Tujuan asal disebabkan rasa kasihan. Mahu membantu tetapi akibatnya menjadi tanggung-jawab untuk menjaganya. Ditempatkan di rumah sewa kami yang corner lot dan telah kosong buat masa ini bolehlah mereka berkejaran ke sana-sini. Ada bunyi anak kucing, tidak kurang bunyi anak ayam. Sebelum keluar rumah kini rutin hubby selain mencuci baju hingga menyidai ada lagi rutin tambahan buatnya. Memberi makan anak-anak kucing dan anak ayam yang sepuluh ekor.
Empat ekor - Sudah semakin membesar dan makin manja dengan Kak Meen dan Kak Mira |
Anak kucing ini hasil dari si ibu yang menumpang rumah kami. Anak ayam pula dek kerana rumah bapak sudah tidak ada sesiapa bimbang ayam kelaparan atau dimakan anjing lalu dibawa balik JB. Menjadi kerja pada hari Ahad lepas anak-anak ayam dengan ibunya boleh pula jalan-jalan makan angin di luar pagar bawah pokok mata kucing. Bingung aku dibuatnya sebab selain geli dengan kucing aku juga geli dengan anak ayam. Tengok bolehlah tapi untuk aku menangkap dengan tangan ini upah seribu pun aku tidak berani. Tangkap ibu ayam lagilah aku takut kena serang. Akibatnya bila aku halau-halau suruh masuk pagar "Syuhhh!! Syuhh!.. ibu ayam dengan tiga anaknya terjun ke dalam longkang. Apa lagi terus saja aku telefon hubby. Orang sedang di dalam meeting tetapi tetap boleh aku kata urgent! Berpeluh-peluh aku dibuat oleh si anak-anak ayam tersebut. Mujur juga ada anak buah aku, Kak Mira yang duduk dengan kami, dialah yang menangkap anak-anak ayam tersebut dan masukkan ke dalam kotak sementara. Tiga ekor lagi di dalam longkang dengan si ibu kami biarkan. Nasib baik longkang jenis yang tidak ada air. Umpan dengan jagung tapi tidak jalan, mungkin sebab sudah kenyang. Hampir 3 jam baru hubby kata "Biarkan saja tunggu abang balik".
Hari Ahad yang sepatutnya aku dan Kak Mira (anak buah aku) berehat tapi sepagian kami diuji dengan anak-anak ayam tersebut. Balik dari kerja itulah hubby masukkan ke dalam rumah kucing untuk mengelakkan anak-anak ayam dari keluar berkeliaran. Entah bilalah akan dibawa balik semula ke kampung belum ada kelapangan. Tidak kisahlah bawa balik kampung Batu Pahat atau Pontian, janji hantar semuanya balik kampung.
~~ Nama pun ayam kampung mestilah kampung juga yang sesuai buatnya. ~~
tergelak sorang baca entry ini kak.sama dengan sayalah. kalau dah geli nak pegang memang tak nak peganglah.mulut je bising kak.
ReplyDeleteMesti panik kak zakie bila anak-anak ayam jatuh dalam longkangkan, sukanya ada ayam kan bergerak gerak dalam laman rumah ni, lively :)
ReplyDeleteALAHAIII seronok nyer kak ade anak kucing! kalau dapat kat adik mok tu siap bawak tido tu..dipicit-picit nyer tarik bawak jln2..kekekeke.. suka nyer dgn suasana rumah akak tau ;)
ReplyDeleteNasib baik x lemas kak zakie...
ReplyDeletemakin riuhlah rumah tu..
Hahaa,takut dgn ank ayam ke kakzakie...Kalau saya ibunya memang takut dipatuk .Yalah kakzakie ayam kampung mana lah sesuai duk bandar.Kat kampung mereka bebas.
ReplyDeleteAnak kucing tu dah makin besar kan kak..makin comel..walaupun akak geli tp tak apa..pahala pelihara binatang ..:)
ReplyDeleteHihihi nak gelak pun ada baca entri akak ni..
ReplyDeleteTak sangka dgn anak ayam pun akak geli ye..
Tu lah pulak..
Masuk dlm longkang ye.. jenuh lak nak menangkapnya..
Betul lah kak.. dah ayam kampung .. tinggal kat kampung lah kan.. mana lak sesuai tinggal di taman perumahan hihihi...
haha...lawak lah kak zakie ni
ReplyDeletetergelak-gelak saya baca
betullah tu..haiwan2 mcm tu sesuai di kampung
berjln ke mana2 pun takde sapa yg nak risau
hahaha macam2.kalit dibuatnya kak zakie dengan ayam2 ni..depa pun terkejut la tu tak pernah mai bandar.hehe
ReplyDeletecomelnye kak anak ayam...dah betahun2 tak tengok anak ayam...dedulu apak saya kan main rajin bela ayam dan itik...anak itik lagi comel...gebu je bulu dia...bukan akak je saya kalau suh tangkap ibu ayam pon penakut gak...hahaha...kalau ibu ayam yg dah jadi ayam golek saya tak takut...suka lagi...hahaha
ReplyDeleteRumah corner lot dengan rumah kanda tu sebaris ek....
ReplyDeleteComel pulak tengok anak kucing tu kanda.... kalau putih ke kelabu sure comel tu. Hihihi...kanda geli ek...cuba atasi kegelian tu, pegang hihi
Dinda nak membela belaan cenggini mmg malas kanda....
hhehehhe anak ayam tuh dia nk meneroka umah baru dia kak.... nasib tak terlepas sampai ke umah org heheheh... naya kalu tak
ReplyDeleteHeh..heh..orang bandar kena buli dgn ayam kampung ya kakzakie...sian, gurau je...tapi betul kata kakzakie tu ayam kampung xsesuai kat bandar n selesa di kampung juga.
ReplyDeletehahaha...ketawa saya membacanya kak, tapi itulah kalau dah gelikan, saya pun tak sanggup nak tangkap anak-anak dan ibu ayam tu, geli jugak.
ReplyDeleteada ayam memang rasa macam suasana kampung.
ReplyDeletecomey kucing tu kak
ReplyDeleteAs salam kakak.. lamanya x dtg ziarah kakak kat sini.. smoga kakak sekeluarga sihat sentiasa..
ReplyDeleteDulu smpai skrg paling takut dgn ibu aym.. kalau berjalan mst lari kalau nmpk ibu aym yg bwk ank2 aym jln petang.. hehehe
Assalamualaikum Kak..
ReplyDeleteSama la kita rupanya...geli kat kucing tapi kasihan...sekarang ni pula tengah ada 3 ekor naka kucing kat rumah....tugas saya sekarang...bagi minum susu...Kedah pula tengah panas...kasihan kat kucing2 tu...kurang minum air...
Comel pula tengok anak-anak kucing tu.
ReplyDeleteKasihan kat akak, nasib ibu ayam tu tak garang.
Ayam kampung memang suka berjalan-jalan dan aktif sikit :-).
hahahahaha.. pagi2 dah kecoh meligan ayam yer kakak~
ReplyDeleteZura x kesah sgt dengan anak ayam. cuma mak ayam yg risau sket. lagi2 mak ayam ade anak kecik nih. garang dia lain macam sket. kang x pasal2 kena serang dengan mak ayam pulak. hehehehe
kucing memang x de masalah.. mmg boleh gomoi2 kalo dengan kucing. hehehehe
erk..teringat Dania masa kecik2 picit anak ayam sampai hampir mati...hehehe..ayam kampung sedap...
ReplyDeletekih kih kih...tegelak2 lieya tang ayam tu kak....sampai kaco org bermesyuarat yeak heheeheh...lieya same mcm akak...penggeli nak pegang walo pun anak ayam comel....mau kelam kabut mcm akak jugak dibuatnyer kalo jadi mcm tu.....
ReplyDeletebetul tu kak, ayam kampung kene anta balik kampung la kak....esok2 nak raye haji leh korban buat rendang ayam kampung heehehehehe....
dah lama tak tengok ayam kampung.. kalau balik kampung pun susah nak jumpa ayam, tak ada sape yang membela. dapat tengok kambing dengan lembu, itu pun dah buat anak teruja..hahahaa
ReplyDeleteGeram tgk anak ayam....rasa mcm nk picit2 je....haha
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...wat lawak jer akak ni...geram tengok anak kucing tu..;)
ReplyDeleteKakzakie geli ya samalah tp kak Zai suka tengok anak ayam atau anak itik comel. Dulu arwah mak kak Zai kalau ayam dan itik sama2 bertelur dia akan ambik telur ayam buat lauk. Kemudian tukar telur itik kat ibu ayam. Bila dah menetas comel sgt ibunya ayam manakala anaknya itik.
ReplyDeleteteringat pulak hari sabtu hari tu..saya lari masuk kereta semula sebab ayam depan rumah pengasuh tiba-tiba datang dekat saya..ala ayam besor...takut kena patuk..
ReplyDeleteComelnya kucing :)
ReplyDeleteAda kwsan besar utk kucing2 tu oklh kn..klu dlm rumh..mau muntah hijauu..
ReplyDeleteAyam tu buat lauk jer kakk..lma2 hbis juga..hihi
hadoiii...tergelak saya baca...siap call suami akak cakap urgent...dah la org tu tgh meeting...ekekek...haru betul ni kak....hahahaha...
ReplyDeleteLucu bangat kak zaki ni...kalau betui2 batu buangin aja...kak..hahaha
ReplyDeleteSeronoknya bela ayam kak nak2 bila mula bertelur rasa syok dapat kutip telur. Tapi bab kucing memang Aina penggeli dengan anak2 kucing.
ReplyDeleteAdoi...saya pon dah ada 4 ekor kucing dalam rumah sekarang ni....dulu balik rumah rasa macam masuk store hasil kerenah anak-anak..sekarang balik rumah rasa macam masuk zoo! Huargggghhh....
ReplyDeleteeh tersama pula kegelian kita kak..hihi
ReplyDeletemaaf lah kucing, ayam..saya tak berupaya lagi nak membelai2 kamu.
tapi kat rumah mak banyak je ayam kat belakang dapur tu, ayam jiran sebelah datang bertandang..
hihihihi..nak kucing akak tu mulus-mulus bulunya..pastinya selain ibunya..akak sekelaurga jaga kebajikan mereka dengan baik..alhamdulillah..
ReplyDeletePC fobia kak dengan ibu ayam beranak kecik ni..PC pernah kena patuk gara-gata kejar anak ayam..konon nak buat main sekali maknya meradang...mula daru tu memang taubat..
Eeeeee kakkk. sama dgn saya.. geli bebeno dgn kucing. kalau chef ciju, mmg sakan dia dgn kucing. siap jadi bidan dia.
ReplyDeletekesian kakzakie terpaksa menjaga anak2 ayam, kaknoor pun dh lama tk tengok anak ayam kalau dekat boleh lah tolong jaga kan hee
ReplyDeletekesian kakzakie terpaksa menjaga anak2 ayam, kaknoor pun dh lama tk tengok anak ayam kalau dekat boleh lah tolong jaga kan hee
ReplyDeleteMasa arwah uwan ada belakang rumah ada reban ayam. Tiap2 dua tiga hari arwah uwan cuci reban tu. Bila ayam dah besar tangkap sembelih buat gai
ReplyDeleteBuat gulai.. haha
Deletenasib baik longkang tidak dipenuhi air kak....tapi seronok dapat bela haiwan sekitar rumah...tak sunyi
ReplyDeleteBolej bayangkan mcm mana akk berpeluh2 urus ank ayam tu. kalau dpt ke syafiq habis dia angkut ank ayam tu.
ReplyDeleteComelnya ank kucing tu. geram tgk
Falsya tingin sgt nak bela kucing tau kakak..tp tuh la..falsya penakut sebenarnye..tp tingin nak ade kucing..mcm mana tuh..hehe
ReplyDeleteAyam kampung kalau dah masuk bandar, agak lain kot perangainya...
ReplyDeletehehe
comelnya..
ReplyDelete