Friday, May 6, 2016

Agar-agar lapis oreo

Selepas ke pejabat pos membayar bill faciliti rumah dan cukai jalan trooper hubby niat di hati mahu singgah ke pasar. Lupa pula yang setiap hari Isnin pasar basah tempat kami tutup, maklumlah biasa Isnin hari bekerja, kalau tidak kerana Hari Pekerja jatuh hari Ahad mana mungkin aku bercuti di hari Isnin. Terus balik rumah. Masuk ke dapur terpandang oreo anak-anak. Ting! Minda cepat teringat agar-agar oreo yang pernah Kak Reen buat semasa dia cuti dulu. Kelentang-kelentung sendirian, buatlah sebekas besar dan sebekas kecil. Malam anak-anak datang boleh juga buat mereka kunyah-kunyah.

Dua bekas - Masak agar-agar tali dengan air dan gula hingga mendidih. Setelah hancur masukkan susu cair.  Biarkan mendidih seketika sebelum bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian bancuhkan dengan milo dan satu  lagi biarkan putih susu begitu saja. Tuang yang campuran milo dulu ke dlam bekas untuk jadikan sedikit keras baru tuang yang putih. Sebaik tuang yang putih susun biskut oreo dan biar kan keras sedikit baru tuang lagi yang campuran milo. Simpan ke dalam fridge
Potong - Sekejap saja agar-agar ini akan membeku. Biskut pun masih rangup lagi.
Sejuk - Sedia dimakan. Malam budak-budak datang mengaji baru aku potong. Potong besar sikit bagi mereka cepat kenyang:)
Ada satu anak bertanya "Macamana mama buat?" Alahai anak macamlah awak sudah pandai memasak, mahu membuatnya. Tunggulah besar sikit. Ini mahu tuang air ke dalam gelas pun masih bersepah atas meja berangan mahu buat agar-agar oreo macam mama. Makan sajalah sayang.

~~ Anak-anak yang mengaji apa pun aku buat mesti dikatanya sedap. Mungkin anak-anak bila makan di rumah orang nikmatnya lain.~~

* sebenarnya aku bercuti hari ini menjenguk dan melayan adik yang kurang sihat 

40 comments:

  1. Terharunya anak syurga bertanya pasti ingat mama pandai sangat nuat ni berlapis ada oreo di dalam macam mana nuat ni sedap pun sedap tersangat sejuk ada biskut. Special sangat nampak kak zakie, pasti anak-anak kat rumah saya ni pun akan teruja sebab minat oreo. Thanks for sharing dear :)

    ReplyDelete
  2. Typo nuat apa tu hehe "buat" sori :)

    ReplyDelete
  3. Amboi membuka selera sungguh...dgn cuaca panas ni..pekena agar2 sejuk mmg mebeles

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Makan sejuk memang kena tu. Anak-anak pun dah mula nak belajar nak buat juga tu.

    ReplyDelete
  5. agar2 oreo tu mmg sedap.saya pun kdg2 berebut mkn dgn anak2 hihi

    anak2, kalau di rumah org mkn apa pun selera walaupun biskut kering jer, anak2 saya lah tu.

    ReplyDelete
  6. dah post komen baru perasan.
    adik tak sihat?
    moga adik cepat sembuh ye kak

    ReplyDelete
  7. Salam jumaat...
    sedapnya....semoga adik kembali sihat...Aminnn

    ReplyDelete
  8. sedappp...sejuk tekak mkn sejuk2 puding oreo akak nih...
    tgk puding akak ni terasa nak cuba jer... hahaa

    semua anak2 mcm tu kan kak... klu mkn kt rumah org semuanya sedap... klu dpt biskut kering pun sedap... heheee... saya pun mcm tu gak kak...hahaaaaa

    ReplyDelete
  9. kak zakie ni..mcm tau2 je, baru je dok berangan nak buat sebab kwn bg resepi. Tetiba arini bukak blog akak..terbentang depan mata! :D

    ReplyDelete
  10. nampak sedap tu kak...makan sejuk2 lagi best!!

    ReplyDelete
  11. Assalam kakzakie....ari ni sempat singgah mkn agar2 oreo....hmmmmm yummy...
    sweet la keletah anak2 kecil tu...beruntung dia org dpt mama tmpt mengaji mcm kakzakie ni...dpt ilmu dan makan sekali..yg best tu sepahkan rumah pun tkpa.hehehe

    ReplyDelete
  12. bdk2 kak... cakap2nya jujur... kalau sedap di kata sedap, kalu tak sedap laju je mltnya ckp tak sedap hehehhe...

    moga adik cpt sihat ye kak

    ReplyDelete
  13. Rajin kak zakie melayan anak2 mengaji ye..
    Nikmat agar2 oreo tu hasil tangan mama zakie nya :)

    Semoga adik cepat sembuh...
    Demam ke adik tu kak..

    Nabil semalam doktor suruh dalam 6 minggu ni kena naik berat badan 4 kg iaitu ketahap minimum sebab sekarang nabil underweight..
    Banyak yg doktor bagi susunya disuruh minum 3 kali sehari dan vitamin utk tambah selera makan.

    ReplyDelete
  14. SEDAPNYA AGAR2 OREO TU SBB TU SEMUA ANAK2 YG NGAJI PUJI...KALAU XSEDAP NI BUDAK2 NI MKN SIKT JE BANYAK YG DITINGGAL.

    ReplyDelete
  15. Muhammad suka naw agar2 oreo kak.
    Mak dia mls nak buat..

    ReplyDelete
  16. sedapnya..oreo ni mkn saja pun sodap..tapi manis sangat..

    semoga adik cepat sembuh..

    ReplyDelete
  17. Yang senang tu la yang SA x reti nak buat kak

    ReplyDelete
  18. memang betul2 sedap tu kakzakie..agar2 sejuk lagi la anak2 suka

    ReplyDelete
  19. Kelakar pulak pertanyaan anak tu. Yalah kak, sedap sangat di anak tekaknya. Mungkin nak tau resepi nanti balik boleh suruh emak sendiri pulak buat ^_^

    Perangai budak-budak memang macam tu. Apa ada kat rumah orang nampak sedap walaupun setakat biskut tawar aje. Cuba letak di rumah, siapa pun tak mahu usik!

    ReplyDelete
  20. Wowwwwww sedapnya.... nakkkk

    ReplyDelete
  21. cantik akak buat..same jek balance susunan tu...lieya penah buat hahaahahah ....gelak besar bile ingat balik...caca marba jadiknyer...mujur anak2 puji sedap so sejuk sikit hati sesejuk puding oreo baru keluar dari esbok ekekeekekekeke

    ReplyDelete
  22. Tp mmg betullah kanda, jangankan budak kita kalau makan tempat orang mmg sedap memanjang hihi....

    ReplyDelete
  23. agar2 macam ni mmg budak suka kak...pernah gak buat dulu2
    tapi kurang cantiklah hehe...
    aaa nak ulang buat balik...sedapnya

    ReplyDelete
  24. Mmg mkn kt umh org, mkn luar, mkn kt kenduri semua sdp ajeh, cuma kdg malu nk menambah, melainkan budak mmg tk malu tmbh2 lagi kt umh mama zakie.
    Moga adik cpt sihat ye kzakie

    ReplyDelete
  25. Mmg mkn kt umh org, mkn luar, mkn kt kenduri semua sdp ajeh, cuma kdg malu nk menambah, melainkan budak mmg tk malu tmbh2 lagi kt umh mama zakie.
    Moga adik cpt sihat ye kzakie

    ReplyDelete
  26. ehh saya pulak rase teringin nak buat sama utk 3 ketul budak kat rumah tu..nak cari bahan la ;) tq kak bagi idea!

    ReplyDelete
  27. Ada sorang kawan dikejiranan saya, kalau ada majlis harijadi dia cukup suka sponsor agar2 oreo satu talam..best kan

    ReplyDelete
  28. cantek berlapis akak buat, puding ni wlpun macam senang nk membuatnya tapi perlu sedikit kesabaran juga, jenis nk cepat macam saya ni, marble jadinya puding oreo saya kak.. hihi

    ReplyDelete
  29. yaya pernah buat 2 3 kali agar-agar lapis oreo ni.
    lama sangat dah tak buat...
    mood rajin tak datang lagi ni kak..hihi

    ReplyDelete
  30. salam kz ..
    tangan penuh keberkatan tu ..
    setiap sentuhan jadi sedap ..

    ReplyDelete
  31. Sedapnyaaaa! Makan sejuk-sejuk di tengah hari panas, fuhh pasti tak berganjak..

    ReplyDelete
  32. Allahuakbar..sedapnya...ermmm..ni yang terasa nak buat ni kak... :)

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum kakzakie...wah nampak sedap jer ni kak...makan masa cuaca panas2 mcm ni mmg bestkan...:)

    ReplyDelete
  34. Salam akakkk~ ya allah ... Tgk gmbr je dah dpt rasakan macam sedap ... Tq share resepi . Nia boleh try nie . =)

    ReplyDelete
  35. Laju selesai masuk perut kegemaran kanak-KANAK.

    ReplyDelete
  36. alahai sedapnya dimakan..
    timw sejuk sejuk mmg laju jek lalu di tekak, kan !!

    ReplyDelete