Monday, December 14, 2015

Imaginasi ketika membaca novel

Sejak cuti sekolah ini anak dara aku langsung tidak membaca buku pelajaran. Ulangkaji tidak ada dalam rutin. Sebaliknya membaca novel dan melayari internet menjadi rutin cuti mereka berdua. Aku sudah tidak tahu lagi mana mahu disusun novel-novel mereka. Di dalam almari sudah berlapis-lapis tersusun. Dulu pernah ada perancangan untuk di jual murah-murah ketika di sekolah ada menjalankan majlis Hari Usahawan, tetapi kerana sayang semuanya tidak menjadi.

Bila aku bersuara "Simpanlah dik novel-novel ini baik-baik, Bila adik ada anak kelak boleh juga anak adik membaca pulak".  Adik boleh mengatakan 20 tahun akan datang kalau dia ada anak mungkin anak-anak zaman itu sudak tidak membaca novel sepertinya sekarang. Anak-anak generasi 20 tahun akan datang membaca novel menggunakan gadjet lagi canggih dari sekarang. Lebih dari apa yang anak-anak kini gunakan. Masa itu line internet percuma merata-rata jadi semua pengisian pembelajaran dan pembacaan melalui gadjet saja. Itu imaginasi adik.

Karya Ain Maisara - Mungkin ini novel terakhir adik untuk tahun 2015 yang baru dibeli hari Sabtu lepas. Baru habis satu dan mama sudah memberi kata-dua selepas ini mama tidak akan membeli lagi. Kembali ke alam sekolah sebagai murid tingkatan satu. Tunggu cuti sekolah tahun 2016 baru membeli lagi.

~~ Bagaimana canggih sekalipun buku tidak mungkin akan pupus. Itu pendapat mama.~~

25 comments:

  1. Tetap nak beli hardcopy buat simpanan sendiri. ;)

    ReplyDelete
  2. dah lama tak baca novel..hehe..tapi memang betul akan datang diaorg baca pakai gajet jek

    ReplyDelete
  3. KAK DULU BANYAK BELI NOVEL KANAK2 UTK ANAK2 LPS TU PABILA DH TAK DIBACA LAGI DIDERMAKAN SAJA PADA BILIK BACAAN SETEMPAT.KAK PUN SEPENDAPAT DGN KAKZAKIE WALAU SECANGGIH MANA IT BERKEMBANG PERCETAKAN BUKU YG TLH UJUD RIBUAN TAHUN LALU TETAP RELEVEN.

    ReplyDelete
  4. Mungkin muda mudi lebih selesa dengan membaca novel atau cerpen secara online kan kak...tapi PC lebih suka beli buku novel...kepuasannya lain sikit...

    ReplyDelete
  5. yelah kak.sayang lah kalau jual..tp nak menyimpan tu satu hal jugak.
    ajar adik berniaga kak..buat sewa novel, bg sewa kat kawan-kawan..sehari 50 sen xpe dah..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kakzakie...seronok adik dpt membaca novel dan jadikan koleksi dalam simpanan...betul tu kak sayang kalau dijualkn...

    ReplyDelete
  7. Baca buku dan baca dari internet tak rasa sama, bagi aku, kak...

    ReplyDelete
  8. cuti sekolah merdeka lah apa lg hehehhe

    ReplyDelete
  9. Kakcik juga ada koleksi novel yang agak banyak (dah bertahun tak beli novel sebenarnya). Anak semua lelaki, memang taklah diaorang minat nak baca. Yang hilang pun ada juga...

    ReplyDelete
  10. saya lebih suka baca buku yg nyata, baca kat skrin tak best.. :)

    novel2 zaman remaja saya, saya jual online kak. Dah tinggal beberapa je yg tak laku. Usia berubah, dulu suka sgt novel tu..skrg tak minat, jual jelah.

    ReplyDelete
  11. Sama lah anak saya kakzakie walaupun mungkin tak sebanyak novel adek tapi novel2'anak2 ppuan saya ni skg skadar trsimpan gitu je bila dh baca sekali 2.taktau nk buat apa dah.Anak llaki jgn harap nk baca novel.

    ReplyDelete
  12. Sama lah anak saya kakzakie walaupun mungkin tak sebanyak novel adek tapi novel2'anak2 ppuan saya ni skg skadar trsimpan gitu je bila dh baca sekali 2.taktau nk buat apa dah.Anak llaki jgn harap nk baca novel.

    ReplyDelete
  13. Anak saudara saya sorg suka sgt novel, smp dah bole bukak library kt umh gayanya.
    Mgkn satu hari nnt adik bole jadi novelis kan, sape tau..terkenal seluruh dunia.

    ReplyDelete
  14. entah la saya kenapa dari dulu memang tak boleh nak baca novel. pernah mencuba sekali ketika masa sekolah itu pun yang cuma muka surat 100 lebih sket jer karya ahadiat. lepas tu sampai sekarang tak pernah boleh nak baca. asyik-asyik duk ulang muka surat sama lepas tu jadi ngantuk

    ReplyDelete
  15. Saya pun setuju dengan pendapat mama...
    Masa kat UK ada juga beli gadget utk baca buku online...
    Mmg banyak yg boleh download dari internet secara percuma...
    Tapi last2, kena order yg jenis buku juga... baru puas hati nak baca...

    ReplyDelete
  16. mana puas baca kat komputer/henfon banyak2 camtuh

    ReplyDelete
  17. setuju kata qaseh abadi....tak puas eik

    ReplyDelete
  18. sejak qisya lahir smp skang satu novel pun falsya xusik kakak..dh lama xbaca...hehe

    ReplyDelete
  19. last baca novel eksperimen cinta...
    lepas tu dah x baca dah...
    sebab klu baca..nnt satu keje pun nieyl x leh nak buat..hihihi

    ReplyDelete
  20. baca buku ni best kak..paling xbest kalo ada org pinjam xpulang2 kan..hehhe..coz sy selalu kena mcm tu..

    ReplyDelete
  21. Bagosnye adik rajin membaca kak..anak2 saya kurang minat skit...kak long hanya baca kalau novel tu kene dgn selera dia..saya dulu bole.di katakan ulat buku jugak paling suka buku penyiasatan yg mendebarkan...dah lupa nama koleksi buku2 tu...

    ReplyDelete
  22. Sy mmng simpan trus sgla novel. Tak smpat dh nk membacanya. Mungkin untuk zahra bila dewasa. :)

    ReplyDelete
  23. Anak-anak akak ni memang rajin membaca. Kalau saya, sukalah tengok anak-anak jadi ulat buku ni. Dulu pun saya ada banyak novel tapi sebab tak cukup tempat, saya jual kebanyakannya. Saki-baki tu saya beri pada anak-anak saudara. Sekarang ni kerja membeli buku cerita untuk anak bujang saya tu. Setakat ni dia sanggup baca buku nipis aje, kalau tebal sangat macam novel tu memang dia perap bawah bantallah jawabnya!

    ReplyDelete
  24. Sama jer ngan anak dara kat sini kanda....tp si TLBD tak suka baca novel, beli jer dia suka, geram dinda kadang tu

    ReplyDelete