Monday, January 23, 2017

Umat Muhammad di akhir zaman

Forum bersempena bulan rabiul-awwal malam Ahad yang lalu menjentik banyak hati-hati kami sebagai jemaah malam itu. Kupasan yang dibawa oleh ustaz-ustaz jemputan kami bukan saja membuka kedua mata kami bahkan juga mata hati kami dengan seluas-luasnya. 

Isu fahaman mazhab yang berbeza sehingga mampu memporak-perandakan silaturrahim sesama umat Muhammad kian menjadi-jadi. Pertelagahan bukan saja dikalangan rakan-taulan, keluarga, di dalam rumah ibadah bahkan menular sehingga ke media alam maya. Contohnya masalah letak tangan selepas takbiratul-ihram. Ada yang mengatakan terbaik letak di atas dada. Ada juga kata letak di atas pusat. Ada juga yang kata tidak perlu letak tangan di atas. Semua ini kalau kita perhatikan boleh dilihat ketika kita berada di masjidil-haram atau masjidin-nabawi. Mengapa isu remeh ini yang disibukkan. Letak tangan mana pun tidak menjadi masalah. Tapi yang menjadi masalah sebenarnya kaki. Tahu mengapa dikatakan kaki yang jadi masalah. Sebab sebaiknya bawalah kaki itu bersolat di masjid bukan di rumah (bukan bermakna solat di rumah tidak boleh tetapi ganjaran solat di masjid 27 kali ganda). Letak tangan selepas takbir itu tidak menjadi masalah. Sebaik ustaz berkata demikian sudah pasti ramai jemaah yang tergelak dan menggangguk setuju akan kebenarannya.

Umat Islam hari ini kian tercabar dan dicabar keimanannya. Mereka yang dikatakan ilmuan tapi ada kalanya bila godaan syaitan tidak dapat ditangkis dengan hal yang sedikit mampu menjerumus ke lembah hina. Seorang agamawan yang telus pun boleh dipersendakan hanya dengan hujung jari sehingga akhirnya kerjaya disandang terjejas. Contohnya seorang ustaz yang gigih berdakwah memberi contoh cara bersyukur kerana dikurniakan rezeki dengan mencium buah epal. Tetapi bila keluar gambar di alam maya gambar ustaz mencium gambar wanita. Semua ini tidak mustahil di era zaman ini apa pun boleh dilakukan janji mendapat kepuasan. Dosa pahala semua tidak menjadi soal. 

Jika mahu dikupas isu umat Muhammad di akhir zaman terlalu banyak hingga ada kalanya bagai menggugat keimanan yang terlalu nipis. Berlai-lari ke sana-sini saban hari sambil dalam hati berfikir akan bertaubat tahun hadapan. Tahun hadapannya begitu juga azam dibuat. Akhirnya azam dari usia belasan tahun berpanjangan sehingga usia pencen. Bila pencen dengan kudrat sudah tidak segagah dulu mahu membuat ibadah berlebihan sudah tidak mampu. Akhirnya ketika izraeil datang menjemput roh menjerit mohon dikembalikan kerana terasa bekalan belum mencukupi. Allahurobbi!!
Forum - Ustaz-ustaz inilah yang menyampaikan tazkirah di malam tersebut. Lontaran suara ustaz Datuk Dr. Izhar dan Ustaz Mohd Rifqi tidak perlu dipertikai. Khusyuk para jemaah sehingga suara anak-anak kecil juga tidak kedengaran. Semua tekun mendengar dari awal hingga akhir. Ustaz Mohd Rifqi merupakan ustaz yang mendapat anugerah Maal Hijrah Johor pada tahun lepas. Ustaz Dr. Izhar siapa pun kenal manakala Ustaz Luqman merupakan ustaz di Jab. Agama Islam Johor dan selalu memberi tazkirah kami selepas solat maghrib.

~~ Ilmu, musyawwarah dan taqwa tiga yang perlu ada dalam diri kita semua sebagai umat Muhammad di akhir zaman. Moga kita menjadi umat yang mendapat syafaatnya. Allahumma solli 'alasayyidina Muhammad.~~



24 comments:

  1. Bila yang bergelar ilmuwan tidak dapat memberi contoh ikutan, yang kurang ilmu lagilah terkapai-kapaian...

    ReplyDelete
  2. akhir zaman, umat Islam bagaikan buih2 di lautan...

    ReplyDelete
  3. semoga kita termasuk umat yang bersyukur dan selamat

    ReplyDelete
  4. Allahu..
    Semakin bergetar jiwa saya kak zakie..
    Apa kah telah cukup amalan..

    Betul tu kak..
    Yang penting solat dengan ilmunya...
    Yang remeh tidak perlu dipersoalkan..

    ReplyDelete
  5. Bila hati mula mati..ulamak pun sanggup dipersenda kak..ngeri melihat senario sekarang ni..moga Allah bantu kita dalam usaha petbaiki amal ibadah padaNYA.

    ReplyDelete
  6. Trtima kasih kazakie kongsi ilmu dengn kami disini

    ReplyDelete
  7. Betul kak, zaman ni terlalu banyak fitnah & benda benda kecil yang diperbesarkan. Minta dijauhkan dari segala penyakit dunia ni.

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian yg cukup mantap dan bermakna ini...
    semoga kita berada di dalam golongan yang bersyukur

    ReplyDelete
  9. Hendak mendapatkan ilmu perlu hadiri majlis2 ilmu seumpama berada di taman syurga..bila berilmu tidaklh keliru

    ReplyDelete
  10. Allahuakhbar...kalau difikirkan umat akhir zaman ni teramatlah jauh terpesong nya...

    ReplyDelete
  11. kalau dunia tetap di hati susah tuk hilangkannya... umat akhir zaman terbahagi sehingga 70 lebih aliran.. hanya aswj sajaha yg diterima Allah...

    ReplyDelete
  12. semoga kita semua sentiasa dilindungi dari godaan syaitan

    ReplyDelete
  13. semoga kita istiqomah dgn ibadah2 khusus & sunat...menceari bekalan utk kehidupan akhirat..

    ReplyDelete
  14. Islam hanya diperkatakan tetapi tidak dipraktikkan, sbb tu kita org islam sendiri tidak sedar kesyumulan islam

    ReplyDelete
  15. Seronok bila dapat ikuti ceramah2 agama daripada ustaz2 hebat ni.

    ReplyDelete
  16. Seronok bila dapat ikuti ceramah2 agama daripada ustaz2 hebat ni.

    ReplyDelete
  17. tu kadang terkilan..
    masalah khilaf pun adakala diperbesarkan..

    p/s ustaz hebat2 tu yg diundang..tahniah..

    ReplyDelete
  18. Kan kak..isu yang remeh temeh tuh selalu diperkatakan. Penin dibuatnya. Boleh celaru. Seronoknya kak dapat dengar ceramah ni

    ReplyDelete
  19. tiap kali solat, sy selagi boleh berdoa, supaya sentiasa dijalan Allah yg benar. dunia akhir zaman ni banyak sangat fitnah yg kita tak tahu benar atau batil kan kak.

    ReplyDelete
  20. seram nak fikir akhir zaman nie..takut sangat.

    ReplyDelete
  21. semoga kita sentiasa dalam jalan yang benar..kena minta doa kat Allah sentiasa..umat akhir zaman...

    ReplyDelete
  22. Entah apalah nak jadi dengan umat Islam zaman ni kanda. Selain berpecah belah sesama kita, benda benda yg remeh diperbesarkan. Orang mereka jugak yg bertepuk tangan tengok kita tak bersatu....huhu

    ReplyDelete
  23. Terima kasih atas perkongsian umat akhir zaman ini akak.

    ReplyDelete