Monday, December 14, 2015

Peranan kelapa dengan kuih tradisi

Zaman mak-nenek kita dahulu membuat kuih-kuih tradisi tidak lari dari kelapa. Bila kenduri-kendari pula kerja memecah, memarut dan memerah kelapa untuk mendapatkan santan sudah menjadi perkara biasa. Namun kemajuan dunia hari ini selaras manusia kian sibuk berbagai cara digunakan untuk menggantikan santan dan kelapa parut. Soya, creamer dan susu sudah sering digunakan sebagai alternatif pengganti. Untuk lebih dekat dengan rasa santan kelapa kini kelapa di dalam kotak juga sudah menjadi perkara biasa. Kukur kelapa dan mesin parut kelapa pun ada anak generasi kini yang sudah tidak kenal. Pergi muzium baru tahu.

Rumah aku ada lagi mesin parut kelapa. Namun hanya sesekali saja aku gunakan apabila timbul keinginan. Tetapi Kak Reen juga sudah pandai menggunakannya, itu pun pertama kali mencuba kelapa sudah terpelanting dari tangan. Adik-adiknya jangan haraplah. Baru-baru ini aku gunakan kelapa parut untuk membuat agar-agar, rendang dan kuih kaswi.

Kukus - Terlanjur pengukus besar ini belum tersimpan selepas mengukus pulut tempohari aku kukuslah kuih ini
Tujuh - Ini untuk jiran yg menyewa rumah kami. Pasangan muda anak satu. Dia memberi kami apam, jadi pulangkan pinggan ganti dengan kuih ini. Anak-anak pula kalau kuih yang ada tabur kelapa kurang minat tetapi kali ini bila mama masak sikit suka pula. Mungkin aroma daun pandan dan gula melaka yang harum memikat selera. Namun adik tetap tidak makan dengan kelapa. Togel-togel dia makan begitu saja.
Cheese - Kalau topping begini anak-anak memang sukalah. Entah apa di buatnya di dapur ada 4 ketul ini. Dua untuk yang memasak (Kak Meen) dan dua lagi adik punya.
~~ Walau canggih mana sekalipun sehingga kini belum ada yang boleh menggantikan kerisik kelapa untuk rendang masakan tradisi Melayu.~~


49 comments:

  1. assalamualaikum kakzakie...sedapnya kak...:)

    ReplyDelete
  2. Kakcik suka kuih yang ada tabur kelapa macam tu... :)

    ReplyDelete
  3. aah kan kak kuih dulu2 tak lari dr kelapa... takde dlm kuih kt luar kelapa parutnya...

    ReplyDelete
  4. Anak2 saya suka pulak letak kelapa tu kakzakie..
    Kalau nabil kelapa tu saja th disuap kedalan mulut..
    Kuih berasaskan santan memang sedap..
    Lemak manis jer..

    ReplyDelete
  5. Rumah mertua saya ada lagi mesin kukur nyor...
    Kalau kenduri, mmg keluarga mentua masih lagi kukur nyor sendiri...
    Biasanya en hubby la yg tukang kukur...
    Saya memang tak berani nak guna.... hehehe

    ReplyDelete
  6. mesin parut kelapa masih setia digunakan kat rumah syida. Kami adik beradik masing2 tahu guna.. :)..kepuasan bila masak guna santan segar..

    ReplyDelete
  7. betul2...tanpa kerisik bukan rendang namanya...

    ReplyDelete
  8. saya pun suka makan kuih dengan kelapa parut digaul garam. sedap rasa lemak2. anak2 kurang.

    ReplyDelete
  9. kt kpg masih ada lg pengukur kelapa yg tradisional tu, kalau emergency guna jugalah..sbb mesin parut dh rosak, kekadang hantar kedai runcit, upah parut je..

    sekrg ni 'mengukur kelapa' dh jadi acara sukaneka org dewasa..huhuhu..

    ReplyDelete
  10. falsya dh lama carik kuih kaswi yg sedap..selalu beli mesti rase kapur yg lebih...

    ReplyDelete
  11. topping cheese? nak kene try jugak la macam nie..

    ReplyDelete
  12. sedapnya kuih..teringat pulak kukir kelapa aruah mak..kemana menghulangnya ye..sy biasa beli kelapa pqrut n santan segar dekat kedai je.senang kak zakie.hehe

    ReplyDelete
  13. betul tu, kuih tradisi jugak yang sedap

    ReplyDelete
  14. masakan yg gunakan santan kelapa asli berbeza rasa sedapnya berbanding yg guna santan kotak r susu r creamer.

    ReplyDelete
  15. lama dah tak try mesin kelapa sendiri..
    kat kampung ada la mesin tu..
    kelapa pon takyah beli belakang umah jer pokoknya..

    ReplyDelete
  16. saya sampai sekarang tak suka santan kotak. Rasa tak puas nak masak..suka beli kelapa dan mesin sendiri kat rumah.

    ReplyDelete
  17. saya pulak apa saja makanan yg pakai santan, saya pakai santan kotak je kak...sebab mudah dan murah...huhu...

    sedapnya kak kuih akak tu...dah la saya tgh lapar petang2 ni...

    ReplyDelete
  18. betul juga tu..kuih tradisional banyak letak kelapa..
    kuih sekarang ni...kalau boleh,jemput2 pun letak cheese

    ReplyDelete
  19. Petang2 camni memang best kalau dapat layan kaswi panas2 dan lembik2 sikit tabur kelapa banyak2...lawankan dgn teh o...mesti makan tak hengat jadinye kak...

    ReplyDelete
  20. Mama PC masih simpan lagi kak parut kelapa lama tu..mama kata stand by kalau tak ada karen boleh la guna parut tu..

    ReplyDelete
  21. Kt kedai masih ada mesin parut kelapa, saya prefer fresh kelapa, perah santan sendiri dr guna santan kotak.
    Kuah nasi dagang pun tak jadi kalo guna susu cair atau santan kotak,kan kzakie;)

    ReplyDelete
  22. mmg sedap kuih yg bersantan atau tabir kelapa ni kakzakie, kaknoor bila rajin guna santan yg perah sendiri tu tpi bila time malas santan kotak pun belasah jugak heehe

    ReplyDelete
  23. Best la dapat mak yg rajin masak mcm akk ni. Anak anak sy mkn memilih. So kena buat apa yg dorang suka

    ReplyDelete
  24. sama lah kita kak, anak-anak tak berkenan ngan kelapa

    ReplyDelete
  25. Assalam. Lama tak buat apam beras. Antara kuih berkelapa yg saya suka.

    ReplyDelete
  26. Assalam. Lama tak buat apam beras. Antara kuih berkelapa yg saya suka.

    ReplyDelete
  27. bila balik kampung selalu gak beli kuih-kuih tradisional nie kat pasar siti khadijah masih ramai yang menjualnya....

    ReplyDelete
  28. Sedapnya kaswi......nk bt tk reti plkkkk..

    ReplyDelete
  29. Kak.. Bila tgk kuih kaswi tu, rsa rindu pula dgn kuih muih buat mak.. Allah..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum kak,
    Cerita pasal kelapa ni teringat kukuran kelapa. masa budak-budak dulu kalau mak nak kukur kelapa, saya mesti nak bertenggek kat belakang. buar macam naik motor hehe..

    ReplyDelete
  31. Arwah mak kak Zai pun suka sangat masak gunakan kelapa. Pernah ditimpa kelapa gara2 mengait nasib baik cuma meleret dekat galah.

    ReplyDelete
  32. Zura suka kuih kaswi tu.
    lagi banyak kelapa lagiii sedap.
    tetiba teringin pulak nak makan.
    nanti suh Cinta belikan lah. hehehe

    ReplyDelete
  33. Sedapnya kak. Feveret ni. Lagi banyak kelapa lagi sedap ☺

    ReplyDelete
  34. betul kak, kerisik kelapa, kelapa parut dan santan adalah penyedap makanan melayu kita..

    ReplyDelete
  35. masakn dulu kebanyakan menggunakan kelapa kak... kuih muih... masakan... kerabu... manisan... mcm2 lagi la...

    ReplyDelete
  36. setuju dengan pendapat kak Zakie tu.. warisan tradisi semakin dilupakan.. bukan anak saja je yang tak pandai mengukur, kalau suruh saya pun belum tentu saya tahu kak.. hihihi
    Zaman dah semakin canggih.. semua dihujung jari je.. semua main tunjuk2 je.. agak2 teringin, beli saja dikedai.. itu pun belum tentu sedap kak :)

    ReplyDelete
  37. Saya sendiri tak pernah guna pengukur kelapa, kak. Tengok tu pernahlah. Kalau guna, dah tentu-tentu macam anak akak juga. Saya ke mana, kelapanya ke mana ^_^

    Bila baca tentang kuih tradisional, tetiba saya teringat pulak kat puteri mandi... Akak taukan kuih ni!

    ReplyDelete
  38. Saya suka kuih ada kelapa walau dulu zaman kecik rasa tak minat mcm
    Tercekik je. Skrg kemain carik lagi..

    Kelapa parut wajib ada dlm peti sejuk saya. Sbb tekak ni tiba2 nk kuih bakar ke talam ke naya je nnt takda kelapa. Sy x suka ganti dgn santan kotak sbb rasa dia lari jauh.

    Haah kan kak, kerisik lum ada pesaing lagi. Unik dan sgt sedap. Buat sendiri puas hati tumbuk smpi berminyak

    ReplyDelete
  39. amboi2 sedapnya kak...

    saya lebih suka gunakan santan asli dalam masakan terasa lebih sedap gitu

    ReplyDelete
  40. Lapoooo.......cikna pun xreti mesin kelapa,kukur pun sama,huhuu..

    ReplyDelete
  41. ky sampai sekarang tak biasa guna pengukur kelapa. zaman duduk kg dulu guna parut kelapa yag besi..isi kelapa plak di cungkil dari tempurung. kalau longkah dptlah isi kelapa yg besar..terkena yg jenis melekat..jenuh nak memarut isinya kecik2. silap langkah terparut jari..

    ReplyDelete
  42. Betullah kanda budak sekarang mmg tak akan kenal mesin pengukur kelapa, yelah....mcm yg kanda ckp semuanya ada yg segera so guna yg segera lagi cepat hihi...

    ReplyDelete
  43. kuih traditional tk leh lari dgn kelapa..

    ReplyDelete