Tuesday, May 17, 2016

Mee rebus Jurutera

Semenjak berulang-alik ke sekolah adik aku pasti akan melalui satu tempat makan yang sangat menarik. Bukan warungnya menarik tetapi hidangannya menarik untuk dinikmati buat kami suami-isteri. Kedudukannya di tepi laluan Mersing-Kota Tinggi dan di belakang warungnya penuh dengan ladang kelapa sawit. Pembinaan warung yang ala-kadar tidak ada siapa menyangka hidangan diberi cukup membuat yang singgah sekali akan singgah lagi dan lagi.

Mee rebus - Cara menghidang pun cantik dipandang mata. Sebab itu sebelum makan pun mata sudah terpikat.
Air minum - Teh dan kopi-O pilihan kami suami-isteri.
Aku sengaja memberi nama mee rebus Jurutera sebab pengusahanya adalah seorang lulusan jurutera dan bekas jurutera. Sudah berkeluarga. Gandingan pasangan yang cantik apabila keduanya mempunyai integriti dan kebolehan dalam menyediakan hidangan enak. Kalau tidak kerana pendapatan yang lumayan mana mungkin sebagai jurutera dan isteri yang berkerjaya dulu di JB sanggup berhenti kerja membuka warung di sini. Kepakaran dalam menyediakan mee rebus dan mee kari tidak boleh dipertikaikan. Bayangkan semua yang singgah hanya kerana mahu menikmati dua hidangan ini saja. Tidak ada menu lain. Sesekali katanya ada buat laksa penang dan Johor tapi bergantung pada bekalan ikan yang baik. Dia tidak mahu ikan yang tidak bermutu untuk hidangannya. Air minum saja yang banyak pilihan. Tetapi apa yang membanggakan setiap kali aku singgah di sini pasti ruang meja dipenuhi pelanggan.

Itulah pentingnya ilmu. Bila ilmu ada di dada walau bidang diteroka dulu adalah jurutera tetapi teknik berniaganya ada wawasan dan cantik perancangan. Aku nampak mereka sudah berjaya mengejar misi. Lari dari kesibukan bandar dengan pendapatan melebihi dari yang diperolehi sebelum ini. Melihat anak membesar di depan mata. Tabik aku pada mereka ini.

~~ Bangga bila melihat bangsaku yang berjaya seiring bangsa yang menguasai ekonomi negara.~~

48 comments:

  1. bestnya kak...impian kami jugak tu... dan sedang berusaha ke arah tu...sentiasa...doakan ye kak..

    ReplyDelete
  2. Kakzakie.. bagi lokasi sbenar kedai ni kak

    ReplyDelete
  3. jarang2 ada insan yg begitu, sanggup tinggalkan kerjaya yg bagus utk ceburi bidang yg lain. dgn ilmu di dada, insyaallah berjaya.
    bab laksa tu, betul kak. ikan kena betul2 segar utk hasilkan laksa yg sedap.

    tengok mee tu pun dah terliur, lama tak pekena mee rebus.

    ReplyDelete
  4. Salam kak..
    memang bangga bila melihat kejayaan anak2 bangsa kita...
    tengok mee rebus tu pun dah terliur.. mau tak berulang singgah makan... hehe

    ReplyDelete
  5. Saya pun bila lihat anak muda melayu kita ni berjaya..
    Tumpang rasa banggakan kak..

    Elok benar akak bagi nama Mee Rebus Jurutera..
    Hasil hidangan tu pun dah menawan hati..
    Apalagi bila menikmati hasil masakannya kan kak..

    Kalau dah beri yg terbaik ..
    Pelanggan pun akan datang dan datang lagi untuk menikmatinya :)

    ReplyDelete
  6. Macam menarik mee rebus ni. Sampai sana boleh nak singgah juga nanti. Terima kasih akak.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, bagusnya. dia fokus dengan 2 menu tu saja. buat sampai jadi kan..

    ReplyDelete
  8. Kalau saya lalu di sana bila2 nanti nak juga singgah merasa mee rebus jurutera ni
    Dah tentu perniagaan mereka lebih menguntungkan agaknya sampai sanggup tinggal kan kerjaya yang lumayan.Lagipun berniaga sendiri tak lah stress .

    ReplyDelete
  9. Allah telah menjanjikan setiap rezeki manusia itu berbeza...
    mungkin dgn cara berniaga nie..perhatian dan masa byk untuk anak². Dapat melihat mereka membesar dan mampu mendidik mereka dgn penuh kasih sayang :)

    ReplyDelete
  10. Seronok bila tengok orang berniagakan kanda.....Tambah lagi kalau pelanggan tak putus putus cenggitu. Teringin pulak nak meniaga hihi...
    Rasanya kalau makan berdua dengan menu yg terhad ni memang tak jadi masalah kan kanda, tapi datang masalah kalau makan berlima hihi...

    Makanan kalau sedap, bila bila pun orang akan cari lagi

    ReplyDelete
  11. Sedap nampak mee jurutera ni. Bagus dia, dari kerja dengan orang dah bekerja sendiri.

    ReplyDelete
  12. ssh nk jumpa mee rebus sedap kt kl nih kak... mmg kene cari di johor jgk...
    kalau akak dh kata sdp msti sedap btl nih...

    kadang menjual nih tak perlu kedai gah besar berhawa dingin, yg simple2 pun jnji bersish n sedap makanan nya pasti ramai yg dtg

    ReplyDelete
  13. bagus mentaliti brniaga mcm ni..pentingkan kualiti dan kepuasan pelanggan...

    entahlah, bagi saya, rugi seorang professional Melayu tidak meneruskan ilmu teknikal yg diperolehi...visi setiap org berlainan, minat berniaga..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya mee rebus teringat kak zai mee rebus Hj Wahid plaza Angsana.
    Perniagaan makanan lebih menguntungkan klau betul caranya.

    ReplyDelete
  15. Terliur kakcik tengok mee rebus tu.

    Kalau betul caranya, memang pendapatan dari perniagaan lebih lumayan dari bekerja makan gaji... :)

    ReplyDelete
  16. MMEE JURUTERA MESTI ADA KELAINAN RASA YG ISTIMEWA TU SENTUHAN SEORANG JURUTERA...SEMOGA BISNIS JURUTERA INI N ISTERINYA MAJU SENTIASA...BERNIAGA INI BERGANDA PAHALANYA KERANA KHIDMAT KPD MASYARAKAT..MENYEDIAKAN KEPERLUAN MAKANAN.

    ReplyDelete
  17. mee rebus memang johor punyalah sedap. lama dah tak jjcm kat johor ni kak

    ReplyDelete
  18. memang nampak menyelerakan tu, pasti dimasak dengan kasih sayang jadi hasilnya pun akan memikat hati orang yang memakannya kan, hinggakan ingin berulang pergi

    ReplyDelete
  19. orang berniaga ni memang hati kena kuat dan kental kak..kalo mudah patah semangat memang tak lama bertahan..sekali bertahan pendapatan lumayan menanti..

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah betul kak..PC pun suka bila tengok anak bangsa kita yang gigih berniaga walau pun pada asalnya ada kelulusan yang bukan calang-calang..subhanAllah..moga mereka terus maju..kadangkala kita perlu melepas satu perkara untuk mendapat beberapa perkara lain dengan menolok persepsi sinis orang lain..

    ReplyDelete
  21. kalau doktor yang buat mee rebus ni, pasti nama dia mee rebus doktor kan? hehe

    ReplyDelete
  22. setuju...seronok melihat peniaga yang betul-betul mementingkan kualiti berbanding kuantiti

    ReplyDelete
  23. Kakak..terliur falsya tgk mee rebus..lama xmakan..

    ReplyDelete
  24. eh!! macam tau je tempat ni kat mana..hehe

    ReplyDelete
  25. Betul tu, kak. Kalau tengok anak bangsa berjaya, kita kena rasa bangga. Bukannya mendoakan kemerosotan perniagaan mereka. Bukan juga merasa cemburu yang negatif saja.

    Untunglah mereka berdua sudah nampak jalan yang lebih baik dan berani mengambil risiko. Kalau tak berani, selamanyalah hanya mampu makan gaji walaupun lumayan.

    ReplyDelete
  26. salam kz ..
    yg pengting ada kemahuan utk memajukan diri ..
    pasti akan nampak kejayaan nya ..

    ReplyDelete
  27. Mmg rezeki mrk la kak zakie...tinggalkan kerjaya yg lumayan tp sebabkn minat yg mendlm dlm bisnes..alhamdullilah berjaya akhirnya...

    Nmpk sedapnya mee rebus tu...

    ReplyDelete
  28. Berniaga ni kalau kena cara, kalah orang yg makan gaji ni :)
    Menarik jer nampak mee tu...
    Alahai, jauhnya kalau nak rasa...
    eh tapi mana tahu kot2 tiba2 ke Johor :)

    ReplyDelete
  29. Dari cerita cerita dalam blog ni.. teringin pulak nak merasa makanannya..

    ReplyDelete
  30. mesti sedap kan kak... saya pun teruja tgk menunya...sebab itulah kedainya sentiasa penuh dgn pelanggan... berniaga pun dgn niat yg baik... balasan nya pun baik2 kan kak...

    semoga perniagaan mereka terus berjaya...

    ReplyDelete
  31. Semoga pernigaan mereka terus berkembang maju jaya. Alamak teringin plak hehehe

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum kakzakie...wah bestnya tengok...kat mana ni kak...:)

    ReplyDelete
  33. saya pulak yang beria ia telan air liur ni dah kenapa...huhuuuu...

    ReplyDelete
  34. kalau dekat Batu Pahat je boleh jugak acik pi makan kakzakie

    ReplyDelete
  35. terliur plak kita nengoknye.tetibe rasa lapar.haish..

    ReplyDelete
  36. mee rebus memang tak pernah tolak kakzakie
    anak2 kaknoor pun kalau makan luar diaorang mesti nak order mee rebud
    betul tu skrg rmai yg dah beralih arah dari kerja makan gaji ke bidang perniagaan
    Mudahan sukses family jurutera ni bidang bisnis kan
    boleh selalu kakzakie singgah makan lagi dan lagi hee

    ReplyDelete
  37. Kat Kota Tinggi memang banyak makanan sedap. Pernah sekali kami makan 1 kedai tu..jauh terpencil, tapi lauk pauk dia sedapp sgt Kak Zakie!. Moga pemilik kedai mee jurutera ini terus maju!.

    ReplyDelete
  38. Amboi! namanya ajer dah gah... rasanya mesti superb... bulan puasa tengok ni.. pasti meleleh air lio... hehe..

    ReplyDelete
  39. tergoda lak tengok mee rebus tu

    ReplyDelete
  40. Bagus meniaga ni...

    Tp hmmm ntahlah... bagi saya rugi kepakaran dlm bidang teknikal ni tak dimanfaatkan... sedangkan negara kekurangan jurutera ... huhuhu...

    Sama kes... blajar jd engineer.. last2 jual tudung online...
    bukan sbb xde keeja ..dh keeja tp x minat nk kerja engineer...

    Ruginya tempat kt universiti...
    ruginya biasiswa yg d beri ...
    Last2 tak dimanfaatkan pd bidangnya

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah, betul Tabik kepada mereka yang berani membuat keputusan dan mengubah hala hidup, bila dah buat tu buat betul-betul hingga berjaya, amboi kak zakie berdating ke, tak nak ganggu aih hehe.

    ReplyDelete
  42. Klau nasi lemak juruteknik ada kat setapak jaya kakzakie..he..he.pengushanya pesara juruteknik jkr..kih kih

    ReplyDelete
  43. Klau nasi lemak juruteknik ada kat setapak jaya kakzakie..he..he.pengushanya pesara juruteknik jkr..kih kih

    ReplyDelete
  44. itu yg diinginkan bila mana dpt meluhat anakk anak membesar di depan mata..
    alhamdulillah
    semoga terus maju jaya

    mmg molek sangat nama diberi
    mee rebus jurutera. hiks

    ReplyDelete