Sebaik menutup pintu kereta dan memicit remote kereta, tet! kereta terkunci aku melangkah ke hadapan, tiba-tiba pak guard berlari datang menghampiri aku. Memandangkan biasa aku adalah orang pertama masuk ke pejabat sudah pasti aku dapat merasakan pasti ada sesuatu yang tidak kena. Satu-satu diceritakan kepadaku bagaimana sebelum subuh, sosok tubuh seorang lelaki melompat dari tingkat dua (pejabat kami) menuju dan memanjat keluar pintu pagar. Seberkas kunci tercicir ada dikutip pak guard.
Masuk ke pejabat seperti biasa aku memberi juga salam walaupun tiada sesiapa "Assalamualaina wa'ala ibadillahissoliin". Kemudian membaaca juga surah Al-Ikhlas sambil mata terus melihat sepahan fail-fail di atas lantai. Laci-laci berserakan. Tingkap banyak yang ternganga. CCTV sudah tidak berfungsi. Talian telefon termati tetapi talian fax masih berfungsi. Laci meja aku terkopak. Album setem aku berserakan di atas lantai. Sedih. Apa yang aku risau duit SGD untuk GST dari customer aku semua aku letak saja di atas meja. Maha kaya Allah tidak disentuhnya semua dokumen di atas meja. Mungkin kerana dokumen GST itu aku masukkan di dalam sampul courier DHL kelihatan bagaikan kertas biasa. Dia tidak tahu setiap helai GST copy belakangnya aku kepilkan sampul surat berisi cash SGD. Selamat!
Kemudaian aku menuju ke meja kerani akaun aku. Berserakan. Sampul-sampul duit berwarna merah untuk diagihkan kepada staff sempena Tahun Baru Cina dibuka satu-satu. Sungguh bernasib baik sebab duit belum kami masukkan lagi walaupun sepatutnya sudah dimasukkan minggu lepas. Lebih bersyukur, boleh pula kerani aku itu membawa balik cash-box kerana kami baru memberinya petty cash untuk dikira dan diagih sebelum dimasukkan ke dalam sampul duit tersebut. Bermakna cash money juga selamat.
Bincang-bincang, lihat keliling akhirnya kami tahu pencuri itu tidak dapat apa-apa pun dari pejabat kami. Main switch untuk CCTV dan telefon saja yang ditutup. Oleh itu bila di on semua kembali pulih. Hanya kerosakan pada roofing, ceiling, tingkap dan meja-meja kami yang rosak. Sehingga kini laci meja kami semua terlopong bahagian atas. Tidak perlu dikunci lagi. Tunggulah untuk dibaiki atau kalau tidak pun biar sajalah.
DHL - Di dalam sampul DHL inilah semua SGD itu aku simpan dan hanya terletak begitu saja di atas meja tetapi alhamdulillah Allah tutup hatinya untuk membuka sampul ini. |
Bincang-bincang, lihat keliling akhirnya kami tahu pencuri itu tidak dapat apa-apa pun dari pejabat kami. Main switch untuk CCTV dan telefon saja yang ditutup. Oleh itu bila di on semua kembali pulih. Hanya kerosakan pada roofing, ceiling, tingkap dan meja-meja kami yang rosak. Sehingga kini laci meja kami semua terlopong bahagian atas. Tidak perlu dikunci lagi. Tunggulah untuk dibaiki atau kalau tidak pun biar sajalah.
~~ Alhamdulillah kami masih diberi perlindungan Allah.~~
alhamdulillah kak, mungkin kerana doa pendinding kak yang ada amalkan
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletealhamdulillah..Allah maha mengetahui..
ReplyDeleteKiranya penyamun tu gigit jari lah ya kakzakie...Alhamdullilah,syukur semua nya selamat.
ReplyDeleteAllhamdulillah... Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin yang maha menjaga dan yang maha melindungi....
ReplyDeleteNampak gayanya pencuri terlatih ya. Allahumma antassalam.
ReplyDelete.
Kak zakie purvit bacalah doa ummu salamah.
.
Insyaallah Allah akan ganti dengan lebih baik.
Allahumma urjuni fi musibati
Wa akhlifli lhairan minha 😉
.
Insyaallah
Alhamdulillah..semuanya selamat..
ReplyDeleteAlhamdulillah kakzakie..selamat semuanya..cuma yang terkopak dan bersepah tu yang kita kena lebih kerja..acik pernah alami 2 kali..selepas polis datang selesai semua baru boleh kemas.
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat apa yg patut yeaa...
ReplyDeleteAlhamdulillah kak...
ReplyDeleteTerkejut bila baca tajuk, tapi lega bila dah habis baca entry..
Alhamdulillah nasib baik tak ada yang hilang. Pejabat pun ada orang nak pecah masuk
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanye selamat....sekarang ni macam macam jenayah kan...moga akan sentiasa dalam peliharaan dan lindungan ALLAH
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya selamat! Risau kalau berlaku kehilangan duit tunai dan barangan berharga yg berada dlm t/jwb ya kak. Saya pun selalu juga pegang cash yg banyak.
ReplyDeletealhamdulillah kak...nasib lah takde ape2 yang serius...sekarang ni penjenayah ada dimana-mana...risau pulak
ReplyDeleteAlhamdulillah...selamat semuanya.
ReplyDeleteTakutnya skrg ni..
pandai pencuri tuh aim ye, mentang2 pejabat akak ownernya cina, msti dh siap2 angpaw kan... mmg dh rezeki tertulis ye kak... takde rezeki buat pencuri tuh...
ReplyDeletesyukur duit di atas meja akak tak di usik, klu tidak raya sakan la dia
Syukur Alhamdulillah....
ReplyDeletetiada apa² barang berharga di ambil...
Allah maha besar kan...
setiap yang terjadi ada hikmahnya...
Alhamdulillah... Allah juga yang menutup mata dan hatinya...
ReplyDeleteKadang2 mudarat kecil ditimpakanNya utk beringat agar dpt mengelak mudarat yg lebih besar di masa hadapan.
ReplyDeletehrp si jahat tu tak bca blog akk sbb akk bg ino juga ni.. hehe
ReplyDeleteYA ALLAH..berderau darah saya membacanya kak zakie..geram ada,marah pun ada..tp padan muka dia jugak..satu apa pun tak dapat.
ReplyDeleteAlhamdulillah, masih punya rezeki dan dilindungi oleh Allah S.W.T.
ReplyDeletealhamdulillah.. bukti kekuasaan Allah.. berkat tawakal dan amalan kebergantungan kita padanya..
ReplyDeleteAlhamdulillah... tak ada yang hilang.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. ofis akak masih lagi dilindungi
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur tiada kerugian besara yg dialami...Allah melindunginya.
ReplyDeletebesar dugaan tu tapi alhamdulillah selamat semua.
ReplyDeleteAlhamdulillah takde pape yg hilang
ReplyDeleteAllahuakbar..tapi apa pun alhamdulillah takde yang hilang dan tiada orang masa kejadian.
ReplyDeletealhamdulillah, tidak banyak kerugian yang dialami tapi cukup memberi kesan supaya selepas ini kena lebih berhati2
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat. Macam-macam boleh berlaku sekarang ini.
ReplyDeleteNasib baik selamat semuanya..kesian pencuri tu, cari apa agaknya kan huhu.
ReplyDeleteSelamat yang berganda. Frustlah pencuri tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur...Allah itu sebaik-baiknya pelindung...siapa pun dia doakan moga berubah sebelum masanya tiba..
ReplyDeletealhamdulillah syukur
ReplyDeletetiada yg hilang kan.
Allah sebaik baiknya pelindung
Alhamdulilah tak ada yg hilang. Berkat doa staff staff yg selalu berdoa agaknya kanda....
ReplyDeletelega bila semuanya ok... Nasib baik juga Pak Guard tak ada apa ap
ReplyDeletePejabat pun nak dirompak kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah...berkat doa2 yg ikhlas dr org2 yg bekerja mencari rezeki di situ
assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah nasib baik semuanya okay...kena berhati2 juga kn...
ReplyDeleteAlhamdulillah semua ok.. Akak..!! Apa kabar? Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah..
ReplyDeleteAlhamdulillah kak xde pe2, mesti pencuri tu menyesal masuk x dpt ape2. Semoga Allah lindungan akk sekeluarga.
ReplyDeleteAlhamdulilah kak zakie...Allah lindung rupanya...subhanaAllah
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat semuanya kan kak. Semoga ofis akak mendapat lindungan Allah sampai bila2.
ReplyDeleteSyukur xde apa yang hilang..harap lepas ni takde lagi perkara pecah opis ni berlaku
ReplyDeleteSyukur Allah masih melindungi.
ReplyDeleteBerkat bertugas dengan jujur dan ikhlas semata2 untuk mendapat keredhaanNya
Lega mendengarnya.. frust la pencuri tu kak ':)
ReplyDelete