Siapa tidak kenal hidangan murah dan enak di negeri-negeri pantai timur. Sebenarnya kami sekeluarga suka hidangan di sana. Cuba perhatikan di negeri pantai timur mahu berjumpa kedai mamak satu pun payah. Namun tidak tahulah pula andai satu hari kelak selera kami berubah ke kedai mamak itu tidak mustahil.
|
Celup tepung 1 - Ikan dan sotong. Biar pun berderet panjang dan ramai yang menanti tetap kebersihan terjamin. Sibuk bagaimanapun hasil yang terhidang di dalam pinggan tetap bersih. |
|
Celup tepung 2 - Udang dan keropok lekor. Walaupun sibuk tidak terlihat pinggan pelanggan yang dikotori dengan sos dan sebagainya. Susunan tidak teratur tapi sedap mata memandang sebab bersih. |
|
Celup tepung 3 - Udang yang segar dicelup tepung. Rangup dimulut, enak di tekak. Halallan Toyyiban. |
|
Set lengkap - Nasi kerabu yang menggoda. Kalau di JB nasi banyak lauk secoet saja. Mahu melihat lauk-pauk melindungi nasi seperti ini susah jumpa. Tetapi di sana mereka berniaga sambil bersedekah. Murah rezeki! |
|
Nasi lemak - Lihatlah set nasi lemak yang diberi. Mana tidak terkejut Kak Meen. Sebaik terhidang depan mata terus senyum lebar anak-anak mama. |
|
Makan malam - Ikan stim mereka inilah yang membuat setiap kali ke Terengganu tidak tinggal membeli jeruk bawang putih. Stim ikan dgn jeruk bawang putih terasa lebih menyengat. Boleh mencuba siapa belum pernah merasa. Jeruk bawang putih aku guna dalam masakan bukan makan raw begitu. Lihatlah jeruk bawang putih bergelimpangan dalam hidangan ikan stim tersebut. Bawangnya bukan kami makan tapi hasil dari jeruk bawang putih itulah yang membangkitkan selera.
Dua ekor ini untuk mereka makan bertiga (papa, Kak Reen & Kak Meen). Mudah kata perbandingan harga dikenakan 50% lebih murah berbanding di JB. |
|
Laksam - Satu warung ini walau terceruk di hujung kampung tetap menjadi persinggahan keluarga kami. Warung terletak di bawah pokok mangga. Nyaman menikmati sarapan pagi yang berat. Sarapan jam 10:30 pagi bukan 7:00 pagi:) |
|
Sedap - Melihat apa yang terpapar jelas kelembutan laksamnya, Kuah pula sesedap rasa untuk tekak menerima tanpa berbelah bagi. |
|
Tergoda? - Jom jalan-jalan cari makan ke Terengganu |
Bertuahnya bumi Malaysia ini dalam hal resepi, hidangan dan makanan yang mudah diperolehi. Biarpun nilai matawang ringgit jatuh tetapi untuk rakyat menikmati juadah yang diingini masih boleh diperolehi. Apa yang membataskan hanya duit ada di tangan atau sebaliknya. Oleh itu berhati-hatilah jangan sampai kita menjadi rakyat peribumi yang tidak mampu untuk memiliki ringgit hanya kerana pertelagahan yang tidak berkesudahan. Masuk dalam stadium pun masih tidak tahu etika. Sedih.
~~ Alhamdulillah. Melimpah-ruah rezeki Allah kurniakan buat kita.~~
ikan stim dan laksam feveret saya kakzakie.. :))
ReplyDeleteJom FOLO saya
sedapnyaaa kakzakie...pagi2 dah tengok makanan ni.
ReplyDeletePC belum pernah sampai lagi ke Terengganu kak..terims kasih perkongsian..tapi memang betul sesiapa saja yang balik dari terengganu yes..komen pertama adalah makanan lautnya yang superb..Allahu..rezeki daripada Allah..cuma kita perlu bijak memilih..in sya Allah.
ReplyDeleteAllahu Allahu..sedap nyer kak! Terlur sgt nie..ramai dah update pasal makanan kat timur murah tapi izwa masih belu made kesempatan nak sampai ke sana..uhuks..
ReplyDeletealaaa...kak zakie....meleleh air liur sy tgk gmbr mknan tu semua...semua tu sy suka makan....terutama ICT tuhhhh....adehhhhh.....sedapnyeeeee
ReplyDeleteMakanan di Patai Timur memang terbaik! Murah, sedap dan segar!
ReplyDeleteKalaulah di sini dapat hidangan serupa spt di sana alangkah bahagianya. Tak masak doh kat rumah...hehe
Basah baju saya dek meleleh air lioq...huhu
kak, tergoda tengokkk...sedapnyaaaaaa
ReplyDeletemakanan pantai timur memang sedap kakzakie..
ReplyDeletenampak sedap ikan goreng tepung tu..
ReplyDeleteperkkkh... sbb tu kak kalu balik kerteh umah mertua mmg takde nk diet2 nk kontrol mkn... bedal nasi hari2... kt kl mkn jaga2 nasi kalu blh takmo mkn sgt tp kt sana... perkkkkh kejenyer mkn je
ReplyDeletemil lak jns suke msk mmg gumuk....akak bt dana teringat2 je... sbb tu balik kerteh pulun
Tq kak, puji makanan pantai timur.. bangga jd org trg.. haha
ReplyDeletebest kan kak.. susah nk jumpe kedai mamak sini, mintak2 tak ade laa kan..
semua makanan kat atas tu nampak sedap kak...makin bersemangat saya nak cuti2 ke terenganu lepas kak long abis SPM nanti...cuma risau je kalau jalan2 ke sana hujung2 taun ni mesti musin ujan...kalau saya sampaisana memula kene carik ikan celup tepung tu dulu...kikiki
ReplyDeleteterenganu mmg murah harga makanannya..sedap2 pulak tu..
ReplyDeletekebanyakan makanan kat trengganu sedap2 belaka..apa saja boleh dibeli n mudah kedapatan...nampak sikap orang kita yg rajin berniaga n berkerja keras untuk hidup...
ReplyDeleteterbaik kak.. pindah duk pantai timur pon best jugak..hahahhaaa..
ReplyDeletezee kalo balik kampung cenggini la..sumer nak makan..
kadang jadik pening sendiri..
seafood celup tepung yg paling win kak.... ratah begitu pun sedap...hahaa
ReplyDeleteMasakan pantai timur. Buat saya ingatkan kampung. Sedap tu..
ReplyDeleteKlu g ganu..makan celup tepung di depan lapang terbang..
ReplyDeletesedapnya makanan2 kat atas ni kak...especially laksam tu.pebret all the time...heheh..kalau gi endau pun masih jumpa lagi makanan macam ni..ikan goreng tepung..
ReplyDeleteAllahhuAkbar! Melihat gambar sahaja pun sudah terbayang2 kesedapannya dan 'kemurahan' harganya...
ReplyDeleteYa allah...terpanggil-pangil nak ke sana lagi nanti...sedapnya seafood celop tepung tuh
ReplyDeletebangga jap dan masa baca nih hidung kembang kempis baca pujian dari akak tentang negeri kelahiran saya , tq kak.. hehehe
ReplyDeleteMemang tergoda terutamanya yang last sekali termasuk segala yang bercelup tepung di atas ^_^ Lamanya tak berjalan-jalan makan angin. Ke Terengganu pun lama sungguh rasanya tak sampai!
ReplyDeleteBelum pernah ke Terengganu. Nampaknya semua makanan sedap2 belaka...satu bonus bila bercuti dapat harga yang murah bila makan..
ReplyDeleteKak....kecur ailio tgk makanan² ni kak. UNtung kita rakyat malaysia kan. Banyak makanan yg sedap² ☺
ReplyDeletebetuk kak zakie...pegi terengganu last month cari ikan celup tepung kedai pok nong mmg terbaik lah...nak cari kedai mamak? mmg x jupe
ReplyDeleteKaya makanan malaysia bumiku
ReplyDeleteTHANK q puji negeri kita,Terengganu..........HUUHUUHUU......praud that i am made in Terengganu ..huuhuuhuuh..jemput dtg lagi...pekena nasi dagang plakkk!
ReplyDeleteDinda mmg teringin nak gi Terengganu kanda....nak makan sotong goreng tepung, kopok leko dgn sata....Itulah 3 benda yg dah lama dinda idamkan
ReplyDelete