Bumi Johor kini boleh dikatakan kian kerap ditimpa hujan. Jika tidak turun di waktu malam, ia akan gugur di waktu pagi atau petang. Supermoon tempohari juga kami tidak berpeluang untuk melihatnya. Namun kami tahu kebesaran Allah tidak ada siapa yang mampu untuk menidakkannya. Ombar besar yang amat jelas kelihatan di pantai Danga Bay dan pantai Pontian baru-baru ini sudah cukup untuk membuat kami gerun. Melimpah-limpah air laut dengan ombak yang tinggi sehingga ke jalan-jalan raya. Bunyi desiran angin yang kencang sudah membuat kami membayangkan seandainya keadaan ini pun tidak mampu kami tepis apa lagi jika tsunami yang melanda. Allahuakbar!!
Begitulah juga tsunami yang menggegar jantung hati Mama Leha (kakak aku) apabila pagi-pagi lagi ketika mahu menghadirkan diri untuk bermesyuarat telefon bimbitnya berbunyi memberi khabar kurang enak. "Puan ini ibu En Haikal?" Sebaik mengiakan, dihujung talian menyampaikan berita yang menggegar jantung Mama Leha. Setelah diberitahu kedudukan kemalangan itu terus saja Mama Leha dan abang ipar menuju ke destinasinya. Anak buah aku ketika itu menahan sakit sehingga rumput di sebelahnya dicabut-cabut hingga licin, sambil menanti ambulan. Itu yang membuat kakak dan abang tidak sabar terus saja dibawa ke hospital terdekat menggunakan keretanya. Secara kebetulan anak sulung Mama Leha (seorang staff-nurse) sedang berseminar di hospital tersebut. Waktu itu belum pun sejam berada di seminar tetapi membantu dan memudahkan si kakak untuk terus saja membawa adik lelakinya ke dalam. Si adik sudah pengsan dan diberikan bantuan pernafasan. Haikal anak buah aku kemalangan dengan kereta seorang anak gadis baru mendapat lesen. Keadaan jalan sedang dalam pembinaan projek rapid membuatkan mungkin dia tidak cekap. Signal arah lain masuknya bertentangan. Laju pula apa lagi berdentumlah. Dia sudah memohon maaf tapi bagai aku katakan apa yang Allah tulis di Loh Mahfuznya kita tidak tahu. Redhalah atas ujianNya.
Hasil dari diagnosed yang dilakukan ada pendarahan di otak. Operation perlu dilakukan segera. Memandangkan hospital di situ kurang kelengkapan, terpaksa petang itu dihantar ke HSI (Hospital Sultan Ismail). Kedudukan HSI dengan tempat aku bertugas amat dekat oleh itu selepas selesai discussion bersama pelanggan terus saja aku tinggalkan pejabat menuju ke HSI. Sewaktu mahu menziarahi anak buah aku inilah aku mendapat panggilan MRSM adik belajar. Itulah sebabnya aku terus terdetik pasti ada salah-silap yang tidak kami sedari sehingga Allah memberikan dugaan ini kepada aku dan kakak aku serentak. Kalau Mama Leha ditimpa ujian pada pagi hari aku pula di waktu petangnya.
Sehingga kini adik masih lagi bersolat duduk manakala anak buah aku masih koma di HSI. Operation kepala sudah dilakukan. Apa yang sedih 1/4 bahagian tempurung kepala yang asal terpaksa dibuang memandangkan bank untuk menyimpan tempurung kepala di HSA sudah terbakar. Jika bank itu tidak terbakar masih boleh disimpan sementara menanti sembuh boleh disambung semula. Ujian Allah tidak siapa mampu menahan. Semoga ada sinar di sebalik kegelapan seketika yang Allah berikan buat keluarga kami. Perancangan untuk kami sekeluarga berkumpul pada 26/27 November ini terpaksa dibatalkan atas nasihat Abah Din satu-satunya abang kami.
Sehingga kini adik masih lagi bersolat duduk manakala anak buah aku masih koma di HSI. Operation kepala sudah dilakukan. Apa yang sedih 1/4 bahagian tempurung kepala yang asal terpaksa dibuang memandangkan bank untuk menyimpan tempurung kepala di HSA sudah terbakar. Jika bank itu tidak terbakar masih boleh disimpan sementara menanti sembuh boleh disambung semula. Ujian Allah tidak siapa mampu menahan. Semoga ada sinar di sebalik kegelapan seketika yang Allah berikan buat keluarga kami. Perancangan untuk kami sekeluarga berkumpul pada 26/27 November ini terpaksa dibatalkan atas nasihat Abah Din satu-satunya abang kami.
~~ Dugaan Allah ini semakin mendekatkan ukhuwah kami sekeluarga. Biarlah ketika ketawa dan menangis kami bersama. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang tidak kami sedari.~~
Saat kita sedfikit terleka, Dia segera mengingatkan kita....dan dalam saat mana pun Dia sebenarnya tak pernah lupakan kita...
ReplyDeleteUjian demi ujian yang kakcik terima pun akhirnya menyedarkan kakcik tanpa Dia siapalah aku...
kak, menitis juga air mata yang ditahan bila baca entry ini. sabar kak. semua dugaan ada hikmah yang tersembunyi. semoga anak buah akak dan adik boleh sembuh seperti sediakala.
ReplyDeleteselamat pagi kakzakie. semalam saya sudah membaca kisah Adik dan hari ini cerita duka lagi. Bergenang airmata saya, kak!
ReplyDeleteFaham perasaan akak dan Mama Leha tu sebab saya sendiri pernah mengalami situasai yg agak sama dulu. Suami pernah terlantar di hospital tak sedarkan diri dan adik meninggal ketika mengalami kemalangan jalanraya...
Semoga keluarga kakzakie dan kita semua diberi ketabahan hati utk menempuhi ujian Allah. Dan diampunkan segala dosa2 sama ada yg disedari ataupun tidak. InsyaAllah.
semoga akk & keluarga tabah & terus bersabar akan ujian dariNYA..
ReplyDeleteSemoga hikmah yg baik menanti...
Allahuakbar.. ada hikmah disebaliknya..
ReplyDeleteBetul tu, dugaan mendekatkan diri kita kepadaNya..
semoga anak buah kakzakie sembuh semula. Allahu beratnya dugaan. Anak kak pula semoga sembuh cepat adik.
ReplyDeleteMoga Haikal cepat2 sedar dari koma... baru tahu yg tempurung kepala ada bank khas utk menyimpannya...
ReplyDeleteInsya Allah, besar ganjarannya bagi mereka yg sabar dan redha dgn ujian dari Nya..
baru terjadi kisah adik tu, lg sekali kisah duka..
ReplyDeletesemoga anak buah akk tabah dgn ujian Allah ni..
Semoga kak zakie dan keluarga terus tabah dan sabar dalam menempuh dugaan yang menimpa ini...
ReplyDeleteALLAH.. dugaan..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan..
soursop tu mmg mhl kak skg..
dana baru dpt baca sambungan episod dua n episod ni, secara otomatik meleleh2 airmata baca kisah adik n anak buah akak... mmg bsr betul dugaan utk mereka...
ReplyDeletemoga adik n anak buah akak diberi kesembuhan n kekuatan menempuh kesakitan...
menahan air mata dari tumpah tatkala melihat gambar buah durian belanda tu.. ada kisah yang sangat sangat sedey berlaku.. sehingga melihat image durian belanda tu pun dah mula bergenang air mata.. mendongak muka tatkala baca nukilan akak... berharap supaya airmata tidak akan jatuh ke pipi...
ReplyDeleteSemoga akak sekeluarga tabah dan diberi kekuatan menempuh ujian ini.
ReplyDeleteBegitu kisahnya sehingga Kakzakie hilang dari alam maya sekejap...
ReplyDeleteSemoga anak buah akak, Haikal akan segera sembuh. Malang dah nak terjadi, memang sudah itu yang tertulis.
Tabahnya akak ni menghadapi dugaan satu demi satu. Mungkin juga dugaan ni untuk menyedarkan kita agar jangan terleka.
sabar ye kak.. itu semua dugaan tuh..
ReplyDeleteBenar kan kakzakie..
ReplyDeleteUjian itu lah yg menyedari kita dari terus terleka..
Allahu..
Tentu kemalangan itu cederu parah di kepala ya kak..
Semoga mama leha tabah dan redha dgn dugaan ini..
Kita tak tahu perancangan Allah..
Mungkin dgn koma tersebut merehatkan anak buah akak tu dari terus merasa kesakitan..
Semoga diberikan kesembuhan yg segera..
Buat adik juga..
Semoga cepat sembuh ye sayang..
Mahal jugak sekilo 22..
ReplyDeletedlu ayah ada jugak taman pokom durian belanda dekat tepi rumah..
tapi skrg dah xde dah..klu nak makan,kena beli..
ya Allah..kesiannya :)
ReplyDeletesemoga semuanya kembali seperti asal..
harapnya baik2 saja
Allahu kak. Moga Allah berikan kesembuhan buat anak buah akak.
ReplyDeleteSubhanallah kak...betul kak ujian ini sama seperti rezeki...tidak pernah silap,tidak pernah terlewat atau tercepat..cuma kita adakala seolah rebah bila ianya tiba-tiba..ujian juga Allah rahsiakan untuk menguji sabar hamba..untuk melihat redha kita padaNYA..moga akak..kakak akk,,adik dan anak buah akk terus tabah dan sabar...
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...kalau Allah nak bagi ujian kat kita mmg sekejap jer kn...kita sebagai hambanya ini hendaklah menerimanya dgn redha...mungkin ada hikmah disebalik semuanya...;)
ReplyDeletesemoga keluarga akak tabah & bersabar di atas dugaan...semoga anak buah akak pulih seperti sediakala...
ReplyDeleteSemoga kakak dan kakzakie tabah
ReplyDeleteBertabahlah dengan ujian Allah.
ReplyDeleteKesakitan itu penghapus dosa2.
Buah durian belanda sangat tinggi permintaannya sekarang kerana nilai herbanya.
Kami sahabat2 alamaya mendoakan agar adik dan ank saudara kzakie tu segera sembuh, segera sedar dari koma. Allah...mmg berat bahu nak memikul bila ditimpa musibah, kami hya mampu menghulur simpati dan doa. Tabahkan hati kak yea.Allah sayang.
ReplyDeleteSedih baca kish akak. Semoga dipermudahkan urusan akak dan keluarga anak buah dan diberi kesihatan yang baik. Ujian yang datang, tanda Allah sayang kepada kita.Banyakkan bersabar dan berdoa.
ReplyDeleteYa allah besar betul dugaan tu JM yang baca ni pun rasa ngeri bila part tempurung kepala tu..semoga mereka sabar dan tabah
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan dan harap mereka yang terlibat cepat sembuh. Harap bersabar dan berdoalah selalu.
ReplyDeleteAssalamualaikum warahmatullah..semoga akak sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteBerat mata kami memandang, berat lagi bahu akak sekeluarga memikul. Apa pun saya mendoakan agar akak sekeluarga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Allahu al-Musta`an
Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit.... Didoakan akak sekeluarga sihat dalam lindungan Allah selalu. Setiap ujian itu kita mesti redha walau pahit mahu diterima. Saya merasa empati dan dapat menggambarkan kesedihan yang menimpa hati seorang ibu apabila anaknya mengalami kecederaan. Sungguh Allah ingin menguji kesabaran dan redha kita. Saya doakan anak Mama Leha dan adik cepat sembuh dan baik dengan rahmat Allah SWT. Buah durian belanda sudah 5 tahun saya tanam, langsung tidak berbuah agaknya pokok jantan tu kak. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)
ReplyDeleteSetiap yang terjadi.. Pasti ada hikmahnya yang hanya Allah saja yang tahu.
ReplyDeleteMahalnya kak durian belanda..
Allahu akbar..... moga Allah memudahkan urusan kanda sekeluarga.
ReplyDeleteNgerilah kanda baca entri kanda ni. Dinda yg baca ni pun ngilu apatah lagi mak dia yg menghadap hari hari ye kanda...
Boleh tahan mahal jugak harga durian belanda rupanya
Allahu..
ReplyDeleteSemoga diberikan kesembuhan yg segera buat anak buah akak.
semoga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga hendaknya..
ReplyDeleteberat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Allahuakbar.
ReplyDeleteBerdebar saya membacanya.
Semoga Allah beri kesembuhan buat anak saudara akak ...
Syafakallah...
Innalillahi wainna ilaihirojiun...baru baca entry akak yang ni. Semoga keluarga tenang dan tabah menghadapi ujian yer kak. Saya doakan anak buah akak cepat sembuh. Anyways, husband saya kerja dalam RAPID tuh kak. Saya belum smpi sana lagi tapi cia cakap mamang jalan macam tuh la lepas tuh banyak lori kadang bawak laju. Huhuhu...seriau pulak dengar. Serah segala kepada ALLAH SWT. DIA lah sebaik-baik perancang.
ReplyDelete