Friday, November 20, 2015

Jangan pandang pada rupa

Lama juga membelek ruang freezer yang menempatkan ikan-sotong-udang-ayam-daging dan yang seangkatan dengannya. Tetapi kotak minda jadi buntu bila sudah tidak tahu mahu menggayakannya. Bila ditanya pada ahli rumah yang lain amat susah bila jawapan di beri "tak kisah". Jawapan yang tidak membantu langsung.

Cencaru bakar - Inilah jadi akhirnya. Lumurkan dengan garam kunyit kemudain bakar. Siap bakar letak atas daun pisang dan curahkan sambal dia. Sediakan limau kasturi.  Bila mahu makan perahkan limau.

Nostalgia - Anak-anak tidak tahu sambal ini salah satu resepi masakan arwah nenek mereka. Mama dan mak-pak saudara mereka dulu sering makan berlaukkan ini. Dulu arwah mak ambil cili yang ditanam sendiri untuk ditumbuk kasar. Tumis dengan bawang besar yang dihiris kasar dan bawang putih yang dititik. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng lebih awal. Masukkan sedikit garam dan gula. Perahkan lemon. Kalau tidak meleleh airmata tidak tahulah. 

Sambung nyawa - Rangup dan ada aroma istimewa. Inilah gandingan dengan sambal di atas. Bukan semua orang tahu nikmat ulaman ini. Apa lagi kalau bukan orang kampung memang susahlah. Mahu membeli di pasar bagai tidak pernah aku jumpa. Baik tanam sendiri sebab ia mudah ditanam. Potong batangnya kemudian cacak di atas tanah. Anak-anak walau dari lahir sudah selalu melihat tetapi belum pandai menikmatinya lagi. 
~~ Memasak bukanlah susah tetapi yang susah memikirkan resepi apa yang mahu dimasak. ~~


54 comments:

  1. Ulam sambung nyawa tu sy pnh tanam kt umh lama. Sygnya masa pndah lupa angkut, skrg sy x thu mn nk cari utk tnm blik. Klu dkt, sy mntak sikit nk tnm. Hihi

    ReplyDelete
  2. Ulam sambung nyawa tu sy pnh tanam kt umh lama. Sygnya masa pndah lupa angkut, skrg sy x thu mn nk cari utk tnm blik. Klu dkt, sy mntak sikit nk tnm. Hihi

    ReplyDelete
  3. Huhu...sdp...ayat xkisah mmg x membantu..

    ReplyDelete
  4. x pernah makan ler ulam sambung nyawa tuh...
    ikan bilis goreng tuh memang lejen.... sesekali dpt makan boleh bertambah lerr

    ReplyDelete
  5. kak...yg ikan bilis tu menggamit kenangan...makanan paling sedap tuhhhh....sedapnyerrr...mkn pulak ngn nasi panasss....adehhhh...terus lapar perut sy ni kak...

    ReplyDelete
  6. Amboi! pagi2 lagi ni KZ dah hidangkan mata kami dengan makanan pemecah selera ni rasa tak sabar nak masak nasi...

    Makan lah lauk apa yang ada sambil membayangkan lauk hidangan KZ ni... insyaAllah lepas juga kempunan...huhu..

    ReplyDelete
  7. Anak2 kak Zai yang dah dewasa pun tak tahu ikan bilis tu yg diaorg tahu sambal tumis.
    Sedap mkn dengan nasi panas.

    ReplyDelete
  8. kakak...sedapnye ikan bilis cili padi tuh..aduhhhhh..dpt makan itu saje pun cukup..xpandang lauk lain dh..

    part buntu xtau nak masak ape n jawapan "xkisah" tuh falsya memahami sesgt..sgt xmembantu kan kak..hehee..falsya baru hadap 4 thn pun dh pening xtau nak masak ape..mak falsya dh hadap 40thn lebih, lg buntu xtau nak masak ape kadang..skang baru falsya tau perasaan tuh mcm mana..hehhe..

    ReplyDelete
  9. jgn pandang rupanya tapi rasa kan kesedapannya...

    ikan bilis goreng gitu mkn dgn nasi panas2 memang walahhhh...:)

    ReplyDelete
  10. kadangkala x tahu nk msk apa dah...ayat x kisah tu yg kita nk dengarkan kak...
    sambung nyawa pernah mkn...malah d tanam juga...

    ReplyDelete
  11. Salam Jumaat kak..
    kadang memang pening nak masak apa, walaupun isi dlm peti ais tu penuh...hihi
    ikan bilis memang peberet klu masak mcm tu kak..suka mkn:)

    ReplyDelete
  12. NASAK SIMPLE LENGKAP SEMUA MMG MENELERAKAN..XSUSAH MSK NI KALAU CITARASA XMEMILIH SGT.

    ReplyDelete
  13. kak zie, jawapan yang tak membantu langsung tu yang selalu membuatkan saya termenung di depan freezer dok fikir nak masak apa hari ini

    ReplyDelete
  14. Daun sabung nyawa tu mmg bersabung nyawa nak telannya....pada tekak aku la...hehe

    ReplyDelete
  15. Ikan bilis tu kalau makan ngan nasi panas2 pon dah cukup. Tak payah lauk lain dah. Feveret saya tu kak ☺

    ReplyDelete
  16. Kakzakie.. Lauk ikan bilis goreng bawang dan cili tu pun nostalgia saya dengan arwah mak. Itulah lauk yg menaikan selera anak-anak. Lagi satu sardin , potong bawang besar dan hiris cili padi. Iye lah anak ramai 9 org yg perlu disuap, lauk sedemikianlah yg menjadi hidangan. Itu pun dah suka kami adik beradik.

    Saya sekarang suka ulam daun belalai gajah kakzakie..
    Kena pulak dgn sambal hijau... emmmm dapnya :)

    ReplyDelete
  17. Sambal bilis tu kalau saya buat anak2 ppuan je layan,...yg llaki kat rumah saya ni agak pemilih sikit bab2 makan.sedap kan kak zakie bila makan nasi panas dengan ulam...saya suka berulam daun tenggek burung kakzakie.

    ReplyDelete
  18. kak sambal tu PC rajin buat..sebab baba mama dan suami suka makan..kalau buat guna ikan bilis hitam pun sedap kak..makan dengan nasi..keladi rebus..hehehe..
    itu daun singkel ye kak..ke PC silap..edap buat ulam dan masak asam pedas..wah..best aromanya.

    ReplyDelete
  19. Sedap dah tu kak...lagi2 bilis garing kat tengah2 tu...makan dgn nasik panas2 mestinlayan dua tiga pinggan punya la...hehehe...pestime saya dengo ulam sambung nyawa ni...

    ReplyDelete
  20. cencaru bakar tu memang sedap laaa.....

    ReplyDelete
  21. Ikan bilis goreng tu kan kak kesukaan sikecik saya, Yana...tp nak yg neneknya gorengkan..saya goreng tak sedap katanya...Ulam Sambung Nyawa tu tak pernah saya tahu pun kak..pertama kali saya dengar..bila kak kata rangup2 tu..adoiii haii kat mana lah saya nak cari...ada ker jual benihnya kat Nursery bunga...

    ReplyDelete
  22. Menu yg tengah tu, memang menggegarkan nafsu dinda tau kanda...... Tak payah dah lauk lain. Kalau ada kicap manis lagi sedap... pergh!!

    ReplyDelete
  23. betultu zakie..bila kita buntu apa lauk hendak dimasak, tanya mereka jawabnya.."sukahatilah!.jawapan tak membantu langsung..

    ReplyDelete
  24. betul tu eiqa setuju, masak tak susah yg susahnya pikir ape benda kita nak masak, hahaa

    ReplyDelete
  25. cencaru bakar dah lama tk buat kakzakie mmg ngancam sngt tu, tambah dgn sambal tu aduh terliurr

    ReplyDelete
  26. saya seorang yang tidak banyak ragam. apa yang dimasak saya ngap jer...

    ReplyDelete
  27. Sedapnya. Macam-macam boleh pilih lauk ni akak.

    ReplyDelete
  28. yan pun sama kak..bila haro2 dah masak..sampai binggung nak masak apa

    ReplyDelete
  29. Simple tapi menarik. Terliur tgk ni kak

    ReplyDelete
  30. Setuju sangat tu kak..kadang2 bukak tutup peti sampai 4/5 kali pun, belum tahu nak masak apa hihihi..

    ReplyDelete
  31. Asalam..ya sangat setuju..apa adapada rupa..Allah tak nilai rupa. Tetapi kebaikan hati yang baik...

    ReplyDelete
  32. Asalam..ya sangat setuju..apa adapada rupa..Allah tak nilai rupa. Tetapi kebaikan hati yang baik...

    ReplyDelete
  33. Goreng ikan bilis camtu sedap sggh buat makan sahur masa bln puasa. Pembuka selera kata org.
    Yg lebih penting halal kan kzakie.

    ReplyDelete
  34. Setuju ngan ayat last tu akak. Memasak tak susah pun kan.. Nak cari resepi tu yang susah. Kdang2 bahan ada je kt dapo.

    ReplyDelete
  35. sedap tu kak zakie.. rajin memasak.. ;)

    ReplyDelete
  36. daun sambung nyawa tu yg rasanya tersangat pahit tu ka..yg dibuat ubat darah tinggi..

    ReplyDelete
  37. Terliurnyaaaaa. Dahlame tak makan ikan bakarr. Adehh

    ReplyDelete
  38. Setuju ayat last tu... :)... sebab malas nak pikir... tu yg masak benda sama jer... huhu

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum kakzakie...betul la tu kak dah x tahu nak memasak apa2 hari bila nak memikirkn apa yg hendak dimasak...:)

    ReplyDelete
  40. caru bakar tu memang menu selalu sy buat..tp tak pernah pulak curah sambalacam kak zakie ni nampak menarik..sy selalu buat caru sumbat sambal..yg ulam tu apa namanya..bukan orang bandar..suka ulam tapi buta sikit bab nama ulam2 ni.hehehe...

    setuju sgt..memang susah nak fikir menu..ahli keluarga pun tak membantu bila kita minta buah fikiran tentang menu

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum kak,
    Ooo...tu daun sambung nyawa. Saya biasa dengan daun tu tapi tak tahu apa namanya. Hari ini baru tahu, daun Sambung Nyawa.
    Cencaru bakar tu memang membuka selera...

    ReplyDelete
  42. sy sgt suka ulam tapi smbung nyawa 2 belum try lagi.. dan xprnah jumpa..hehehe

    ReplyDelete
  43. resepi kampung simple yg paling KA suka ni. plg best sambal bilis tu. rasa lapar ler pulak ni

    ReplyDelete
  44. betul tu kak, masak tak susaah yang susahnya nak fikir apa yang perlu dimasak

    ReplyDelete
  45. Saya setuju tu, kak. Nak memasak tak susah tapi nak masak apa tu yang susah. Itu yang menyebabkan saya malas ke dapur (kah3x)! Pening kepala tak tahu nak masak apa dan akhirnya balik-balik masak itu jugalah! Kalau ditanya isi rumah, semua pun pakat menjawab 'tak kisahlah!' 'apa-apalah!' Kita jadi lagi pening kalau tanya pendapat seisi rumah!

    Mujur juga akak perkenalkan ikan masak asam tau. Sekarang ni kalau tak tahu nak masak apa, masak asam aje habis cerita! Tapi saya ajelah yang syok makan!

    Sambung nyawa tu nama ya, kak! Saya ingat apalah tadi ^_^

    ReplyDelete
  46. salam kak zakie...singgah sini...sambal diatas tu sama macam arwah mak aRz selalu buat tetapi ada kicap diletakkan...memang sedap dan pedassss

    singgah dari arzmoha.com

    ReplyDelete
  47. setuju dgn kakak.bab memasak ni mmg blh buntu, bila ahli rumah ckp x kisah..

    suka ikan bilis goreng tu
    rasanya mcm pernah mkn la ulam tu..

    ReplyDelete
  48. setuju dgn kakak.bab memasak ni mmg blh buntu, bila ahli rumah ckp x kisah..

    suka ikan bilis goreng tu
    rasanya mcm pernah mkn la ulam tu..

    ReplyDelete