Wednesday, January 27, 2016

Aktiviti mengemas rumah - 2

Kali ini apa pula yang kami temui? Satu pertemuan khazanah lama sehingga mengembalikan nostalgia kami anak-beranak. Sudah pasti Kak Meen dan adik tidak membenarkan semua buku-buku yang dulunya diulek dan diusung ke sana-sini dijual kepada pemungut barang lusuh. Sambil mengemas ada juga menyelak helaian buku mengenang kembali cerita-cerita lama yang dulunya menjadi satu rutin buat mereka.

Contoh - Salah satu buku keluaran Lady Bird yang menjadi koleksi anak-anak mama suatu ketika dulu. Sehingga mereka mampu untuk bercerita semula kepada atok dan nenek mereka (waktu itu nenek masih hidup lagi - al-fatihah buat allahyharhamah nenek).Sebab bila balik kampung buku ini juga akan diusung sama. Sungguh sangat nostalgia.

The Magic Porridge Pot - Terkenang dulu anak-anak mama semua makan bubur nasi. Buku ini menjadi salah satu motivasi yang membuat mereka berselera makan. Kisah bagaimana bubur tidak berhenti-henti membuak-buak keluar dari periuk nasi buat kanak-kanak mestilah suatu yang sangat seronok. 

Versi lagi comel - Ada dua tinggalan buku yang sizenya laaaagi comel. Tetapi dua buku ini keluaran di Malaysia. Berkulit keras juga. Berbanding yang lain-lain buku  keluaran Lady Bird di beli di London.

Khazanah  - Semua ini khazanah anak-anak mama dulu. Dari Kak Reen, Kak Meen sehingga adik inilah buku yang mama bacakan bagi membuatkan mereka khusyuk mendengar. Bila sudah boleh membaca ketika usia 5-6 tahun buku ini jugalah yang selalu dibaca. Sebenarnya buku-buku ini tidak membosankan buat anak-anak seusia 2-7 tahun biarpun diulang-ulang selalu. Mereka memeilih buku mama yang jadi tukang membacanya. Suatu yang menarik adalah kualiti kertas dan gambar-gambar di dalam buku ini mampu membuat anak-anak khusyuk. Alahai rindunya saat itu.

Nostalgia mama - Menjumpai buku ini lagilah membuat mama terkenang ketika mama masih bersekolah rendah lagi. Buku Kak Long  ini  mama membacanya kalau tidak silap ketika mama masih bersekolah rendah lagi. Kisah percintaan dua darjat. 
Sesekali mengemas rumah kena dilakukan seisi rumah agar sama-sama dapat memberikan buah fikiran cara susunan mana yang dikehendaki. Buat mama dan papa janji sedap dipandang mata dan tidak sesak sudah memadai. Rumah pun bukan rumah banglo. Namun cukuplah untuk memberi kami berteduh sementara di dunia ini.

~~ Lega dalam kepenatan.~~


43 comments:

  1. Kakcik memang simpan novel-novel yang pernah kakcik beli (ada yang orang pinjam dan tak kembalikan - sedih!) dan ada majalan yang sudah berbelas tahun usianya masih elok tersimpan.

    Bila nak buang majalah2 tu, terfikir kot2 ada gunanya (tapi tak pernah pula dibuka...) ;-)

    ReplyDelete
  2. Atap genting atap rumbia tu menggamit kenangan saya juga kakzakie..
    Rasanya saya baca sekolah rendah juga..
    Tu lah mengemas ada saja moment indah hadir dikotak fikiran..
    Membuat kita tersenyum sendiri :)

    ReplyDelete
  3. buku atap genting atap rembia tu memang legend kak !

    ReplyDelete
  4. banyak buku cerita anak2 akak ye..
    saya pun ada juga kumpul utk anak2 sementara nak membesar ni..

    ReplyDelete
  5. banyak nyer buku! bagus bagus bagus ;) ni la didikan yang harus di ikuti di contohi ;)

    ReplyDelete
  6. Saya pernah mendoakan bag duit tu macam mag8c poridge pot tu, biar melimpah-limpah KZ :). Pengemasan ini menunjukkan keluarga KZ kuat membaca. Untung kak meen dan adik buku disimpan elok.

    ReplyDelete
  7. Tiap buku pasti ada kenangan disebaliknya.. ;)

    ReplyDelete
  8. Ini motivasi utk saya ni kakak. Tak sabar nak tunggu weekend. Rumah saya dah membres habis...

    ReplyDelete
  9. Banyak ye buku...kemas rumah satu remedy terbaik utk kesihatan kak...

    ReplyDelete
  10. akak..buat saya tergelak kalau part kemas-kemas ni. pernah kemas rumah jumpa surat dan kad2 masa bercinta ngan suami. tak terpikir saya yang saya sangat2 jiwang orgnya. hahaha. suami cakap nasib baik adli tak leh baca kalau tak malu kita. hehe

    ReplyDelete
  11. Banyaknya buku...
    boleh buat library mini kat rumah...:)

    ReplyDelete
  12. banyaknya buku2 anak2 akak... yelah bdk2 kalau dr kecik dh diterapkan ngn suka membaca sampai ke besar

    tp kan kak buku cerita dulu2 yg berkulit keras mmg tahan betul, kualitinya lain btl dr buku cerita skrg nih

    ReplyDelete
  13. bagosnye anak2 akak kecik2 lagi dah minat nak membaca...anak2 saya tak berapa sangat suka membaca...nasib buku sekolah diorang hadap gak kalau tak terpaksa saya bagi sorang sedas...kikiki

    ReplyDelete
  14. saya pun bercadang nak kemas umah.. nak jual semua novel2 lama.. tapi nak buat tu lepas saya habis exam nanti

    ReplyDelete
  15. buku2 lama mmg banyak n perlu dikemas elok2...masa banjir melanda banyak buku2 kak yg rosak n terpaksa dibakar saja...rugi kan...walau buku2 tu banyak kenangannya xberdaya nk dipertahankan juga.

    ReplyDelete
  16. seronok terkenang kenangan lama kak... : )

    ReplyDelete
  17. byk buku2 lama yg masih boleh di simpan dan dibaca.... sayang nak buangkan kak....

    ReplyDelete
  18. sy pun ada byk buku Iman yang tak dijual kpd brg lusuh.. tak sampai hati.. tapi dah tak tahu nak simpan di mana kak

    ReplyDelete
  19. Sambil mengemas, sambil mengenang memori silam ya, kak ^_^

    Anak-anak akak ni suka membaca/mendengar cerita sejak kecil lagi rupanya ya. Bagus kalau kita beli buku hard cover ni,tahan lama dan boleh diperturun dari abang/kakak kepada adik-adik.

    Novel-novel saya walaupun kurang dah membacanya tapi masih tersusun rapi di rumah. Buku cerita anak-anak saya terutama si Abang pulak masa umurnya 5-6 tahun memang habis dikerjakan si adik masa dia kecil dulu. Digigitlah, dikoyaklah, diwarnakanlah. Nak tak nak saya jual pada suratkhabar lama. Kenalah cari koleksi baru pulak.

    ReplyDelete

  20. assalamualaikum kakzakie...betul tu kalau mas pun akan disimpan buku2 lama itu n jadikan koleksi juga kenangan nanti...:)

    ReplyDelete
  21. banyaknye buku kakak..masih dlm simpanan lagi..buku2 falsya tah mana2 tah..hehe

    ReplyDelete
  22. hehehe.

    mujur masih elok. kebanyakan buku-buku mas dh rosak dimakan anai-anai.

    ReplyDelete
  23. Memang boleh ingat kisah-kisah lama jika tengok buku-buku ini kakak. Mesti banyak nostalgia nya.

    ReplyDelete
  24. Mcm kak zakie ank smua pompuan lg byk buah fikiran..seronoknya rasa

    Byknya buku2..perlu dijaga sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  25. Saya pun, tahun lalu menyelongkar almari di rumah mak kat kampung, terjumpa piring hitam EP yang saya beli masa kerja lepas SPM dulu.. M sani & dhalan zainuddin...

    Juga terjumpa report card sekolah rendah...

    Senyum panjang...

    ReplyDelete
  26. Di rumah saya dua ruang utk rak buku, satu di tingkat atas, dan satu lagi di tingkat bwh, dua2 rak tu penuh padat.

    ReplyDelete
  27. huiii..legend buku atap genting tu kak...teringin pulak nak baca...

    ReplyDelete
  28. kak zakie macam mak kita..semua buku nak simpan..hihi..

    ReplyDelete
  29. kakzakie banyaknya buku, rajin kak

    ReplyDelete
  30. Kak Zai tak simpan buku sekolah dan buku kanak2 setiap tahun bagi orang atau dilupus.Cuma simpan novel, buku2 ilmiah dan buku2 anak semasa belajar di Uni.

    ReplyDelete
  31. Byk buku2 tu kak zakie. Buku cerita mmg kami simpan tp bila suruh ulang baca jemu kata mereka.. Yg akk punya simpan bg adik kecik baca, tu je lah setakat ni.

    ReplyDelete
  32. Banyak nyer buku... baru2 ni semasa KN dan anak2 mengemas rumah dan bilik tidur anak2, semasa anak2 nak bernikah haritu banyak lah jugak jumpa buku2 cerita dan buku2 majalah remaja anak2 juga buku2 sekolah dan Uni dorang..

    Semua tu koleksi doranglah...pastu masing2 pilih, yang mana masih elok sebelahkan untuk diagih2kan kepada adek2 saudara dan yang koyak2 sangat di buang jer...

    Bukan bahan2 bacaan jer, malah pakaian2 lama pun terjumpa jugak..separuh yang masih elok sebelahkan dan yang buruk sangat dibuat kain buruk dan buang..

    ReplyDelete
  33. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
  34. simpan tuk cucu pula..
    teringat drama atap genting, atap rumbia..

    ReplyDelete
  35. Nekcik dah lama buat clearing up buku buku cerita anak anak...emaknya mmg kaki bli buku...termasuklah majalah..buku buku ugama..so eloklah diberikan pada orang lain pulak...terlebih muatan

    ReplyDelete
  36. nilai sentimental value kan kak bila kemas semua ni. sy kemas2 jumpa report card masa sekolah dulu. alahai tersentuh hati

    ReplyDelete
  37. memang penuh dengan nilai2 sentimental bila jumpa buku2 lama...
    Mcm anak2 saya, bila suruh baca buku, buku2 yg dibeli kat UK juga yg mereka cari dan baca berulang kali...
    Skrang dalam proses nak galakkan mereka baca buku2 dalam BM

    ReplyDelete
  38. buku2 lama ni, bila nak buang rasa sayang.. tapi tak rajin pula nak membukanya pula.. hihi

    ReplyDelete
  39. saya pun banyak buku2 lama kat rumah
    nak buang sayang
    nak bagi org pun sayang
    sebab dok ulang2 baca kalau ada masa lapang

    ReplyDelete
  40. Salam Kak, Wah banyaknya buku bahasa inggeris...koleksi tu.

    ReplyDelete
  41. ya Allah, rindunyaa buku buku zaman kanak2. memang buku yg abah ngan umi beli dulu tak akan dibuang kalau masih elok. sayaangg

    ReplyDelete
  42. byknya koleksi buku2 puteri kakak.
    saya pon dah mula start beli buku kulit keras yang boleh di baca untuk rania. beli sikit2. sementara umurnya nak mencapai dua tahun.

    ReplyDelete