Monday, November 2, 2015

Pertemuan indah di usia tua

Setelah lebih 30 tahun mereka tidak bersua pada hari minggu lepas hubby bersama sahabat sewaktu belajar di sekolah menengah dipertemukan semula dalam majlis yang telah dirancang lebih sebulan lalu. Bertolak selepas maghrib tetapi kami sesat apabila akibat alamat yang diberikan tidak tepat. Wase membawa kami menuju ke belakang sebuah rumah yang sunyi sepi. Akhirnya terpaksa berhubung dengan pihak resort lalu salah seorang pekerjanya mengambil kami di pekan Layang-Layang. 
JDT - Sementara menunggu pekerja resort mengambil sempat kami menonton layar lebar yang menayangkan perlawanan AFC. Sebaik JDT menyumbatkan gol bukan saja aku lihat penonton bersorak gemuruh, aku, hubby dan Kak Meen pun melompat sama. Adik tidak ikut sebab mengikut rombongan sekolah ke Pulau Pinang. 

Banner - Inilah banner yang digantung. Ramai yang hadir apabila masing-masing membawa pasangan dan anak mereka. Bahkan ada yang sudah bercucu terutama kawan hubby yang perempuan. Rata-rata mereka bersekolah di sini dari Tingkatan 4 hingga tingkatan 5 saja. Hubby pun sama. 

Sahabat - Hubby bersama sebahagian kawan-kawannya. Banyak gambar-rambar mereka tetapi inilah satu-satu yang sempat aku ambil di telefon aku sendiri. Bayangkan kakak yang tudung purple anak bongsunya sudah remaja (bertudung hitam). Tetapi bila bertemu sahaba sekolah masing-masing sudah bagaikan anak-anak sekolah semula. Mesti mereka terkenang ketika di tingkatan 5 dulu.:) 
Makanan - Sebahgaian hidangan yang ada. Pecal, laksa, nasi putih, kuih bermacam jenis kuih dan berbagai-bagai lagi makanan. Majoriti sudah menjawat jawatan tinggi dalam jabatan dan ada yang sudah mahu mengambil pencen awal.
Ikan pari bakar - Sedap ala-ala di restoran singgah selalu

Kupang bakar - Ini aku kurang sikit bukan sebab tidak suka tetapi bimbang kolesterolnya.

Tomyam putih - Airtangan tuan punya resort yang juga merupakan kawan sekolah  hubby. Sebab itulah majlis dibuat di resort ini sebagai memberi sokongan resort kawan mereka.

Makanan - Ini yang mampu aku ambil gambar. Malu sebab bukan majlis kita. Gambar ini pun aku ambil ketika mereka sedang sibuk bersalam-salaman untuk pulang. Aku sekadar menemankan suami. Mereka semua berbual mengenang zaman mereka belajar dulu tanpa sedar malam sudah terlalu jauh. Ada yang bermalam di resort sebab lebih ramai yang tinggal di luar Johor berbanding yang masih di Johor.
Goodie bag - Jam dinding yang melakar lambang sekolah mereka dulu, bunga telur yang ada telur masin (tradisi Johor), kacang dalam botol (trend masakini) dan buku doa harian.

~~ Kejayaan diraih selaras dengan usia masing-masing yang sudah menuju ke usia senja. Masing-masing pun sudah 50 tahun. ~~


42 comments:

  1. Kira reunion hubby kakzakie lah ye..
    Bila berjumpa kekawan lama , leka lah berbual kan kak..
    Best juga cenderahati yg hubby akak terima..
    Lebih2 lagi jam yg ada lencana sekolah tu..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya...reunion dikala masing masing sudah ada keluarga,,kerjaya masing masing...haluan yang berbeza hujungnya bila bercantum semula nikmatnya pasti luar biasa..Allahu moga ukhuwah terus erat..amin..

    ReplyDelete
  3. Serenoknya dpt bertemu sahabat2 sekolah kan kakzakie...pasti suami kakzakie pun hepi sgt...lihat kejayaan kwn2..ada resort begini...semoga terus sukses...

    ReplyDelete
  4. Hujung2 tahun ni ramai yg buat reunion kan kak. Tentu meriah bila berjumpa rakan2 lama .. :D

    ReplyDelete
  5. Grup sekolah lama saya 77/78 pun ada buat reunion awal bulan ini tapi saya tak pergi. Susah nak tinggalkan ibu_suri sendirian. nak bawak tak boleh sebab kondisinya yang begitu.

    Ramai yang bercucu tapi ramai juga yang anaknya masih bersekolah.

    Memang seronok bila terkenang masa remaja. Walaupun ada yang dah berjawatan besar tapi bila bersama dah jadi macam bebudak semula...

    ReplyDelete
  6. Salam pagi...
    seronoknyer la kan...
    dapat bertemu kembali....

    ReplyDelete
  7. BERTEMU KAWAN2 LAMA MASA SEKOLAH DULU AMAT MENGGEMBIRAKAN HATI..KEBANYAKANNYA BERJAYA DLM KEHIDUPAN MRK WALAU SIAPA MRK MASA SEKOLAH DULU...NAMPAK MASA DEPAN SENTIASA CERAH WALAU KDG KITA DGR ADA YG BERKATA XDER MASA DEPAN BUDAK NI...

    ReplyDelete
  8. Group sek saya pun dh berkali2 nk buat reunion tapi ramai yg xdpt hadir,masing2 dh bertebaran di bumi mlsia ni....selalu mereka buat kat kg msa ada jemputn kawen atau hariraya tapi saya pun tak pernah dpt sertai ...lagipun malu pun ada dulu muda belia ,skg dah kereput....hahaa.

    ReplyDelete
  9. Group sek saya pun dh berkali2 nk buat reunion tapi ramai yg xdpt hadir,masing2 dh bertebaran di bumi mlsia ni....selalu mereka buat kat kg msa ada jemputn kawen atau hariraya tapi saya pun tak pernah dpt sertai ...lagipun malu pun ada dulu muda belia ,skg dah kereput....hahaa.

    ReplyDelete
  10. akak pun pernah terkena..guna waze terus masuk belakang rumah orang..heheh
    tentu seronok mereka mengenang kembali zaman muda2 mereka.

    ReplyDelete
  11. semoga kekal berpanjangan ukhuwah sesama mereka ye..

    ReplyDelete
  12. seronok dpt berjumpa kawan lama kan kak...
    walaupun 30 tahun x bertemu..masing2 masih seperti dulu jugak kan...:)
    saya pun rindu kawan2 sekolah dulu2 kak....

    ReplyDelete
  13. seronok buat reunion ni...mengimbas kembali saat2 belajar dulu...

    ReplyDelete
  14. wahhh seronok nyer..sekali sekala berjumpa setelah berpuluh tahun tak ketemu memang bnyk cerita nak dikongsi bersama..

    ReplyDelete
  15. seronok nyer kak... lps dh lebih 30thn tak jumpa msti mcm2 cerita...

    kenangan zmn sekolah kenangan yg paling indah rasanyer... saat2 membesar almaklum hehehhe...

    jam tu mmg cantik lg2 ada lambang sekolah...

    ReplyDelete
  16. Seronok, terkenang pula bgaimana Gembiranya dpt jumpa ibubapa dan org2 yg kita sayang setelah sekian lama terpisah, berjumpa semula di alam barzah....

    ReplyDelete
  17. Banyak cerita yangt dibualkan terutama ketika za man bersama dulu sampailah cerita keluarga.

    Kak Zai pernah ikut reunion hubby masa sama2 belajar kat UK meriah sangat.

    ReplyDelete
  18. best nyer reunion selepas 30 tahun... Bukan senang nak kumpul ramai2 macam ni.. Kami pun pernah rancang nak buat reuniuon, tapi sampai sekarng tak tercapai... Kena tunggu umur 50 dulu kot baru masing2 kurang sikit bz tu.... hehehe

    ReplyDelete
  19. reunion sekolah ..erm dalam perancangan...

    best nya sesekali dapat jumpa kawan lama
    ;-))

    ReplyDelete
  20. memang seronoklah dapat berjumpa kawan2 lama macam ni, saya aidiladha hari tu reunion dengan kawan2 sekolah rendah selaps 21 tahun tak jumpa...seronok sangat

    ReplyDelete
  21. Seronok ya Kak bila en suami bertemu kawan2 sekolah.. pasti banyak cerita yg dikongsi.. makanan pun sedap2 kan.. jam tu menarik:)

    ReplyDelete
  22. Bila dah jumpa kawan sekolah mesti kenangan waktu nakal2 dulu terkenang kembali...sedap2 nampaknye menu yg terhidang kak....nak2 ikan pari bakar bersambal tu....nampak sedap betol

    ReplyDelete
  23. seronok dpt jumpa kwn dulu2.. memang terobekk habis kenangan dulu kala.. suka duka bersama. :)

    ReplyDelete
  24. memang seronok bila berjumpa kawan2 lama. tapi saya bila kawan2 nak buat reunion, saya segan nak joint sebab kebanyakkan kawan2 saya hampir kesemuanya sangat2 berjaya..... huhuhu

    ReplyDelete
  25. Bestnya. Masih berhubung lagi even dah berpuluh tahun.

    ReplyDelete
  26. Seronok tau...saya pon sering bertemu rakan-rakan yang dah 30 tahun meninggalkan bangku sekolah...almost setiap hari kami berhubung melalui whatsapp...

    ReplyDelete
  27. Reunion ye kak...rapatkn ukhuwah, sambil tya khabar...yg bercucu mesti ramai ni...mkn tu indahnya nikmat..kecur..

    ReplyDelete
  28. best Nye... akak, email saya alamat akak. doesett.pink14@gmail.com

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah
    reunion yg sangat sangat bermakna di usia begini, kan..
    seronok dan dapat rasa kegembiraan bila dpt bertemu rakan skolah.
    cntik la jam dinding tu.. lain dr yg lain.
    sgt bermakna.. kenangan

    ReplyDelete
  30. Memang best kan kak zakie, abang dapat jumpa kawan2 lama....30 tahun dulu...Vokasional Kluang ya...

    Biladah berjumpa, mmg perangai zaman sekolah terserlah....hahahaha

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum kakzakie...seronok dpt jumpa kekawan lama...mesti ada yg masing2 dah berubah wajah buat kita pun x kenal...:)

    ReplyDelete
  32. Rakan-rakan selalu juga buat reunion...tetapi saya di Semenanjung....tak boleh join....sembang dalam Whasttup sahaja....mesti suami akak sangat seronok imbau kenangan lama

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum kak,
    Lama sungguh tidak berkunjung ke sini..
    Tentu seronok dapat bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lama sambil mengupdate perkembangan diri masing-masing. Mudah-mudahan ukhuwah yang dibina dahulu tetap terjalin biarpun semua sudah bergelar atuk dan nenek...

    ReplyDelete
  34. wahh..sedap2 makanan..cenderamata jam dgn lencana sekolah tu yg best..
    saya pulak malas nak join gathering2 cam ni..entahlah, nak bersembang kat whatsapp pun malas jg..anti-sosial betul, hihi..

    ReplyDelete
  35. bila ada yg nk buat & ramai hadir....seronoknya kak
    bawa plk famili lg meriah...

    ReplyDelete
  36. alhamdulillah..berjumpa smula setelah tempoh yang lama..

    ReplyDelete
  37. Lamanya, reunion slpa 30tahun.. Bagus agt masih contact..

    ReplyDelete
  38. Dapatlah buat kenalan baru untuk KakZakie juga kan.

    ReplyDelete
  39. Wah bestnya....memasing sporting ye kanda. Yg pompuan pun join , sporting sungguh suami memasing.
    Kanda punya reunion bila pulak?

    ReplyDelete
  40. Tentu seronok suami akak dapat bertemu kawan-kawan lamanya. Kak, saya ni rabun makanya tak nampak pun logo sekolah pada jam tu - High School Kluang ke?

    Kalaulah nanti ada alumni sekolah-sekolah saya buat majlis, entah nak pergi ke tidak saya ni. Tentu dah jauh berbeza zaman sekolah dulu dengan zaman sekarang. Saya dulu sekejap di Convent BP, lepas tu masuk TIGS dan separuh zaman sekolah lagi di boarding school. Kalau berkumpul semula memang ramai betullah kawan-kawan zaman sekolah!

    ReplyDelete
  41. memang rasa bahagia jumap kawan2 lama...

    ReplyDelete