Thursday, June 23, 2016

Sudah tertulis itu rezekinya

Niat papa bukan untuk memberi makan kepada anjing itu tetapi itu adalah untuk kucing di belakang. Sediakan dua mangkuk makanan dan satubekas air di luar berhampiran pokok. Tetapi entah datang dari mana tiba-tiba boleh datang seekor anjing - besar, menikmati juadah yang sepatutnya untuk kucing. Semangkuk friskies dan semangkuk nasi+ ikan kembung rebus juga habis di makan sama. Rezeki dia. Malas mahu samak semua bekas-bekas tersebut, Kak Reen dengan menyarung plastik di tangan memasukkan semua bekas makanan kucing itu ke dalam plastik lain dan buang terus ke dalam tong sampah.

Mughalazah - Apa pun bukan salah anjing ini. Dia tidak berakal. Cuma yang kami hairan sebelum ini tidak ada pula anjing berkeliaran di sini. Entah mengapa hari itu boleh wujud dia di situ. Pengajaran kena berhati-hati sebelum pergi meninggalkan bekas makanan buat kucing.

Merpati - Tetap datang berkawan biarpun sudah beberapa kali ada kawan mereka menjadi mangsa kucing terutama si Kecik dan si Baby (sudah besar tetap di panggil Kecik dan  Baby) menjadikan burung ini mangsanya. Yg membuat aku menjerit bila sudah ditangkap di bawa masuk porch. Mahu menunjuk hebatlah konon Kecik dan Baby. Merpati ini selalu berkawan datangnya bila aku tabur sisa nasi sejuk baki memberi kepada kucing. Meriah banyak! Ini sebahagian saja yang berani sebab sudah kena kejar Baby
Walaupun kami tidak membela burung dan kucing tetapi setiap hari binatang-binatang ini akan sedia menanti di belakang rumah menagih untuk diberi makanan. Sebab itu bila anjing di atas datang kami bimbang dia akan datang mengulang mencari makanan. Tetapi nampaknya sudah tiada lagi. Melihat dari cara anjing itu rasanya ianya bertuan sebab kelihatan bersih dan gemuk.

~~ Binatang pun ada rezeki yang telah Allah tentukan.~~


39 comments:

  1. kalo perasan anjing tu makan takpe kak..takotnya kita tak perasaan jer..tak pepasal gi pegang bekas tu tanpa samak..

    ReplyDelete
  2. Dah rezeki anjing tu,kan. Nak buat mcm mana..

    ReplyDelete
  3. nnti rezeki akak banyak sebab bg binatang makan....

    ReplyDelete
  4. insyallahh bertambah2 rezeki akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Rezeki haiwan pun ada dalam sebahagian rezeki kita kan Kakzakie..
    Walaupun bukan kita memeliharanya..
    Mereka datang juga..
    Untuk memberi rezeki cara yg lain pula utk kita..
    Yang anjing tu.. ada hikmah akak nampak..
    boleh dibuang saja bekasnya..
    Kalau tak nampak ..
    Sudah menanggung najis mughalazah pula kita..

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum kak...betul setiap makhluk ada bahagian rezeki masing-masing...

    ReplyDelete
  7. anjing tidak bertuan kot..setengah tuan ni bila taknak senang je dia buang..kesian

    ReplyDelete
  8. Mujurlah perasan kan kak. Takpe lah ddah rezeki anjing tu

    ReplyDelete
  9. Mujur akk nampak...
    nieyl bela kucing dekat dalam rumah jugak...
    tapi dekat luar pun ada kucing jugak...
    bila dia lapar,pandai dia dtg minta makan..

    ReplyDelete
  10. mujur tahu yg memakannya tu anjing. kalau terjadi pd saya, pun malas juga nak menyamak, mungkin buang saja kot macam kakzakie tu.

    banyak burung di kwasan rumah akak ye. di temapt saya banyak kucing buangan saja. selalu jugak campak belakang rumah sisa lauk pauk yg tak habis utk mereka.

    ReplyDelete
  11. TU LA KAN KAK...niat kite pada yg lain, tapi yg lain dtg makan.... akak kene samak gak le tu kang jenuh nak pegang nak isi balik mknn tuh...takpe laa anggap jek rezeki anjing tu...makhluk Allah jugak....

    ReplyDelete
  12. memang rezeki anjing tu...
    Byk juga burung merpati tu kak...

    ReplyDelete
  13. Di hadapan rumah kakcik ada seekor kucing (saat kakcik menaip ini pun dia ada sedang melepak/tidur) yang kelihatan kurus dan letih. Baru dua hari ini kakcik tergerak hati untuk memberi dia makan (dengan persetujuan abang) ikan yang tidak habis kami makan. Nampaknya dia berselera dan kelihatan sedikit bertenaga selepas makan. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  14. Salam Kak,

    Comel anjing tu. Dulu saya pernah menjaga anjing sebab anjing tidak bertuan tu kaki nya sakit mungkin kena langgar. Dekat sebulan juga dia tinggal dengan saya. Tapi dia tidak masuk dalam kawasan rumah. Hanya tinggal di luar pagar tepi rumah saya saja (rumah saya corner lot)

    Tiap kali saya nak keluar ke tempat kerja atau balik dari kerja, dia akan bangun and duduk di bahagian tepi pagar supaya saya dapat masukkan kereta ke porch tepi. Saya pesan ke dia supaya jangan kencing dan berak depan pagar saya tu. Alhamdulillah.. memang tak ada kak!

    Paling kesian bila waktu hujan sebab saya tak dapat bawa dia masuk ke dalam pagar rumah saya jadi dia berlindung di bawah pokok mangga saya di luar pagar tu. Pernah saya ternampak dia saja landing di hadapan pagar rumah jiran saya berbangsa india, di halaunya anjing tu. Kesian dia. Jika ada makanan lebih seperti tulang ayam saya bagi ke dia makan :) Lepas kakinya elok, dia pun menghilang tak datang-datang lagi. Saya namakan dia sebagai Max :)

    ReplyDelete
  15. Oh ya.. kenapa tak di sertu kan saja bekasnya?

    ReplyDelete
  16. kalau tinggal di kawsan bandar kehadiran makhlok Allah yg ini x dpt dinafi...kdg dikencingnya tanaman depan rumah mmg perlu hati2 menyci herba2 sayur kegunaan dapur yg kita tanam

    ReplyDelete
  17. Rezeki......insyallah ada balasannya....telah dijanjikan...

    ReplyDelete
  18. Anjing sesat agaknya kak zakie.Mungkin lapar juga agaknya.Takpelah dah rezeki dia kan.
    Burung2 tu kalau datang sekawan kan....suka tengok kalau ia datang ramai2.Biasalah kucing kat rumah ni pun nakal kadang ank ayam jiran pun dibelasah nya walaupun tak dimakan.

    ReplyDelete
  19. Anjing sesat agaknya kak zakie.Mungkin lapar juga agaknya.Takpelah dah rezeki dia kan.
    Burung2 tu kalau datang sekawan kan....suka tengok kalau ia datang ramai2.Biasalah kucing kat rumah ni pun nakal kadang ank ayam jiran pun dibelasah nya walaupun tak dimakan.

    ReplyDelete
  20. betul ckp kakak..dh tertulis itu rezeki anjing tuh kan..seronok tgk merpati byk2 gitu..hehe..semoga bertambah murah rezeki kakak dan keluarga..amin..

    ReplyDelete
  21. setuju tuh kak, rezeki masing2 kan mcm kita jgk... cuma bezanya kita berakal kene usaha utk dpt rezeki tuh... binatang nih tak berakal takde pulak upaya nk keje dptkan duit beli makanan hehehe...

    kalu kt kampung tabur nasi sejuk ayam yg mkn, kt bando burung merpati yg dtg ye kak... seronok jgk nengok dia mkn ramai2 gitu

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah..semoga akak sekeluarga dimurahkan rezeki lagi.

    ReplyDelete
  23. kawasan rumah kami ada anjing liar. malam2 datang selongkar sampah.kadang2 diorang makan jugak nasi yg kami letak untuk kucing kt luar pagar tu..

    ReplyDelete
  24. rumah sy tiap mlm buka tingkap.. dan mmg ada kucing2 liar yg akan keluar masuk utk mkn biskut2 kucing sy.. harap tak ada anjing yg masuk.. hihihi. Tapi rasanya mmg tak ada sbb gerigi tingkap muat utk saiz kucing jer

    ReplyDelete
  25. Saya pun ada 'bela' burung merpati belakang rumah, dia dah tau time saya masak, datanglah dia menagih rezeki, Alhamdulillah, nasi tak pernah membazir, lagipun kita nk bersedekah duit setiap hari pun taka mampu, moga burung2 ni jadi saksi di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  26. Saya pun ada 'bela' burung merpati belakang rumah, dia dah tau time saya masak, datanglah dia menagih rezeki, Alhamdulillah, nasi tak pernah membazir, lagipun kita nk bersedekah duit setiap hari pun taka mampu, moga burung2 ni jadi saksi di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  27. banyak pahala akak sebab sedekah makanan pada haiwan2 ni meski pon pada seekor anjing...betol la yg cam akak cakap..dah memang rezeki untuk dia hari tu...kat tempat saya ni jarang2 nampak anjing walau pon ada je 2 buah rumah kaum cina...tapi rasenye diorang takde bela kot...kucing kat rumah saya ni pon sama je kak...rajin beno menangkap burung...yg buat saya marah tu bukan nye diorang makn pon...lepas tangkap dan bunuh terbior je bangkai burung tu sampai ke sudah...time lapo tetap gak mengiau minta makan dgn kite...

    ReplyDelete
  28. Sudah tertulis itu rezekinya... sedap tajuk post ni kakzakie. Penuh makna tersurat dan tersirat...semua makhluk ciptaanNya dan Dia lah yg memberi rezeki...

    ReplyDelete
  29. Semuanya hamba Allah. Rezeki yang dapat dikongsi bersama. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  30. Tak sangka tetamu lain pulak yang datang ye, rajin kak reen tolong buangkan. Seronok bila ada kehidupan seperti burung, rama-rama yang singgah kan.. tak payah lagi ke taman hehe..

    ReplyDelete
  31. Semoga Allah luaskan rezeki akak. saya follow sini. jom akak singgah blog icha pula ya. kalau ada masa :)

    http://ichazainifidelis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  32. Allah Maha Pengatur alam semesta...

    kt rumah sy, ada seekor kucing, selalu mengiau-ngiau minta makanan depan pintu rumah, tak sampai hati, bg ikan bilis je..tengok jiran2 bagi friskies, tak dimakannya..kucing old skool kot..

    ReplyDelete
  33. rezeki anjing lah tu kakzakie
    dan rezeki kakzakie jugak menanti tu insya ALLAH
    nasib baik kakzakie nampak yg makan tu anjing kalau tak bahaya jugak tu
    igatkn kucing yg habiskan makanan kan, tapi memang kena samak saja kan kalau kena air liur anjing tu di bekas makanan, tapi kita tetap kena berbuat baik dengan makhlok ALLAH hatta anjing pun..

    ReplyDelete
  34. kan kak.. sama cam kita manusia jugak, kalau dah bukan rezeki kita depan mata pun tak dapat.

    ReplyDelete
  35. bestnya bla dpt berkongsi makanan dgn haiwan haiwan ni.
    kalau nmpak brng tu comfirm rania suka. tgh cari haiwan yg sesuai utk di pelihara.tujuannya nkdidik sifat sayangkan haiwan dlm diri rania. tp blm jumpe ape yg sesuai. sbb ddk kuarters. agak terhad

    ReplyDelete
  36. rezeki mereka walaupun tak dibela, ada juga makanan untuk mereka

    ReplyDelete
  37. xpekak..anjing pom makluk Allah..cuma bekas tu maybe kna buang or samak lps tu

    ReplyDelete
  38. Rezeki dia ye kanda....agaknya lama tak pekena ikan kembung rebus tu hihi

    ReplyDelete
  39. Lain yang ditunggu, lain yang datang. Bukan salah si anjing pun sebab manalah haiwan tu berakal. Siapa tak suka nampak makanan free terhidang depan mata ^_^

    ReplyDelete