Friday, January 13, 2017

Allah mengasihi setiap hambaNya

Semalam tidak makan seharian seharusnya diteruskan untuk makan sedikit hari ini, barulah beroleh banyak kebaikan. Boleh juga dikurangkan lemak yang singgah. Tetapi sebaliknya lihatlah apa yang aku bawa bekal hari ini. Bagaikan untuk makan dua hari. Seandaikan boleh dikirimkan kepada saudara kita, pelarian etnik Rohingya pastinya mereka akan makan berkongsi ramai-ramai. Subhanallah.

Sarapan 
Makan tengahari
Buah dengan aku susah berpisah itu yang susah mahu kurus
Minum petang
Sebenarnya sejak Kak Reen bekerja aku semakin gigih balik menyediakan semua ini bagai masa anak-anak bersekolah rendah dulu. Selalu juga Kak Reen berkata "Mama tak payahlah susah-susah nanti Reen buat sendiri". Tapi aku bagaikan tidak percaya kalau tidak disediakan belum tentu dia akan bawa bekal semua ini. Membeli di tempat kerjanya tahulah tempat exclusive memanglah mahal. Sebab itu aku bawakan dia bekal setiap hari. Gaji pun tidak sampai dua ribu mana mampu kalau makan di tempat exclusive begitu. Kalau ada warung bolehlah juga.

~~ Sungguh Allah masih mengasihi kita yang tidak pernah kebuluran. ~~


33 comments:

  1. Sedap2 menu2 akak tu..
    Saya pun dah mula bawa bekal..
    Sejak nabil bersekolah kat tempat lain..
    Dia pun tak suka ke kantin tu..
    Secara tak langsung saya pun bawa bekal..
    Tambahan harga mkn tghri ni dah mahal..
    Ambil sayur dan ikan pun RM8++

    Ohh kak reen bekerja dimana kak..
    Dimahkamah ke..

    ReplyDelete
  2. bestnyer kak reen bawa bekal yer... tambah2 mak yg sediakan

    ReplyDelete
  3. menarik semua menu tu kak...

    betul tu..kalau bawak bekal..selain jimat..kita tau mmg kebersihan terjamin berbanding kedai2 makan...

    ReplyDelete
  4. sarapan pagi dah naik 5 kilo, belum campur lunch lg..berkilo2 naik hahaa

    ReplyDelete
  5. bertuah anak2 kakzakie ni tau, dah kerja pun mamanya masih nak bekalkan makanan.

    makanan bekal tu lebih selamat dan bersih daripada membeli ya kak.

    ReplyDelete
  6. betul la kak, tempat kerja sy ni pn exclusive...jenuh hri2 makan mesti rm20 utk lunch shja, klu nk mkn murah, kne kluar sket...huhu

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..beruntung anak2 yg punya ibu yyg prihatin tentang keperluan mereka..dibekalkan makanan yg berkhasiat..yg pasti dapat menjimatkan bajet..

    ReplyDelete
  8. sy terliur tengok sotong tu rasa nak makan sotong pulak hehe

    salam jumaat

    ReplyDelete
  9. rajinnya akak masak, sarapan lain makan tengahnya hari lain.
    Sedap nampak mee goreng akak tu.

    ReplyDelete
  10. Untuk anak2..sekali untuk mamanya..alhamdulillah..naluri ibu kan kak..

    ReplyDelete
  11. Hati seorang ibu - sentiasa memikirkan keperluan dan keselesaan anak-anak...

    ReplyDelete
  12. Sayapun sama kak zakie, setiap hari bawa bekal, biarlah org nak kata kedekut ke apa? Janji dapat alas perut & save bajet/masa ++

    ReplyDelete
  13. Sayapun sama kak zakie, setiap hari bawa bekal, biarlah org nak kata kedekut ke apa? Janji dapat alas perut & save bajet/masa ++

    ReplyDelete
  14. kalau blh bawa bekal itu lg bgs kan kak..

    ReplyDelete
  15. sedapnya bekalan puan buat...selain jimatkan, air tgn ibu paling penting...heeee..bersyukur kita masih dapat makan selazat ini...

    ReplyDelete
  16. Bekalan yg dibawa mengenyangkan perut seharian itu..berkat rajin sediakannya baik utk kshtn

    ReplyDelete
  17. Kasih seorang mama. Beruntung Kak Reen dapat mama macam kak zakie.

    Saya pun kalau belajar dekat dengan rumah, pasti mak saya pun sentiasa nak bekalkan saya makanan. Tapi belajar jauh sket dari umah. Kenalah beli aje. Nak buat sendiri memang tak sempat. Huhu.

    p/s: Kak zakie.. blog saya yang dulu dah tak ada. Tu yang follower memang sedikit aje tu, sebab blog baharu. =)

    ReplyDelete
  18. Saya pun siapkan bekal mkn tghari utk ank yg keje sementara tggu result tu, dpt juga berjimat sikit, kalo nk beli setiap hari alamatnya duit gaji habis semua.

    ReplyDelete
  19. untung jadi Reen sebab ada bekalan bawak ke tempat kerja hari2.

    ReplyDelete
  20. lengkap bekal akak..dari breakfast sampai minum petang..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  21. masa bekerja dulu saya selalunya membawa bekal sebab memang pagi2 dah biasa memasak untuk hubby & anak2...jimat belanja.

    ReplyDelete
  22. Kagum acik dengan kakak..memang rajin sungguh sediakan bekal

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah kak masih sihat utk masak utk anak2 kan.

    ReplyDelete
  24. Saya pun dah dapat penyakit siapkan bekal untuk semua setiap hariii ;)

    ReplyDelete
  25. Syukur Alhamdulillah.
    Elok ada buah tu Kak untuk kesihatan diri.

    ReplyDelete
  26. amboi sedapnya makanan-makanan ni kak :D

    ReplyDelete
  27. bawak makanan sendiri bagus .. halalan toyyiban.

    ReplyDelete
  28. sedap bekalan akak...saya pun dah bawak bekal sebab anak-anak sudah ke sekolah..dia orang nak bekal dari rumah..lagipun lagi jimat bawak bekal..

    ReplyDelete
  29. bawa bekal lebih jimat yg penting kebersihan terjamin. nak nak air tangan mama pulak..

    ohh kak reen dh kerja ye. tahniah

    ReplyDelete
  30. Kanda masak pagi pagi ke? Rajinnya lahai kanda.
    Tulahkan kanda....zaman serba mahal macam ni, nak simpan duit kenalah berjimat cermat.
    Lega dah ye kanda, anak dah bekerja.

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum kakzakie...betul tu kak...kekadang anak mas pun mcm tu juga..mmg ckp nak buat tapi lastnya x buat...kita sebagai mak2 ni mmg x sampai hati nak biarkn..mesti nak juga siapkn bekal anak utk dibawa ke tempat kerja...

    ReplyDelete