Friday, January 6, 2017

Nasi penyet, bakso dan cekodok

Biarpun sudah disenaraikan penduduk Malaysia di dalam rangking ke 10 tertinggi rakyatnya mengidap diabetes dan darah tinggi, tetap juga mahu mencari nasi. Nasi pilihan pula nasi penyet sebab hanya di sini yang ada nasi putih.  Di shopping mall yang kami singgah ini rata-rata menjual makanan segera yang waktu itu tidak pula membuka selera kami. Sebab itulah kami masuk di restoran nasi penyet ini.

Kak Reen - Iwak lele goreng. (iwak lele itu bermakna ikan keli).  Bukan di Bali saja disebut begitu, tetapi di Johor pun ada juga😁. Ini pilihan Kak Reen.

Mama punya - Pada menu dikatakan ayam kampung tetapi lidah aku tidak boleh ditipu jika ianya bukan ayam kampung. Sudah selalu menikmati ayam kampung sebab itu aku tahu apa yang dikatakan itu tidak betul. Apa yang dikatakan ayam kampung sebenarnya ayam pencen yang direbus kemudian digoreng. Aku kena tipu😥

Set - Inilah set hidangannya bersama nasi dan sup simple. Harga lupa pula sebab biasalah yang menjadi tukang bayar 'king' di rumah kami😀
Adik - Menjadi kegemaran adik hidangan yang berkuah. Bakso ini terlebih masin lalu tidaklah habis dimakan.

Cekodok - Biarpun tidak cantik tetapi sedap. Ada carrot dan ikan bilis. Cuma minyak yang menyerap boleh berganda kolestrol dibuatnya. Kena serapkan dengan tisu beberapa kali baru boleh suap ke mulut. Tapi sedap!
Apa yang kami makan ini sewaktu balik ke Batu Pahat baru-baru ini kerana meraikan majlis aqiqah anak buah en hubby yang mendapat baby baru. Memandangkan majlis dibuat waktu siang dan makanan semua ditempah catering jadi malam sebelum itu kami jalan-jalan cari makan di luar.

~~ Terus bersyukur kerana rezeki di tempat kita ada di sana-sini.~~


39 comments:

  1. saya suka nasi ayam pnyet.
    pebret nau. lg satu mudah kalau makan diluar nk suap kan ke rania. just nasi putih + isi ayam + ulam...
    selamat tahun baru kakak

    ReplyDelete
  2. hahaha kakzakie...hujung tahun lepas, mertua datang rumah, berulang-kali kami makan bakso, nasi ayam penyet, pecal lele. Pangsit pun masuk list. Al-maklumlah, mertua saya kan org sana ^_^

    ReplyDelete
  3. Wuuuu~ terus perut menyanyi2 tengok post ni, hehe~

    ReplyDelete
  4. makan sedap tu kak, tapi biase la kdag luar cntik, tpi xsdap, dan bila rupe xmenyelerakan pun bila rasa nak lagi...hehe..

    ReplyDelete
  5. amboiii kak pepagi dah disajikan dgn ayam penyet..puhhhh sendap aihhh

    ReplyDelete
  6. wah dh dpt cucu baharu mkcik ye., tahniah ;p

    ReplyDelete
  7. Kesemua makanan itu kelihatan sedap di mata kakcik, belum lagi masuk ke tekak... :)

    ReplyDelete
  8. Hahaha! adoii! mukadimah entry akak ni menakutkan. HAHAHAH! tapi Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis makanan kan kak? Masa kat oversea dulu, terbayang-bayang masakan Malaysia yang pelbagai tuh. Nyumsssss

    ReplyDelete
  9. kata Alia..nasi ayam penyet yg betul2 sedap dekat Wong Solo..

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak makan ayam penyet..
    Boleh ditipu pula tekak kampung kita ni ye kak..
    Orang berniaga kak..
    Macam tu lah mencari keuntungan..

    Cekodok walaupun tak menarik tapi sedap ye..

    p/s alhamdulillah nabil cuma terseliuh ajer tangannya kak. Tiada yg serius.

    ReplyDelete
  11. Bersyukur dgn rezeki-Nya sedapnya nasi ayam penyet..

    ReplyDelete
  12. bakso sedap, mcm soto je kan...x suka bubuh sos...
    suka meatball buat sendiri, byk daging, kurang tepung..

    ReplyDelete
  13. biasanya memang ayam pencen kak..susah nak cari ayam kampung bila makan nasi ayam penyet..atau ayam goreng berempah..

    ReplyDelete
  14. Ayam kg mahal kakzakie,itu yg diganti ayam pencen...tpi sepatutnya berniaga tu kenalah jujur .
    Nasi ayam penyet sedap juga kan tapi bakso kurang minat lah.

    ReplyDelete
  15. Anak-anak saya suka lele penyet, seekor seorang tak cukup.. huhuhu..

    ReplyDelete
  16. Kenapa daun pisang dia dah kuning kecokelatan... hahaha
    Yang penting, semuanya nampak sangat sedap

    ReplyDelete
  17. kenapa perlu menipu kan kak....ayam.pencen ckp je ayam pencen..huhu
    ..org meniaga ni kalau pusinh2 ni..tu selalu rezeki tK berkat
    .minta jauh
    ..huhu

    ReplyDelete
  18. emm..xpe la jarang2 kena tipu kak..

    ReplyDelete
  19. Takut plak bila sebut kencing manis ni, tapi mkn nasi mmg kenyang, kalo tak rasa mcm nk min tu, nk mkn ni. Mkn nasi baru puas.

    ReplyDelete
  20. Salam KakZakie.. akak tau beza ayam kg dengan ayam pencen ok la... kalau idah belasah jerr la.. hikhik...

    ReplyDelete
  21. Nasi ayam penyet ayam pencen.
    Kalau guna ayam kampung pun, ayam kampung kacuk yang dipelihara secara komersial. Rasanya memang tak sama dengan yang ori.

    ReplyDelete
  22. Sedapnya.saya suka nasi ayam penyet. Kalau datang kota damansara, jangan lupa singgah cari nasinayam penyet.

    ReplyDelete
  23. Sedapnya nasi ayam penyet, jk ayam kg lagi sedapkan...

    ReplyDelete
  24. SA kena kurangkan makan nasi sebab potensi utk kencing manis tu tinggi..

    ReplyDelete
  25. Acik kerap jugak buat cekodok carrot letak ikan bilis tu kakzakie..cuma acik tambahkan nasik sikit lagi kenyang

    ReplyDelete
  26. alahai sedapnya. mmg fave nasi ayam penyet ni. paling suka sos pedas2

    ReplyDelete
  27. Saya pernahlah makan bakso semasa pergi ke Johor dulu. Taklah sedap sangat.

    Best lagi mi kari Pak Latip, kampung kepayang, Ipoh, Perak...hehe..

    ReplyDelete
  28. Balik BP singgah ke Seri Medan ya. Ada nasi ayam penyet sedap di sini dan harga sangat berpatutan. Saya selalu juga ke sana! 😳

    ReplyDelete
  29. Balik BP singgah ke Seri Medan ya. Ada nasi ayam penyet sedap di sini dan harga sangat berpatutan. Saya selalu juga ke sana! 😳

    ReplyDelete
  30. nasi penyet??? aduhhh tetiba rasa nak makan

    sedapnyalaaa..ikan keli plak tuh..

    ReplyDelete
  31. Dekat berhampiran universiti Malaysia Sabah dan 1Borneo hypermall banyak betul kedai ayam penyet.

    ReplyDelete
  32. asal bukak page kak zakie, confirm perut nih berbunyi.. hee~

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Di tempat saya ayam penyet adalah, tapi nasi penyet belum pernah jumpa lagi. (kut saya yang tak jumpa). Betul kata akak, nasi penyumbang no 1 diabetes. Tapi memang susah betul nak 'berjihad' tinggalkan nasi hehe.. Dari kecik tekak telan nasi tu yang payah tu..

    ReplyDelete
  34. Lapar balik nengok makanan2 ni ☺

    ReplyDelete
  35. aida paling minat lele penyet.
    lelebih kalau lele tu rangup hingga ke tulang.
    aduhai.
    krup krup makan nyer.
    then sambal belacan pedas!!!
    cicah dgn tempe goreng. fullamak!

    ReplyDelete
  36. sedapnyaaaaa bakso dan ayam penyet...antara fevret saya jugak...dlu tak pandai makan, sejak study kt johor baru terbiasa...

    ReplyDelete
  37. Ayam penyet ni kalau sambalnya sedap memang bertambah samballah.... Ada satu restoren yam Penyet kat IOI Putrajaya tu sedap sambalnya kanda.... Sambal boleh berkali kali tambah pulak tu...

    ReplyDelete