Friday, December 30, 2016

Cuti di kampung yang indah - 4

Menguji sejauh mana anak-anak tahu tentang pokok.


Sewaktu membersihkan kawasan belakang rumah di kampung bersama-sama semua anak aku bertanya kepada adik pokok di atas itu. Mudah betul adik berkata "Kari! gemuk betul pokok kari Cik No kan mama". Aku ketawa lalu Kak Meen dan Kak Reen ikut ketawa sama. Mahu menguji si kakak pula aku bertanya kepadanya. "Pokok pucuk manis." Kata Kak Reen. Tambahlah buat mama ini ketawa besar. Tanya pula pada Kak Meen "Itu macam pokok yang sebelah bilik sana." Bila mama kata pokok belimbing semua gelak. Pokok belum besar itu alasan yang diberikan.

Walaupun selalu balik kampung dan memetik buahnya, tapi bila buah belum ada mereka tidak tahu lagi. Jelas anak-anak ku tidak seperti aku dulu yang lebih alert berkaitan tumbuh-tumbuhan yang ditanam oleh almarhum bapak atau almarhumah mak.

~~ "Rugi kalau ilmu yang sudah di depan mata pun masih tidak mahu ambil tahu." Itu kataku kepada anak-anak.~~

34 comments:

  1. Proses belajar..hihihi...lucukan kak..tapi begitulah..adik sepupu PC tahi anak ayam yang sudah kering dikutip...katanya dinasour...

    ReplyDelete
  2. Samalah anak2 saya kakzakie...kata je duk kampung pokok serai lengkuas pun tak kenal.

    ReplyDelete
  3. hehe saya mula2 pun ingat daun kari td.. bila besarkan pic.. ehh bukan ni...memanjang plak daunnya tu..
    tp klu tanya depan2 ni mmg x kenal pun.hehehe

    ReplyDelete
  4. Hihihi
    Macam-macam perangai anak2 kan kak..
    Teringat saya kalau suruh budak2 tu mengambil daun kari dipasu..
    Selalu bertanya"mama daun kari yg daun dia yg banyak2 tu kan "?
    Begitu juga jika suruh ambil daun limau purut'
    "Mama, daun dia yg kembar dua tu ye?"


    Dah tengok daun belimbing tu sama macam daun kari kak..
    Tapi versi gemok-gemok subur bak kata adik tu hihihi..

    ReplyDelete
  5. Lhah kak, tulah bebudak sekarang, mana nak kenal, kalo belajar dari buku manakan sama proses belajarnya mcm kita dedulu. Usahkan adik, ank saya Iman yg umur 14 tahun tu disuruh amik daun pandan diambiknya daun lalang, dah pandan ngan lalang sana je naiknya, jenuh kena gi amik semula

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak.. begitulah proses pembelajaran. Dulu anak saudara saya yang tak dapat bezakan lengkuas dan halia.

    ReplyDelete
  7. hehe..saya yang dah besar panjang ni pun still confuse bab pokok ni.Siap cium dulu daun takut tersalah.Tapi takpe, keep on learning kan kak..

    ReplyDelete
  8. Akan datang, anak-anak lebih kenal buah daripada pokok itu sendiri kak.

    ReplyDelete
  9. hehe... pokok belimbing ye kak... tp anak bijak tahu pokok kari... harus diuji minda anak2 ni dgn pokok2... untung akak ada tanah bercucuk tanam blh ajar anak2....

    ReplyDelete
  10. KAK YG TINGGAL DI KAMPUNG NIPUN KDG XTAHU NAMA POKOK2 YG TUMBUH KELILING RUMAH APALAGI ANAK2 YG TINGGAL DI BANDAR YG TAUNYA SETAKAT POKOK2 BUAH R HERBA KEGUNAAN DAPUR SAJA...APA YG KITA TAHU KENA KONGSI DGN ANAK2 AGAR MRK LBH TAHU..

    ReplyDelete
  11. Pokok belimbing yea. Ada nampak macam ala-ala pokok cermai juga.

    ReplyDelete
  12. Saya pon tak tau sangat pasal pokok ni kak. Tapi tgk gambar tu tau la hpokok belimbing ☺

    ReplyDelete
  13. saya sendiri pun ta berap tahu pasal pokok lebih-lebih lagi pokok yang masih kecil ni.

    ReplyDelete
  14. tinggalan seperti pokok2 ni lah yang mengingatkan kembali memori org yang terdahulu..atau masa2 kecik

    ReplyDelete
  15. assalam kakak
    betul tu
    saya skrg pon kalau blk kg itu ini bagitau rania
    kadang rania sndiri tanya
    "ummi itu apa.."

    ReplyDelete
  16. Saya berkebun keliling rumah tapi anak dara bongsu saya tak kenal yang mana petola dan peria...saya ingat dia lawak rupanya betul. Dan yang lebih menydihkan dia tak kenal banyak nama sayur walaupun saya tanam dan dia makan selalu..

    ReplyDelete
  17. wow bestttnyaaa bercuti kat kg.. Mak dara takde kampung huhuhuh

    ReplyDelete
  18. tak kenal pokok, lebih kenal buahnya aja..hihi..

    ReplyDelete
  19. kena bawa anak2 gi lawatan taman herba utk mengenali segala species pokok la gamaknya..

    ReplyDelete
  20. akak pun sama Zakie..bukan setakat anak2 yg tak kenal nama2 pokok..maknya pun sama..

    ReplyDelete
  21. ehehehe kelakar jawapan masing2 tu...ye lah poko belum besarkan sukar untuk dikenali

    ReplyDelete
  22. sama jugak dengan anak-anak kaknoor
    pernah disuruh ambik daun kari untuk masak kari
    tapi bila dah ambik pokok belimbing buluh la pulak
    dengan yakin lagi datang bagi mama haha
    Itulah anak-anak kita masa ni kakzakie

    ReplyDelete
  23. Bab ni la yg selalu kita terlepas pandang..
    Mmg kna ajar dr kecik kan kak
    Kita yg mak2 ni pun terlupa gak huhu

    ReplyDelete
  24. husband sy kalau mintak belikan sayur yang 'pelik2' bagi dia, dia akan google dulu. kat pasar, konpiden ja tunjuk sayur yang dia nak. wakaka

    ReplyDelete
  25. Hehehe...biasalah tu saya pun masa umur remaja gitu pun tak tau :) .
    Ceremai pun pokoknya ada serupa dengan belimbing buloh kan.

    ReplyDelete
  26. Beruntung jugak masih ada kampung yang banyak pokok2 untuk dikenalkan pada anak2 kakzakie

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah, seronoknya bercuti dikampung.. Rindu bau rumput yang dipotong, asap yang membakar dedaun kering, bau ikan kering di atas penanggah...huhu..
    Mungkin generasi dulu kehidupan di kampung, berkitar di sekeliling pokok-pokok, jadi mudah untuk mengenali "itu pokok apa? ini pokok apa? Generasi sekarang ramai yang tinggal di bandar, atau di kampung yang sudah tiada suasana kampung. Pokok-pokok pun dah tak banyak, semuanya ditebang dan dinaikkan perumahan, macam kampung saya. Mungkinlah...
    "Tiba-tiba teringatkan kampung...."

    ReplyDelete
  28. hehe..lya y dh besar ni pom klo skali tgk mmg akan kata daun kari.. tp klo pegang n bau dia..blh tau lah daun kri k tak..

    hehe.. blik kg mcm2 jns pokok blh kenal n blajar

    ReplyDelete
  29. Budak budak sekarang mana biasa dengan pokok pokok mcm tu kanda.

    Mcm anak anak dinda, kalau tak ke taman herba, mmg tak terjumpalah mereka ni dengan pokok pokok mcm ni.
    Kanda adalah jugak kebun...

    ReplyDelete
  30. lbh kurang anak2 saya..dari yg sulung sampai yg bongsu..tak kenal daun/pokok/ulam..
    yg lelaki tu disuruh beli daun salad dibelinya sawi..disuruh beli bunga kobis dibawa balik sebiji kobis

    ReplyDelete
  31. Dari sekarang kena kenalkan tumbuh-tumbuhan pada anak2 kita kan..jangan sampai di ertawakan kalau x tau..anak dara SA pun macam tu jugak kak

    ReplyDelete