Monday, March 21, 2016

Hitam itu menawan

Tempat: Pejabat aku bekerja
Masa: Jumaat, 2:30 petang

Sebaik saja melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik aku dia mengeluh "Wow! panasnya di luar". Aku alihbahasa apa yang pelanggan aku katakan. Aku senyum sambil menunjuk kerusi di depan meja untuknya duduk. "Awak tidak rasa panaskah dengan baju hitam, tudung hitam, setokin hitam dalam cuaca panas begini?" Sambungnya lagi. Pantas saja aku menjawab "Awak lihat saya berpeluh ke? Atau awak rasa panaskah dalam bilik saya sekarang ini? Kalau perlu dua air-conditioner boleh saya buka tidak ada masalah". Kini giliran dia pula tersenyum. Satu soalan yang sedikit mencalar hatiku kerana sewaktu itu aku berhabaya hitam dan bertudung hitam. Sebenarnya banyak habaya aku berwarna hitam itu aku akui. Tetapi padaku itu soalan yang kurang bijak sebab walau aku berpakaian begitu langsung kepanasan tidak aku rasai dek sejuk hawa aircond yang ada. Mustahillah kalau aku keluar jogging berpakaian begitu.

Sebelum keluar bilik untuk pergi kerja rutin aku adalah menutup aircond langsung menuju ke kereta. Pemanduan aku di dalam kereta tidak kiralah waktu apa pun aircond pasti terpasang. Membuka tingkap sekadar untuk membayar toll. Tiba di pejabat terus saja tangan mencapai remote aircond dan pasti akan terpasang sehinggalah balik baru aku tutup aircond. Turun balik masuk dalam kereta semula juga beraircond sehingga tiba ke rumah. Adalah seketika waktu memasak di dapur peluh pasti membasahi badan. Waktu di dapur sudah pasti aku dalam keadaan seksi (senyum malu). Selesai masak dan mandi sudah menjelang maghrib masuk bilik semula juga beraircond hatta ketika mengajar anak-anak mengaji sehinggalah pagi (kalau sejuk sangat ada kalanya jam 2 atau 3 pagi tutup juga). 

Benar bahang panas sejak gerhana matahari tempohari kini kita rasai. Allah mahu kita bermuhasabah mengukur di mana letak iman diri kita. Jika mahu ditarik nikmat olehNya bila-bila masa pun boleh. Cuaca panas kita masih bertahan kerana ada aircond. Tetapi cuba kita bayangkan andai tenaga elektrik tiba-tiba terputus apa akan jadi pada kita semua? Allahuakbar!

~~ Ada juga yang berwarna buat sakit mata kerana buat diriku hitam itu menawan kalbu haha...~~

* Sebenarnya aku tertinggal telefon bimbit yang mana semua gambar untuk dijadikan entri hari ini belum aku buat draf lalu jadilah entri ini. Serba tidak kena bila telefon bimbit tertinggal.


42 comments:

  1. Abaya hitam dan tudung hitam seolah-olah jadi pakaian wajib kakcik waktu tahun-tahun akhir bekerja dulu... slesa dan tak pening kepala nak fikir tentang warna. Lagipun boleh terus di bawa bersolat tanpa perlukan telekung...

    Sekarang pun bila keluar ke kenduri, jubah hitam juga jadi pilihan dan Suami pun menyukainya...

    ReplyDelete
  2. saya cuma ada abaya dan jubah hitam sehelai sahaja. cuma skrg belajar2 menambah bilangan labuh kain dan tudung dan jugak stokin yang kadang-kala saya akui dalah sangat culas memakai nyer..(malu!)

    setiap hari saya cuba muhasabah diri yang dunia ni adalah panas sedikit sahaja berbanding kat sana..uhuuu..takut.

    ReplyDelete
  3. kalau kita kerja bawah terik mentari lain lah kan.
    ni duk dalam aircond.Yaya pun jubah, abaya banyak warna hitam.

    ReplyDelete
  4. samalah kita kak, saya kalau memasak di dapur memang bermandikan peluh...seksi jugak la hihihihi.

    sekarang ni panas lain sangat rasanya. habanya tu sampai ke pagi tak hilang. risau sangat dengan kucing2 dekat rumah, takut panas jugak. itupun tinggalkan mereka dalam cage sambil pasangkan kipas sampai 2 penjuru utk nak mengelakkan panas.

    ReplyDelete
  5. hitam itu warna kesukaan saya juga kak, memang nampak menawan sahaja warna hitam ini, ye kita bekerja dalam aircon, walau berbaju hitam takkan terasa kan kak..tapi soalan orang buat kita terasa hehehe

    ReplyDelete
  6. Setuju tu kak, hitam itu menawan :)
    Saya pun ada kawan yg suka sgt berabaya hitam...
    Kalau material kainnya selesa, memang selesa jer tgk dia memakainya :)

    ReplyDelete
  7. saya pon suka baju2 kaler hitam kak...best la akak keluar masuk sume dalam tempat beraircond...kat rumah saya ni kawasan ruang tamu adalah kawasan yg paling nyaman dalam rumah...tak tau la kenapa tapi kalau lepak kat situ buka kipas terus rase cam tenang je...sejak musim panas ni time siang memang saya banyak lepak kat situ je...akak jgn risau sebab kalau time masak tu saya pon kekadang seksi gak...hahahaha

    ReplyDelete
  8. Minat gak hitam kakzakie...nk pakai ikut mood
    panasnya mmg lain macam, adakalanya tak tahan..

    ReplyDelete
  9. Time memasak seksi tu la sweet :), saya pun suka kerja ada meja sendiri, tetamu duk kat depan tu, maksud saya ada bilik mmacam kak zakie. saya pernah teman kawan shopping untuk biliknya, beliau dipilih menjadi guru kaunseling di sekolah. Eh terlebih pulak.. saya pun suka hitam. Material abaya sejuk tetamu tak tahu tu.

    ReplyDelete
  10. Dugaan seketika untuk umatnya mengingatkan bahang api neraka yang lebih panas :).

    ReplyDelete
  11. Sekiranya yg bertanya itu non muslim, saya akan menjawab dlm gurauan tetapi akan tembak juga sedikit. Sekiranya yg bertanya itu muslim, biasanya saya tembak habis habisan. Bukan defensive, tapi nada soalan seolah2 sinis.
    Lagipun, saya mmg peminat hitam tegar. Dan.suami saya x pernah komplen warna hitam saya. Cuma stokin saja saya dah banyak tukar ke warna coklat sekarang..

    ReplyDelete
  12. Soalan bangsa lain ke kak? Huhu sedikit mencalar kan hati kena tarik nafas baru jawab. Hehehe

    Saya dpt gak soalan cepu mas tu baru2 ni sbb dia tgk sy ambik anak ke shopping ke kedai mamak ke pakai abaya. Dia tny x panas ke? Dah la warna hitam. Sy suruh dia rasa kain tu.. Ni bkn material biasa yg buat peluh melepek basah satu jubah. Nak test bagi tau saya.. Saya bg pinjam. Dia rasa, pegang2 abaya terus angguk2 senyum. Kdg2 yg tengok org bertutup litup tu yg rasa lbh panas berbanding yg memakai . Camne tu?

    ReplyDelete
  13. Biasalah manusia kan...ada saja yg mrk fikir xsesuai fgn citarasa mrk tanpa dpt menerima sesuatu kejadian Allah tersirat hikmah yg langsung xterduga..hendaknya bersabarlah kita dgn takdir-Nya yg mampu dilepasi hari demi hari...comelnya kakzakie seksi sendirian di dapur heh..heh..

    ReplyDelete
  14. Pagi td nieyl di uji jgk akk...
    pagi nie agak kelam kabut jugak..
    kejar punch card...dgn kereta start byk pulak dah mula sekolah kan...
    biasa pagi² nieyl mmg akan buka aircond kete..sbb pagi nie asap kereta,bas banyak...udara tak bersih pun...skali on aircond..keluar angin je...
    adoiii...rasanya nie mesti kes gas aircond kereta abis.. :( sabar je laaa....
    lepas tu park kereta jauh..kena jalan kaki g pejabat...panas jugak..
    berpeluh juga laaa..nasib opis dah pasang aircond..sejuk jugak laaa..

    ReplyDelete
  15. Warna hitam sesuai juga pakai tudung dgn warna2 lain kan ...cantek.
    Sekarang waktu petang angin agak kuat ,saya biasanya duk kat beranda untuk kurang kan kepanasan duk dalam rumah..

    ReplyDelete
  16. Abaya warna hitam pun kegemaran saya kakzakie..
    selalunya saya regukan dengan tudung yg berbunga-bunga..
    Sebab abaya tu warna kosong ajer kan..

    Betul tu kak kalau ditarik nikmat elektrik tu..
    Baru tahu terasa membahang kepanasan..

    Hihihi sama lah dengan saya ..
    Gambar semua dalam henfon..
    Kalau tertinggal memang tak bergambarlah entri..

    ReplyDelete
  17. kalau bekerja kat pejabat, rasa relax je kak. duk bayangkan mereka yang kerja buruh binaan tu. Allahuakbar, berpanas terik mencaari rezeki tak kira warga asing atau rakyat malaysia. semoga kita semua sentiasa bermuhasabah diri.

    ReplyDelete
  18. Salam kakak..
    memang terasa bahang panas skrg.
    rumah Zura x de ekon. mlm2 tido pasang 2 kipas. kipas atas dan kipas meja. mlm tadi terasa panas yg tak tertahan. trus bangun mandi pada pukul 1.30 pagi. baru lah badan selesa nak tido. hehehehe

    ReplyDelete
  19. antara ujian dan nikmat...ujian bagi kit semua tapi secara tidak langsung nikmat kepada pniaga juga waktu-waktu begini...terutama yang berniaga air ais...
    hitam itu menawan...hitam itu eksklusif..hihi..

    ReplyDelete
  20. Aina pun banyak jubah hitam kak. Pandangan orang beragama lain dari kita tu memang tak dapat nak elak sebab mereka tidak berada didalam situasi kita.

    ReplyDelete
  21. Hitam jugak mampu menyelindungkan 'spare tyre' di sana sini. kikiki

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum kakzakie...dugaan Allah bila kita berada di keadaan cuaca begini..alhamdullilah semlm bumi Johor disirami dgn air hujan yg membasahi...kurang sedikit rasa kebahangannya.. kita sebagai manusia ini tidak pernah mensyukuri akan nikmat dan dugaan yg diberikan oleh Allah kepada umatnya di muka bumi ini...:)

    ReplyDelete
  23. ingt ada penceramah masa sekolah dulu..

    apa yg kita fikir.. kalau fikir panas, panaslah..

    ReplyDelete
  24. cuaca panas. kena banyak minum air kakzakie..

    ReplyDelete
  25. Kebanyakan jubah saya pun banyak yang berwarna hitam, Setiap hari Jumaat tak sah tak mengenakan jubah hitam di badan. Tidak terasa kepanasan di situ.

    ReplyDelete
  26. Hitam dan saya sebati kak...saya berkulit hitam...saya sukankan warna hitam...jgn pandai2 nak berkata ttg Hitam...saya mudah melenting...

    ReplyDelete
  27. SA dan hitam memang tak boleh dipisahkan..kata orang hitam kan manis..hehehe..memang bahang kian terasa..suhu kl ari ni pun 40 darjah dh...

    ReplyDelete
  28. abaya hitam lebih mudah rasanya kak... sbb menutup segalanya

    yelah kalau dh pakai hitam di tengah pns mmg lg membahang tp kalau duk dlm ekon baju hitam 2 lapis pun tak terasa panasnya...

    ReplyDelete
  29. mak saya pun minat abaya hitam. memang cantik2 je kak

    ReplyDelete
  30. saya pun suka hitam. kalau beli jubah pilihan pertama mesti hitam.
    kalau ditanya soalan mcm tu...saya akan jawab 'tak panas, saya dah biasa, lgpun menutup aurat.'kalau muslim..mesti dia akan terasa.

    ReplyDelete
  31. Assalam. Saya selalu terfikir bahang panas hari ini adalah permulaan tandanya hari kiamat bakal berlaku. Tanda akan keluarnya dajjal setelah dikeringkontangkan Allah swt tanah yang subur ini. Takutnya.. hari itu pasti akan datang.

    ReplyDelete
  32. Kat negeri kak sekolah dah dapat 2 hari cuti sebab panas yg melampau...

    ReplyDelete
  33. hitam itu kan menawan. tulah, panas ni ujian buat kita semua. minum air secukupnya ye kawan-kawan, jaga diri.

    ReplyDelete
  34. Nani kalau pakai jubah hitam tudung emsti coklat. hehhe. Memang panas sangat kan sekarang

    ReplyDelete
  35. Nekcik ada sehelai jer jubah hitam..nekcik suka yng berbunga..he. He
    Di dunia masih ad jugak kipas klau airkon xde..klau di sana cmna tu ye

    ReplyDelete
  36. Nekcik ada sehelai jer jubah hitam..nekcik suka yng berbunga..he. He
    Di dunia masih ad jugak kipas klau airkon xde..klau di sana cmna tu ye

    ReplyDelete
  37. Ky pula bila berabaya hitam..lebih suka tudungnya berwarna warni..

    ReplyDelete
  38. sabar la kak.. ujian hidup. tapi hitam tu warna pakaian sahabiah.. u should proud of it.

    p/s : msj @ wasap saya kak.

    ReplyDelete
  39. Hitam tu faveret dinda jugak kanda....
    Sekarang ni mmg panas sungguh. Dinda lepas masak dah mcm orang mandi kanda, basah lokos.....

    ReplyDelete
  40. Hitam tu faveret dinda jugak kanda....
    Sekarang ni mmg panas sungguh. Dinda lepas masak dah mcm orang mandi kanda, basah lokos.....

    ReplyDelete