Tuesday, January 17, 2017

Makan di tepian pantai Mersing

Sekarang menjenguk adik dua minggu sekali sebab itu janji yang termetri sebelum sessi persekolahan 2017 bermula. Oleh itu sabtu lepas kami semua pergi bertemu adik selepas menghadirkan diri di majlis perkahwinan anak sepupu dan jiran sebelah taman. Pergi ke majlis sebelum tetamu lain hadir dan hidangan pun belum keluar. Tetapi kami memaklumkan kepada sepupu mengapa kami datang awal. Selepas berbual seketika kami pun bersalam dan terus bergerak untuk berjumpa adik. 

Selepas mendapat kebenaran warden asrama terus bawa adik keluar. Singgah di masjid untuk solat zuhor, kemudian bawa adik ke klinik. Ada banyak ruam di badannya. Dapat krim untuk disapu. Selepas itu barulah kami beredar mencari tempat makan. Minta bantuan wase untuk mencari lokasi dipertemukan dengan tempat berhampiran pantai. Cantik juga.

Sambal belacan - Lihat dalam set ada sambal belacan. Hanya hubby, mama dan Mak Zah saja yang makan ini. Anak-anak timun yang terkena sambal pun dia sudah tidak mahu.

Set - Nasi putih, siakap tiga rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar dan sotong goreng tepung.

Bolehlah - Telur dadar dan sotong goreng tepung

Lagi - Kailan ikan masin dan telur dadar

Siakap - Pilihan anak-anak masak tiga rasa. OK juga dan ini salah satu dish yang licin kami makan.
Selepas makan mencari keperluan adik. Belikan air mineral, susu, net cuci baju, ubat tambahan bimbang kalau demam/batuk dan lain-lain. Membantu juga kawan adik mengambilkan duit di ATM sebab tanpa ibu-bapa mereka tidak boleh keluar. Menumpang ibu-bapa orang lain juga tidak dibenarkan. Kasihan pada mereka itu lalu aku berikan anak-anak itu jajan. Dari rumah juga aku sudah rebus jagung yang Mak Zah bawa dari kampung. Puas mereka makan jagung😀. Sesekali makan sedap tapi adik dan kakak-kakaknya sudah puas. Kami menghantar adik balik ke asrama selepas asar. Naikkan semua keperluan adik, salam-peluk-cium-doa kami pun bertolak balik JB.

Bertahun lagi aku kena berulang-alik menziarahi adik selagi mampu. Hujung bulan ini mungkin papa akan menjemputnya dan balik untuk cuti Tahun Baru Cina dan balik sana semula ke sana kenalah mama yang menghantarnya sebab Isnin 30 Januari papa bekerja dan mama masih bercuti.

~~ Rutin selagi ada anak belum habis bersekolah beginilah.~~

39 comments:

  1. sotong celup tepung tu sedap dimakan begitu saja hehe..

    ReplyDelete
  2. Oklah akak, sambil jenguk adik boleh la santai2 jalan2 :)
    Untung adik mama papa rajin melawat :)

    ReplyDelete
  3. Acik masih lagi ulang alik tengok anak kakzakie.ni cuti lama sikit..tunggu Aimi dapat tawaran untuk sambung degree..tak tau lagi dimana..tapi rasanya u di johor juga pilihan dia

    ReplyDelete
  4. Tak pernah habis tanggungjawab kita terhadap anak-anak...

    ReplyDelete
  5. sdpnya tgk smbl tu kak. yui suka smbl gitu..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap2tu kak zakie... ehm memang menu gini mengundang selera , makan pula ditepian pantai.. anak saya suka sambal belacan dan sambal lain2... kalau masak tak pedas dia mesti tanya kenapa tak pedas

    ReplyDelete
  7. Sama lah kita ni kakzakie selagi ada anak masih sekolah berulang lah selalu.Saya ni lagi lah akan menyambung Iman pulak nnti sedangkan kami ni dah semakin tua tentunya kudrat semakin kurang.

    ReplyDelete
  8. bestnyaa lauk ditambah dgn angin sepoi2 bahasa

    ReplyDelete
  9. samalah saya pun macam tu juga. Bezanya anak2 kakzakie jauh di asrama, anak-anak saya di sekolah harian. hari2 berulang ke sekolah pagi petang...di rumah pulak, bingit telinga! panjang lagi masa nak dilaluinya tu...

    semoga kita panjang umur nak lalui itu semua ya kak!

    ReplyDelete
  10. Sedapnya menu² nya walaupun dah selalu kalau pergi kedai makan itu juga menu yang kita order..hihihi...sambal belacan dia menarik...

    ReplyDelete
  11. Mersing dekat dgn laut mesti makanan lautnya segar n sedap...anak2 yg tinggal di asrama kalau sering dikunjungi keluarga mmg gembira sgt.

    ReplyDelete
  12. nampak sedap semuanya tu kak. makan pulak tepi laut... bestnya.

    ReplyDelete
  13. terliur tengok makanan, apatah lagi tengah lapor

    ReplyDelete
  14. Bestnye adik dapat jumpa mummy & Dady dia setiap 2 minggu. Bahagia hidup. Tak adalah bosan Sgt duduk asrama tu

    ReplyDelete
  15. Tak mengapalah kak..demi masa depan adik...diam tak diam dah masuk tahun kedua adik di MRSM...insyaAllah berbaki 3 tahun lagi...yang penting akak sekeluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah..selamat dalam perjalanan ziarah anak-anak...amin..

    ReplyDelete
  16. mase adik ipar bljr lagi kat poli mersing, selalu jugak e'in ke sane.. hihi

    ReplyDelete
  17. Demi anak-anakkan, kak! Apa pun sanggup dilakukan. Rindu yang datang tu yang buat tak tahan. Kalau boleh, hari-hari nak jenguk tapi nak buat macamana. Dah pilihannya nak bersekolah di MRSM/asrama penuh, kenalah kita redha.

    Sekejap aje ya akak pergi bertemu Adik. Bila baca kisah Kakzakie dan Adik ni, memang buat saya mengimbau kenangan antara saya dan ibubapa saya. Macam nilah mereka bila tiba masa untuk melawat anak di asrama. Macam-macam bekalan dibawa sampai tak muat almari nak menyimpannya. Itu belum dibawa keluar outing lagi. Makan-makan apa hendaknya, beli itu, ini. Memang nampak sungguh kasih-sayang makbapak pada anaknya. Kalau boleh tak mahu satu apa pun menyukarkan atau mengganggu kehidupan anak yang tengah belajar menuntut ilmu!

    Semua dah tinggal kenangan...

    Turn saya nanti dengan anak-anak lelaki saya tak tahulah bagaimana rupanya...

    ReplyDelete
  18. sotong goreng tepung yg tak tahan tengok ..

    ReplyDelete
  19. Baca rutin kak zakie menjaga aadik pulang dan balik asrama...bestnya jadi adik...ramai sayang dia...moga adik belajar pandai2 ye...balas jasa ibu dan ayah

    ReplyDelete
  20. rindu kak zakie lahhhhh...

    singgah kejap jengah aktiviti kak zakie sekeluarga...

    sambal belacan ni mak2 je mkn kan kak... anak2 x mo nyer...huhuuu

    siakap 3 rasa yg saya dok teringin nak mkn...hahaa...

    ReplyDelete
  21. Itulah tugas kita sebagai ibu bapa selagi ada anak yg masih menuntut. Kak Zai masih ada sibongsu mula dulu sikakak sama Uni dgn adik. Jenuhlah bertahun2 berulang alik.Sebelum itu anak sulong tp yg ini ada beberapa kali saja sbb jauh di London. Anak lelaki ke dua pulak nasib baik dpt belajar kat KL.

    ReplyDelete
  22. beruntung adik....

    takpelah kak, selagi mampu kite ulang alik tu utk jenguk si bongsu

    sian adik sampai ruam2... moga cpt sihat hendaknya

    nampak sedap jgk lauk2 tuh kak, lagi2 kalau dh lapar... semua rasa sedap btl di tekak

    ReplyDelete
  23. anak saya 2 orang baru start bersekolah dua dua nya tahun ni.. kelam kabut dia, Tuhan jek la yang tau.. hee~ betul la tu kak.. selagi anak2 bersekolah, rutin yang sama jek kan.. semoga anak2 kita berjaya dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  24. takpe kak, bersusah payah dahulu, bersenang2 kemudian...insyaAllah adik dah berjaya nnt dia akan kenang pengorbanan parents dia yg sanggup berulang alik demi dia...

    ReplyDelete
  25. akak, set makanan tu feveret set kami satu family jgak. :)

    ReplyDelete
  26. Kalau tak ada ibu bapa xboleh keluar ye? Atau ada hari tertentu shj yg boleh keluar kak?
    Dulu2 nk keluarkan duit la yg jadi masalah. Kena keluarkan guna buku. Kalau nak balik hjg minggu, mak ayah kena call cikgu hal ehwal murid. Siksanya rasa duduk asrama. Sayu je hati bila tgk mak ayah org lain dtg. Kalau parent roomate dtg, dpt la menumpang makanan yg dibawa. Hehe..

    Mudah2an ank akak berjaya dgn cemerlang dan dpt membalas pengorbanan mama & papanya..

    ReplyDelete
  27. sotong goreng tepung mmg sedap.

    ReplyDelete
  28. masa duduk asrama dulu, mak & ayah tk pernah datang sebab jauh, lagi pun takde kenderaan, tengok ibubapa org lain dtg bawa bekal, makan2..sedih jg..huhu...

    moga adik bertambah sihat...syoknya makan2 di tepi pantai..

    ReplyDelete
  29. Seronok makan tepi pantai. Boleh rasa angin pantai sambil makan.

    ReplyDelete
  30. Seronok dpt hantar anak pergi balik sekolah kan kak..SA jarang dpt rasa sebab komitmen kerja..kalau cuti hari biasa boleh la hantar..

    ReplyDelete
  31. Enak sungguh juadahnya.
    Tapi makanan kt Mersing agak mahal.
    WP kalau singgah Mersing selalunya cari keropok lekor.

    ReplyDelete
  32. Seronok kan kanda...dinda suka je sebab boleh jalan jalan hihi....tak payah masak.

    Untung budak budak sekarang ni, mak ayah mampu menjengah anak tiap tiap bulan, bawak mcm mcm jajan lagi..

    ReplyDelete
  33. Dok baca akak cerita Mersing mcm jauhnya nk smpai..tu dr Je, klau saya dr Shah Alam ni??? . suami ada sebut2 nk jln2 Mersing.. tgk pantai sana pulak

    ReplyDelete
  34. saya dulu ddk asrama juga.tpi dkat aje lah.
    aktiviti menarik bla bjumpa dgn anak, kan!
    rindunya nk jenjalan ke mersing..

    ReplyDelete
  35. Menu kita sama kak.
    Kalau singgah makan di kedai, inilah menu yang biasa akan di pilih.

    ReplyDelete