Mata dan hati serentak terdetik sebaik melihat lelaki berpakaian lusuh dan berselipar jepun itu menghulur RM10/- tapi meminta baki RM9/- untuk menderma kepada anak yang menghulur tabung derma. Sebaik anak lelaki yang memegang tabung mengucapkan terima kasih, lelaki itu pun berlalu menapak masuk ke pharmacy sama haluan denganku. Membeli ubat untuk kegunaan salah seorang ahli keluarganya atau untuk dia - mungkin. Sebaik bertanya harga yang sepatutnya dibayar dia kekurangan duit. Dengan muka sugul dia pun membatalkan hasrat untuk membeli ubat tersebut. Tetapi lelaki di pharmacy itu memanggilnya semula lalu diserahkan botol ubat tadi dengan duit yang ada ditangan.
Cepat sungguh ganjaran sedekah yang diberikan kepadanya. Pada tanggapan aku kalau dia tidak bersedekah berkemungkinan langsung dia tidak dapat membeli ubat kerana duit yang dia ada hanya RM10/- sama tetap tidak cukup untuk membayar RM12.50/-. Mata ini pula sekadar mampu melihat tanpa bertindak. Sebenarnya ada perasaan serba-salah buat diriku sebab lelaki itu lebih kurang usia hubby yang pada tanggapan aku lebih dari mampu. Sedangkan lelaki pharmacy itu walau bukan 'saudara aku' cepat bertindak. Aku ini saudara seagama kepada lelaki tadi terkaku-bisu. Balik baru terfikir-fikir mengapa otak lambat bertindak. Peluang sudah Allah berikan untuk bersedekah tapi tidak dilakukan. Masuk tabung anak tadi boleh mengapa tidak kepada lelaki yang tidak cukup duit tersebut. Tidak semua orang Allah beri peluang jika tidak istiqomah dalam berbuat amal.
~~ Memberi kepada yang lebih memerlukan itu lebih baik daripada memberi kepada yang kurang memerlukan.~~
Cepat sungguh balasan Allah tu kan kak bila bersedekah...
ReplyDeleteMoga kita diberi peluang untuk terus bersedekah
mendalam sangat kak..
ReplyDeletesebab tu jangan berkira untuk bersedekah kan kak =)
ReplyDeleteitulah salah tanggapan kita kakzakie, kita rasa kita susah tapi tak mahu sedekah. Saya sedari kecil mak ajar saya utk sedekah. Bila dah besar ni, saya kenal seseorang yang hidup kecilnya susah, skrg ni bekerja. tapi susah benar hendak bersedekah sebab tidak diajar sejak kecil agaknya. besar ganjarannya sedekah ni
ReplyDeleteBagus lelaki tu. Walaupun dia kurang wang tapi masih bersedekah. Ramai orang susah-susah hatinya lembut bila melihat orang lain susah. Nak tolong tetapi kadang tak mampu. Jika kita perasan, ramai juga orang yang hartanya dah tak habis nak makan berketurunan nak hulur wang kertas merah atau hijau di masjid pun susah. Itulah kelebihan orag susah. Hatinya mudah tersentuh bila melihat kesusahan orang susah, sebabnya dia tahu macam mana peritnya hidup susah. Orang senang dah biasa dengan kesenagannya. Nampak orang susah, tak rasa apa-apa.
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian cerita ini kakak. Buat kita SEMUA sedar, ada masa kena tengok dan bantu juga sauadara dan jiran yang susah. Nak bagi dapat fadilat 'mengembirakan hati saudara kita'.
Kelebihan bersedekah mmg tidak boleh disangkal, tapi ramai yg terlepas peluang merebutnya, termasukla saya yg bercakap ni, hu hu..
ReplyDeleteCepat sungguh Allah bagi ganjaran pada orang tu ye kak...meremang buku roma saya baca kisah akak ni..memang selalu gitu kak...kadang2 time2 gitu la nak terkaku ke hape..nanti dah balik baru hati berkire2..."nape la aku tak buat gitu atau gini tadi" inshaa Allah lain kali ada peluang lain kite cuba bantu semampu daya...
ReplyDeletemungkin kali ini bukan rezeki kita...
ReplyDeleteinsya'Allah akan datang Allah akan beri kita peluang tu...
Sebak pula baca kisah ini...
ReplyDeleteAllah tidak gerakan hati kakzakie utk bersedekah kpd lelaki tu tapi memberi peluang kpd pemunya pharmmacy memperoleh pahala juga...balsan Allah itu tunai serta merta di dunia lagi apalagi tntg sedekah n pemberian.
ReplyDeletesebak baca kak.
ReplyDeletesaya pernah berada di situasi ini. nak bersedekah tapi lambat bertindak. balik rumah dok fikir napa aku lambat...
Allah nk bgi pahala kt org tu plk kak...
ReplyDeleteAllah..kesiannya dia..
ReplyDeleteakak dh dpt pahala tu sebab dh tergerak hati nak bersedekah tapi lambat bertindak..hee~
Niat kakzakie Sudah ada cuma lambat bertindak. Sekelip mata Allah bagi ganjaran.
ReplyDeleteAllah maha besar....tak apa lah kak, mudah-mudahan lain kali ada rezeki untuk akak berbakti
ReplyDeletekasihnya Allah pada hambaNya..
ReplyDeleteMungkin juga sengaja Allah bagi akak tengok ekjadian tu tanpa bertindak, supaya akak dapat "satu pengajaran" maybe dengan berkongsi kepada semua pembaca akak ni
Kakzakie.. rahsia Ilahi! Allahuakbar.
ReplyDeleteTapi akak berjaya kongsi kisah tersebut dengan kami semua.
ReplyDeleteIndah sungguh rancangan Allah..
ReplyDeleteMurah rezeki bagi yg bersedekah ni..
Hendak dihari Jumaat macam ni kan Kakzakie..
Tak pe kak mungkin nanti akak pun berpeluang utk bersedekah..
Sekarang kita diberi pengajaran dahulu..
Jangan melihat luaran jer kan kak..
in sha Allah kak..andai kita ada niat untuk membantu..Allah akan sentiasa beri peluang itu...sentiasa..amin...
ReplyDeletebiar pun derma cuma seringgit tp dia dpt lebih lg...
ReplyDeletecuma kita tak perlu tau kena dia cuma derma seringgit n minta baki rm9... mungkin ada yg lebih mendesak utk dia memerlukan duit tuh
besarkan ganjaran ALLAH...moga murah rezeki lelaki itu sentiasa...
ReplyDeletePS rietta juga berdebar sebenarnya...terasa demam peperiksaan tu...
Besar ganjarannya kalau kita bersedekahkan, kak. Belum sempat berfikir, tiba-tiba Allah dah beri ganjaran perbuatan kita tu. Adakalanya kita banyak sangat berfikir itu,ini, by the time nak bertindak, dah terlambat jadinya!
ReplyDeleteBetul KZ, kadang saya kaku,lepas tu menyesal, saya pernah bukan saudara tolong bagi duit tak cukup
ReplyDeleteorang belakang tolong tapi cepat
mereka menolongkan. Lepas tu janji nak bayar balik pastu derang cakap tak yah. Betul Tuhan yang memberi peluang kan
kadang2 mmg mcm tu kak...macam tak terfikir gitu...huhu...
ReplyDeleteinsyaAllah, semoga kita sama2 istiqamah dalam amal kita...
banyak pengajaran yg saya dpt dlm cerita ni...
mungkin sedekah akak pada insan lain yg memerlukan... insyaAllah....
ReplyDeleteYelah kan kanda.....kalaulah kanda dpt peluang membantu tadi, bukan lelaki tu aje rasa bersyukur sebab ada yg membantu, kanda pun rasanya lebih puas dpt menolong kpd yg memerlukan...
ReplyDeleteTak perlah kanda, hari ni mungkin terlepas peluang, mlm ni, esok, lusa insyaallah masih banyak masa lagi
aku juga selalu tertanya pada diri sendiri:
ReplyDeletekenapa tadi aku tidak mahu memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada sebuah kereta yang ingin keluar dari simpang. mungkin dia ada urusan penting.
Tidakkah itu juga sedekah?
bersedekah walaupun sedikit.. sedekah hanya yg termampu nk tolong mereka.. Allah balas cash ya. macam2 benda boleh dikira sebagai sedekah kan walaupun hanya senyum
ReplyDeleteBuat baik dibalas baik. Alhamdulillah..
ReplyDeleteSaya pun pernah kak, ada peluang tak buat. Lepas tu menyesal terkenang2..
Kekadang mengikut situasi.ada masanya amat berat utk menghulur..ada masanya bagai di tarik2 tangan ini utk memberi..
ReplyDeleteGanjaran bagi orang yang bersedekah.. Allahuakbar... moga Allah limpahkan rezeki pada lelaki itu.. .
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteTerima kasih atas kisah yang sangat memotivasikan ini. Besarnya fadhilat sedekah sehinggakan diceritakan di dalam al-Quran betapa orang yang sudah mati mahu kembali ke dunia...Bukan mahu bersolat, bukan berpuasa, bukan berjihad tetapi mahu bersedekah. Diceritakan juga di dalam hadis bahawa sedekah dapat menolak musibah. Ayuh ringan-ringankan tangan untuk menghulur...peringatan buat diri saya.
Salam Bahagia Kak.
ReplyDeleteSatu perkongsian yang baik.
Sesama kita mengingati diri kita bersedekah itu banyak ganjarannya.
Tukang Kebun pun baru terfikir benda yang sama, 2 minggu lepas kami poskan halia bara untuk kawan yang berpantang dan pecah beling untuk suaminya yang mengalami masalah batu karang.
Teringatkan mereka suami isteri banyak menolong semasa duduk seorang di zaman perantauan.
Beberapa hari kemudian, terkejut pula permintaan pesanan untuk item tersebut berlipat ganda.
assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah dpt juga dia membeli ubat itu...semoga kita akan lebih mengingati masa utk bersedekah pd yg memerlukan..walaupun kekurangan duit...:)
ReplyDelete