Friday, May 13, 2016

Peluang diperolehi tidak sama

Setiap kita mempunyai kehendak dan kemampuan tersendiri. Perasaan mahu memberi, bersedekah, membuat kebajikan tidak banyak sedikit pasti terselit di sanubari. Namun tidak semua orang ada peluang tersebut. Seperti laluan kehidupan harian aku bukan mudah untuk memberi / bersedekah. Peluang untuk bertemu orang ramai ketika ke masjid hanya di hujung minggu. Sepanjang laluan pergi dan balik kerja, peluang bertemu mereka yang memerlukan bantuan sukar sekali. Bila ada peluang di depan mata pula ada kalanya bagaikan terlepas pandang itulah akibatnya jika ia bukan amalan yang istiqomah.

Sehinggakan tempohari selesai menumpang bersolat di masjid ketika dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan, tabung masjid pun aku tidak temui. Terasa betapa kerdilnya diri ini sehingga Allah tutup mata aku dari menemui tabung masjid. Menurut hubby tabungnya terletak di bahagian depan mimbar depan yang mana jauh dari ruang solat wanita. Aku serahkan pada hubby untuk membantu aku menghulur. Tidak tahu pula mengapa di ruang solat wanita tidak disediakan seperti masjid lain. Apa perasaan anda jika begitu? Sedih kerana pasti ada yang tidak kena pada diri aku hingga ini pun boleh terjadi.

Aku juga terkenang semula awal bulan ini duit di dalam sampul yang aku berikan kepada Kak Meen untuk dihulurkan kepada kawannya yang baru pulang dari hospital juga belum kesampaian. Bukan banyak mana pun, hanya RM30/- saja. Jangkaan awal Kak Meen dan rakan-rakannya akan berkunjung ke rumahnya tetapi petang itu ada pula kegiatan di sekolah. Bila malam hendak pergi ada pula tuisyen. Esoknya juga tuisyen-tuisyen dan kegiatan sekolah. Selepas itu masing-masing sudah sibuk untuk menghadapi peperiksaan. Menurut Kak Meen hujung minggu ini baru mereka pergi. Bayangkan hampir 2 minggu belum lagi sampai sasarannya.

Oleh sebab itulah mengapa aku semampu boleh mahu memberi apa juga yang boleh menggembirakan anak-anak yang mengaji di rumahku biarpun sekadar makan keropok lekor, kerana peluang aku banyak di situ. Jariah lain terlalu sukar untuk aku perolehi. Apa pun sumbangan/sedekah melalui online yang kita berikan kita sekadar mampu berdoa semoga ianya sampai kepada sasaran yang memerlukan. Beruntung mereka yang bekerja di kelompok orang ramai. Seperti tahun-tahun sebelum ini peluang terbuka luas untuk menghulur sebab setiap hari aku menghantar adik pergi atau balik sekolah. Ramai budak boleh ditemui dan boleh dihulurkan. Walau sekadar menumpangkan mereka naik kereta pun sudah cukup membahagiakan diriku.

"Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan kebaikan sehingga engkau infakkan apa yang engkau cintai" (Suroh Ali-'Imran: 92)


~~ Bukan yang menerima saja gembira tetapi jika kita dapat memberi kita akan lebih gembira sebenarnya.~~


43 comments:

  1. salam singgah kak di pagi jumaat penuh berkat

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi jumaat..
    Insya'Allah kak...walaupun sekecil zarah...
    nikmat dan hikmahnya kita dapat rasainya :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kak..entry akak ni beri kesedaran pada izwa bahawa ..

    ok takpe izwa simpan niat izwa tu sendiri..malu nak bagitau tapi biar ALLAH SWT sahaja yg tahu.

    ReplyDelete
  4. Betul tu kakak. Dengan memberi kita akan lebih bahagia. Allah juga akan menjauhkan 'musibah' asbab kita memberi tersebut. Kita bagi Allah bagi lagi banyak. Tidak terhitung nikmat Allah kepada kita. Walhal itu semua pinjaman yang sementara aje untuk kita menempuh ujian di dunia ini.

    ReplyDelete
  5. Rasanya yang memberi ni lagi teruja dan gembira kerana terlaksana sudah apa yang patut dibuat dengan niat atas nama Allah...

    ReplyDelete
  6. Betul kakak..sbb tu tangan yg memberi lebih baik drbyg menerima.bahagianyab5u sukar diungkap.semoga kita lebih berpeluang berbuat kebaikan.niat yg ikhlas sedikit ke banyak Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. salam jumaat kak zakie...btl tu kak, lagi bnyk kita memberi lagi bnyk yg Allah berikan pd kita...insyaallah

    ReplyDelete
  8. niat dah ada pun dah cukup baik kan kak
    sekarang mudah dah kalau nak bersedeqah, online je
    tp kena cari badan yang betul2 boleh di harap kan

    ReplyDelete
  9. Betul tu kak... kekadang time kita nak memberi tu macam2 kekangan.
    Kadang2 bersedekah bukan hanya dengan wang ringgit. Macam2 cara kita boleh bersedekah.

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum kak...salam Jumaat..bila kita nak buat baik pasti ada dugaan..sebab Allah nak duga keikhlasan kita...kadang kita nak bagi dan tolong A...tapi macam susah sangat...rupanya Allah nak kita tolong B mungkin kerana B lebih memerlukan bantuan kita..itulah yang PC hadapi...

    ReplyDelete
  11. Betul tu kakzakie..
    Bila ada peluang kita gunakan sebaiknya..
    Biar sedikit tapi istiqomah tu yg penting..

    ReplyDelete
  12. Betul kak zakie, bertegur sapa lebih mudah itu juga merapatkan silaturahim tetapi tak dapat pula contoh meninggal komen di blog Blogger Kak PI. Susah hati jugak.. Sedekah semyuman paling senang pun belum tentu buat.. balas senyum pun sama pandang tetapi kadang fikiran ke lain hehe...tak tersenyum pula aii berbanyak berdoa lebih peka semua ni.inshaAllah moga sampai pemberian kak zakie nanti. Moga dipermudahkan oleh Nya...

    ReplyDelete
  13. betul kak, kdg2 saya selalu macam tu, dah niat nak bagi tapi macam2 fikir langsung tak jadi, kenapa ek?

    ReplyDelete
  14. Kadang pemberian sebiji gula2 pun sudah cukup mengembirakan anak2 saya yg ramai ni sehingga menuntut2 janji bila ticer nk bagi, kadang dah janji tu terlupa pula. Janji dgn anakanda umar zikri nk hadiahkan tabung utk hari lahir dia pun blm tertunai juga, betul..peluang tu byk, cuma kita tak berapa peka.

    ReplyDelete
  15. Kadang pemberian sebiji gula2 pun sudah cukup mengembirakan anak2 saya yg ramai ni sehingga menuntut2 janji bila ticer nk bagi, kadang dah janji tu terlupa pula. Janji dgn anakanda umar zikri nk hadiahkan tabung utk hari lahir dia pun blm tertunai juga, betul..peluang tu byk, cuma kita tak berapa peka.

    ReplyDelete
  16. betul tuh kan kak...
    sbb tu dana suke msk2 pastu bwk pi opis mkn ramai2... bila kwn2 mkn kite rasa seronok...
    kadang time gaji beli ns lemak banjer kwn opis mkn... kadang tak banyak pun seketul ns lemak baru rm1 lebih... tp rasa hepi bila kwn kata terima kasih n mereka mkn bersama2...

    kita tak mampu nk derma ribu riban tp ckup apa yg termampu kan kak...

    ReplyDelete
  17. Salam kakak..
    terkesan pulak baca n3 kakak hari ini.
    lepas nih Zura pon akan cuba carik peluang untuk memberi seperti kaka. moga dipermudahkan niat zura ini. :)

    ReplyDelete
  18. Salam Jumaat kak. Betul tu kak, bila ada pelaung untuk melakukan jariah kena buat :)

    ReplyDelete
  19. semoga peluang unutk kita beramal jariah terbuka luas kak... walaupun sekecil hama sedekah kita... hati kita terasa lapang...

    insyaAllah niat kita termakbul...Aamiin


    ReplyDelete
  20. Galakan memberi dalma semua keadaan, di waktu susah atau pun senang. Sedikit atau banyak. Hebatnya kuasa memberi ini tidak tertakluk kepada siapa dan keadaannya.

    ReplyDelete
  21. masyaallah kak..sama2 kita cuba kak..klu xmampu memberi secara fizikal, hantarlah doa untuk selruh saudara kita...insyaallah itu pun dikira memberi...niat sedekah bacaan/pahala utk semua..=)..thanks for this entry kak...kasi sentap neh!

    ReplyDelete
  22. NIAT BAIKNYA UTK BERBUAT KEBAJIKAN TLH DICATAT PAHALANYA KAN KAKZAKIE..INSYAALLAH TU...KITA BERNIAT YG BAIK2 SAJA ALLAH YG MELAKSANAKANNYA.

    ReplyDelete
  23. Yalah kakzakie,dengan memberi jadikan hati kita tenang ,apatah lagi bagi mereka2 yang memerlukan.

    ReplyDelete
  24. inshaAllah kak.. niat baik akan akn diprmudahkan.. amin

    ReplyDelete
  25. salam jumaat kak... biar Allah je yang menilai... tapi jasa mengajar anak mengaji tu tak terbalas dengan apa2 kak... bagusnya...

    ReplyDelete
  26. Bila kita mampu memberi tu terasa puas dalam hati. Macam dah buat sesuatu yang besar walaupun nilainya tak sebesar mana. Saya pun cuba-cuba juga nak istiqomah dalam hal ni. Semoga Allah bukakan jalan yang lebih luas lagi!

    ReplyDelete
  27. Tepat sekali tu kak Zakie. Bila dah tau pemberian kita sampai kepada yang berhak, ada perasaan lapang dan lega dalam hati. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan itu. Doakan saya sentiasa istiqomah ya kak. 28/5 ni akan ke Sik Kedah untuk sampaikan sumbangan pusingan ke 7 ni. sebagai buah tangan menyambut Ramadhan nanti.

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah kak zakie, moga kita semua sentiasa dibuka jalan untuk peluang-peluang indah sebegitu, amin.

    ReplyDelete
  29. Masa nekcik kerja dulu..nekcik suka bawak atau bli kuih muih letak kat pantry..dapat gaji beli biskut satu tin letak kat pantry...sekarang masak lebih bagi jiran keliling...

    ReplyDelete
  30. Masa nekcik kerja dulu..nekcik suka bawak atau bli kuih muih letak kat pantry..dapat gaji beli biskut satu tin letak kat pantry...sekarang masak lebih bagi jiran keliling...

    ReplyDelete
  31. Hari ini kisah nak cuci tangan Abby semasa kami berdua singgah sarapan lepas selesai.
    Kelam kabut kendong Abby setelah selesai cuci tangan, terjatuh kunci dalam longkang dalam.
    Nasib baik pekerja kedai dan pemuda yang juga singgah sarapan bantu tolong kaitkan keluar.
    Sebagai tanda terima kasih ingat nak bayarkan sekali pemuda tersebut sarapannya tapi cashier kata dia dah siap bayar.

    Kekadang hajat tak kesampaian.

    ReplyDelete
  32. Memang seronok kalau dapat bersedekah/ membantu
    Orang datang minta derma pun rezeki jugak untuk kita..

    ReplyDelete
  33. Kerap terjadi pada ky zakie..bila kita bersedia untuk memberi..tidak nampak pula tabung masjid. Bila pergi tak membawa dompet/hendbag mata terus terpandang tabung. Dugaan juga ne..

    ReplyDelete
  34. selamat malam kakzakie
    tersangat betul tu tangan yg memberi lebih baik daripada tangan yg menerima
    memberi tidak semesti dengan wang ringgit ye dak
    memberi nasihat, memberi khidmat percuma jugak memberi nama nya kan
    wallahuaklam

    ReplyDelete
  35. bersedekah adalah amalan yang paling cepat untuk mendapat balasan..

    tips bersedekah yang baik ialah beri dan lupakann

    in shaa Allah boleh ikhlas jadinya

    ReplyDelete
  36. kak jangan la sedih sebab takde ape pon yg tak kene dgn akak...kagum dgn sifat pemurah akak...walau hajat belom kesampaian tapi Allah dah tahu niat baik dalam hati akak...inshaa Allah semuanya Allah tahu kak...senyum ye takmo sedih2 :)

    ReplyDelete
  37. kita rasa ralat sbb ingin menyumbang tapi tak kesempaian...semua itu perancangan Allah swt, sudah ada niat..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  38. salam singgah sini kak zaki ..moga akk sihat ..tangan yang memberi itu sentiasa mulia kan kak..kata org biar sedekah itu sedikit tapi berterusan..

    ReplyDelete
  39. tangan yg memberi lebih mulia walaupu sedikit janji ikhlas.. kalau tak mampu nak beri banyak kita boleh beri yg termampu.. sama juga akak, kalau ada niat tu akan dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  40. Duit kita klu byk tu maknanya bukan kita punya semua..elok bgi mereka yg sentiasa ingat dlm perkara bersedekah...kannn kkakak

    ReplyDelete
  41. alhamdulillah
    betul tu kakak
    rasanya tabung masjid diletakkan dkt mimbar disebabkan kes mencuri tabung masjid skrg kot. makin mnjadi jadi kan..

    mudah mudahan segala niat dan urusan kita dipermudahkan Allah. aamiin

    ReplyDelete
  42. mudah mudahan niat akak nak bersdekah dn mmbantu dipermudahkan kak dan dibalas dengan kebaikan dunia akhirat..insyaAllah..

    ReplyDelete