Pada hari Sabtu lepas aku dengan hubby sengaja melewat-lewatkan untuk hadir ke majlis anugerah cemerlang di Sekolah Agama adik. Sekadar menjadi wakil memandangkan pada hari khamis ini sudah hari akhir persekolahan di Johor jadi tidaklah perlu mengambil adik balik untuk majlis ini. Kali ini adik mendapat anugerah cemerlang untuk keputusan peperiksaan akhir tahun 2015 di kelas dan SDEA (Sijil Darjah Enam Agama - di bawah Kementerian Pendidikan Agama Johor) tahun 2015.
Papa - Mahu tak mahu kena juga papa naik pentas menjadi wakil adik untuk kali pertama. Pemberi hadiah wakil kepada ADUN kawasan. Aku guna kamera telefon zoom dari tempat duduk. Malu. |
Tahun ini adik akan menduduki peperiksaan SDKA (Sijil Darjah Khas Agama) pula. Sambung belajar untuk sekolah agamanya di MRSM belajar sekarang. Jabatan Pendidikan Agama Johor memberi kebenaran dan kelonggaran dalam hal ini - belajar di tempat terdekat dengan sekolah kebangsaan tetapi peperiksaan di ambil di tempat terdekat dengan rumah sebab peperiksaan dijalankan ketika cuti sekolah hujung tahun. Tetapi untuk peperiksaan hafazan dan bertulis tetap di JB di sekolah yang sama di sini. Hafazan tahun ini suroh Yasin dan Suroh Ar-Rohman; senang sedikit. Itu yang memudahkan untuk semua murid-murid termasuklah adik.
~~ Jangan sesekali menganak-tirikan pembelajaraan sekolah agama anak-anak. Dunia dinikmati akhirat dijunjung tinggi.~~
Tahniah Adik. Teruskan kecemerlangan di langkah yang seterusnya...
ReplyDeleteTahniah Adik. Teruskan kecemerlangan di langkah yang seterusnya...
ReplyDeletealhamdulillah tahniah adik ;) adik boleh dijadikan idola pada Syahmi.
ReplyDeletealhamdulillah...tahniah adik.... mesti bersusun dah piala adik kat rumah...
ReplyDeleteye ke kak...ade yg parents bukan warganegara yeak...ye la kak mereka pun sedar kepentingan pelajaran dan mungkin menitikberatkan anak2 mereka supaya bersaing dgn kawan2 dlm kelas...moga2 anak jati2 negara kite sendiri tidak leka...
Oh ya ke kakzakie,ramai anak bukan warganegara yang cemerlang?.Tapi adek memang terbaik dapat atasi mereka...tahniah.Kena tekun lagi belajar untuk SDKA pulak kan.Semoga adek terus cemerlang.
ReplyDeletetahniah adik.. semoga terus berjaya dunia akhirat yea. belajar rajin-rajin, nanti besar, boleh bantu mak ayah pulak.
ReplyDeletetahniah adik.
ReplyDeletetahniah untuk mamanya juga..
anak hebat kerana punya mama yang hebat.tahniah kak.
Tahniah adik...moga terus cemerlang lg
ReplyDeletepeluang berada ditmpt org n susahnya hidup...jadikn mereka begitu kn kak...moga anak bangsa sendiri lebih cemerlang lg
tahniah adik =)
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteSemoga adik terus cemerlang..
Ramai pulak yg terima hadiah dari kalangan warga asing ye kak..
Betul tu kak..
Jangan di anak tiri kan pelajaran agama..
Itulah tunggakan kehidupan..
Kekadang ada ibubapa bila anak darjah enam..
Fokus pada UPSR dan tidak ambil PSRA (sekolah agama di Selangor)..
Semoga kita dapat seimbangkan pendidikan akhirat dan dunia juga..
Alhamdulillah...tahniah adik..
ReplyDeleteAlhamdulillah..bijak adik.. tahniah kak kerana berjaya mendidik adik & anak2 lain.. menjadi inspirasi buat sy...:)
ReplyDeletetahniah adik.....
ReplyDeletewahhh.. papa mcm malu2 naik pentas menerima piala mewakili adik...hehe
kenapa mama x naik sama...
Tahniah adik.Alhamdulillah cemerlang dunia dan akhirat.Piala macam ni mesti dh byk kan..Adik kan aktif.Mana tak tumpahnya kuah klu tak kenasi..Semoga terus cemerlang disekolah baru dan peperiksaan yg akan datang
ReplyDeleteTAHNIAH KECAPAIAAN ADIK YG SGT MEMBANGGAKAN...SISTEM PENDIDIKAN AGAMA DI JOHOR NAMPAKNYA BEGITU TERKEHADAPAN N NEGERI2 LAIN JUGA SDG MENGIKUTI LANGKAHNYA.
ReplyDeleteAssalammualaikum kak...alhamdulillah syukur..tahniah untum mama dan papa...tahniah untuk adik...untuk peperiksaan darjah khas moga adik dipermudhkan juga ya..amin...
ReplyDeleteTahniah adik, tahniah jugak utk mama adik hihi... Mesti penuh almari kat rumah tu dgn anugerah anak anak ye kanda... Ada hafazan ye kanda, rasanya zaman kita dulu tak de ek!
ReplyDeleteTahniah adik, tahniah jugak utk mama adik hihi... Mesti penuh almari kat rumah tu dgn anugerah anak anak ye kanda... Ada hafazan ye kanda, rasanya zaman kita dulu tak de ek!
ReplyDeleteTahniah adik, tahniah juga kpd Mama dan Papanya...
ReplyDeleteTahniah adik..tahniah juga buat kakzakie dan suami
ReplyDeleteTahniah adik..tahniah juga buat kakzakie dan suami
ReplyDeleteAlhamdulillah adik mmg bijak...yasin dgn ar Rahman muhammad juga sudah hafaz..
ReplyDeleteTahniah utk ibubapanya ..semua hebat.
Sejuk perut
Tahniah sekali lagi buat Adik. Memang nampak kecemerlangannya, semoga mengikuti jejak langkah dua orang kakaknya.
ReplyDeleteTahniah adik. Smoga terus cemerlang.
ReplyDeleteTahniah adik dpat hadiah. Tahniah juga buat akak dan abang. ;-)
ReplyDeleteTahniah untuk adek...semoga lebih sukses ditahun2 setetusnya...
ReplyDeletetaniah adik... takpe, seronok n bangga abahnya naik ke pentas wakil kan adik
ReplyDeleteTahniah untuk adik..Dia belajar di MRSM mana kakak? Sejuk perut kakak dapat anak2 yang bijak2 belaka..Kenapa kakak takmo naik pentas? Malu yea, kalau saya pun malu jugak kakak hehe
ReplyDeleteAssalsm kak, singgah baca je, nk komen bnyk, tk larat nk memikio, perut senak penuh angin tk taulah nape.
ReplyDeleteBetul tu, jgn sesekali perkecilkan pendidikan agama, ilmu yg nk kita bw hingga dewasa, hingga ke syurga
tahniah Adik,bangga papa naikpentas
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah adik, dapat membahagiakan mama dengan kejayaan, moga hidup cemerlang dunia juga akhirat.. oh adik dah nak cuti khamis ni ye, selamat bercuti :)
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...tahniah buat adik...semoga berjaya dunia dan akhirat...:)
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik...
ReplyDeleteTahniah adik, tahniah akak sekeluarga atas kejayaan manis ini. Cemburu pula rasanya hehehe..."insya-Allah cemburu yang dibenarkan." Harap-harap akak dapat kongsikan/tuliskan tips-tips didikan kepada anak-anak, dapat juga saya ambil pengajarannya...insya-Allah
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
salam kz ..
ReplyDeletetahniah atas kecemerlangan anak ..
mesti puas dan bangga bila tengok papanya terima hadiah tu ..
Dunia ku gendong, ugama ku junjung ..
tahniah adik ya semoga terus cemerlang dan gemilang
ReplyDeletetahniah utk kakzakie jugak diatas kecermelangan ini
kerana jika tiada sokongan ibubapa siapa lah anak2 kita kan kakzakie
btw alamat please!!!
whatsapp kaknoor
+673 8739160
Tahniah adik. Semoga terus berjaya hendaknya..
ReplyDeleteAlhamdulillah..semua anak2 akak berjaya, hasil didikan dari akak dan suami pastinya..tahniah buat akak juga buat adik
ReplyDeletealhamdulillah.
ReplyDeletetahniah buat adik, mama dan papa
semoga dipermudahkan buat adik..
seronok dan bangga tgk tahfiz muda baru baru ni.. kagum dgn didikan mak ayah dorang.. kakak kongsi lah tips, sejak umur berapa mula didik adik kakak belajar baca & menghafaz Al- Quran.
nak praktikkan pada rania juga.
setakat ni sy byk guna flash card huruf hijaiyah, selain poster tampal di dinding. dngarkan bacaan surah2 di radio dan tv, nak tarik minat. skrg ni bila kita baca al quran, Rania suka lah duduk dan dgr, tapi style anak anak lah.semoga Rania juga jadikan Al-Quran sebagai "sahabat"..
doakan kami ye kak semoga dipermudahkan urusan mendidik rania menjadi tahfiz muda dan anak solehah juga nanti.