Monday, May 23, 2016

Seketika berada di ATM

Kejadian pagi tadi. Masih berlegar-legar hangat dalam kotak fikiran aku. Terbayang di mata aku bagaimana dia memohon bantuan untuk mengeluarkan duit. Bukan bangsa aku. Melihat dari uniform yang dipakai tahulah dia bekerja sebagai pengawal keselamatan. Kelihatannya sudah melebihi setengah abad. "Adik, boleh tolong macamana mahu keluar duit?" Dia menghulurkan kad ATMnya tetapi aku pantas teringat macam-macam boleh terjadi. Lalu aku menolak dengan baik "Tak apa kakak masukkan dalam sini" Aku tunjuk untuk dia masukkan kad tersebut. Bila dia kata mahu mengeluarkan RM20/- tiba-tiba hati aku jadi sayu. Aku arahkan dia masukkan pin nombor baru aku tekankan jumlah 20 ringgit yang dia mahukan. Sebaik sekeping note  RM20/- keluar dia senyum dan mengucapkan terima kasih. Hati aku sebagai orang yang dulu pernah hidup susah mudah saja cair. Aku hulur sedikit buatnya. Pada mulanya dia menolak tetapi aku kata "Tak apa kakak boleh guna. Saya ada ambil lebih sikit tadi." Tiba-tiba aku lihat ada airmata bergenang di pelupuk matanya. Aku jadi sedih sebab sebelum itu dia senyum tapi bila aku menghulur dia jadi sedih.

RM 20 - sekurang-kurangnya jika ada 3-4 keping itu bolehlah juga untuk membeli keperluan dapurnya.
Kami melangkah keluar sama-sama. Aku perhatikan ada kereta pengawal yang sudah menantinya. Aku baru mahu pergi kerja tetapi dia sudah balik kerja - kerja malam baru aku tahu. Dari mula masuk kereta untuk memandu sehinggalah tiba di pejabat otak aku tidak dapat melupakan moment seketika di ATM tadi.  Masih ada yang hidup susah seperti aku kanak-kanak dulu. Namun bersyukur mak-bapakku jenis celik ilmu sebab itulah kami disekolahkan walau dalam kesempitan kewangan. Tapi susah aku dulu hidup di kampung. Setakat sayur-sayuran tidak pernah putus. Tidak perlu membeli. Rumah tidak menyewa. Hanya duit saja selalu tidak mencukupi.  Susah hidup di bandar semuanya perlukan duit. Apa yang boleh diperolehi dengan nilai RM20/- sekarang ini.

Gulai nangka - Kalau di kampung nangka muda petik saja di belakang rumah. Tetapi hidup di bandar sejuring nangka muda pun dijual dengan harga RM 3/-. Ini gulai nangka rumah aku hari minggu baru lepas.
Cucur - Setakat cucur kentang dan ikan bilis dulu mudah buat allahyarhamah mak buat (Al-fatehah buat mak), tapi dulu tidak adalah carrot seperti yang aku buat ini. Tetapi makan kami berselera.
Kuah baki - Sebenarnya cucur kentang+carrot+ikan bilis aku di atas kami makan cecah dengan kuah dari ayam masak merah. Ayamnya sudah licin masuk perut. Tinggal kuahnya saja.

~~ Sediakan ilmu buat anak-anak kita agar kesusahan tidak menjadi warisan anak-cucu kita di masa depan.~~

44 comments:

  1. Bila macam tu.. teringat masa kita kecil2 dulu ye kak..
    Begitu juga kata arwah mak dan arwah abah..
    Mereka tiada harta untuk ditinggalkan..
    Cuma mereka harapkan kita berilmu..
    Itulah sedaya upaya mereka berusaha mencari duit ..
    Agar kita bersekolah dan berilmu..
    Begitu juga saya pesankan kata2 pada anak saya..
    Seperti mana yg uwan dan atuk cakap..
    Berilmu lah untuk kehidupan dunia dan akhirat..

    emmmm dapnya..
    Dah lama tak makan gulai nangka kak..

    ReplyDelete
  2. semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki.
    besar makna pertolongan akak.
    kecil bagi kita, sangat bermakna bagi memerlukan.

    ReplyDelete
  3. Subhanallah sedihkan kak...bila kita memberi terutama anak anak...walau seringgit cukup girang mereka kerana dapat duit..tapi bagi kita yang sudah tahu nilainya duit kadangkala sebak sendiri ingat kesusahan orang lain...kita naik kereta sedang ada orang hanya bermotosikal...hujan berteduh dibawah jambatan...ada lagi yang sekadar berbasikal..letih berkayuh...jeling owh dia berjalan kaki...jadi syukurlah sentiasa..

    ReplyDelete
  4. ramai orang susah kak.. sedihnya

    ReplyDelete
  5. dalam keadaan ekonomi negara kita yang macam ni...ramai yang jatuh susah kan kak..elok hidup selesa kena usaha lebih untuk keluarga...

    ReplyDelete
  6. Betul kak, sally mmg terasa betul dengan keadaan ekonomi skrg...kadang terfikir apa yang nak bg ibu dan abang kat rumah makan..hmmm...mujur masih Allah panjangkan rezeki dari segala pelusuk dunia...mungkin doa ibu tu berkatnya datang :)

    ReplyDelete
  7. Sayu baca.. huwaaaa.
    dengan ekonomi skrg, org susha bertambah susah... kesian sgt. Rm 20 besar nilai buat dia. Walhal rm 20 apa sja yg boleh di beli secara logiknya.. Bila fikir balik, syukur dengan kehidupan hari ni.. nikmat apa lg yang nk kita dusta kan. Nice writing kak =)
    sedap nya cucur! =)

    ReplyDelete
  8. Menitis airmata saya kakzakie.Apatah lagi ada pengalaman seperti ini satu ketika dulu ,bila semua kewangan yang ada diperuntukkan utk anak2 belajar,terpaksalah korek apa yang berbaki kat bank.Alhamdulillah skg Allah permudahkan rezeki kami dan anak2.
    Yalah kalau nak dibandingkan dgn makpak kita dulu terlebih susahnya.

    ReplyDelete
  9. betul Zakie susah dibandar semua nak kena beli..susah dikampung duit saja yang kurang.

    ReplyDelete
  10. baca akak punya coretan ni pon rasa sedih..paham sangat..
    tak dapat bayangkan keadaan auntie tu..siapa yang dah lalui saja yang paham kak..

    ReplyDelete
  11. saya juga penah diminta bantuan serupa
    juga bukan dari kalangan bangsa kita
    dia baru pertama kali guna, agak kekok
    tapi betullah kata kak zakie, susah kat kampung
    tak perlu beli, semua ada aje kat tepi rumah

    cam semalam balik kampung suami
    macam-macam saya bawa balik
    kalau kat sini, semua tu mencecah rm50.

    ReplyDelete
  12. masih ada yg susah dr kita rupanya...skrg nilai 50 hinggit berapa barang sgtlah bole dpt...

    Slalu pesan kat ank2...belajar rajin2...tak ada ilmu org tak pandang...

    ReplyDelete
  13. Sedih baca kisah akak ni.Betul tu, jika kita lihat orang kita sekarang. Masih ramai yang susah dan perlukan bantuan. Kadang apa yang digembar gemburkan hanyalah 'iklan' dari orang atasan sahaja. Sebenarnya ramai orang bawahan yang masih hidup susah dan terpaksa menampuh hari-hari mendatang dengan berjimat cermat dan kesusahan. Hanya Allah lebih mengetahui.

    Sedap cucur tu akak. :-)

    ReplyDelete
  14. Nani tak boleh tengok orang yang macam tu mesti sebak je hati ni. Bersyukur dengan apa yang ada sekarang . Wahh sedapnya gulai nangka :)

    ReplyDelete
  15. Hampir menitis mata teringat betapa besarnya nilai RM20 tersebut.
    Untuk petrol sahaja bagi kami suami isteri nak pergi bekerja dan urusan anak-anak pun sahaja dah berbelanja seminggu paling kurang RM150.

    Mak kami pula sekarang suka bercerita mengimbas kembali kehidupannya zaman kanak-kanak susah.
    Duit tak de, tapi makanan lumayan dengan hasil berbudi pada tanah.
    Makanan kampung lebih sihat dari makanan yang ada sekarang.

    Hiba juga kekadang rasa bila melihat mama papa kami hingga sekarang berjimat nak sediakan kelengkapan anak-anak supaya tak melalui zaman susah seperti mereka. Nak pastikan semua anak-anaknya berpendidikan supaya tak susah seperti mereka dahulu.

    ReplyDelete
  16. Pahalanya ttp ada walaupun memberi bukan kpd yg seagama, mudah2an dgn kita membuat kebaikan kpd mrk, mrk menilai yg baik2 kpd agama yg benar ini.

    ReplyDelete
  17. Pahalanya ttp ada walaupun memberi bukan kpd yg seagama, mudah2an dgn kita membuat kebaikan kpd mrk, mrk menilai yg baik2 kpd agama yg benar ini.

    ReplyDelete
  18. akak, bergenang air mata ni kak. pernah mengalami situasi yang sama. Bukan bangsa kita juga. Dalam akaun hanya ada 23.20. Kita yang tolong masukkan kad berdoa je dalam hati supaya ada duit sepuluh-sepuluh dalam mesin ATM.

    ReplyDelete
  19. besar nilai RM20 untuk seseorang tu, Kak..bagi yang tahu nilai duit. Teringat masa kecik2 dulu..not sekeping RM1 pon susah nak tengok, pegang atau berbelanja.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah
    Allahyg aturkan semua tu kak..jumpa org baik mcm akak...terharu baca...

    ReplyDelete
  21. nasib baik mesin atm tu ada duit rm20 kak..

    ReplyDelete
  22. acik tumpang sedih..acik pun merasa susah pergi sekolah tidak berduit..tapi bak kata kakzakie..dikampung padi tanam sendiri tetap dapat makan nasi walaupun hanya berlaukan garam

    ReplyDelete
  23. saya pernah beratur belakang warga Bangladesh kat ATM Melaka Sentral. Tak sengaja ternampak, baki akaun dia ada 7 ribu lebih. Baki akaun saya pon tak sebanyak macam tu hukhukhuk. Rezeki tiap orang tak sama kan kak. Sekarang hujung bulan, belum gaji. Nanti dah gaji insyAllah senang sket orang yang akak tolong tu. Moga kebaikan akak di balas berkali ganda suatu hari nanti, insyaAllah =)

    ReplyDelete
  24. bila baca entry nie tetiba teringat macam mana dulu kena withdraw duit RM10 dalam akaun maybank yang ada RM13 hanya semata mata nk beli dinner..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. Saya pun pernah rasa keperitan dan susah..Kadang pun sekarang adalah rasa perit jugak tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada sebab rezeki tak pernah kurang dan sentiasa kena bersyukur..

    ReplyDelete
  26. SEBAK HATI BACA N3 KAKZAKIE NI..MASIH RAMAI YG HIDUP SEADANYA KINI WALAU KITA RASA CERITA SPT ITU SUDAH DITINGGALKAN WAKTU...ZAMAN HIDUP SUSAH CUMA PENGALAMAN ORG DULU2 RUPANYA XGITU...

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum kakzakie...betul tu kak bila ada terjumpa kes mcm ni mesti kita akan teringat kisah masa dulu2 kn...:)

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Kak zakie,

    Sebak saya membacanya kak..
    Zaman sekarang bertambah ramai orang susah kak.. Kalau saya di tempat akak pun saya akan buat perkara yang sama. Semoga akak diluaskan pintu rezeki.

    RM20.00 bagi sesetengah orang kecil nilainya, tapi bagi mereka yang kurang berkemampuan agak besar & mampu buat seseorang tersenyum riang.. :'(

    ReplyDelete
  29. dalam dunia yg makin mencabar harga barang2 makanan melambung2 cam mana la mereka yg susah tu lalui hidup kan kak...yg penah melaluinye saje yg faham...kadang2 kite rase diri kite ni susah tapi tanoa kite sedar ada lagi yg lebih susah dari kite :'(

    ReplyDelete
  30. prringatan utk diri ini juga terima kasih kakak

    ReplyDelete
  31. peringatan bersama.
    nice sharing kakak..

    ReplyDelete
  32. tak semua mereka pandai membaca, prnah tengok depa pakai tekan je kat ATM, trpaksa ajar, mana nk tekan nk keluar duit, siap suruh hafal..depa selalu bawa bekal, duit gaji kirim pd keluarga di kpg...

    samalah..dulu pokok nangka tepi rumah je, kalau nk buat gulai, kait je..puas makan buah nangka, ada extra, cucuk dgn lidi kelapa, jual kt kedai..huhu..nostalgia..

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum kak zakie, sayu hati membaca entri ni..susah payah ke atm hanya untuk rm20 tetapi masih berlaku. Kadang tak bole keluar lagi sedih.. bahagian beliau terharu kak zakie hulur memang touching...gulai nangka sedap dulu diberi jiran/maksedara sekarang kena beli.

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum kakzakiee
    kakzakie memang baik orang nya tak berkira dengan siapa pun
    semoga ALLAH murahkan lagi rezeki kakzakie

    btw boleh tak kakzakie bagi alamat sebab kaknoor nak kirimkan poskad sbb kakzakie dalam top 10 pengomen tegar ok

    ReplyDelete
  35. Sedihnya, ada lagi insan lebih susah dari kita kan kak?

    terkadang time diri sesak pun memang malu nak keluarkan duit kat ATM tu, sebabnya takut orang cakap, alah rm20 je keluar,ingatkan rm200...huhu

    ReplyDelete
  36. Terharu agaknya kanda, ada pulak orang yg baik hati dgn dia pepagi subuh ni. Rezeki dia dan kanda juga tu namanya.




    ReplyDelete
  37. Insafkan kak bila terjumpa insan sebegini. Kita ni pandang remeh aje duit kertas RM20 tu tapi ada insan lain yang teramat memerlukan; nak dapat pun susah!

    ReplyDelete
  38. Sedihnya. Makin mencabar nak hidup skang ni kak.

    ReplyDelete
  39. Nilai rm20 sangat besar sebenarnya untuk mereka. Zaman sekarang, duit sangat penting.. Huhu.

    ReplyDelete
  40. sayunya.. saya pernah hidup susah macam tu, bila nak keluarkan duit, tengok baki hanya ada rm10... so , tak dapat keluarkan duit =(( ,... pastu pernah, saya tak cukup duit bayar tol nak balik rumah lepas habis kerja. Tol cuma RM 1.60 jer.. Tapi saya cuma ada RM 1.20 jer dalam beg... Dah duduk kat KL, hari2 kene lalu TOL. bila teringat zaman tu dulu, memang sedih sangat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tol rm1.60 automatik teringat litrak. Klu zaman cikna dulu xcukup duit bgtau toll teller ti dia akan bg saman ade duit sila la byr, skunk ni xtau la blh lg ke x. .

      Delete
  41. menitik airmata membacanya kak, kadang kita fikir kita dah cukup susah tapi ada yang lagi susahkan.

    saya pernah rasa macam tu kak,pernah ada rm2 je dalam purse bukan rm20,jadi bila tengok atau baca kesusahan orang lain memang terasa sangatlah, sekarang pun bukan mewah sangat,cukup2 makan saja, tapi bersyukurlah dengan rezeki yang Allah bagi

    ReplyDelete
  42. Bila terasa susah ingat ade yg lagi susah dr kita...

    ReplyDelete