Friday, March 18, 2016

Menghindari himpitan alam kubur

Sambil memandu pulang sambil menghayati butir tazkirah oleh ustaz  Ahmad Dusuki Abdul Rani, di radio IKIM fm berkaitan dengan alam kubur. Terasa ngeri pula bila disebut perihal tidak ada satu pun umat yang akan terlepas dengan himpitan kubur sebaik masuk ke dalam liang lahad. Sesungguhnya solat, sedekah jariah dan amalan lain tidak dapat membantu hal yang satu ini melainkan dengan amalan membaca kitabullah, Al-Quran. 
Al-quran anak-anak - Sekadar hiasan untuk entri hari ini.

Bersama kita renungkan kalau kita boleh membaca blog, whatsapp dan sebagainya saban waktu, sesekali apa salahnya kita heret bahkan kalau boleh paksa pun kita paksa mata kita untuk menatap dan membaca titipan baginda rasulullah buat kita umat yang amat dikasihi ini. Beruntung kita dikurniakan mata untuk melihat. Selagi peluang masih diberi kita gunakan sebaik-baiknya.

Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a telah berkata, Rasulullah sallallahu alaihiwasallam bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau yang besar) yang ada berbau wangi dan sedap rasanya. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran seperti Raihanah (sejenis tumbuhan/pokok) baunya wangi dan rasanya pahit. Manakala perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran seperti buah labu yang tidak ada bau dan rasanya pahit*." - Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

~~ Mukmin yang membaca Al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.~~ 

* tidak tahu kenapa dikatakan labu pahit, sebab aku rasa labu sedap:)

36 comments:

  1. terima kasih kak...motivate untuk saya

    ReplyDelete
  2. Untong kakzakie hari hari ajar ksnak kanak mengaji....saham akhirat yg tak ternilai tu

    ReplyDelete
  3. Untong kakzakie hari hari ajar ksnak kanak mengaji....saham akhirat yg tak ternilai tu

    ReplyDelete
  4. Benarkan kakzakie..
    Kalau boleh paksa diri kita utk membacanya buat permulaan..
    Nanti suatu hari ianya akan terus menjadi ikhlas..
    Bagi saya suka mendengar alunan taranum yg merdu..
    Menyusuk ke jiwa..
    Lama2 kita akan merasa utk membaca al quran..
    Utk jiwa kita..

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar...terima kasih akak atas ingatan...kadang2 tanpa sedar memang selalu terlalai :'(

    ReplyDelete
  6. AllahhuAkbar... Jalan menuju syurga itu sebenarnya tidak perlukan bayaran, kan?

    ReplyDelete
  7. Saya pun dengar masa Ustaz cerita ni kat IKIM... menginsafkan... mmg reminder sungguh, kan?

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ni kak..jadi peringatan buat kita semua..

    ReplyDelete
  9. Salam Kakak~
    terima kasih atas peringatan bersama ini.
    terasa kena debik di pipi bila baca n3 kakak nih.
    terima kasih sekali lagi kakak.
    huhuhuhuhuhu.

    ReplyDelete
  10. terima kasih kak..
    selalu dan sentiasa mengingatkan...
    moga terus lah berkongsi motivasi pada kami...
    ♥♥♥

    ReplyDelete
  11. Semakin usia berganjak ,semakin dekatkan diri dengan alquran ,apatah lagi diberi kesempatan sehat semula.

    ReplyDelete
  12. Amalan setiap hari walau hanya sehelai muka surat. Terima kasih kakzakie atas ingatan.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..terima kasih kak atas peringatan.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kak atas perkongsian ni. Moga pengakhiran kita baik2 amin :)

    ReplyDelete
  15. Takde alasan utk tidak mengaji Al quran, dlm phone pun bole simpan, org buta ada Al quran braille, tak tau bole belajar, cuma nafsulah yg selalu jadi penghalang kan kzakie

    ReplyDelete
  16. Takde alasan utk tidak mengaji Al quran, dlm phone pun bole simpan, org buta ada Al quran braille, tak tau bole belajar, cuma nafsulah yg selalu jadi penghalang kan kzakie

    ReplyDelete
  17. thanks kak, motivasi hari jumaat

    ReplyDelete
  18. Syukur saya mula mengaji tetapi rasa juga fikir 2 kali nak pegi ke tak setiap kali berfikiran begitu. Bila ingat anak-anak tak bole fikiran begini, saya pegi juga. Thanks kak zakie for the reminder, buat ini dalam jadual harian kan. InshaAllah.

    ReplyDelete
  19. Subhanallah...terima kasih kak peringatan ini...

    ReplyDelete
  20. huhuhu tq utk sama2 share motivasi jumaat kak

    ReplyDelete
  21. Kadangkala kita trlupa..ya allah
    Tq kak zakie..ingatkn nur

    ReplyDelete
  22. terimakasih atas peringatan yg diberi..terasa insaf..

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah kakzakie biarlah kita istiqomah dalam membaca ALQURAN
    Kalau boleh hari2 mesti nak baca
    Rasa tenang dan damai bila melihat kalimah ALLAH TU
    SUBHANALLAH

    ReplyDelete
  24. thank you for the peringatan kak.. membuatkan saya semangat pulak nak bukan Quran ni :D Moga we all will dijauhkan daripada seksa kubur ni nanti, inshaallah :)

    ReplyDelete
  25. Kak Zakie, meremang bulu roma.. Perasaan bercampur baur sebak & sedih.. Terima kasih atas ingatan, terasa insaf & menyedarkan..

    ReplyDelete
  26. Kena faham sendiri diri ini termasuk dlm kalangan 'buah' yang mana....

    ReplyDelete
  27. Masayaallah tingginya darjat Al quran..ingatan yg sangat bagus..biasalah manusia kadang2 terlupa

    ReplyDelete
  28. membaca dan tadabbur kalam-kalam Allah..selain ibadah, terapi yg terbaik..

    ReplyDelete
  29. Allahuakhbar... meremang bulu roam bila mendengar pasal himpitan di alam kubur... setiap insan x boleh lepas darinya... Moga2 kita di berikan sedikit kelapangan...Aaamin

    Subhanallah.... betapa indahnya perumpamaan Alquran Ya Karim.... besarnya kebesaranMU Ya ALLAH....

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum kak,
    Terima kasih atas peringatan yang sangat mengesankan.

    Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada di dalam rahmat-Nya, aminn... Tiadalah yang dapat menyelamatkan kita semua daripada huru-hara di 'sana' melainkan dengan rahmat-Nya. Namun untuk mendapat rahmat-Nya perlu beramal, menurut titah perintah dan meninggalkan tegahan-Nya.

    ReplyDelete
  31. moga kita terus istiqomah membaca al-quran kan kak, takut juga mendengarnya tentang dialam kubur itu, moga kuburan kita menjadi luas dan menjadi salah darisatu taman2 syurga

    ReplyDelete
  32. Bila ada pelbagai laman sosial kadangkala membuatkan kita lalai.
    Satu peringatan yang baik untuk dikongsi.

    ReplyDelete
  33. Baca dan cuba fahami maksud ayat. Insya Allah bertambah-tambah ilmunya.

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah peringatan yang diberikan amat baik untuk dikongsikan bersama2...:)

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah perkongsian yang bagus...

    ReplyDelete
  36. Rasanya dinda pernah dengar jugak pasal ceramah Ustaz Dusuki ni...mmg takut kanda. Insaflah jugak....

    Harap harapnya dapatlah istiqomah....

    ReplyDelete