kelas nanti...belajar seni melukis...
ReplyDeleteSalam pagi selasa...
ReplyDeletecantiknyaaa...
Assalamualaikum kak,
ReplyDeleteBetul tu, anak-anak mempunyai bakat yang berbeza. Ada yang semulajadi dan pula yang dupupuk bakatnya. Kita sebagai ibu bapa sekadar memberi peransang dan semangat.
#tahniah adik!
yg pentingnya semangat ingin mencuba tuh kak... dana pun jenis jari keras... fail bab2 seni nih
ReplyDeletebetul tu kak.. setiap anak tak sama... ade anak yang pandai akademik, tapi ada anak yang pandai bab agama.. dua2 pun dikira Berjaya jugak, yang penting mereka membesar untuk menjadi penghuni syurga kelak
ReplyDeleteanak-anak memang tak sama, sorang kurang situ..sorang lebih kat sini. Btw lukisan tu cantik sangat sebenarnya
ReplyDeletememang tak sama kan.
ReplyDeletemasing masing ada kelebihannya,kan
alhamdulillah dapat juga sijilnya sbgai pengubat hati
yg pntg adik dh cuba
IbuNoey rasa lukisan tu pun cantik juga,kak.cuma mungkin juri-juri tu lagi berseni,mungkin ada pandangan yang berbeza.tapi tak apalah sebab sijil pun dapat.
ReplyDeleteCantik sangat dah tu kalau dinda jadi pengadilnya kanda.....Tp yelah.... ada yg lebih hebat lew tu....Tak per adik, yg penting semangat adik tu yg kita nak
ReplyDeleteBakat setiap anak itu memang berbeda-beda, orang tua juga tidak boleh memaksakan suatu kesukaan pada anak. Sebab itu akan mengganggu kreatifitas anak tersebut. Baiknya, selama passion anak mengarah pada hal positif dan bermanfaat biarkan dia terus berkreasi, mana tau nanti hal itu bisa memberikan feedback yang besar bagi dia juga orang lain.
ReplyDeleteBakat setiap anak itu memang berbeda-beda, orang tua juga tidak boleh memaksakan suatu kesukaan pada anak. Sebab itu akan mengganggu kreatifitas anak tersebut. Baiknya, selama passion anak mengarah pada hal positif dan bermanfaat biarkan dia terus berkreasi, mana tau nanti hal itu bisa memberikan feedback yang besar bagi dia juga orang lain.
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...tahniah2 buat adik...:)
ReplyDeletewah... hebatnya aktif pasukan beruniform smpi ke peringkat negeri! tahniah2...
ReplyDelete