Musim cuti semakin ramai yang menjadikannya sebagai peluang untuk menikmati sebuah perjalanan untuk tujuan makan angin. Tidak kira makan angin di dalam mahupun di luar negeri/negara. Berbagai ragam kerenah manusia juga dapat kita lihat. Kita melihat mereka, mereka pula melihat kita. Adakah perjalanan itu mendapat kebaikan atau sebaliknya kita sendiri kena merenung dalam diri kita. Jika perjalanan yang berakhir dengan kemungkaran sebaiknya jauhilah tetapi andai kebaikan yang diperolehi bersyukur kepadaNya.
Gelap - Gelap. cerah, hujan dan panas semua adalah kehendakNya jua. Biarpun belum jam 4:00 petang tetapi dek kerana limpahan hujan yang lebat kelihatan bagaikan sudah menjelang senja. |
Reda & lega - Tiba di sini hujan kian reda dan kesesakan berkurangan. Lega terasa sehingga mampu untuk mengambil gambar signboard. Kami tidak singgah di sini sebab tidak dalam senarai destinasi. Sekadar menjadi laluan saja. |
Keluar - Cuaca kembali cerah sehinggalan tiba di JB. Dari jam 4:00 petang di Kedah kami tiba di di rumah jam 12:30 malam. Ada juga kami singgah untuk makan dan solat |
Sebuah perjalanan di dunia ada kalanya tersekat dan hanya mampu tiba di destinasi setelah melalui beberapa ujian dan ditempuh dengan kesabaran. Membeli dan meredah laluan banyak menggunakan duit hanyalah sebagai perantaraan. Adakah kita semua juga sudah bersedia untuk melalui perjalanan di dunia yang fana tanpa menempuh halangan? Semampu boleh kita pasti mahu perjalanan kita di sana dipermudahkan dan menemuiNya dengan hati senang. Bersama kita taati setiap yang diperintahkan dan tinggalkan segala kemungkaran.
~~ Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu.~~
Salam. Walau pun coretan kakak amat bersahaja, namun terselit peringatan yang sangat bernilai utk muhasabah diri yg lemah ini...tima kasih byk2.
ReplyDeleteSama-sama kitta manafaatkan sisa-sisa kehidupan kita ini dgn perkara yg memberi pahala bukan sebaliknya kan kakzakie, perjalanan didunia hanya sementra yg kekal hanya lah disana nanti
ReplyDeleteMuhasabah diri sendiri jugak ni
saya selallu berfikir pasal titian sirat ketika di padang mahsyar kak. selalu bayangkan rambut dibelah tujuh...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesemoga selamat perjalanan tu ye.. Amin.
^_^
moga selamat perjalanan akak ke mana pun akak pergi...dalam kehidupan ni memang banyak halangannya kan kak..cuma kita boleh hadapinya atau tidak
ReplyDeletePerjalanan yg panjang tuh kak..biar pun penat..pelbagai ragam ada..pengalaman yg sukar dpt kat mna2
ReplyDeleteBila melalui perjalanan yang hauh...beratus kilometer..terasa lelahnya..melihat ragam disana sini..dan kita salah satu juga wataknya di antara mereka..terbayang macam manalah nanti..di sana..
ReplyDeleteSalam Jumaat, kak..jauh driving dari utara ke selatan...Alhamdulillah, perjalanan smooth...
ReplyDeleteperjalanan hidup di dunia yang fana utk mencari bekalan di akhirat yg kekal..
Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan olehNYA. Banyak jugak tol kena bayar.. huhu..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...alhamdullilah sepanjang perjlnan dipermudahkan semuanya...masa cuti dilakukan dgn sebaik mungkin...;)
ReplyDeletensb tak jem ye kak....
ReplyDeletehehehe tulah nk wat camne jauh bebeno sampai tak ckp duit dlm kad yek kak
oo.. boleh bayar separuh-separuh ye kak.. baru tau..
ReplyDeleteJauh perjalanan kakzakie sekeluarga ya...Alhamdullilah perjalanan berjalan lancar hingga ke JDT.Kesesakan sebab cuti yang panjang agaknya kakzakie.
ReplyDeletefuhhh semangat tengok tok akak tu.. tapi, demi kampung halaman kita pejamkan mata kan kakak.. saya pun balik kampung minggu ni, anak2 dengan mak.
ReplyDeleteAda getar dlm hati saya kakzakie..
ReplyDeleteBila memikirkan utk titian sirat..
Adakah selancarnya..
Atau penuh liku..
Semoga dipeudahkan ye kak..
assalam kakak
ReplyDeletesalam jumaat
baru balik dari kedah ye. ke mana tu kakak?
bila memikirkan utk titian sirat..
termenung seketika..
terima kasih ats peringatan ini kakak
Perjalanan menuju ke kampung akhirat yNg kekal abadi.
ReplyDeleteJauh perjalanan banyak pengalaman.
ReplyDeleteSediakan seberapa banyak bekal untuk perjalanan kita ke sana.
selamat berhujung minggu...semoga perjalanan hidup kita lancar saja dari dunia hngga akhirat.
ReplyDeletecoretan akk bnyk kiasan yg indah dgn kata2..suka membacanya
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteMusim cuti sekolah begini memang sesak jalan raya dengan kenderaan yang berpusu-pusu. Inilah ruang untuk jalan-jalan bersama keluarga. Tapi yang tak seronoknya, lalu h/way mesti kena tol. Kan bagus kalu tak ada tol atau kadar bayarannya rendah...hehehe.
Apa pun moga kita sentiasa mendapat hidayah-Nya dalam menelusuri kehidupan ini, amiinn.
Assalammualaikum kak :) singgah sini rindu nak berblog balik.
ReplyDeletemoga akak sekeluarga sihat-sihat sahaja.
Salam kak zakie, singgah sini pagi ni. Kak dah balik ke? panjang juga jujukan kereta tu. Drive safely ya
ReplyDeleteGood of life reflection kak! sama2 mengigatkan. Kalau atas dunia dok sangkut kat jem. Tak tau la nanti oerjalanan kita kat 'sana' nanti. Seoga dengan belas ihsan ALLAH SWT. Kita semua dapat ke syurga nya ...Amin ya rabbal alamin
ReplyDeleteassalamualaikum kak,jauh perjalanan...luas pemandangan..moga semuanya lancar ye
ReplyDeleteerr akak g mana sebenarnya? hihihi
ReplyDeleteNasib jalan lengang ye kanda....
ReplyDeleteMood En papa pun jadi tak terganggu. Kedah tempat anak sedara kanda kawen ke?