Monday, October 12, 2015

Nasi khabsah keluarga kami

Menghidangkan masakan yang berbentuk set seperti nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya lebih mudah dan tdak memeningkan kapala. Berbanding jika masak nasi putih lauk dan sayuran apa yang mahu dipadankan selalu buat aku duduk di dapur, buka fridge mulalah sekejap mahu sayur bendi, sekejap mahu brokoli, sekejap rasa macam mahu kobis.  Lauk juga sama sekejap rasa mahu masak asam pedas, masak kicap, sup, stim tomyam dan macam-macam. Tapi hari sabtu lepas sebab semua ada di rumah terus kata sepakat mahu masak nasi khabsah ayam. Tidak mahu daging sebab baru benar semua makan daging.

Dalam rice-cooker lagi - Rendam beras dalam setengah jam kemudian toskan. Blend sebiji carrot dan cili merah  dengan air yang disukat mengikut banyak mana beras yang digunakan. Jika 3 cawan beras, air pun 3 cawan. Tumis bunga lawang, kayu manis, cengkih, buah pelaga dan sesudu rempah khabsah.. Bila sudah naik aroma tuangkan blended carrot dan cili tadi. Masukkan dalam rice cooker dan akhir sekali masukkan beras yang ditos tadi. Tunggu sehingga masak. Jika sudah masak, kacau dengan chopstick dan masukkan kismis. Masa hidang tabur daun ketumbar. Siap.
Ayam bakar - Ayam yang ada di dalam freezer sudah berpotong maka gunakan sajalah. Sebaiknya jika ayam seekor potong kupu-kupu. Yang ini aku perap dengan 5-6 ulas bawang putih dan halia ditumbuk, campur dengan rampah khabsah dalam 4 sudu, tomato puri, minyak zaitun dan sedikit garam. Lumur pada ayam dan perap dalam setengah jam kemudia bakar.
Acar - Timun dan tomato dipotong dadu. Carrot dipotong nipis. Bawang besar dan daun ketumbar dihiris. Perahkan setengah biji lemon, masuk sedikit garam dan gula. Renjis dengan sedikit serbuk lada hitam., Kacau sebati.
Sambal - Sambal ini lagi mudah. Menggunakan sebiji cili besar + dengan 3-5 biji cili padi, dua biji tomato dan daun ketumbar. Blend . Masukkan garam dan gula, Perahkan lemon dan kacau.. Siap.
Sup - Tidak ada rempah special. Sekadar masukkan air dalam periuk, campak kiub ayam, hirisan halia dah dua ulas bawang putih yg diketuk. Masukkan ayam bahagian tulang-tulang dan juga fishball. Bila mahu tutup api baru masukkan garam dan daun bawang/sup. 
Sepinggan - Mama makan bukan dengan sup ayam+fishball tetapi dengan sup tulang. Terlanjur papa teringin makan sup tulang mama buatlah juga. 
Salah satu hidangan yang tidak memeningkan kepala bila sudah tahu padanannya untuk nasi tersebut. Jadi inilah pilihan aku di hari Sabtu lepas. Tetapi makan malam tetap mahu mencari nasi putih juga. malam itu kami makan nasi putih dengan sup tulang, salad baki siang hari dan telur dadar saja. 

~~ Maha kaya Allah beraneka jenis makanan dan rasa dapat kita nikmati tanpa jemu hanya demi untuk mengisi perut yang tidak besar mana pun saiznya.~~


48 comments:

  1. alhamdulillah meriah makanan ;) tapi sama la kak macam mane pun tetap cari nasi putih kan..hehehe..nasi putih jugak kene kat tekak.

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak Zaki, atie 1st time dengar nasi khabsah ni..
    wahhh! memang nampak menyelerakan sekali makan ayam bakar tu.. boleh belajar masak ni..:)

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum..selamat pagi kak..yan lom pernah lagi rasa nasi ni

    ReplyDelete
  4. Fulamak kak zakie sedapnya..mendidih perut tgoj tak padsn dengan puasa.hehe..kan salah satu nikmat makan dr Allah yang membuatkan kita syukur akan kebesaranNYA..

    ReplyDelete
  5. Akak ni buat orang terliur je..adehhh sedapnyaaaa...selalu wa buat guna yang instant je hehehe

    ReplyDelete
  6. Murahnya rezeki tgk masak nasi khabsah sedap yer...

    ReplyDelete
  7. Istimewa menu ini kak zakie.. Memang sedap.. Kakak dah bagi resipi juga ni, boleh aiza mencuba buat.. ;)

    ReplyDelete
  8. Assalam kakzakie,senangkan klu masak masakan yg berset nie x pyh fikir lauk lain...sedapnya nasi arab...

    ReplyDelete
  9. Kakak, kat mana nk dpt rempah khabsah tu? Senang rupanya ya kak

    ReplyDelete
  10. sedapnya kak... 1st time tgk resepi nasi khabsah ni kak... memang nampak menarik sgt...

    resepi akak beri pun senang nak ikut... tq kak... nnat ada kelapangan bole di cuba resepi nasi Khabsah keluarga akak...:)

    ReplyDelete
  11. sedapnya..mmg suka nasi arab ni..

    nanti e-mel alamat akak ke nhdarus@yahoo.com, tq

    ReplyDelete
  12. Singgah pagi isnin...
    walaupun lemau je nie...
    tgk gambar makanan akk...mata terus segar...
    yumyum... :)

    ReplyDelete
  13. Terliuqqq singgah pg kt sini...wow air tgn sndiri puas hti mkn...

    Bila nk rasa ayak tgn k.zakieni...

    ReplyDelete
  14. NASI KHABSAH YG XSUSAH NK MASAK NI..SEDAPNYA DIMAKAN DGN AYAM AYAM PANGGANG...RAZEKI ALLAH YG BANYAK BERANEKA...SYUKUR ALHAMDULILLAH...

    ReplyDelete
  15. Lazatnya tu kak...Allahu..alhamdulillah Allah beri rezeki kesihatan...makanan..syukur...ayam tu rasanya kalau PC ratah je boleh licin kak..hehe..

    ReplyDelete
  16. Kakzakie...sya dah save resepi ni,teringin nk buat juga bila anak2 ada semua nnati...mcam senang je kan.

    ReplyDelete
  17. nampak mudah betul penyediaannya kakzie. saya baca satu2 tu. hehehe. saya kalau hujung minggu mulalah pening nak memikir menu utk tgh. klu hari kerja cukup 1 lauk dan 1 sayur je. hujung minggu lak mesti nak special sikit

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum kak.. Betul tu, kalau masak nasi putih selalu jadi issue nak padankan dgn lauk apa.. Last2 cicah budu ngan goreng ikan je.. Hehe

    Sedapnya nampak nasi khabshah, mcm nasi beria i jugak cuma lauknya berbeza kan..")

    ReplyDelete
  19. Rasanya semua ibu2 pun mcm akk jugak kan bila bab nasik putih dan regu lauk pauknya...mmg pening bila nak masak..kak sedapnya nampak nasik tu...

    ReplyDelete
  20. alamak......macam kat mekah ni...

    ReplyDelete
  21. Wah... Senang rupanye nak buat nasi arab ni.
    tq sebab sudi bagi resepi,leh cuba ni.

    ReplyDelete
  22. alahai..x pernah cuba buat nasi khabsah ni lagi...ntah bila la SA nak mencuba...

    ReplyDelete
  23. Nampak sedap kak. Saya tak pernah buat . Nampak mcm mudah cara buatnya. Biasa buat nasi mandy je sbb saya buat rempah tu byk2 simpan dlm peti sejuk. Kena cari rempah kabsah la pasni.

    ReplyDelete
  24. Amboi sedap betul menu akak, saya jumaat lepas masak nasi ayam jer..Laju betul anak2 makan, hari Sabtu makan nasi tomato pulak kat rumah mak saya..Alhamdulillah bersyukur seadanya.

    ReplyDelete
  25. 1st time dengar...sedap nampak tu kak..

    ReplyDelete
  26. Nampak sedap nasi khabsah yang kakzakie buat.
    kak Zai selalu mkn direstoren saba cyberjaya.

    ReplyDelete
  27. sedapnya kak. ati ni tahu makan kat makan je.

    restauran saba kegemaran kami sekeluarga ^__~

    ReplyDelete
  28. sedapnyeeee kak...macam makan kat restoren nasi arab...lengkap dengan segala lauk sampingannye...saya tak pernah masak nasik camni selalu makan kat kedai je...terbaekkkkk

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah. Raya haji hari tu saya pun buat nasi arab akak. Sedap..nyam-nyam.

    ReplyDelete
  30. Terliurlah kak sekadar membaca dan melihat gambar aje. Tapi hujung minggu sudah saya kenyang makan nasi pengantin ^_^ Hujung minggu ni pun nasi pengantin lagi. Makanya lain kalilah kita kembali ke menu nasi arab pulak :)

    ReplyDelete
  31. Salam kakak~
    menggiurkan sangattt nasi kakak tu lah.
    Zura sukaaaaaaa sangat2 nasi ade kismis.
    kalo gi kenduri. ade nasi buh kismis nih.. ralit zura mengutip kismis dlm nasi tuh. tapi kalo time org ramai segan nak kutip lelama. kih kih kih.
    Terima kasih kakak atas resipi nasi kismis nih. boleh cuba nanti.
    boleh boh kismis banyak2. hehehehehe

    ReplyDelete
  32. yummy....dah lamer xmakan nasi arab...org laen dlm rumah xbrp minat...hehehe...tetiba teringat nasi mandy....

    ReplyDelete
  33. Setuju.
    Nak menyediakan lauk pauk, saya rasa menjadi igauan ngeri para wanita...hahahaha..sebab nak perah idea nak masak lauk apa...kalau nasi ber set macam ni, senang cerita!

    Sup yg akak buat ni special, sebab siap ada fishball! haha

    ReplyDelete
  34. Oh terliur ku melihat set nasi itu wahai Kak Zakie.. ;-)

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah rezeki dr Allah kn kak..:)

    ReplyDelete
  36. alhamdulillah rezeki... terliur tgk sis.. hehehe

    ReplyDelete
  37. alahai kakzakie buat bagi perut kaknoor berbunyi memalam ni jenjalan kesini
    aduii mana nak cari nasi kabsah malam2 ni dalam mimpi je kot dtg hehe

    ReplyDelete
  38. tak pernah masak khabsah..selalu buat mandy je...

    ReplyDelete
  39. terasa nak makan nasi arab jugak lah malam nanti....

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum kak,
    Sedap ngat tu...Alhamdulillah, nikmat rezeki. Mudah-mudahan Allah bukan sahaja memberikan kepada kita apa yang mahu dimakan, tetapi direzekikan juga nikmat untuk merasa sedapnya apa yang dimakan....
    Salam Ma`al Hijrah 1437.

    ReplyDelete
  41. Ya Allah nampak sedap sangat ni. Suami saya paling suka ni..

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum kak zakie,,

    1st time ni ruby dgr nasi ni..dan tgk rupa nasi ni..dgn lauknya..alahai..nampak sedap tu...

    bila kak zakie panggil ru, teringat kat arwah nenek

    ReplyDelete
  43. Puas sungguh makan ni kalau di rumah tak perlu control control hehehe...

    ReplyDelete
  44. kan mmg lagi mudah disediakan walaupon nampak agak renyah berbanding buat nasi putih berlauk
    sedapnya bila dpt makan sebegini :)

    ReplyDelete
  45. Enakkkk... jadi tambah berselera makan, walau hanya melihat gambar.

    ReplyDelete
  46. Fuhhh menangis tengok... lazatnya...
    Bismillah...
    Kami buat haritu mcm tak berapa menjadi...

    Huhu

    ReplyDelete
  47. Lamanya tak buat nasi Arab.....Dinda pulak suka lebihkan 1/2 cawan air setiap 1 cawan beras kanda...

    Esok teringin lak nak buat...

    ReplyDelete
  48. Pandai kakak buat..kalau falsya nak masak nasi arab kene beli yg dh siap dgn rempah ratus beras dlm kotak..nak masak pun beratus kali tgk step2 belakang kotak..hehe..

    ReplyDelete