Mari kita lihat seorang gadis yang punyalah banyak wish list bersempena ulangtahun kelahirannya pada tahun 2016 ini. Sila lihat di sini. Selepas itu renung ke dalam diri apakah pula harapan diri kita sebelum Izrael datang menjemput. Sebenarnya sebaik selesai membaca entri ini aku jadi kabur sebab aku di tag. Apa wish list aku kalau sampai 100?
Bingung juga aku kalau mahu menyenaraikan 100 wish list sebab di usia tua ini rasanya beberapa kerat sajalah harapan aku sebelum mati. Dari 100 yang dimahukan aku rangkumkan sajalah menjadi lima sebagaimana Rasulullah bersabda "Ambillah peluang yang lima,sebelum datang yang lima" - Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Al-Baihaqi.
1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu
2. Sihatmu sebelum sakitmu
3. Kayamu sebelum fakirmu
4. Lapangmu sebelum kesempitanmu
5. Hidupmu sebelum matimu.
Sebenarnya sekarang pun aku sudah tua. Cuma selagi Allah masih bagi peluang boleh beribadah dengan baik aku mahu berusaha semampu boleh sebelum datang masa lebih tua dari sekarang. Lumrahnya bila semakin dipanjat usia bimbang kesihatan menurun dan beribadah jadi kurang khusyuk. Mohon aku diberi kesihatan yang baik.
Berkaitan dengan kaya pula sebagai manusia biasa rasa tidak puas sudah pasti tidak dapat disingkirkan. Melihat mereka yang lebih susah aku dapat merasakan yang aku ini kaya sebab masih mampu memberi infak dan sedekah. Tetapi melihat yang lebih kaya sesungguhnya aku masih jauh tertinggal di belakang. Apa lagi melihat mereka yang kaya iman, kaya pekerti, kaya ilmu, kaya harta semua ini ingin aku gapai. Itulah sebolehnya biarlah sebelum sakratulmaut datang menjemput. Apa lagi bila memandangkan terasa terlalu pantasnya masa berlalu. Mengharap aku mampu melakukan yang terbaik sebelum disempitkan waktu. Semoga ada kelapangan waktu untuk aku terus menerjah setiap yang mahu dilakukan. Berharap tidak ada penyesalan di penghujung usia.
Pukal aku senaraikan semua wish list kerana jika dihuraikan semua itu sudah pasti lebih dari 100. Semoga aku diberi masa untuk melihat anak-anak berjaya dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing yang mampu memberi keseimbangan bahagia dunia dan akhirat. OK selesai!
Sebagai memenuhi syarat cik adik manis yang mahu tag tiga sahabat maka dengan rendah hati aku tag tiga adik comel ini: -
2. nadhiewueen
3. nasamulia
Tidak ketinggalan dijemput juga semua teman Titisan Nurani yang memberi komen dalam entri ini untuk sama-sama memeriahkan segmen ini. Silakan dengan segala hormatnya.
sporting akak... yg 5 tu pun byknya lompong kak...hmm...kita doa sesama ye!
ReplyDeleteterud gi baca 100 wishlist tu..banyaknya..tapi banyak yang dia dah capai
ReplyDeleteAlamak saya kena tag ker.....
ReplyDeletemacam banyak sangat jer 100 tu kak, nanti saya try buat.
Amy pun dah pergi baca. banyak tu. Amy rasa kita semua ada banyak wishlist tapi disebabkan pelbagai halangan yang banyak dah jadi sikit.
ReplyDeleteByknya wish list dia ... moga2 tercapai apa yang dihajati .. samalah dengan kita semua, ada benda yang ingin dibuat sebelum tinggalkan dunia ini, moga kita semua dipanjangkan umur dan sentiasa diberi kesihatan yg baik. 😊
ReplyDeleteTerima kasih sebab selalu komen dekat blog nieyl..
ReplyDeletenieyl dtg pagi untuk baca catatan hari ini..:)
wow!manyak nyaaaa...
salam..
ReplyDeletebnyk juga 100 wish tu..
kalau yaya emm xsmpai pon kot..tp lebih 10 tu InsyaAllah ad..hehe =p
Sayanggggg akak....
ReplyDeleteHihihi... tenkiu tenkiu...
Walau ngelat tak tulis 100 ...
Hihihi...
Mucho graciasss
mmg banyak yg kite nk kan kak... msti lebih dr 100
ReplyDeleteSbb tu sy tag akk sebab buah fikiran akk selalu best.
ReplyDeleteTq kak for the reminder
Banyaknya 100 wish tp sebenarnya kalau dicatat confirm lebih 100....tu kalau marsha lah...hihi
ReplyDeletenak buat mcm akak jugalah..ringkaskan secara pukal..
ReplyDeleteSyukran..take 5 before 5..
Betul tu Kakzakie..
ReplyDelete100?? panjang berjela kalau nak tulis... hahahaha
ReplyDeleteMmg byk impian kita sebagai manusia kan kak..klau bole semua nk dicapai...
ReplyDeletekadang yang kita nak banyak tapi kadang taktahu apa yang kita nak pun hehehe
ReplyDeletesaya doakan kak zakie diberi kesihatan yang baik agar terus dapat beribadah kepada Allah swt
banyak nak kena fikir 100 wishlist tu..emmmm
ReplyDeletekalau ikut hati mcm-mcm kita nak kan kak ?
ReplyDeleteKALAU SUDAH MENCAPAI HAJAT DI HATI...SYUKUR ALHAMDULILLAH.
ReplyDelete100 kak zakie..
ReplyDeleteJenuh nak fikir tu..
Namun apa yg dah dapat rasa syukur ye kak..
Yang 5 akak beri tu perlu dimanfaatkan..
Banyaknya bucket list kalau 100! Kalau tahu umur tu panjang maybe bolehlah kot lebih daripada 100 ^_^
ReplyDeleteYalah, kak! Kejar yang 5 sebelum datang yang 5. Itu pun tak terkejar kelima-limanya. Ada aje penghalangnya!
yang list 5 tu cam dkna makin hampir jer kak..hahaaa
ReplyDeleteFuhhh byk tu..,semua naklah,,,lebih 100 kut..
ReplyDeleteNak satu dua jer kut...nti tamak plk.,hihi
best wish akak, kite suker
ReplyDeleteAssalammualaikum kak....
ReplyDeleteSaya ada satu wish...saya nak bina Surau berhampiran tempat saya bekerja. Kerana selama ini saya sembahyang dalam bilik stor yang kecil. Saya sembahyang dalam keadaan tergesa-gesa kerana bukan saya seorang sahaja yang mahu sembahyang. Biliknya kecil, hanya boleh sembahyang seorang sahaja dalam 1 masa. Maka, bersyukurlah sesiapa yang mempunyai tempat kerja yang menyediakan surau. Gunakanlah sebaik-baiknya......
Saya cuma nak minta Allah beri yg terbaik kpd saya, krn hanya Dia yg maha Tahu apa yg terbaik buat saya.
ReplyDeleteMoga Allah memperkenankan apa yg dihajatkan :)
ReplyDeleteBersyukurlah dengan apa yang kita ada.
ReplyDeletedaripada 100 wish list saya kak zakie, saya harap sangat at least menjadi walapun 1.. tapi sayang, nampak kelam.. semoga Allah makbulkan wish2 kak zakir ^_^
ReplyDeletekalu rietta sendiri di minta 100, pown xtaw nk wish kan aapa...
ReplyDeletebanyak betul wishlist tu kak..mohon yg baik2 ajelah kan !
ReplyDeletewah.. seratus wishlish. hehe . tqq tag saye akak. ada masa nti saye pikir apa pulak 100 wish lish saye. insyaAllah
ReplyDeletemasyaAllah kakzakie, 100 impian! apa yang hendak disenaraikan ya. kalau satu hari fikir 1, mahu 100 hari baru selesai utk tulis entri. ^__^.
ReplyDeleteterima kasih tag saya. nanti saya usahakan, insyaAllah. Aduh, tak tahulah bila nak up entri ni.
yg kakzakie dah tulis tu, saya pun setuju 100%. itu dah merangkumi semuanya apa yg kita hajati, kan.
100 impian..hmm..mudah buat impian tapi nak gapai tu ambik masa lama.Huhu...tua di dunia namun muda di syurga kekal abadi.
ReplyDeleteSmp xterbaca semua wishlist tuh..sbb byk sgt..ngeee..tp falsya suke wishlist kakak..simple dan bermakna..
ReplyDeleteSemoga apa yang dihajati terlaksana...;-)
ReplyDeletekalau kaknoor mmg pengsan memikircapa nk tulis, nasib baik tk kena tag, tpi 5 perkara yg kakzakie tulis pun dh cukup sempurna rasa nya
ReplyDelete5perkara yg selalu didengar
ReplyDeleteperkongsian penuh makna