Thursday, November 24, 2016

Rasa bersalah seorang sahabat

Hari ini adalah hari akhir persekolahan bagi anak-anak di negeri Johor. Hari ini juga peperiksaan akhir untuk subject sejarah dan mathematics. Adik sudah beransur ceria walaupun masih bersolat duduk dan mandi berdiri tegak (susah mahu menggosok badan). Berjalan pun masih tidak stabil/betul. Tetapi semangat adik untuk sama-sama menduduki peperiksaan akhir semester masih kuat sama seperti rakan-rakannya juga. Motivasi dari guru-guru dan rakan-rakan adik tidak kurang membantu sedikit sebanyak kekuatan mental adik. 

Namun dalam keadaan begitu tidak kurang usik-mengusik rakan-rakan sebaya. Anak lelaki yang tertimpa adik tempohari sebenarnya amat merasa bersalah walaupun dia juga tidak kurang diberikan kaunseling kerana merasa amat bersalah dibimbangi menjejaskan emosinya. Usikan rakan-rakan mengatakan jika terjadi sesuatu kepada si rakan perempuan mereka (adik) dia kena bertanggung-jawab membuat hati seorang anak lelaki baru berusia 13 tahun amat kesal. Sehingga ada yang berkata kalau adik cacat dia kena kahwin dengan adik. Manalah mama dan papa tidak tergelak. Semua ini aku dapat tahu dari guru hal ehwal pelajar (HEP). Menurut HEP juga ketika adik diusung masuk ambulan anak itu menggigil ketakutan apa lagi disoal-siasat. Tetapi pihak maktab mempunyai cara terbaik menangani emosi pelajar mereka memandangkan peperiksaan akan dijalankan tinggal bersisa beberapa hari saja lagi waktu itu.

Sebagai ibu-bapa apabila sesuatu kejadian terjadi walaupun ia menjejaskan anak kita usahlah cepat melatah. Biarpun kalau mengikut nasihat doktor laporan polis boleh dibuat tetapi memandangkan kejadian terjadi tidak disengajakan aku tidak sampai hati melakukannya. Sementelahan pula apabila aku mendapat tahu daripada adik bahawa budak lelaki itu bukan bukan nakal. Begitu juga bila aku bertanyakan kepada rakan-rakan adik yang lain. Kekesalan di hatinya dapat aku rasakan. Inilah dikatakan takdir.
Sekadar hiasan - Telur pindang amat sinonim di negeri Johor. Kepada yang tidak pernah merasa mungkin akan mengatakan ianya telur basi. Tetapi ada pelanggan (tempat kerja) aku seorang mat salleh yang pertama kali makan sudah jatuh hati. Kalau kita makan sebiji dia boleh makan hingga 2 biji. Aroma perencah itu yang membuatkannya bertukar warna dan rasa.
~~ Bumi mana tidak ditimpa hujan, manusia mana tidak melakukan kesilapan apa lagi jika yang terjadi tidak disengajakan.~~





34 comments:

  1. Assalam kakzakie...adik dah mula bercuti ya...moga kesihatan adik akan segera pulih dgn banyak berehat n jagaan rapi kakzaki n yg menyayanginya...apa yg berlaku sudah tersurat n pasti ada hikmah-Nya insya-Allah.

    ReplyDelete
  2. baiknye akak...kalo parents lain dah melatah dah...siap ke balai polis bagai...moga semua dipermudahkan seiring dgn sikap baik dan timbang rase akak.....in sha Allah


    ye kak....telur pindang mmg sinonim dgn masayarakt johor...jawa amnyer...mak lieya sepanjang adik beradik lieya kawin mmg tak telepas lagi buat telur pindang....gigih mak buat sendiri...rebus 3 hari 3 mlm api perlahan dengan segala ramuan rempah dan daun2....mmg sedap sgt2....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    dah last day dah yea...
    bagus pemikiran parents kalau semua begitu...
    tak perlu sampai saman menyaman...:)
    semoga adik terus berusaha,sabar dan cepat sihat..Ameen..

    ReplyDelete
  4. Semoga urusan adik & akk sekeluarga dipermudahkan.. Kesian adik... Cepat2 sembuh ye..

    Akk, haza pecinta pindang. Nak buat sendiri mmg xpandai. Selalu beli kat restoran jek.

    ReplyDelete
  5. Siapalah sengaja hendak berbuat silap, kan? Kesian anak itu...mesti dia pun trauma seperti Adik...

    Eh...kakcik suka makan telur pindang. :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, adik dh beransur pulih... nnti dpt cuti blh la berehat atau ber urut ye kak...

    kesian jgk bdk lelaki tuh, kadang bkn sengaja msti sesal separuh mati rasanya

    nsb jgk akak n suami bkn lah jenis ibu bapa yg cpt melatah n repot polis atau bgtau wartawan... akak n suami btl2 percayakan pd maktab utk menguruskan yg terbaik bt adik

    ReplyDelete
  7. Dalam usia terlalu muda mereka bukan sahaja menuntut ilmu akademik..malahan ilmu melalui pengalaman kehidupan juga kan kak..yang penting adik semakin pulih dan sihat..ianya menhadi pengalaman dan pengajaran..kesian adik..kesian juga pada sahabat adik itu..sahabat adik tu pun dia tak jangka perkara itu boleh berlaku..

    Kat Muar ada kedai Mee Bandung..ada jual telur pindang kak..hihi..

    ReplyDelete
  8. Alhandulillah adik beransur pulih.

    Sedapnya telur pindang, pernah merasa suatu ketika dulu..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah adik makin sihat...
    dapat bercuti panjang adik dapat lah berehat di rumah...
    moga menjadi iktibar kepada semua pihak kak...

    ReplyDelete
  10. Baik sungguh akak ni. Langsung tak ambil tindakan. Kalau sayalah, asal anak kena 'usik' memang riuhlah melatah!

    Kak, ibubapa budak lelaki tu takda ke memohon maaf atas perbuatan anak mereka? Yalah, walaupun katanya tak sengaja, sekurang-kurangnya kenalah juga mohon maaf dan anak mereka tersilap langkah sampai berpapah Adik jadinya.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak..lamanya x bertandang kat sini..rindu..
    Apapun sura doakan semoga adik kembali sihat dan pulih seperti biasa..(x tahu cerita sangat..dah ketinggalan keretapi)Alhamdulillah..semoga ramai parent yg berfikiran seperti akak dan suami..harapnya sura dan suami pon begitu sekiranya kami ditempat akak..

    ReplyDelete
  12. Mesti budak lelaki tu tak sangka jadi macam ni.
    Semoga adik cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala.

    ReplyDelete
  13. Dah nak cuti sekolah..semoga adik dapat berehat dan pulih seperti sediakala...semoga adik tabah..

    kesian jg kt budak lelaki tu, mesti dia trauma sepjg hidup..apa2 pun yg berlaku, semoga dia belajar dari kesilapan..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..last paper hari ni ye.
    Blh la adik rehat dirumah.. semoga cpt sembuh..

    ReplyDelete
  15. Sukalah kak zakie, sentiasa positif dalam semua benda. Hopefully nanti Nani pun mampu jadi macaam ni. Kuat semangat adik, in sha Allah kejayaan mengiringi dia :)

    Telur pindang tu Nani baru tengok baru ni dalam majalah saji. Hehe. first time tengok :)

    ReplyDelete
  16. Lama tak singgah sini, nanti saya akan baca semua entry akak termasuk kisah adik, semoga adik terus sihat hendaknya yea.

    ReplyDelete
  17. Mudah2an adik makin beransur sembuh ya kak.. mesti budak lelaki tu ralat sbb adik jadi camtu, tapi tulah memang betul2 tak sengaja.. perkara dah jadi... nakal jg usikan kawan2 adik..hihi.. apa pun moga adik & budak lelaki tu cemerlang dlm exam akhir thn ni :)

    ReplyDelete
  18. Kalau mak bapak orang lain...dah buka kes kak,
    Tapi siapa kita, kita tidak mampu pun nak halang sesuatu kecelakaan.

    ReplyDelete
  19. salam kak zakie..

    lama benar x menyinggah sini..
    nape ngan adik? tak tahu citer plak..huhu..
    moga adik cepat sembuh..

    ReplyDelete
  20. exam dah nak abis... cuti sekolah dah nak mula... bolehlah bawa adik jalan2 :-)

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah semoga adik bertambah sihat.. saya org johor tp tak makan sangat telur pindang kak..sbb pernah termkn yg busuk..hehe..
    kak, ayat yg last tu mcm rasa tertampar bila saya baca..terima kasih kak..

    ReplyDelete
  22. Hihi, geli hati pun ada ni bila bayangkan perasaan budak tu bila kata kena btanggjwb terhadap adik even kena kawen kalo adik tu jadi cacat, haiii, macam2..
    Tapi lega mendengar adik dah beransur pulih tu.
    Anak sedara akk camane? Dah keluar icu ke?

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah
    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  24. Baiknya rakan anak akak tu ada rasa bersalah dgn apa yg berlaku...sampai mcm tu sekali dlm fikirnya kelakarlah

    Alhamdulillah, adik dah beransur pulih kak

    Nur klau dtg johor telur pindang wajib beli kak...sgt2 sedap

    ReplyDelete
  25. Semoga adik diberi kesembuhan.
    Syafakillah adik

    ReplyDelete
  26. oo da last day da ye..
    semoga adik cepat sembuh

    ReplyDelete
  27. Semoga apa yg menimpa adik dijadikan iktibar kepada anak2 lain..gurauan kadang2 mendatangkan kecederaan..semoga adik cepat sembuh....

    ReplyDelete
  28. Dah anak2 memang suka bergurau..
    Hihihi boleh pula disuruh kawin dengan adik ye kak..
    Semoga adik segera sembuh..

    Telur pindang ni pun saya boleh makan sekali 2 biji kak..
    Suka sangat..

    ReplyDelete
  29. Cepatlah nampaknya kanda dapat menantu ni hihi....
    Awal awal dah ada calon. Tapi mana tau kan kanda, rupanya inilah puncanya ....
    Yelah, memang betullah apa yg kanda buat tu, kalau ikut rasa hati, sakit jugak hati kita ye kanda, tapi nasiblah tak ada yg serious pada adik tu. Mak bapak dia tak call kanda ke?

    Mat Salleh ni kan mmg pelik kanda, apa yg pelik memang dia suka betul

    ReplyDelete
  30. Semoga adik cepat sembuh.
    Lamanya tak makan telur pindang kak.
    Kami InsyaAllah lagi 2 minggu bercuti ke Johor.

    ReplyDelete
  31. Hidup ini kan ujian. Dalam surah Al-Mulk...ada ayat mnegatakan bahawa ALLAH ingin menguji kamu siapakah antara kita semua yang melalkukan amalan yang paling baik. (Ahsanu Amala) ...

    ReplyDelete
  32. prkara yg tak disengajakan..
    dan lagi budak tu bukn jenis yg nakal or suka buat hal,kan,
    elokla dprtimbangkan sgla hal demi kebaikan semua..
    sgla yg blaku ade hikmahnya..bukan pada dia saja tp juga pada kita

    ReplyDelete