Monday, January 25, 2016

Suatu malam di Kilang Bateri

Tempat: Kilang Bateri (dulu tempat ini adalah kilang pengeluaran bateri tetapi sudah dijadikan seperti shopping mall - tiada pendingin hawa, sekadar kipas angin saja)
Masa: Malam 23-01-2016

Memenuhi sedikit ruang masa bersama anak-anak sebelum salah seorangnya akan pulang ke sarang kuliahnya pada keesokan harinya. Menyusuri malam dengan melangkahkan kaki, mengikutlah mama/papa setiap langkah mereka bertiga. Bila mereka berhenti mama/papa pun turut berhenti. Mereka berbincang sesama mereka apa yang menjadi pilihan tetapi bila mahu membayar dengan senyum-senyum akan bertanya mama/papa juga.

Pintu masuk - Disambut dengan kumpulan yang memelihara ular dan biawak. Bila nampak saja keadaan begitu aku sudah geli-geleman. Pantas saja langkah kaki tua ini meninggalkan anak-anak dan papa mereka. Menurut anakku ada juga jenis yang berani memegang biawak dan ular tersebut (dibawah pengawasan tuannya). 
Beratur  - Sebelum ini lagi ramai. Pada mulanya aku juga hairan, mengapalah ramai jiddan yang mengelilingi kawasan ini. Bijak anak muda memilih untuk berniaga air minuman ini. Tiada booth khas. Berada di kawasan pejalan kaki. Menjual air yang kain diminati ramai termasuklah tiga anak dara aku. Denagn suasana sedikit hangat permintaan mestilah banyak.
Over Dose - Inilah airnya. Bunyi bagaikan aneh tapi anak-anak sukalah pula. Buat mama/papa biasa-biasa saja.  Membuka mata sedikit apabila aku perhatikan ramai kalangan yg berniaga di sini adalah bangsaku. Satu yang agak membanggakan.
Malam itu masing-masing membeli dua pasang pakaian dan perfume. Orang lain yang mahu menyambut CNY anak-anak mama pula sibuk membeli baju baru. Sebaik puas hati semua konon mahu singgah mengisi perut tetapi baru teringat di dapur mama ada ketam masak lemak cili padi. Tidak jadi singgah makan di luar seperti biasa, jam 11:30 malam mereka makan dan menonotn tv. Mama sudah tidak sanggup mengikut rentak mereka, masuk bilik, cuci mana yang perlu dan tukar baju terus tidur. 

~~ Selagi ada ruang masa dengan anak-anak gunakanlah. Tiba masa kita akan ditinggalkan atau kita akan meninggalkan mereka.~~



27 comments:

  1. kak tak makan aiskrim magnum..hehe..
    glaner kilang bateri ni kan

    ReplyDelete
  2. Dah jadi shopping mall rupanya kilang bateri ni ye. Sebelum keluar dah masak ketam sedap tu :) bincang adik beradik bila nak bayar apa lagi baru bincang dengan mama papa haha..

    ReplyDelete
  3. saya pun sama kak zakie..pantang nampak ular..laju ja kaki ni melangkah menjauhi..

    ReplyDelete
  4. Kak,,kila bateri ni famous jugalah setelah diubah jadi tempat riadah...kawan kawan PC kata best..hihi...
    Wah meriah kak dapat berkumpul 3 beradik tu..

    ReplyDelete
  5. Samalah dengan saya kak, geli weyhhhh tgok ular.

    Anak2 saya susah nak bawa berjalan..

    ReplyDelete
  6. sy suka pergi sini Kakzakie.. ni tmpat org2 muda.. hipster katanya.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Diana hari tu first time nampak orang minum dari packaging macam ini Kak.

    ReplyDelete
  8. saya pon geli ular dan haiwan yg sebangsa dengan beliau kak...kalau nampak ular walau pon dalam kandang kat zoo...laju2 saya cabut dulu...geli bebeno pastu kembang je tekak saya lepas tu...kalau kat tv cik boss dgn anak2 dah tahu sangat dah...cerita bab ular2 ni memang tak la saya nak tengok...cam best je kak tempat ni dah banyak kali saya baca n3 pasal kilang bateri nanti2 kalau balik kampong nak jugak try jalan2 ke sini...

    ReplyDelete
  9. Saya suka tgk ular tapi yg dlm kandang je sbb tau dia dh jinak, jgn yg merayap kt rumput tu, melompat tak cukup tanah la jawabnya.

    Bole sakit lutut jln dgn ank2 ni kan, tapi demi keberadaan bersama mereka digagahkan jua ye kzakie.

    ReplyDelete
  10. Ketam masak lemak cili api dah tentu win anytime, kak. Tapi yer lah, saya pun sekarang dah x mampu nak stay up macam dulu. Cepat aja mengantuk dan penat.

    ReplyDelete
  11. amboiiii ketam masak cili api yang paling win buat air liur tertelan-telan! ;)

    ReplyDelete
  12. Sama la .. otomatik menjauhkan diri bila ada spesis darah sejuk tu meliuk-liuk dibahu penjaganya..

    ReplyDelete
  13. Sama la .. otomatik menjauhkan diri bila ada spesis darah sejuk tu meliuk-liuk dibahu penjaganya..

    ReplyDelete
  14. plastik air tu cute. pandai marketing dia.

    ReplyDelete
  15. saya juga suka shopping masa offer CNY . banyak pilihan blause ...

    ReplyDelete
  16. Ular tengok gambar pun saya geli geleman kakzakie..
    Kekadang boleh terbawa dlm mimpi..
    Itu lah.. kalau boleh dielakan tengok..
    Memang tak nak tengok..
    Sedap pulak bila akak sebut ketam masak lemak tu..
    Betul tu kak sementara ada waktu kita bersama..
    Kita cuba sedaya upaya bersama dgn anak2 ni..

    ReplyDelete
  17. air air dalam gelas besar macam tu memang sedap/. Hehehe

    ReplyDelete
  18. home-cooked ketam masak lemak lagi best..nyum, nyum..

    saya pun ular2 ni memang geli-geleman walaupun jinak mcmana pun, tetap seramm..

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum kakzakie...betul la kak...dulu kilang bateri skg dah jadi lain...menarik juga la...salah satu tempat yg boleh disinggahi...akak x pi ke kedai mawi ke..ari tu masa mas n family pi mmg ramai sgt org yg singgah ke sini...

    ReplyDelete
  20. over dosed tu pun glemer kat melaka ni kak...amie pun suka.. : )

    ReplyDelete
  21. hihihi....
    akak dengan cerita anak2 dah membesar.
    saya masih berjuang dengan anak2 baru nak belajar besar.

    ReplyDelete
  22. Belum pernah try air overdose tu. Macam menarik.

    ReplyDelete
  23. Kak Zai pun takut pada semua makhluk reptiles memang panjang langkah Klau jumpa. Ketam gulai lemak sedapnya.

    ReplyDelete
  24. Kak Zai pun takut pada semua makhluk reptiles memang panjang langkah Klau jumpa. Ketam gulai lemak sedapnya.

    ReplyDelete
  25. memang trendy sekarang anak2 muda cual air cam tu kan. jadi faveret betul

    ReplyDelete
  26. Saya ni dah tak muda lagi makanya kuranglah mengikuti citarasa anak-anak muda sekarang. Nampak macam unik aje packaging untuk minuman Overdose tu. Memanglah teroverdose lepas merasanya ek!

    Kilang bateri ni sebenarnya jual apa, kak? Macam-macam ada ke kat situ?

    Anak-anak jalan window shopping tapi masa nak membayar kenalah ikut rentak kaki makpak. Manalah tahu dengan sekali jelingan manja, ayah terus keluarkan wallet ^_^

    ReplyDelete
  27. hhaha. alhamdulillah remaja2 ni nampak lubuk perniagaan. bagus jugak diorang buat mcm n

    ReplyDelete