Thursday, January 21, 2016

Sandaran kehidupan

Barangsiapa yang bertaqwa pasti Allah memberikannya jalan keluar. Bersandarlah dalam apa pun juga hal kepadaNya. Jangan bersandar selain daripada Allah.  

Daripada google - Terima kasih kepada yang memuat-turun 

Walau merasa diri bijak-pandai, sihat-afiat, berharta-mewah semua tidak mampu kita miliki andai tidak ada izinNya. Usah juga sesekali bersandar hanya kepada doa/ayat tanpa usaha dilakukan. Pantau usaha dengan doa tidak menjadi kesalahan. Mencari dan menggali semampu boleh. Rasulullah juga berusaha tanpa mengenal erti putus asa dan lelah. Baginda tidak pernah terus-terusan memohon kepada Allah walhal baginda boleh meminta apa saja dariNya. Malunya kita kerana dengan iman yang sedikit tapi memohon berbukit-bukit. 

Namun ingatan buat kita bahawa Allah lebih suka kepada hambaNya yang meminta-minta kepadanNya kerana bila seseorang hamba itu meminta/bermunajat jelas sandaran hanya kepadanya yang wahid/satu. Itulah dikatakan iman di dalam diri. Itu lebih baik. Renungkan.

~~ Bersandar kepada doa tidak sama dengan menyerahkan segalanya kepada doa. ~~


38 comments:

  1. Assalam...selamat pagi kakzakie.
    Tazkirah yang menyejukkan hati membacanya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum KZ, berdasarkan berdoa itu dengan harapan Allah memberi jalan yang betul cara yang betul kan..dari itu berusahakan..inshaAllah. ikhtiar pun mesti dalam hati mesti doa Allah mempermudahkan, kadang tu doakan selesaikan terus. Patuh yang disuruh Nys tu utamakan.panjang pula komen

    ReplyDelete
  3. Usaha dan diikuti doa...

    Atau

    Berdoa dan teruskan usaha...:)

    ReplyDelete
  4. Betul tu kakzakie..

    Berusaha.. berdoa .. bertawakalah kepada Allah..
    Berdoa dan bertawakal jer tak boleh kalau tidak disertai dengan usaha kan kak..

    ReplyDelete
  5. BERDOA SEIRING DGN USAHA INSYA-ALLAH JAYA...YAKIN DGN KETENTUAN-NYA

    ReplyDelete
  6. Usaha dulu.....doa bersungguh kemudian bertawakkal...atau doa dulu kemudian usaha betul betul dan tutup dengan bertawakkal....persamaannya penghujungnya ada tawakkal...serah semua pada Allah...

    ReplyDelete
  7. mudah-mudahan kite menjadi umatNYA yg takpenah lalai utk bermohon, berdoa dan bertawakal padaNYA kak.....amin

    ReplyDelete
  8. semoga doa2 kita dimakbulkan Allah...Aaminn....

    ReplyDelete
  9. Betul tu kanda.....doa dan usaha kena seiring. Jangan pernah putus asa untuk terus berdoa walaupun doa kita belum dimakbulkann

    ReplyDelete
  10. Betul tu kanda.....doa dan usaha kena seiring. Jangan pernah putus asa untuk terus berdoa walaupun doa kita belum dimakbulkann

    ReplyDelete
  11. insya Allah kak zakie, peringatan utk saya. Jgn dok doa je, tanpa usaha.

    ReplyDelete
  12. Doa dan usaha perlu seiring kan kak...thanks for sharing

    ReplyDelete
  13. betul kak zakie..

    hidup hanya perlu bersandarkan pada Allah..sebab semuanya bergantung pada Allah..Dia yang izinkan ape2 berlaku pon..huhu..

    ReplyDelete
  14. hanya pada-Mu aku meminta...
    sesungguhnya kau pemurah..

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas peringatan ni kak zakie
    betullah akak cakap tu, doa dah usaha perlu seiring

    ReplyDelete
  16. Mekasih atas perkongsian dan peringatan kak.

    ReplyDelete
  17. mudah mudahan begitu la hendaknye kak....perkongsian yg baik buat peringatan untuk saya dan kawan2 lain

    ReplyDelete
  18. Kena usaha bersama dengan doa. ..Terima kasih kak atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  19. Ye setuju kak,kena doa usaha lps tu tawakal..

    ReplyDelete
  20. Berusaha bersungguh² kemudian baru la kita berdoa dan berserah.. :)

    ReplyDelete
  21. Kongsi peringatan terima kasih kakzakie.Berusaha dan berdoalah pada yang Satu.

    ReplyDelete
  22. Perkongsian yang berguna. Semoga kita semua sentiasa berharap kepada Allah SWT sahaja di samping berusaha.

    ReplyDelete
  23. Assalam Kakzakie.. Terimakasih ingatkan saya.

    ReplyDelete
  24. Salam Kak Zakie....pengkongsiaan dipg khamis yg menyentuh hati

    ReplyDelete
  25. Petik kata-kata seorang ustaz mintaklah sebesar-besarnya dari Allah kerna sebesar-besarnya bagi kita hanya kecil bagi Allah.

    Sehari dua ini syarikat tempat Aina bekerja sedang huru-hara sebab harga minyak yg semakin turun. Masing-masing panik takut kena buang kerja. Sebagai manusia biasa tetap ada keluh kesah walaupun penggantungan itu di serahkan kepada Allah...

    ReplyDelete
  26. insyaallah.. thanks perkongsiannya..

    ReplyDelete
  27. aku selalu terlupa. dari muda hingga tua ginipun masih hambat dunia...uhh..

    ReplyDelete
  28. inshaAllah...terima kasih kakak, entry ini memberi keceriaan dalam hidup saya

    ReplyDelete
  29. Assalam kak Zakie. Terima kasih atas perkongsian ini, usaha dan doa perlu seiring, selebihnya tawakal kan kak...

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum dan salam jumaat kakzakie, terimakasih jugak ingtkan kaknoor yg selalu alpa ini

    ReplyDelete
  31. Kita kena berusaha tapi pada masa yang sama tak putus-putus berdoa pada Allah semoga usaha yang kita lakukan itu tidak sia-sia dan akan mendatangkan hasil yang sepatutnya. Pendekata, usaha dengan doa pada yang Esa ni mestilah seiringan. Jangan pernah rasa putus asa walaupun hasilnya masih tak dapat dilihat.

    ReplyDelete