Punyalah gigih Kak Reen mengumpul setem untuk mendapatkan diari comel tokidoki. Bermula dari akhir tahun lepas sudah mula membeli kudapan/jajan yang yang mana bila membeli itulah akan mendapat setem. Untuk memenuhi ruang itulah dia membeli lagi dan lagi sehingga memenuhi ruang setem yang ada. Setiap kali lalu di depan 7eleven dibelinya kudapan yang memberi setem tersebut. Malam minggu lepas penuh semua ruang. Pagi ketika menemankan mama untuk membuat physiotherapy di hospital singgah untuk menebus diari yang diidamkan.
Diari 2017 - Inilah diari yang diidamkan olehnya |
Buku - Bagikan buku exercise sekolah biasa pada mama. Cuma sebab design kulit yang tebal. Itu sajalah yang menariknya. |
Saban tahun sebenarnya mama memperolehi banyak diari dan kalendar yang diberikan oleh supplier, forwarding agent, syarikat insurance, bank dan sebagainya. Tetapi tahun ini amat terasa kurangnya berbanding tahun-tahun lepas. Amat ketara semua organisasi telah mengurangkan apa juga kos yang boleh dikurangkan. Tahun 2017 ini bagaikan kita akan melihat bermulanya keperitan ekonomi kepada siapa juga jika tidak berwaspada. Paparan akhbar bukan berbahasa Melayu sering memaparkan isu ini berbanding akhbar kita yang lebih kepada hiburan, kemalangan dan bencana alam. Bencana ekonomi mungkin kurang menarik perhatian pembaca akhbar bangsa kita atau mungkin wartawan kita yang kurang berminat membuat liputan itu.
~~ Diariku biasa penuh dengan catatan berkaitan kerja saja.~~
Comel cover diary kak reen ,tentu sayang kan sebab susah nk dapatkan tu
ReplyDeleteBetullah kakzakie,suami saya pun tahun ni tak dapat diary dari pejabat nya sebab stok kurang...kena beli sendiri utk mencatat hasil2 kerja.
Alhamdulillah kak reen dan dapat diari idaman dia..
ReplyDeletehihi...rajin Kak Reen dgn benda2 macam ni ya. Selalu jugak saya nampak iklan tu di 7-11, tp pandang aje lah sbb tak minat.
ReplyDeletekalau KakZakie perasan bukan setakat diari saja, pemberian kalendar juga dah kurang dari supplier dan kedai2, kan. Cukup susah betul nak dapatkan kalendar sekarang ni.
cantik diari ni kak... suka tgk benda2 kreatif nie... sy pun lum ada diari thn ni, kt ofis dh tak provide jg...
ReplyDeletecomel cover tu kak. aktiviti menampal camni memang seronok juga buat kadang2
ReplyDeleteDulu kecik2 makchaq pernah simpan duit dengan kumpul stem. Beli stem lekat kat kad, dah penuh boleh masuk simpanan di pejabat pos.. tapi nak penuh 1 kad pun bukan main lama... padahal rm2 je... susahnya nak kumpul rm2 dulu2..
ReplyDeleteSebulan pun tak dapat kumpul rm2..
Tengok kegemaran dan kesukaan kakReen ni... sah la dia masih anak mama... manja ja gayanya nak diari tokidoki..😘
betul kalender sampai kene pegi beli..sedangkan dulu buang-buang punya dapat banyak.
ReplyDeleteassalam kanda zakie
ReplyDeletelamanya ucu tak singgah di laman ni..maaf ye sewang kat rumah pun masih banyak..azam juga tahun ni nak tulis dan menulis taip memeadailah di ruang kecik ini ...Diary sekadar urusan opis je...tahap kemalasan je menulis pakai pen dan kertas ni. kalu note kat talipon pintar ok tak??
alala comel benor bukunya..
ReplyDeletecomel betul cover diari tu.. hihi
ReplyDeleteComel diarinya, patutlah bersungguh nak dapatkan :)
ReplyDeleteCantik dairi adik dapat.
ReplyDeleteRasanya akhbar kita memang di"suruh" begitu akak.
bagi tak nampak semua tu.
Kasihan kat rakyat sekarang ni.
cut kos di mana-mana.
Barang naik aje.
Bersabarlah.. itu aje yang mampu dibuat sebagai rakyat biasa.
Assalam Kak Zakie..
ReplyDeleteOpis ni pon sama gak kak. Langsung tak dapat diary. Belanja berhemah katanya. Peruntukan kurang.. so mana2 yang boleh dijimatkan.. akan dijimatkan. Termasuklah diary.
Sebelum ni berlambak2 dapat. Sampai ada yang tak diguna langsung. Tapi kalau dapat pon.. tak lah nak tulis apa pun.. isinya hanya pasal mesyuarat projek.. hehe
alahai...rajinnya....
ReplyDeletenieyl pun rajin..tapi berangan je la...
buat nyer x pernah pun..hihihi
Comelnya diari tu patutlah kak reen minat sgt...ya benar tu akbar n tv kita asyik dgn kisah kstabilan ekonomi yg diulang ulang sdg rakyat biasa yg tertekan.
ReplyDeletePatutlah gigih kak reen kumpul sticker tu. Comey ngat diarinya. Dengan colorful lagi. Hehe :)
ReplyDeleteamboii comey nyaa cover diari :D
ReplyDeletecute je diari tu..cam saya juga..
ReplyDeletesering kalah dengan cover buku atau dairi menarik..hihi
betullah kakzakie. awatlah depa takut nak bagitau hal sebenar kat kaum sendiri. setidak2nya kita tak lupa..tak lalai..tak boros berbelanja..
ttg kalendar tu..haha, saya pun tak dapat lagi sampai la. saban tahun dok mengharap ehsan en suami..tapi tahun ni dia kata langsung tak dapat satu pun. hmmmm
tak habis kutip lagi pelekat dari 7eleven ni, tapi nampak gaya macam dah putus harapan dah..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah kak Reen..dapat juga diari comel tu ya...kak itu mungkin salah satu azam kak Reen untuk tahun 2017 la..syukur...
ReplyDeletebagusnya, semangat demi diari comel . salam perkenalan
ReplyDeleteSemangat dia nak dapatkan buku diari tu.
ReplyDeleteGunakan semangat seperti itu untuk berjaya dalam hidup.
Kipidup.
Betul Zakie...abang selalunya dapat banyak calender dari supplier barang yang dihantarnya. Tapi tahun ni sampai masuk tahun baru satu kalender pun tak ada dirumah. Masa pi update buku bank tanya kerani kat kaunter tu ada kalendar tak. Dia jawab..tahun ni buat sikit ja kak....ha, bank pun tak dak duit juga ke? hehehe....nampak sangat tenatnya ekonomi kita tapi 'depa' duk kata persepsi saja tu.....
ReplyDeletesamalah..company saya tak bagi kalendar tahun ni. Nampak sangat potong budget
ReplyDeleteYelah kanda....zaman keje dulu mmg banyak kontraktor bagi kalender dengan diari ni, kadang tu sampai tahun depan pun masih kosong.
ReplyDeleteBiasalah kanda, remaja katanya, benda benda comellah macam nilah diaorang suka.
Ya, kak. Tahun ni mmg terasa kurang kelendar dan diari. Kalo tak tu, suami sekali bwk balik 2,3 biji smp tk terguna.
ReplyDeleteBetul la kak, akhbar kita tkde pun nk bercerita pasal keperitan ekonomi sekarang, kita ni dikaburi cerita2 yg ibarat penglipur lara menutup duka semata..
tak per Kak Zie, ini mengajar mereka untuk berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeletebagus, kagum dengan usaha dan kegigihan untuk mendapatkan diari tersebut.
Saya pun kurang dapat kalendar dan diari tahun ni, betullah tu semuanya mahu save cost. memang ekonomi negara kita di tahap yang tidak berapa baik (bahasa lembut). Tapi org kita masih tidak sedar maklumlah duk khayal dengan laungan2 yang menyedapkan hati. Akhbar2 pula menyajikan isu2 yang memalingkan daripada pandangan realiti yang berlaku sekarang. Iss, kang kate politik pulok hehe...
dah bape kali asyik hilang je..tak sempatlah nak dapat diari tu...rajin kak reen.
ReplyDeleteSetuju dengan akak banyak company dah buat dasar jimat cermat.
ReplyDeleteDi office Mrs. A pun sama, diari setakat office punya. External parties takde.
Calender kuda pun dapat dua jer... buah limau ada dept dapat ada yang tak dapat. :-(
comel tokidoki..
ReplyDeletePengumpul setem n dpt diary..bestnya...
ReplyDeleteBencana ekonomi tak boleh dibincang dlm dada akhbar..
ReplyDeleteTakut mengundang "public panic" - agaknya lah!
cantik buku diari kak reen..betul tu kak, di tempat kerja ema pun semua bajet dah dikurangkan..
ReplyDeletecomel diari tu
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...cantik diary tu...:)
ReplyDeleteMuka dpn diari tu kot yg mnarik..tu yg gigih kumpul setem..
ReplyDeleteSangat2 terasa kak kegawatan ekonomi bg peniaga macam kami..
ReplyDeleteSangat2 terasa kak kegawatan ekonomi bg peniaga macam kami..
ReplyDelete