Menuju destinasi makan angin bersama keluarga adalah suatu moment yang indah. Namun ada suatu yang kurang indah apabila sebaik tiba ke rumah. Memunggah semua barang dari kenderaan bersama-sama tetapi bila melihat pakaian kotor adalah suatu yang sangat kurang indah. Cara terbaik adalah esok paginya memunggah balik masuk ke dalam kereta dan bawa ke kedai dobi.
|
25 kg - Menggunakan dua mesin 25kg ini untuk mencuci semua pakaian kami. Nasib baik aku merupakan pelanggan pertama. Dalam beberapa minit selepas aku dan adik siap memasukkan pakaian ke dalam mesin satu-satu pelanggan lain tiba. Sungguh luarbiasa tidak sampai satu jam semakin ramai yang datang sehingga semua mesin penuh digunakan dan ada yang terpaksa menanti giliran. Untung betul empunya dobi apabila musim hujan dan cuti sekolah. Musim orang makan angin. |
|
Penuh - Siap mendobi balik tuang semua di atas katil penuh satu katil. Semua kena kerah sama-sama melipat pula. Tidak boleh bertangguh sebab aku letakkan semuanya di atas katil. Tapi bila tiga orang melipat dan susun masuk almari tidak sampai satu jam sudah selesai. Lega. |
|
Sesak lagi - Sementara semua anak ada dan mama cuti bawalah ke bank untuk tukar kad debit masing-masing. Masya-Allah ramainya umat manusia. Siapa sangka. Bau aroma peluh dan perfume berasak di dalam aircond. Tempat duduk sudah tidak ada lagi. Lihatlah Kak Meen dan adik sudah tidak tahan. Kak Reen maintain lagi. Dari jam 9:30 pagi sehingga jam 2:00 petang baru selesai. Adik punya tidak lepas sebab masih atas nama papa. Kena pergi dengan papa Jumaat ini. |
Biarpun nilai matawang RM sudah susut jauh berbanding SGD tapi aku dapat perhatikan masih terlalu ramai pekerja warga asing di tempat kita. Aku rasa sewaktu melangkahkan kaki masuk ke dalam bank 3/4 yang mahu berurusan adalah warga asing. Namun semua tidak mampu dibendung lagi. Anak-anak merungut juga sebab kami belum solat zuhor lagi. Bila balik rumah (rumah kami dekat saja dengan bank - tidak sampai 5 minit) tapi selepas solat kaki masing-masing sudah letih lalu tangguhlah niat mahu ke JPO.
~~ Nilai tukaran RM dengan SGD jika mengikut borang Kastam yang aku declare semalam 3.0970. Terasa kecilnya nilai duit kita.~~
Falsya pegi JPO last week..mmg ramai sesgt org especially org2 singapore..falsya dh terpikir nak text kakak sbb dh alang2 dh smp JPO..tp henfon falsya rosak..😔
ReplyDeleteKami pula, jk kuar daerah, pantang kain baju penuh beg, terus cari kedai dobi, cuci siap2, balik umah nnt goyang kaki
ReplyDeleteMusim cuti sekolah ni kak..hotel...dobi..malahan hospital dan klinik pun penuh kak(berkhatan)..kadang kita datang awal...tapi rupanya ada yang lagi awal..hihi..
ReplyDeleteNasib baik nieyl berdua je dgn asben..
ReplyDeleteso,baju tak byk sgt la..
so..masih lagi berjaya menahan nafsu pergi ke dobi..hahaha..
sama la..last week nieyl pegi pun ramai org...
asyik susut jer kak matawang kita, risau gak... beratur panjang la mendobi yer musim cuti ni...
ReplyDeletelamanya kak, dari pukul 9 sampai pukul 2 denganmacam-macam bau nasib abik tak pengsan... heheh.
ReplyDeletekalau nk mendobi sndiri ntah berapa kali lah kene memesin kan kak, pi dobi trs blh kering...
ReplyDeletecuti sekolah mmg sana sini sesak, time pg nk pegi keje je yg tak sesak kak, tgri ngn ptg, lagi2 ujung minggu sana sini sesak mcm apa...
Kakzakie....banyak nya kain baju :-)
ReplyDeleteTerfikir juga nak ke bank untuk buat card.. Tapi bila tengok rmai gini. Aih.. Rasa malas pula. Lebih rela bayar rm12 plus dari tunggu lama cmni
ReplyDeleteKesibukan dgn mcm2hal terpaksalah mendobi pakaian..sesekali gunakan perkhidmatan yg ada sekitar kita utk kemudahan hidup...ringgit kita berbanding dollar ad bgitu jauh mcm xpercaya boleh jadi gitu.
ReplyDeletekerana nilai wang yg semakin mengecil, suami sy tak mahu bercuti ke luar negara, sebab terasa ruginya.. huhuhu
ReplyDeleteNasib baik ramai yg tukang lipat...
ReplyDeleteKalau kat rumah saya, mahu berjam jam pula ambil masa nak melipatnya :)
Ramai skrang ni beratur nak tukar kad..
Nasib baik saya dah selesai urusan tukar kad ni...
Huwaa, mahalnya SGD...
Nani baru ni settle dah hal kad debit. Maybank guna online, muamalat mujurlah masa pergi tu tak ramai orang. Kalau dalam minggu ni memang bertabah aje lah kalau ke bank, memang penuh orang
ReplyDeletealhamdulillah saya tukar kad debit th lepas..dalam setengah jam dh setel
ReplyDeletetp Alia punya semalam pi bank..ada 180 org lbh dok beratur..dia balik mcm tu ja
pg ni kami pi bank sebelum pukul 8..dah ada lbh kurang 30 org dah dok beratur
bank buka 9.15 pagi..naik kebas kaki menunggunya
nasib baik pyukul 10 lbh dah setel..alhmadulillah
bila kami keluar bank..masih ada beratus2 lagi dok beratur kat luar..tu belum bersesak dalam bank..
Assalamualaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit....
ReplyDeleteUntung pengusaha dobi ya kak. Ramai yang guna perkhidmatan mereka. Ada juga kemudahan buat mereka yang tak ada mesin basuh besar di rumah. Saya pun tak rajin nak membasuh kalau pergi bercuti. Pandai-pandailah guna baju.
Saya fikir apabila hujung tahun tak ramai yang tukar kad debit rupanya kena menunggu 2 jam juga baru selesai walaupun proses penukarannya mengambil masa hampir 5 minit seorang. Apa pun, jika semua yang kita rancang selesai, hati kita jadi senang walau terpaksa lama menunggu.
Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)
pergi mana-mana pun sesak kak sekarang. tak berjalan adli lak nak jalan nak jalan...
ReplyDeletegotong-royong melipat kain baju, cepat selesai kerja...
ReplyDeleteAssalamualaikum kakzakie
ReplyDeleteSama lah sini wlaaupun tk jalan baju banyak je
Sbb ada lgi yg sekolah dan kerja
Tpi dh bgi tugas masing2 tklah terok sngt
Adusss,tdi nak gi kakak,teringat lak cmfrm beratur pnjang punya..sampai ke luar bank. .
ReplyDeleteBalik dri pasar tdi berderet org beratur, tak jadi terus...nor rela byr 12 hggt tu...sng online je,
Kalau nak elak sesak memang kena buat awal lah :)
ReplyDeleteBetul kanda....masa nak pergi bercuti tu mmg best, tp bila tang nak mendobi tu yg perit. Dahlah rumah tak de air huhu....tambah stress tau kanda.
ReplyDeleteKenapa kanda tak buat kat kiosk je, org cakap cepat siap tak payah mak beratur gitu.
Assalam. Kak zakie bercuti kat mana? Bestnya...tp balik kena bertungkus lumus mendobi ya...hehe
ReplyDeletehopefully next year nilai matawang kita kembali naik semula, inshaAllah
ReplyDeletecuti sekolah nih lagi la seriau kalau tak plan betul2.. harga semua confirm mahal.. huu~ kadang terfikir gak pasal matawang kita semakin teruk.. sedih..
ReplyDeleteCuti sekolah ni kain baju ank2 mmg banyak kan. Yelah kalo hari sekolah mlm je pakai baju rumah, ni pagi baju lain mlm baju lain, kejap je penuh baldi kotor.
ReplyDeleteSaya kalo balik terengganu pun hantar dobi juga.
Cuti sekolah ni kain baju ank2 mmg banyak kan. Yelah kalo hari sekolah mlm je pakai baju rumah, ni pagi baju lain mlm baju lain, kejap je penuh baldi kotor.
ReplyDeleteSaya kalo balik terengganu pun hantar dobi juga.
Di Turkey kak Zai hantar baju seminggu utk dicuci tak gosok berharga rm200. Terkejut beruk dibuatnya. Sudahnya Pakaian yg seminggu lg bawa blk ke Msia.
ReplyDeleteNi sbnrnya punca knpa mls nk tukar kad... Sesak sgt, x pe la bnyr pun dr la. Sbb masa tu lgi pnting bg Unni..Rm12 tu blh cri masa y lalu mn nk cari..
ReplyDeleteSamalah kita kak Zakie, kami pun baru balik Cuti-Cuti Malaysia tapi cuci di rumah sahaja sebab jarak jauh juga nak ke kedai dobi.
ReplyDeleteEmpat kali juga kena pakai mesin basuh untuk habiskan semua baju yang dah dipakai.
Hari ini ingat nak tukar kad debit, pergi bank ramai sangat orang.
Pergi ke kiosk pula berpusing-pusing panjang orang beratur.
Terus balik rumah buat secara online.
Cuma kena tunggu 21 hari kerja untuk sampai ke rumah.
Mmg begitulah setiap kali kita berjalan..bab nk cuci pakaian menung jap..byk tu kak..nasib baik htr dobi
ReplyDeleteNasib baik Nur dah tukar..time 2 org tak ramai lg..skrg jgn ckp..berjam2 menunggu..stress kan
masing-masing pergi bercuti...target lepas bercuti macam ni lah..
ReplyDeletepsst.. saya tak pernah guna dobi layan diri..
xnk sesak kat dobi mencuci sdri la kitee..
ReplyDeletemslhnye pula masa tu...huu agk kurang kan
Ramai tu org nak basuh baju. Kalau kat bangi ni kak, banyak betul kedai laundry.
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...yer la skg ni ramai yg sibuk nak tukar kad ATM yg baru...nasib baik mas dah tukar awal2 hari tu kak...:)
ReplyDeletehihihi. betul tu kakak mmg untung buat dobi self servis gitu..
ReplyDeletebersusun susun org guna..
Xpernah mendobi di kedai lagi.
ReplyDeleteMasih mampu buat sendiri.
Akak...
ReplyDeletesama lah situasi kita.
bengang Q lama - rasa nak give up sebab belum zohor lagi.
lebih geram lagi masa sampai kaunter - dimaklumkan yang kena tukar hanya debit card.
yang guna ATM card tak payah tukar kalau tak nak.
hadoiiiii ... geramnya rasa