Menjenguk kampung seketika kerana bapak hampir tiga bulan tinggal bersama kami anak-anak. Dua minggu di Kota Tinggi kemudian ke Senai. Tinggal di Senai dua minggu kemudian ke Pasir Gudang begitulah pusing-pusing kami buat untuk tidak membuat bapak bosan jika tinggal lama-lama di satu-satu rumah. Tambahan pula hanya tiga anak ini sajalah yang tinggal di Johor berhampiran untuk balik Pontian. Anak-anak bapak yang lain tinggal berjauhan. Mereka hanya mampu menjenguk dan bertanya khabar saja.
Kering - Habis pokok-pokok cili bapak kekeringan dek cuaca panas 100% bergantung pada air hujan. Cili pun jadi kemetot dan daun kerinting-kerinting. |
Sepah - Tin-botol yang belum berkumpul dan tidak dijual kepada pengutip barang lusuh. Sekejap saja rumput-rumput sudah menjalar naik. Sungguh sedih melihat ini. |
Berbunga - Dalam pada panas terik pokok mangga ini meriah berbunga. Tidak tahulah apa akan jadi jika terus kena tinggal rumah bapak ini. Sedih sangat:( |
Sebenarnya aku balik berdua saja dengan hubby sebab bapak sudah dibawa abang ke rumahnya di Pasir Gudang. Mengambil masa untuk membetulkan reban ayam yang sudah bocor. Kalau dibuat ketika bapak ikut balik sudah pasti dia pun akan turut keluar rumah itu yang kami tidak mahu. Kalau boleh biarlah gatal pada keseluruhan badannya betul-betul sembuh baru kami benarkan bapak balik kampung. Sekarang balik seminggu sekali ketika hujung minggu tetapi hanya satu malam saja esoknya kami bawa semula bapak balik ke rumah kami. Kami sayang rumah pusaka milik bapak ini.
~~ Ada satu bau yang menyegarkan bila balik kampung.~~
Yalah kak zakie biarlah bapak kakzakie benar2 sehat baru benarkan dia balik kg...takpelah tanaman boleh tanam semula ketika musim2 lembab kelak.
ReplyDeleteBertuah kakzakie masih ada rumah pusaka untuk di jenguk di kg.
Moga tuanya sihat sepenuhnya, inshaAllah. Kampung berbau udara bersih segarkan dengan kehijauan cuma tak berjaga risau menjadi usangkan. Bagus kzakie pegi jenguk juga bole bersih skit sebanyak.
ReplyDeletepokok2 tu pun rindukan tuan nya kan kak...
ReplyDeleteyelah kan kak... klu blik kg tuh ada 1 bau segar yg best lah.... walaupun musim pns klu blik kg tuh ttp rasa seronok hehehhe...
moga abah akak cpt sihat n boleh la dia ddk semula kt umah kesayangannya
kesian pokok2 cili tu hampair kekeringan... buah pun terbantut pertumbuhannya... cuaca panas memberi buka sahaja memberi kesan pada manusia tapi juga kepada tumbuh-tumbuhan.... harap di siram oleh tuannya saja....
ReplyDeletememang terasa seronok kalau dapat balik kampung kan kak.
ReplyDeletesayang tengok pokok2 tu kering dan layu.
moga bapak kak zakie segera sembuh hendaknya
Kalau musim dah lama panas dan kering memang adik beradik jenis mangga ini suka mula berbunga balik.
ReplyDeleteJika ada rezeki nanti adalah buahnya.
musim panas sangat sekarang ni, memang semua hasil tanaman nampak sangat perubahannya
ReplyDeletebetul kak..biar ayah akak betul-betul pulih kesihatannya..
ReplyDeletesetuju..bila balik kampung ada satu aura yang susah nak diungkap dengan kata-kana..nyaman dan nikmatnya..
Semoga bapak terus sihat-sihat kak..
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak...
ReplyDeleteRumah pusaka...memang sayang kalau tak dijaga...banyak kenangannya...jasanya...
Harapnya bunga mangga tu lekat putik...
Moga ayah akak cpt sembuh ya..best balik kg kan..aman ja rasa
ReplyDeletealahai kesian tamanan dikampung tak berjaga ye.tp kesihatan bapak kakak lebih penting kan..semoga bapak cepat sembuh..
ReplyDeleteDah sekarang panass..kasihan kat pokok...tiada berjaga mmg begitulah kakzakie...
ReplyDeleteMcm rumah mak nur kg perak...tiada berjaga last2 di makan anai2..
moga bapak sehat hendaknya...
rumah kalo tak bertuan memang lain kan kak..sebab tu mak ayah kalo datang umah anak anak takleh dok lelama..rinduu rumah lain macam..
ReplyDeletemujur jugak akak boleh balik jenguk..
Rumah kalau ditinggalkan cepat saja nampak usangnya n tanaman yg xdijaga hbs kurus kering tambh di musim panas la ni...kena ulang balik selalu memperhatikannya tu kakzakie.
ReplyDeleteSeronok kalau masih ada kampung. Laman yang luas boleh tanam macam2.Elok juga tinggal dgn anak2 supaya bapak kakzakie sihat sepenuhnya.
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie. Didoakan selalu sihat dan dilindungi Allah SWT. Alhamdulillah, saya dapat rasakan keberuntungan bapak Kak Zakie kerana hari-hari tuanya yang lelah dan sakit mendapat perhatian dan kasih sayang anak-anak yang memang setiap ibu bapa mengharapkan layanan sedemikian apabila mereka tua nanti. Insya Allah, berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa di dunia pasti akan segera dibalas baik oleh Allah SWT di dunia lagi. Saya doakan bapak akak cepat sembuh sakit gatalnya. Rumah pusaka itu memang ada auranya tersendiri ya kak. Cuaca panas di semananjung ternyata amat mencabar ya. Di Sarikei, cuacanya ok dan saya aktif berkebun sekarang ini. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.
ReplyDeleteSesekli blik kmpung tgok hijau terapi juga kak..layu2lah.janji ada ketenangan disitu.
ReplyDeleteHarap bapak cpt baikk..
betul tu kak..memang ada satu udara yang segar bila kita sesekali balik ke kam pung...
ReplyDeleteKasihan kat ayah akak. Semoga beliau cepat sembuh dari sakit gatal tersebut.
ReplyDeletekasihan juga tengok pokok-pokok tersebut bila dah tak ada yang menjaganya seperti selalu.
Bau apa tu kakak? Nak tahu juga..hehehe.
Betul tu kak, kalau ayah akak balik kampung jugak masa ni mau dia pun mesti nak betulkan dan bersihkan macam-macam kan. Elok dia kat rumah anak yang lain berehat. Tulah musim panas ni memang boleh buat pokok kering dan rosak.
ReplyDeleteSaya suka bau kampung.. suka sangat.. ;)
ReplyDeleteMoga bapa kakZakie cepat baik hendakNYA.
Pokok2 tanaman bapsk pun rindukan bapaklah tu...turut bersedeh kerana tuan nya dah lama tak serumah...
ReplyDeleteSemoga bapak cepat sehat...
Aura dkt kampung ni lain kan kak.. rasa fresh gitu. hehehe.. skrg cuaca panas.. kalau x bersiram mmg kering kn kak
ReplyDeletesuasana kg mmg best..rs mcm dekat je dgn alam..
ReplyDeletemoga ayak akak cepat sembuh..mesti dia seronok kalu dpt bercucuk tanam, tambah2 lg klu dgn anak2 dan cucu ada skali
semoga bapa akak cepat sembuh...
ReplyDeletebyk sungguh kenangan di rumah pusaka...payah nk cari ganti, walaupun rumah lama, tetap suka nk balik...
Betul tu kakzakie..
ReplyDeleteRumah pusaka byk kenangannya disitu..
Terus menjadi moment indah yg sentiasa dikenang..
Kesian pulak tanaman kan kakzakie..
Dah lah musim panas..
Hanya mengharap hujan ajer yg siram ..
Semoga bapak kakzakie cepat pulih seoerti biasa..
Alhamdulillah rumah pusaka mak dan abah ..
Kakak yg duduk..
Baru2 ni hantar gambar pokok bunga orkid mak yg indah berbunga..
Aduh rindu saya dgn bunga2 arwah mak..
Belum baik lagi ye kak sakit gatal aritu? Tapi in shaa Allah ada kurangnya kan.
ReplyDeleteKampung always the best place for me..
Belum baik lagi ye kak sakit gatal aritu? Tapi in shaa Allah ada kurangnya kan.
ReplyDeleteKampung always the best place for me..
saya kalau balik kg suka bau tanah sewaktu ditimpa hujan...kat rumah sekarang tak boleh bau gitu. Ada tanah pun seciput ..bau taik kucing je...
ReplyDeleteSemoga bapa kakzakie sembuh sepeeti biasa dan dpt mengusahakan tanaman yg dia minat tu sama dgn kaknoor suka menanam cili dan mcm2 lgi
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteMudah-mudahan bapa akak sentiasa diberikan kesihatan.
Sebut rumah di kampung, teringat rumah pusaka ayahanda di kampung. Walaupun sekadar rumah kayu, tidak mewah tetapi di situ ada satu rasa...iaitu tenang dan damai...ditambah pula dengan bau rumput yang baru dipotong atau bau asap dedaun kering yang dibakar...Allahu rabbi, rindunya kampung...
Cenggitulah kalau tak de yg menjaga kanda..... Kurang perhatian katanya hihi... Semua jadi tak semenggah walaupun masih mampu hidup sendiri
ReplyDeleteAlahai, cuaca memang panas sangat sekarang ni. pokok pun terasa bahangnya sekali, apatah lagi kita kan.. minum air masak banyak2 kak.
ReplyDeleteuntung duk kampung dekat, boleh balik2 jenguk kan..")
assalamualaikum kakzakie..cuaca mmg panas skg ni..semoga pakcik sihat sepenuhnya...
ReplyDeletebau yang menyegarkan tu kadang buat kita rasa tenang je bila balik rumah mak abah kita kan? ^_^
ReplyDeleteTempat jatuh lagikan di kenang inikan tempat lahir dan dibesarkan kak, banyak kenangan yg tersimpan.
ReplyDeleterumah kampung memang best kak zakie..keadaannya, jiranya, memang sangat best
ReplyDeleteSayangnya pokok cili dah kering tu kak. Cuba akk try cara basahkan tshirt lama yg digunting buat mcm tali tu. rendam dlm tong atau botol besar. Basahkan tali dulu(gunting tshirt atau towel lama). Rendam dlm botol dan julurkan kedalam pasu(tanam sikit tali tu) bekas air kena lbh tinggi dr tanah.
ReplyDeleteSayangnye pokok2 cili bapak kakak..tp betul la kakak, kalau bapak dh betul2 sihat baru boleh bawak balik umah..biasalah kan kakak, org tua nie xleh duk diam..ade je kang keje yg nak dibuatnye..
ReplyDelete