Bukan saja buah yang belum masak dirosakkan olehnya. Pokok durian belanda / sour-sop yang baru mengeluarkan bunga pun menjadi mangsa monyet-monyet yang berkeliaran. Buah yang masih muda digugurkan begitu saja. Bunganya pula di petik. Mahu bersanggul dengan bunga durian belanda agaknya si monyet betina itu😀.
Bunga - Biarpun bunga berwarna kuning tetapi buahnya berwarna hijau. |
Ada juga kami bercadang mahu melaporkan kepada pihak perhilitan tetapi rasanya jika mahu ditangkap semua monyet yang berkeliaran di kampung kami, dua bas pun tidak muat agaknya. Selagi kami masih boleh bersabar dan boleh berkongsi kami biarkan dulu. Kasihan juga sebab habitat mereka sudah diganggu-gugat dek pembangunan di hujung kampung.
~~ Monyet sudah tentu tidak ada akal, tetapi bagaimana pula dengan manusia yang berakal adakah mereka tidak takut dosa? ~~
Banyak rupanya monyet2 nya ya kakzakie...
ReplyDeleteNakal sungguh ...bunga pun nk dipetik...teringat peribahasa bila kera dapat bunga.
Sayang ye kak zakie..
ReplyDeleteHabis diluruhnya buah2 muda..
Saya suka sangat buah belanda ni..
Kalau beli sekarang harganya boleh tahan mahalnya..
Arwah mak ada juga menanam sepokok..
Tetapi dah mati..
Dulu rajin sangat berbuah..
Sama juga selalulah berkongsi dengan si monyet ni buah-buahan..
Teringat arwah abah..
Boleh lagi cakap dengan si monyet ni
Bila monyet ni memetik betik tu..
"Ha tinggalkan untuk aku satu, kau ambil satu, ada dua yang masak tu"
Reti bahasa pulak monyet tu, diambil satu ajer..
Kami boleh ketawa mendengarnya..
Itulah kelebihan arwah abah juga..
Ada juga bercakap dengan ular,
"Kalau kau tumpang lalu, lalu jer yg nak apa-apakan kami",
Elok ular tu berlalu pergi kami yg ada kecut perut..
Betul tu kak..
Bagi yg manusia yg berakal tidak tahu ke berdosa mengambil barang orang tanpa diminta..
bila fikir balik, apalah salah monyet tu kan..diorng pun nak hidup jugak, tapi habitat dah diganggu
ReplyDeleteTeringat dulu2 duduk asrama selalu monyet bergayut gayut dekat pokok belaiang bilik sampaikan kadang kadang masuk bilik ambil makanan. Haha.
ReplyDeleteAllah Ya Hafiz Ya Muhaimin akak supaya dilindungi pokok2 akak
ReplyDeleteSAYANGNYA BUAH2 HABIS DIROSAKAN MONYET2...BEGITU MEMBIAK SEKALI MONYET2 NI SEKITAR PERTEMPATAN MANUSIA YA...LANGSUNG XTAKUT SEBALIKNYA KITA PULA YG TAKUT SEKIRANYA MRK MENYERANG KITA PULA.
ReplyDeletesedihkan kak bila tengok hasil tnaman begitu...diluar batas keterdayaan kita untuk mengawal..
ReplyDeletePokok durian belanda ke tu kak? Sedap buah durian belanda.
ReplyDeletedua buah bas tak cukup? memang banyaklah monyet tu...selagi monyet tak kacau penduduk okey lagi kan kak.
ReplyDeletebanyak tu kakakk kalau sampai dua bas pon tak cukup..
ReplyDeletekena lapor juga lah kakak demi keselamatan. nak nak kalu ada baby. risau pulak.. sbb pnh bca paper yg monyet bawa lari budak dalam buai tu dlu
sayangnya..buah durian belanda..sedap..
ReplyDeletebukan buahnya saja yang berkhasiat merawat kanser..tapi daunnya sekali..
ReplyDeletekat tempat ky pun monyit berkeliaran..habis tanaman jiran di rosakkan. mangga yg berpputik di petik di lemparkan kt rmh ky bersepah2..
cantik pula nampak bunganya tu
ReplyDeleteKat kampung saye memang jadi rebutan dengan monyet je ni
ReplyDeleteTempat kami pun kadang-kadang monyet ada juga datang melepak.
ReplyDeleteTapi angsa tak suka mesti bising alarm kat belakang.
sekarang ssh nk jumpa durian belanda ni..
ReplyDeletemsa arwah tok wan hidup dlu..dialah rajin tanam mcm2 jns tanaman..termasuk durian belanda ni.
Tak pernah tengok bunga durian belanda. Kuning warnanya rupanya. Sedapnya kanda kalau dah masak tu...
ReplyDeleteOhh durian belanda muda boleh digoreng ye. Baru tau...
Kebetulan SA ada rezeki makan buah durian belanda ni semalam..selalunya x dpt merasa sebab si monyet dh jamah dulu putik muda..sebab mak lang dan pak lang x kemana ada kat rumah jadi agak menjadi juga buahnya...
ReplyDelete