Monday, September 14, 2015

Sesungguhnya kita tidak punya apa

Adakah manusia yang maksum selain para rasulNya? Tidak ada manusia yang mampu berbuat apa juga kehendaknya hatta dia punya harta menggunung. Sedangkan bersin, batuk, menangis, ketawa pun manusia tidak mampu melakukannya apa lagi mahu menghalang yang besar seperti menghentikan jerebu, ribut-petir dan banjir yang melanda. Ada yang berkata melihat pelawak itu pasti ketawa. Adakah kita pasti semua akan ketawa sebaik melihat lawak-jenakanya. Ada yang menganggap ianya tidak lucu langsung dipandangannya lalu dia tidak ketawa. Begitu juga ada yang menangis kesedihan melihat trajedi kren tumbang di Masjidilharam tetapi ada juga yang tidak ada rasa sedih langsung atas perkara tersebut. Buat aku dan adik sehingga mengalir airmata kami melihat paparan trajedi itu. Teringat ketika kaki-kaki kami melangkah di laluan itu masih terbayang di ruang mata. Begitulah kita ini sekadar manusia biasa. Apa pun yang kita rasa dan dapat semuanya 100% atas kehendakNya jua.

Bila jerebu melanda ramai yang resah. Di Singapura ramai yang keluar mengundi pilihanraya baru-baru ini memakai topeng menutup mulut dan hidung kerana keadaan jerebu yang agak tinggi. Selalu kita merasa jerebu akan hilang bila sering hujan. Tetapi di JB sekarang boleh dikatakan setiap hari hujan turun, namun ianya bagaikan tidak banyak membantu jerebu yang melanda. Menurut paparan berita hal ini terjadi kerana angin bertiup lemah tidak melebihi 5-10 notika inilah yang menambah buruk keadaan sekarang. Tidak ada siapa diantara kita yang mampu untuk meniup angin bergerak lebih dari 10 notika.

Oleh itu tidak perlulah 'menongkah langit'. Biar tinggi manapun duduk diri kita sampai masa mungkin orang yang tidak kita hormati itulah yang memandikan jenazah kita. Orang yang kita hina itulah yang menjadi imam untuk solat jenazah kita. Mungkin juga orang yang kita benci itulah yang menggalikan liang lahad kita. Sesungguhnya kita tidak punya apa-apa tanpa rohman dan rohimNya.

~~ Bersama kita berdoa semoga sepanjang Zulhijjah ini semua umat Islam di tanah suci dipermudahkan untuk menjalankan ibadah haji. Wukuf di Arafah tinggal lebih kurang seminggu saja lagi.~~




25 comments:

  1. semuanya milik Allah yang dipinjamkan kepada kita semua..
    salam isnin kak...

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya apa jua .. adalah ketentuan dari Ilahi..
    Tidak perlulah kita yg hamba ini berasa bangga dengan kedudukan yg ada..
    Di Shah Alam ni pun tiap petang hujan kakzakie..
    Tetapi indeks healthy masih melepasi 100 +++..
    Mula lah anak2 merasa pedih mata dan sakit tekak..
    Minta mereka minum air kosong2 banyak2..

    ReplyDelete
  3. Moga kita sentiasa dalam lindungan & rahmatNYA..

    (Marsha pon UPSR.. Moga berjaya dunia akhirat utk semua anak2 kita & rakan2 sekelian)

    ReplyDelete
  4. Betul tu kakzakie,kita bukannya dapat menongkah langit.
    Smlm ank sya hantar gmbr wsp pmandngn dri kolej dia di tng 6 berjerebu teruk wlpun baru lepas hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iqa MUET kat STARP Kulai kakzakie,tumpang sekolah orang tersesat2dlm kwsn sek jadinya.

      Delete
  5. saya yang tengok berita pasal kren jatuh kat mekah boleh teresak2 nangis kak. sampaikan Adli datang dekat saya dna tanya. Nape umie cedih?

    ReplyDelete
  6. setuju dengan akak..
    jerebu sekarang pun makin teruk..dengan ketiadaan air lagi.apa pun tetap bersyukur kerana Allah sentiasa permudakan segalanya..

    ReplyDelete
  7. betul kak.. kl pun ada hujan tapi mcm tak bagi kesan sgt pada jerebu.. harap sgt cuaca kembali baik mcm sebelum ni..

    ReplyDelete
  8. Salam singgah pagi dari nieyl :)
    MOga di semua tempat turun hujan..
    memulihkan semula udara...

    ReplyDelete
  9. Betul kak.,sebaknya hati PC bila setiap kali teringatkan mereka di sana..melunaskan rukun islam ke lima dengan tabah dan sabar..dengan dugaan tidak terduga Allahu.kita sama samalah doakan untuk mereka.moga mereka tabah dan sabar..moga mereka redha sentiasa juga.

    ReplyDelete
  10. doa yang baik2 tuk jemaah haji di mekah .. amin kak,

    ReplyDelete
  11. Semuanya yg berlaku atas kehendakNYA...diuji kita dgn pelbagai dugaan...bukankah akan mendekatkan kita lg kepadaNYA....Doa kita kepadaNYA...rayuan kita kepadaNYA...takwa dan keimanan kita buatNYA...Video kejatuhan krane tu berkali-kali saya lihat...sampai dah hafal..nmpak ada kanak2 yg berlari-lari kemudian ditmpa serpihan krane tu...dia kemudian diangkat oleh ibunya...ALLAHUAKBAR...sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa kan kak...

    ReplyDelete
  12. kita harus sedari segala yg berlaku akibat kecuaian kezaliman tangan2 kita mengurusi amanah-Nya yg xterlepas drpd sesuatu yg berlaku demgan izib=Nya. turut bersedih dgn kejadin kren tumbng di tanah suci sdg jemaah sibuk beribadat haji..mrk yg tercedera moga segera sembuh n yg telah kembali ke rahmatullah dicucuri rahmat rohnya n berada dikalangan para solehin.
    jerebu kali ni agak lama berada di alam kita rindu pula nk melihat awan putih di langit biru dan mentari jingga bercahaya.

    ReplyDelete
  13. Kita tidak punya apa2 semuanya milik Allah

    ReplyDelete
  14. betul kak...hidup hanya pinjaman....

    ReplyDelete
  15. Bahaya jerebu ni,,saya kat kampung pun terasa jerebu ni

    ReplyDelete
  16. mmg sedey tgk brita tu...walau rietta xpernah smpai ke sana...teringat masa mak n ayah ke sana...hti disini resah...rasa xtertanggung apa yang ditanggung keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  17. Innalillahiwainnailahirojiun.. sesungguhnya, semuanya Allah yang Maha Berkuasa..

    InsyaAllah, semuanya Allah dipermudahkan urusan semua jemaah haji..

    ReplyDelete
  18. apa yg berlaku di bumi dan dilangit, semuanya dgn izinNya..utk jadi peringatan kpd kita..ada musibah berbentuk penghapus dosa, ada yg utk meningkatkan iman..semoga kita bersabar dgn ujian-ujian ini..

    ReplyDelete
  19. Bertabahlah buat kita semua dan mereka yang sedang menghadapi musibah.

    ReplyDelete
  20. Tengok gambar pun dah sedih. Dah tertulis ajal maut mereka di sana. Sungguh beruntung. Tapi sebagai manusia biasa, kesedihan tetap juga terasa bila kehilangan orang tersayang.

    ReplyDelete
  21. This is a great and nice sharing ever~Menyedarkan We are nothing without Allah ...... !
    Kalau saya rasa macam tetiba liat nak solat , saya akan cakap dlm hati "Allah tak kan rugi pon kalau kita tak sembah dia,yg ruginya kita ...."

    Nice sharng....thank !

    ReplyDelete
  22. betul tu kakak..
    saya pon terasa
    ada 3 sedara sebelah mak saya di sana.
    sepasang suami isteri tinggalkan 5 org ank yg masih kecil di kg..
    masih terkejut..
    jauh disudut mendoakan semua jemaah haji sentiasa dibwah lindunganNya dan dipermudahkan segalanya aamiin

    ReplyDelete
  23. Sedihkan kanda tengok video video yg diaorang htr kat WA tu....Kanda dpt tak video yg hujan tersangat lebat kat Mekah tu....takut sangat nengoknya.

    ReplyDelete