Monday, November 30, 2015

Cuti sekolah dan cuti memasak

Dua perkara yang sangat sinonim dalam keluarga kami. Apabila cuti sekolah tiba akan bertambah keraplah aku cuti memasak untuk makan malam. Balik dari kerja melihat anak-anak ada di rumah bagaikan ada hormon malas meresap dalam diri. Mulalah mencari jalan mahu makan apa dan mencari sasaran tempat makan yang mudah dijejaki. Janji perut tidak lapar apa saja pun boleh.

Starter kami - Setiap seorang satu slice. Mak Zah balik kampung sejak Khamis lepas.

Minuman pilihan - Honey lomen, almond latte, lemon tea dan cappucino pilihan kami.

Mama punya - Mushroom soup dengan bun

Spring rolls - Kami beli ini sampai tiga kali. Entah mengapa sedap pula malam itu kami makan. Tetapi set ke tiga kami bungkus bawa balik.

Mee curry - Adik suka benar dengan mee curry. Tetapi tidak terhabis bungkus bawa balik juga.
Begitulah selalunya. Apa lagi masing-masing sudah tidak perlu menghadap buku pelajaran semakin rancak kami boleh bersembang sama. Menonton televisyen pun boleh sama-sama berbaring satu katil dalam bilik. Televisyen di ruang tamu sesekali saja ditonton. Rasa seronok dan mententeramkan jiwa. Sesekai rasa rindu menerjah juga terkenang anak yang jauh di mata.

~~ Kalaulah anak-anak semua sentiasa ada di depan mata alangkah bahagianya.~~


43 comments:

  1. saya pun suka mee kari.. tapi susah nak dapat mee kari yang sedap.. selalu terkena yg manis je..

    ReplyDelete
  2. Wshhhhh tgk makanan rasa lapooo pulakkk

    ReplyDelete
  3. terliur memandang semua hidangan yg jadi pilihan..kalau letih berkerja mood msk pun turut letih.

    ReplyDelete
  4. Tapi terpalinh terliur kalau akak letak gambar yg akak masak! Almaklum org jawa masak ni sodappppppp nyer la haiii :)

    ReplyDelete
  5. Macam-macam hidangan ada. Memang seronok bila anak-anak sentiasa ada di depan mata. Tapi oleh kerana keperluan masing-masing terpaksa berpisah dimata. Namun di hati tetap bersama. :-)

    ReplyDelete
  6. kami kalau hari kerja jer cuti memasak, tapi hari minggu wife akan masak sedap2 sebab ada masa terluang yang panjang. sebab tu skrg kami dah jarang JJCM ari minggu.... hihihihi

    ReplyDelete
  7. Saya pulak kalau cuti sekolah makin rancak lh ke dapur ,sementara ada iqa ni dptlh dia tolong tapi lagi 2 minggu ni tinggal lah 2'anak je lagi kat rumah.
    Itulah kakzakie masa ada kenduri kesyukuran Iman haritu anak sulong tak dapat balik,kata nya akan balik cuti sem bulan februari nanti...sedih gak makan2'dia takde.

    ReplyDelete
  8. menarik makanan2 tu kak..
    memang betul, kadang sindrom malas memang jahat.. kalau ada niat nak masak, tiba2 jadi malas.. terus ke kedai lah gamaknya..hihihi
    Setuju dengan akak.. seronok kalau anak2 ada depan mata.. semua aktiviti boleh buat bersama lagi2 time cuti.. hurmm seronoknya ;)

    ReplyDelete
  9. falsya kan kakak dh lama ngidam mee kari ala2 cina..tp xtau kat mana nak carik kat kl nie..nak masak mcm mood xsampai..hehee

    ReplyDelete
  10. Saya sejak suami kerja di batu pahat memang sudah jarang memasak kakz.sedap-sedap makanan yang diorder. Nanti boleh bawak anak2 saya pula. :D

    ReplyDelete
  11. sedap nyer lama tak layan SR... kek cheese dia mmg memikat hati...
    mee kari dia sdp pekat betul...

    ReplyDelete
  12. Baru hari sabtu lepas makan mee kari ...adek masak sempena harijadi anaknyer..

    ReplyDelete
  13. Baru hari sabtu lepas makan mee kari ...adek masak sempena harijadi anaknyer..

    ReplyDelete
  14. Saya pula kalau time cuti tu seronok nak memasak.Resepi tu resepi ni nak cuba. Tapi sekarang dah henti kerja..malas la pula setiap hari nak kedapur...

    ReplyDelete
  15. lapar pulak tengokk makanan ni.. tp xleh makan sbb arini dah strt diet.. menagisss..:(

    ReplyDelete
  16. Makan kat Secret's Recepi ke tu? Gaya macam kat SR..kat situ mmg saya suka mee kari nya

    ReplyDelete
  17. melting tengok mee kari tu kak.. ;)

    ReplyDelete
  18. Mee kari pun kegemaran saya kakzakie..
    Tapi kalau mkn dikedai.. ada juga yg tak kena pada selera saya..
    Teringat pulak mee kari kak andak saya tu..
    Org yg tak suka mee kari pun boleh jadi suka..

    ReplyDelete
  19. seronok dpt mkn ramai2 cuti sekolah kan... mcm2 menu ada sekali order penuh meja....hehe

    sedap nampknya mee kari....:)

    ReplyDelete
  20. kek dari SR memang sume yg sedap2...memang tak tahan iman kalau sekadar tengok2 je...dapat pekena sepotong dua baru puas hati...saya pon suka mee kari selalu abang ngah yg tolong abiskan sebab memang beso gile mangkuknye makan sorang mesti berbaki...tak kesah la mana2 pon tempat makan yg penting dapat togetder2 katenye....tapi anak yg jauh di asrama tu mesti terkenang2 jugak kan...

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah makan bersama2 anak2 lebih meriah rasanya kn...lebih2 lg skg ini cuti sek sudah bermula...pasti anak2 ada di rumah...:)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah boleh habiskan masa bersama...begitulah..dulu arwah nenek PC cakap...anak ramai...bila dah tua2 meriah semula rumah bila hari raya..itu pun tak cukup..ada yang giliran balik rumah mertua...hihi..

    ReplyDelete
  23. kalo tak kerja lagi best kan kak?
    quality time!!

    ReplyDelete
  24. Kak Zai pun sama bila berkumpul mula cari tempat makan best. Klau anak yg jauh tak balik bila blk nanti second round.

    ReplyDelete
  25. Tak termampu nk makan kt luar selalu, masak sendiri makan ank beranak, selalu menu ringkas je.
    Terliur tgk popia ngn kuahnya, nk buatnya malas, alahai..

    ReplyDelete
  26. Asalam..resipi hebat..sedap tu

    ReplyDelete
  27. alahh kak.. sy ni pun anak2 yang sentiasa ada ni pun mmg sentiasa nak makan luar.. punya lah malas.. hehe... ada ciju baru lah meriah dapur tu.

    ReplyDelete
  28. Untunglh anak2 k.zakie..
    Nor kna msklh hari2...

    ReplyDelete
  29. Salam syg kak zakie..kita kkdg masak jgk..tp kkdg mlas kak..he hee lama x jengah sini.rindu dgn akk

    ReplyDelete
  30. sedapnya makanan...betul tu kak kadang kita mahu anak2 sentiasa didepan mata

    ReplyDelete
  31. sedap jugak, sesekali makan luar anak beranak kan.. hihi

    ReplyDelete
  32. cuti sekolahasa untul rest kan minda sebentar

    ReplyDelete
  33. Sedapnyalah tengok semua makanan tu..tetiba lapar pula..hehehe

    ReplyDelete
  34. Maknanya cuti sekolah ni memang keraplah akak cuti memasak ya. Macam saya ni, cuti sekolah ke tidak, memang tak kerap ke dapur. Hahaha!

    Ini mesti kat Secret Recipe yakan, kak! Saya rasa akak sekeluarga memang suka sangat makan di sini ya!

    ReplyDelete
  35. Diana pun baru nak teka macam di secret recipe juga hehehe...

    ReplyDelete
  36. Hihi.....samalah kita kanda, tp dinda tak boleh selalu makan luar walaupun hati mau hihi .....kesian kat Tuan Anas nan sorang tu kanda. Bengkok pulak kang hihi....

    Memang seronok kanda kalau dapat bersama semua anak anak....tapi apakan daya....

    ReplyDelete