Banyak berganda-ganda siapa tidak mahu apa lagi jika ianya ada nikmat dan kebaikan. Ibarat lombong emas yang dikejar begitulah juga umat Islam sejagat. Mencari posisi mahu menggali sedalam boleh selagi ada dasar yang mampu memberi keuntungan berlipat kali ganda. Dari celik mata sehingga mata terlelap semula semuanya berebut mengejar akan tawaran ganjaran yang berganda-ganda. Siapa tidak mahu mendapat ganjaran berlipat kali ganda. Usah kata berzikir dan beramal-ibadah saja bahkan tidur pun mendapat pahala. Indahnya ramadhan yang Allah berikan buat kita semua.
Kini hanya tinggal lebih kurang sepuluh hari terakhir ramadhan akan meninggalkan kita (Jika satu syawal jatuh 6 Julai ada sebelas hari lagi - tidak kisah kita manfaatkan selagi ada ruang ramadhan buat kita). Tidak perlu dipertikaikan mengapa masih ada yang terleka dan berlengah. Bersama kita saling mendoakan saudara-saudara seagama dengan kita berpimpinan sama meniti titian As-Sirot menuju ke syurga di padang mahsyar kelak. Cari yang baik-baik, doa yang cantik-cantik selainnya kita serahkan kepada Robbul-Jalil. Kita melihat orang, orang lain pula melihat kita. Hakikatnya kita semua tidak sempurna.
Kini hanya tinggal lebih kurang sepuluh hari terakhir ramadhan akan meninggalkan kita (Jika satu syawal jatuh 6 Julai ada sebelas hari lagi - tidak kisah kita manfaatkan selagi ada ruang ramadhan buat kita). Tidak perlu dipertikaikan mengapa masih ada yang terleka dan berlengah. Bersama kita saling mendoakan saudara-saudara seagama dengan kita berpimpinan sama meniti titian As-Sirot menuju ke syurga di padang mahsyar kelak. Cari yang baik-baik, doa yang cantik-cantik selainnya kita serahkan kepada Robbul-Jalil. Kita melihat orang, orang lain pula melihat kita. Hakikatnya kita semua tidak sempurna.
~~ Banyakkan membaca doa ini "Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa'fuanni (2x). Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fuanni ya kareem"~~
* Jika berdoa bersama-sama keluarga/ramai fuanna, jika sendiri fuanni (bahasa arab pun ada singular dan plural, jika kurang faham tidak mengapa)
sekejap je dah masuk minggu2 terakhir ramadhan..
ReplyDeleteSemoga kita semua dapat bertemu lailatul qadar ye kak zakie..
ReplyDeleteMalam seribu bulan..
Indahnya..
Semoga amalan kita di bulan ramadhan ini diterima oleh Allah..
Dan memperolehi keberkatan di dunia dan akhirat..
Itulah yang kita semua cari dan harapkan... semoga tiap kita berlumba2 untuk kearah itu...
ReplyDeletesemoga kita dapat apa yang kita cari kakzakie
ReplyDeleteMoga bertemu dgn mlm yg kita cari kan kak...
ReplyDeleteJgn kata kita, ank2 pun sering dok sebut malam seribu bulan tu...
Salam JUmaat kak..
ReplyDeleteMudah2an di pertemukan dgn Lailatul Qadar..aminn...
sedih, Ramadhan bakal meninggalkan kita..
Salam jumaat kak, tolong doakan yg baik-baik utk saya...
ReplyDeleteSalam jumaat kak, tolong doakan yg baik-baik utk saya...
ReplyDeleteiyalah, sekejap je dah nak hbis ramadhan ni..
ReplyDeletedah nak habis bulan Ramadhan
ReplyDeleteya Allah..sekejepan je dah nak abis puasa kan kakak..sedar xsedar 2 minggu je lg..
ReplyDeleteWahh...cepat betul...sewaktu saya di Mekah dulu, 10 hari terakhir ni punyalah ramai manusia...senang-senang dalam 2 juta orang. Yang bestnya, lepas breakfast/lunch pada hariraya pertama, Mekah akan kosong.....bayangkan daripada 2 juta orang tetiba jadi lengang! Saya habiskan masa dengan minum kopi Starbucks di Zam-Zam Tower!
ReplyDeletemasa berlalu dengan senyap-senyap dan takkan pusing balik kan,,,
ReplyDeleteSemuga kita semua bertemu dengan malam Lailatul Qadar..
ReplyDeleteKejap jer rasa. Ramadhan dah nak sampai ke penghujung nya. Smoga kita dapat merasai malam Lailatul-Qadar. Mekasih atas perkongsian doa tu kak.
ReplyDeleteAssalammualaikum kak..sedih rasanya bila semakin meniti ke akhir ramadhan ni..subhan Allah..moga kita terus fokus hingga kehujungnya :)
ReplyDelete10mlm terakhir... kene gandakan usaha kan kak
ReplyDeletesudah 10 mlm terakhir...moga Allah merahmati kita semua n beroleh ganjaran pahala berlimpah sempena Ramadan mulia tahun ini...insyaAllah.
ReplyDeleteyang penting mesti istiqomah dalam beribadat kan kakzakie
ReplyDeletemudahan ALLAH menerima segala amalan baik kita dibulan yg mulia ini dan bulan2 seterusnya selagi hayat di kandong badan ameeenn
aaminn...moga kite semua di permudahkan urusan di hari pengadilan kelak...betol tu kak lagi2 insan cam saya ni banyak lagi yg perlu saya gali...tapi buat semampu dan sedaya yg bole...kalau orang lain dapat penuh saya dapat separuh pon dah syukur sgt2 :')
ReplyDeleteaminn..moga kita bertemu malam lailatul qadar..terima kasih untuk doa tu kak...insyaALLAH CUBA dihafal dan dimanfaatkan..terima kasih dengan perkongsian bermanfaat
ReplyDeletesmoga amalan berterusan di 10 mlm terakhir ni..
ReplyDelete10 malam terakhir. Cepat masa berlalu..
ReplyDeleteperingatan bersama. terima kasih kakak berkongsi
ReplyDeleteInshaAllah dan terima kasih atas peringatan ini.. moga kita beroleh manfaat dan diterima olehNya..berbanyak berdoa.. dulu nampak mulut-mulut kakak-kakak atau makcik-makcik asyik bergerak ja dan saya juga pernah di tegur oleh orang yang tiba ada sebelah meminta maaf tak dapat tegur dan berbual dengan saya kerana ingin berdoa. Saya tak terasa pun sebab tak kenal tetapi rupanya satu mesej dariNya untuk berdoa, berlinang airmata pulak sambil komen ni. InshaAllah, Alhamdulillah.
ReplyDeleteaminnn... sama2 lah kita mengejar 10 ramadhan terakhir kan kak :) moga Allah mudahkan
ReplyDeleteperkongsian yang bagus kak..saya save ye doa tu.
ReplyDeleteSemoga kita dapat bertemu lailatul Qadar tahun ini.
ReplyDeleteAmin...sama2 kita perbanyakkan amalan di hari2 terakhir ini...semoga kita ditemukan dengan lailatul qadar...insyaAllah
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeletejanji Allah itu benar ..
jelas dan nyata tentang ketibaan mlm lailatul qadr bersama kelebihan nya diberitahu dalam alquran.
terpulang kpd kita mencari dan menemuinya ..
oh ya ..
mau mbengi suro ngon ku wes ngawei khatam quran..
setu isuk mboco juz 30, tinggal kay ad dhuha utk mbengi, utk khatam ..
Dah tak lama nak berakhirnya ramadhan..sygnya tahun ni dpt puasa setengah ramadhan saja.semoga kita dpt penuhkan sisa ramadhan ni dengan ibadah dan kebaikan
ReplyDeleteDah tak lama nak berakhirnya ramadhan..sygnya tahun ni dpt puasa setengah ramadhan saja.semoga kita dpt penuhkan sisa ramadhan ni dengan ibadah dan kebaikan
ReplyDeletesemoga kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan lailatul qadar
ReplyDeletesalam ramadhan kak..
ReplyDeletesekejap je masa berlalu..smoga kita dipertemukan dgn malam tersebut n smoga ibadah kita diterimanya..amin
Terima kasih atas ingatan kanda....moga kita berpeluang menemui Lailatul Qadar
ReplyDeleteTerima kasih atas ingatan kanda....moga kita berpeluang menemui Lailatul Qadar
ReplyDeleteDah nak berakhir Ramadhan kali ni, tinggal beberapa hari sahaja lagi. 10 malam yang terakhir nilah yang kita kena kejar. Banyak pahalanya. Jangan dok tertunggu-tunggu kedatangan Syawal, Ramadhan dah dilupakan sebelum berakhir.
ReplyDelete