Riang-ria majlis makan malam pelajar fakulti Kak Reen dengan rakan seangkatan pada 07-05-2016 tempohari. Kini masing-masing sedang bergelumang dengan peperiksaan semester akhirnya (doakan anak-anak kami). Tiga hari selepas diraikan mereka berperang dengan peperiksaan bermula dari 10-05-2016 sehingga 22-05-2016. Subject permulaan Civil Procedure sehinggalah akhir sekali Evidence and Procedure in Syariah. Petang ini jam 2:30 - 5:00pm mereka akan berperang dengan subject Criminal Procedure.
Tema hitam-putih sebenarnya kurang digemari mereka sebab dua tahun ke kuliah juga hanya dibenarkan berpakaian hitam/putih. Pada majlis itu juga mereka dikehendaki berpakaian hitam-putih. Lebih lucu menurut Kak Reen sehingga ada yang tersilap minta air pada kawan sendiri sebab disangkanya kawan itu adalah waiter. Sebab pakaian pelajar lelaki sudah sama dengan pakaian waiter di hotel tersebut. Gelak besarlah bila kawan mereka berkata "Hoi! tengoklah sikit aku pakai neck-tie bukan bow".
|
Sahabat - Indah bila melihat begini. Mama tahu satu hari semua akan merindui ini semua. |
|
Tunjuk gigi - Masing-masing menanti hidangan tiba |
|
Teman - Indah bersama sahabat sealiran |
|
Dish terakhir - Ini saja yang Kak Reen tunjukkan dalam whatsapp group keluarga. Menurut Kak Reen mereka dihidangkan dengan masakan tradisi nasi beryani dan nasi putih. Lengkap dengan semua lauk-pauk makanan penyegar. Ada juga western dan sea-food. Apa yang pasti melangkah pulang masing-masing kekenyangan. |
|
Lemak labu - Kalau mereka dengan hitam-putih mama pula ada putih/kuning sebab mama masak labu lemak putih. |
~~ Usaha dibuat. Doa digarap. Peperiksaan dihadap. Kejayaan diharap. Amin~~
Good luck untuk Kak Reen.semoga dilapangkan dada menjawab soalan exam.
ReplyDeleteBetulah tu pegi lecture pun kena itam putih..tema plak sama..memang selayaknya ada yg tersalah waiter.hehe
InshaAllah...moga Allah mudahkan urusan kak reen untuk menghadapi peperiksaan dan akan lulus cemerlang nanti.
ReplyDeleteKenangan bersama kawan-kawan itulah yang memori paling manis untuk diingati nanti
good luck kpd kak reen. moga tenang menjawab exam dgn baik.
ReplyDeleteteringat adik suami juga begini, hitam putih saja baju2nya. tp Allah lebih menyayangi beliau. baru dua bulan menjawat jawatan sudah dipanggil mengadapNya.
Gud luck utk kak reen...
ReplyDeletemoga kejayaan menanti kalian smua...
mmg tersilap kak..warna sama betul dgn waiter...
smua itu akan jd kenangan utK diingati...
Good luck kak reen. Semoga terus success.
ReplyDeleteusaha dan tawakkal seiring sejalan... moga kak reen di permudahkan
ReplyDeleteseronoknya ya kak... berdinner2 gini,
yelah dhla student law mmg pakaian nya itam putih, dinner kt luar itam putih msti bosan... kot2 cube jd merah putih ke merah biru ke lawo jgk heheheh
Goodluck kak reen :)
ReplyDeleteInsya'Allah semoga terus success :)
semoga berjaya kak reen..
ReplyDeleteSemoga kejayaan digarap oleh anak2 kita ye kakzakie..
ReplyDeleteAnak2 sekarang pun sedang exam sebelum cuti sekolah..
Hihihi lucu juga bila kawan disangka waiter ..
dah sama baju ye tak :D
Bila majlis macam ni ..
Makan2 lah yg sedapkan..
Kekenyangan yg dapat :)
InshaAllah moga Kak Reen berjaya. Aii ada tesilap pulak panggil waiter tersenyum aunty :)) rasa kak reen seiras wajah adik kut :) Kuninng putih tu nampak sedap :)
ReplyDeleteAssalammualaikum kak..moga kak reen dan kawan kawan mudah menjawab soalan peperiksaan..amin,
ReplyDeletesemoga kak reen berjaya dlm exam... Aaminn
ReplyDeletehepi tgk kak reen bersama rakan2 menikmati makan mlm bersama...abis semua penat lelah belajar dan exam....
sedap nampaknya masak lemak labu mama kak reen...hehee
wah kak zakie, ni bakal lawyer syariah lah kan? Alhamdulillah!
ReplyDeletesemoga anak2 kak zakie dan yang lain pun cemerlang dlm exam.
All the best kepada semua..
ReplyDeleteWow bakal2 peguam..in shaa Allah doa ibu dn bapak kuat..berjya hndaknya anak2 semua..,
ReplyDeletegood luck untuk kak reen,
ReplyDeleteinsya Allah semoga dipermudahkan semuanya.
Gud Luck Kak Reen.....moga Kak Reen berjaya menjadi peguam Syariah yg adil.
ReplyDeleteWahhh ..... dinda pun seronok sangat tengok gambo Kak Reen ni kanda, mamanya apa tah lagi kan...
Yelah...tetiba terkenang pulak zaman kita belajar dulu kanda
Gud Luck Kak Reen.....moga Kak Reen berjaya menjadi peguam Syariah yg adil.
ReplyDeleteWahhh ..... dinda pun seronok sangat tengok gambo Kak Reen ni kanda, mamanya apa tah lagi kan...
Yelah...tetiba terkenang pulak zaman kita belajar dulu kanda
Semoga anak anak akak beroleh kejayaan yang ceemrlang. :)
ReplyDeleteMoga Kak Reen dan semua dapat jawab dengan tenang.
ReplyDeleteKenangan tersebut pasti menjadi kenangan terindah buat semua bila memasing dah besar.
Lemak labu tu feveret saya tu kak.. ;)
Moga berjaya untuk anak Akak..kemain seronok rupa dorang posing tu
ReplyDeleteGoodluck utk semua....bakal-bakal lawyers..
ReplyDeletetema black n white, tak byk pilihan tapi tetap menarik..
good luck kak reen..;)
ReplyDeleteKelakar part waiter tuh..kalau falsya pun falsya boleh tersilap kakak..heheh
Good luck untuk Kak Reen. Semoga terus cemerlang dalam pelajaran!
ReplyDeleteMasa macam ni memanglah indah, kak. Nanti-nanti bila masing-masing dah bekerja, mesti nak tengok balik gambar sambil dok fikir orang ni kat mana, orang tu kat mana ^_^
Alhamdulillah cantik nyer kak reen!
ReplyDeleteHitam putih masa belajar. Lepas habis belajar pun masih sama nanti, hitam dan putih.
ReplyDeletezaman study dulu paling ternanti2 dinner ni sebab time ni lah dapat makan sedap2 hihihi
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteSilahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Good luck kak reen. Smoga mendapat keputusan yang cemerlang.
ReplyDeleteKak reen ni iras mama sebenarnya, sejuk perut mama mengandungkan anak2 yg baik. Semoga cemerlang di dunia lebih2 lagi di akhirat.
ReplyDeleteKak reen ni iras mama sebenarnya, sejuk perut mama mengandungkan anak2 yg baik. Semoga cemerlang di dunia lebih2 lagi di akhirat.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteTengok orang belajar, teringat zaman belajar dulu-dulu, kalaulah dapat dipusing kembali masa..
Selamat menempuh medan tempur peperiksaan kepada kak Reen, semoga dipermudahkan semua urusan...
gdu kuck kak reen n kawan2
ReplyDeletekak reen dah abis ek kak...lepas ni masuk alam kerja pulak kan...
ReplyDeleteamboihhh...sedapnya labu tu kak...
.. masih baru di sini belum cam mana satu kak reen, apa pon semoga kejayaan sentiasa mengiringi kak reen :)
ReplyDeleteSemoga semua urusan berjalan lancar.
ReplyDeleteSemuga kakreen di limpahi kejayaan di dunia dan juga akhirat..
ReplyDeleteInsyaallah semuga berjaya Kak Meen..amiin
ReplyDeletegood luck kak reen. semoga dipermudahkann semuanya.aamiin
ReplyDeletehihihi.. blh pulakk tersalah yek.