Thursday, January 28, 2016

Hablumminallah, Hablumminannas

Negeri Johor sangat sinonim dengan kaitan sambutan Maulidurrasul tanpa henti. Sambutan ada di sana-sini tidak akan berhenti sebaik menjelang bulan Rabiul-Awwal sehinggalah Syaaban hampir menghilang. Kalaulah Ramadhan itu bukan bulan umat semua berpuasa dan terawih mungkin juga ia akan terus dibuat lagi.

Ustaz jemputan - Ustaz Dr. Jamnul Azhar Al-Hafiz siapa tidak mengenalinya. Lontaran suaranya sudah cukup untuk semua yang mendengar khusyuk termasuk anak-anak kecil juga turut sama terpikat sehingga tidak ada keriuhan anak-anak untuk bermain seperti biasa. Hebat!

Jemaah wanita - Bukan berbisik tapi khusyuk menikmati hidangan bersama
Hablumminallah dan hablumminannas. Dua isu yang tidak boleh kita tinggalkan ibarat dunia dan akhirat. Kenalah seiringkan hubungan kita dengan Robbul-jalil dah hubungan kita sesama manusia. Sekiranya longgar salah satunya akan pincanglah kehidupan kita. 


Bahagian belakang - Masing-masing menghadap dulang nasi

Satu dulang - Nasi jagung, ayam masak beryani, kambing dan pencuk. Ada hamba Allah yang membuat aqiqah untuk majlis kali ini. Jadi daging kambing dari aqiqah itulah.

Air minum - Sirap bandung sedap tapi biasalah aku dan anak-anak bila ke masjid kami sudah stand-by air satu botol besar untuk berkongsi. Air ini kami sedekah kepada teman yang duduk di sebelah.

Kuih - Karipap dan koci. Koci ini kuih tradisi yang aku suka sekali walaupun aku tidak suka kuih manis tetapi kena koci ini aku boleh makan 3 biji. Tapi sebab ini kena kongsi jadilah aku dapat seketul:)
Renung kembali peristiwa bagaimana baginda rasulullah ketika balik dari masjid. Tiga kali berturut-turut setiap kali lalu di satu rumah akan ada musuh yang meludahnya dari atas kena kepala baginda. Namun bila hari ke empat baginda lalu tidak ada ludahan lelaki tersebut baginda bertanya kepada jiran sebelah rumah tersebut. Bila diberitahu lelaki itu sakit, baginda dengan senang hati membawa kurma dan air zam-zam untuk menziarahi lelaki tersebut. Sentuhan lembut baginda di kepala lelaki tersebut, suapan kurma dan air zam-zam di mulut lelaki itu membuat dia teresak-esak menyesali perbuatannya. Peribadi baginda rasulullah inilah membuka hati lelaki tersebut untuk mengucap syahadah. Betapa baginda terlalu menjaga hubungan sesama insan hatta musuh sekalipun. Mampukah kita?

~~  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ~~

~~ Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad.~~

46 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    seronok akak berpeluang ke majlis ilmu macam tu, saya selalu tak berkesempatan.
    sekali sekala mkn dlm dulang berselera sbb mkn ramai2.
    Salah sorg adik Dr Jamnul Azhar tu, kwn saya-Jamnul Aziah.

    peribadi Rasulullah saw sgt mulia sehingga tiada satu pun cacat celanya.

    ReplyDelete
  3. Mencuba untuk menjaga tingkah laku tapi terlepas juga. Kita manusia biasa kan kak. Peribadi Rasulullah wajar dicontohi. Kak..saya peminat kuih koci tapi jarang nak dpt org yg buat sedap. Yang buat sedap pulak tak buat dah sebab susah nak dapat daun pisang

    ReplyDelete
  4. Setiap kali membaca cerita kehidupan dan keperibadian rasulullah...hati ini bagaikan sgt sayu,air mata bertakung :(

    ReplyDelete
  5. Seharusnya kita mencontohi peribadi Rasullah.Walau apa saja dilakukan terhadap baginda semuanya dibalas dengan baik.

    ReplyDelete
  6. Memang suka dengar ceramah Dr Jamhul Azhar ni kakzakie..
    Tempat saya ustaz datang pada 8 Januari buat ceramah..
    Masa tu berkisar nasib rakyat Syria..
    Dr Jamhul ni suka ceramah mengguna slide dan gambar video..
    Terasa insaf dan bersyukurnya kita di Malaysia ni kan kakzakie.
    Bila melihat nasib mereka..

    Akhlak rasulullah tiada tandingannya ye kak..

    ReplyDelete
  7. Betul kak kadang2 kita hanya menjaga hunbungan dengan Allah dengan melalaikan hubungan dengan manusia sehingga sanggup melukakan hati orang lain.

    ReplyDelete
  8. terasa sedapnya kuih koci tu dek lama tak makannya..

    ReplyDelete
  9. harmoni jer tengok..
    kuih koci tuh kalo zee suka yang ada santan kat luar..sedap..tak manis sangat..

    ReplyDelete
  10. kisah2 keperibadian Rasulullah yg amat tinggi kadang2 sebak bila di baca...betapa mulianya nabi junjungan seluruh umat2 islam...xtvt yg menyeronokkan...lepas dengar ceramah dapat pulak berkumpul dan makan hidangan yg lazat...rezeki di bagi Allah ^_^

    ReplyDelete
  11. Jagalah hubungan kita dengan Allah dan juga sesama manusia kerana kita ini tidak pernah sempurna, kan...:)

    ReplyDelete
  12. Jagalah hubungan kita dengan Allah dan juga sesama manusia kerana kita ini tidak pernah sempurna, kan...:)

    ReplyDelete
  13. Hubungan dgn Allah dijaga sebaiknya...hubungan sesama manusia mmg saling berkait rapat n dipelihara agar harmorni suasananya...menyelesakan kita menjalani kehidupan dunia yg penuh pancaroba.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah....serinok tengok kemeriahan majlis ilmu begini, kak.

    ReplyDelete
  15. Bagus negeri Johor ni, keluarga kak zakie juga rajin ke surau mendengar ceramah menjadi inpirasi. InshaAllah. Sifat Rasulullah yang mulia, moga kita mengikut jejak beliau.

    ReplyDelete
  16. aduh kak..kerinduan saya nak makan nasi 1 dulang!

    ReplyDelete
  17. Amy pun suka kuih koci ... sepiring kalau hadap pun boleh licin hehehe

    ReplyDelete
  18. allah...terasa jauh sangat nak capai peribadi semulia Rasulullah. kita ni jenis cepat sangat membenci..owchh!

    ReplyDelete
  19. Allahuakbar.. bila kita jaga hubungan dengan Allah, insyaAllah hubungan dengan manusia baik2 aja..")

    akak, nak cuba vivix ke? hehe

    harga runtuh banyak kak..hihi

    ReplyDelete
  20. In shaa Allah seimbang
    Sdpppp mknan tu....

    ReplyDelete
  21. bestnyaa makan dalam dulang. dapat eratkan silaturrahim (:

    ReplyDelete
  22. sedapnya kuih koci..mengidam nak makan kuih koci inti kacang merah..kat sini sume inti kelapa..huhu..

    ReplyDelete
  23. Bukan senang nak jaga hubungan sesama manusia..
    Saya suka kuih koci.. lagi lemak lagi sedap.. ;)

    ReplyDelete
  24. cantik peribadi nabi kita nih
    saya sendiri ntah termampu ke tak jadi begitu

    ReplyDelete
  25. memang bukan mudah nak jaga hubungan sesama manusia ni kak..

    ReplyDelete
  26. rindu nk sambut maulidurrasul kt johor kak... kt sini tak penah pun rasa semeriah sana... selalu lps berarak dgr ceramah lps tuh mkn dlm dulang ngn kwn2...
    walaupun menu simpla tp bile mkn berkongsi rasa nikmat sgt, skit pun abis cpt

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah...nak repeat lagi kenangan makan dalam dulang beramai-ramai...sekarang dah jarang yang buat kan kak..

    ReplyDelete
  28. jaga hubungan dengan Allah, sekaligus hubungan dgn manusia pun terjaga

    ReplyDelete
  29. Aman damai aje nampak suasananya. Semoga Allah merahmati majlisnya kakak.

    ReplyDelete
  30. kenangan betul makan dalam dulang..dulu zaman sekolah selalu la makan bila ada majlis macam maulid nabi ni...tapi ada yg tak selesa/ tak lalu makan dalam dulang ni tau kak zakie...hihihihih

    ReplyDelete
  31. SubhanaAllah...indahnya peribadi rasullulah...sebak julia baca kak...tak setanding sabarnya baginda...contohi sebaiknya

    ReplyDelete
  32. Betul tu kakazakie..lagi lagi masyarakat bandar ni..ada yang tak tegur sapa jiran tetangga...sedangkn itu amat dituntut

    ReplyDelete
  33. Betul tu kakazakie..lagi lagi masyarakat bandar ni..ada yang tak tegur sapa jiran tetangga...sedangkn itu amat dituntut

    ReplyDelete
  34. salam kz ..
    seronok aby tengok kemuafakatan sedulur2 di taman kz dalam menjayakan program surau.. dapat membina keakraban kejiranan ..
    apapun Nabi saw di utus utk akhlaknya dijadikan contoh ..
    moga kisah yg kz tulis tu dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum kak,
    "Solatullah wa salamuhu `ala Rasulillah al-Amin"
    Meriahnya majlis ilmu. Ilmu dapat, makan pun dapat hehe.. Samalah juga di tempat saya masjid dan surau sentiasa meriah dengan majlis ilmu. Semoga Allah SWT merahmati penyampai dan pendengar majlis ilmu.

    Ada sahabat saya yang secara sukarela meng`update` kuliah dan ceramah di sekitar pahang. Bukan senang punya kerja. Setiap hari kena contact masjid dan surau tanya nama pengkuliah dan kitab/tajuk kuliah.. lepas tu susun dan hantar menerusi fb dan whatsapp group. Tak dapat dibayangkan kesukarannya itu. Alhamdulillah, la ni masjid dan surau pula yang hantar jadual kuliah masing-masing kepadanya.
    "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian..."

    ReplyDelete
  36. alhamdulillah
    dpt ilmu dapat eratkan hubungan silaturahim dapat jamah mknn bersama sam

    ReplyDelete
  37. oh, yang berbalut daun tu rupanya kuih koci. huda pon suka. Rasulullah mengajar kita supaya balas kejahatan dgn kebaikan, even kita tak mampu nak tiru 100% peribadi baginda, kita kene usaha sebaik mungkin utk jadikan peribadi baginda sbgai amalan kan akak

    ReplyDelete
  38. Akhlak Nabi Muhammad SAW memang sangat terpuji. Saya kalau baca buku tentang Rasulullah, boleh mengalir air mata... akhlak kita tidak seperti baginda... :(

    ReplyDelete
  39. Seronok makan ramai bersama-sama ni.

    ReplyDelete
  40. Seronok melihat program seperti ini.

    ReplyDelete
  41. ya allah lamanya dah tak berkunjung ke blog akak, memang seronok dpt join aktiviti usrah macam ni

    ReplyDelete
  42. dah lama tak jumpa kawan2 jemaah kat kg...ermmm rindu

    ReplyDelete
  43. Masa zaman kecik selalu g masjd mkn dlm dulang. Lps kawen ank dua masih g lg sambut maulid kat masjid, pindah je ganu terus tak dpt rasa nikmat sebegini smpi skrg. Smua masjid guna pinggan masa mkn

    ReplyDelete
  44. Peribadi Rasulullah SAW memang tinggi martabatnya. Bukan mudah nak mencapai. Kalau kena pada insan biasa macam kita ni, fed up dah nak bertegur sapa dengan orang semacam ni!

    ReplyDelete