Monday, May 16, 2016

JDT tetap di hati kami

Aku tidak tahu sejauh mana dekatnya hati jiwa rakyat Johor dengan penghuni istana Johor. Tetapi rata-rata bila kami berbicara tentang Sultan dan kerabat di raja kami terasa betapa kasih dan dekatnya baginda dengan hati-hati kami. Biarlah rakyat negeri lain mempertikaikan tetapi kami tetap sanjung tinggi kepimpinan baginda sultan kami tanpa berbelah bagi. Biarpun terperangkap di kesesakan jalanraya kerana Kembara Mahkota Johor yang bermula pada hari Sabtu 14-05-2016 lalu, tetapi kami masih mampu tersenyum gembira hingga sanggup keluar dari kereta masing-masing melambai tangan tanda kasih kami kepada baginda.

Sebelum - Jalan kelihatan amat lengang. Satu-satu banner di tiang-tiang lampu mengalu-alukan kehadiran baginda dengan kumpulan kembaranya ke pelusuk kampung bermula di Mersing ini.
Sesak - Jalan raya dari bandar Mersing menuju ke JB sudah berhenti. Kami bersedia menanti laluan rombongan Kembara Mahkota Johor. Sebenarnya aku terperangkap di sini sebab baru selesai mencuci baju kotor adik di kedai dobi. Peluang diberi untuk melihat secara live.
Gelagat -  Macam-macam gelagat untuk merakam detik indah ketika itu. Lihatlah ibu ini keluar dari kereta untuk sama-sama melihat dengan lebih jelas. Di hadapan pula sekelompok bapa muda hingga memanjat kereta kerana mahu merakam menggunakan video.
Berlegar - Di ruang udara pula helikopter berlegar di ruang angkasa daerah Mersing pada petang tersebut.
Perhimpunan - Baginda TMJ berhenti di sini seketika sebelum meneruskan perjalanan baginda.
Malam - Biar sibuk bagaimana pun petang itu ketiaka dalam perjalan balik JB kami berselisih jalan dengan TMJ kerana baginda perlu memecut dari Mersing ke stadium Shah Alam untuk perlawanan akhir piala FA.  Lihatlah kegembiran pasukan JDT. Aku yang keletihan pun menonton tv menemankan hubby hingga akhir program. Tahniah JDT!
Sultan kami - Hensem sultan kami ini bukan saja dari rupanya tapi juga hatinya. Bukan kerana pengisytiharan cuti diatas kemenangan yang diberikan tetapi kerana peribadi baginda.  Sebagai bukti aku bekerja hari ini dan tidak ada kami mengambil cuti ganti kerana hari Ahad memang hari cuti hujung minggu buat aku.
Seri Mersing cerita Melayu
Merah-biru warna bendera ku
Anak jati Johor tetap bersama mu
Jatuh bangun kami bersama mu

Bila tidak mandi banyaklah daki
Bersihkan diri di depan anjung
Biar orang mencaci-memaki
Negeri Johor tetap ku sanjung.


~~ Mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. ~~


42 comments:

  1. Ohhh dah bermula ye Kembara TMJ ni ye kakzakie..
    Memang kagum dgn Sultan Johor ni..
    Berprinsip yg tegas..

    Tahniah JDT menang piala FA..
    yang best dapat cuti ye kak :)

    ReplyDelete
  2. dah bermula kembara TMJ ye...kalau saya pun kak keluar dari kereta nak tengok

    tahniah JDT menang piala FA

    ReplyDelete
  3. tahniah JDT.. semoga terus berjaya untuk tahun akan datang.. tapi dkna tetap sokong TRW heheheee

    ReplyDelete
  4. Bukan Hensem di wajah tetapi dihati juga lagi lagi tegas dengan kebaikkan tiada vape di Johor kan? Syukur adik ada mama tolong uruskan basuh baju, sambil tu ambil peluang saksikan hari bersejarah. tahniah JDT !

    ReplyDelete
  5. kembara TMJ dah bermula, JDT pula menang
    tahniah buat Johor.

    eh, kakzakie..Johor dan Perak ada pertalian sbb DYMM Permaisuri Johor anak sultan Perak hihi

    ReplyDelete
  6. walaupun nieyl nie bukan org johor..
    tapi still sokong jdt...haha.. :P

    ReplyDelete
  7. Meriah betul sambutannya. alangkah baiknya jika ada selalu.Pasti lagi meriah.

    ReplyDelete
  8. Pasukan bolasepaknya diuruskan dengan baik.. patut dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain.

    ReplyDelete
  9. Kannn kak zakie...sultan kita memang terbaik .
    Bangga juga melihat JDT menang walaupun tak minat bolasepak.

    ReplyDelete
  10. kembara yg di nanti2 kan warga johor...seronoknya kak dpt tgk live lagi...
    MIL nur ke johor terperangkap dlm jem juga...sempat lagi htr video...utk kembara johor ni...mmg best laaa

    ReplyDelete
  11. Tahniah buat JDT..! bangga sat jd anak jati johor.. Heheh Smlm dr JB nak balik KL aina terserempak dengan Truck KMJ. Jakun la jugak.. sebab kita ni bukan senang nak nampak truck dia real dpn mata. Hehehe.. =)

    ReplyDelete
  12. tahniah JDT.
    yaya ada tengok video kembara JDT, nak tengok truck yang besar2 tu sebenarnya..hihi

    ReplyDelete
  13. Memang rakyat Johor patut bangga dan bertuah sangat dapat sultan yang berjiwa rakyat begini. Bagaimana nak pertikai rasa hati orang Johore sedangkan kami dari negeri lain pun dapat merasa kasih sayang Sultan yang hensem ini. Rasa2nya semua negeri mendamba seorang sultan seperti ini. Kami tunggu dia jadi Agung kelak. Satu Malaysia pasti exited.

    ReplyDelete
  14. Salam kz ...
    Nyong ramei batir moto Wong johor ..
    Wasap kebek karo gmbar2 KMJ.
    Opo pun tahniah utk JDT Tp hati ku yor PKNS

    ReplyDelete
  15. Salam kz ...
    Nyong ramei batir moto Wong johor ..
    Wasap kebek karo gmbar2 KMJ.
    Opo pun tahniah utk JDT Tp hati ku yor PKNS

    ReplyDelete
  16. serius johor dekat dihati saya kak sebab ramai lagi keluarga belah belah arwah atuk dan sepupu sepapat abah izwa ade kat sana..lagi pulak adik beradik sedara mara abah mertua izwa semua kat sana! termasuk sepupu ed ;)

    johor tetap dihati ku jua ;)

    ReplyDelete
  17. walaupun di kutuk di hina....
    bangsa johor mmg sentiasa di hati...

    ReplyDelete
  18. Tanak nasi atas dapur
    Ikan sepat masin diperahkan limau
    PC dan en suami anak jati Johor
    Setia dihati walau merantau

    Moga kerendahan hati keluarga kerabat diraja Johor ini terus berkekalan dan sentiasa disenangi rakyat bangsa Johor...amin.

    ReplyDelete
  19. tetiba rasa nak jadi rakyat johor pulak la kak zakie

    ReplyDelete
  20. semangat Johor sentiasa membara..bangga jadi anak Johor!

    ReplyDelete
  21. peluang tu dapat tengok secara live,saya yang bukan jdt ni pon mesti suka nak tengok sultan lalu..tahniah JDT & selamat hari GURU untuk semua cikgu yang membaca ni :)

    ReplyDelete
  22. Syg sgguh rakyat jelata johor pd sultannya...

    ReplyDelete
  23. tahniah utk warga johor
    wah kakzakie pun peminat jugakke
    sangat admire sultan johor yg perihatin akan rakyat nya kan
    tahniah JDT Lagi sekali

    ReplyDelete
  24. Batol la kak sultan johor memang nampak sangat dekat di hati rakyat2 nye...saya kat melaka ni takde sultan jadi hanya mampu menumpang kasih dgn sultan negeri akak je ni...salute

    ReplyDelete
  25. Ha ha ha yes sultan johor hensem...

    Mem sultan johor cantik... kerabat perak ye... ehem ehem...

    Ehhhh .... hihihi

    ReplyDelete
  26. Walsupun dah hampir 35 tahun jadi warga kl ni..ic nekcik tetap 01..masih rakyat johor!!

    ReplyDelete
  27. assalam kakak
    saya yg ddk sekejap di joho pon terasa dlu masa kembara ni.
    inikan pulak rakyat negeri joho..

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah..
    tahniah JDT atas kejayaan ini..
    akhirnya ;-)


    bkn shj rakyat johor, malahan rakyat dr negeri lain sediri amat kagum dgn sultan Johor. sgt humble..

    ReplyDelete
  29. seingat ky..sejak kecil di sekolah rendah kami telah diterapkan nilai2 hormatkan dan kasih sayang kepada Sultan. sehingga kini dah terbiasa tetap hormatkan sultan dari negeri lain juga..

    ReplyDelete
  30. kembara TMJ tuh acara tahunan kan kak..
    Selamat hari guru...

    ReplyDelete
  31. Tak pernah lagi terserempak dengan Kembara Sultan Johor ni. Mesti meriahkan kanda. Time time ginilah rakyat dapat berjumpa Sultan sambil bersalam salaman.
    Bangga pulak dinda jadi rakyat negeri Johor

    ReplyDelete
  32. Salam sayang dari orang johor yang duduk berjauhan ni ye kak..

    ReplyDelete
  33. saya ni orang penang...takpernah ada sultan atau raja...tapi pernah terbaca mengenai kisah Sultan Salahudin Al-Ayyubi...teringin ada sultan yang sepertinya....

    Untuk ada sultan yang baik kita perlu jadi rakyat yang baik telrebih dahulu

    ReplyDelete
  34. Yeah... itu dia!

    Saya pun bangga jadi anak Johor tau, kak walaupun menetap jauh beratus kilometer dari negeri Johor ^_^

    Sultan Johor memang terserlah keperibadiannya. Suka sangat tengok kerabat diraja Johor ni walau apa pun orang lain nak kata. Yang penting, kita anak Johor memang sayang dan cintakan negeri Johor dan pemimpinnya ^_^

    ReplyDelete
  35. meriah kembara TMJ...turun temurun dari ayahandanya, semoga berkekalan kembara ini..

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum kakzakie....mmg bangga jadi anak jati Johor ni kan kak...lebih2 lg ada sultan yg berjiwa rakyat mcm ni...mmg handsome sultan kita ni kan...

    Allah peliharakan sultan
    Anugerahkan dia segala kehormatan
    Sihat dan ria kekal dan makmur
    Luaskan kuasa naungkan kami
    Rakyat dipimpin berzaman lagi
    Dengan merdeka bersatu hati
    Allah berkati Johor
    Allah selamatkan Sultan...

    ReplyDelete
  37. bukan rakyat johor aje yg terasa mcm sultan dan keluarga rapat..yg luar johor pun rasa mcm tu kak... :)

    ReplyDelete
  38. Assalam..akak..lama yat tak jenguk blog ni..bestnya kan...sultan melawat rakyat...macam nak jd rakyat johor la pulak.hehe

    ReplyDelete
  39. Tahniah JDT :) Siqah walaupun hanya menantu orang Johor tetap berbangga dengan kerabat Johor. Cara beliau sebagai sultan yang memerintah patut disegani dan diikuti oleh orang lain. Patutlah rakyat Johor sangat sayangkan Sultan mereka :)

    ReplyDelete