Bersama Kak Meen dan adik ke Plaza Larkin ini kerana mahu membayar yuran dan segala pembayaran MRSM adik untuk tahun ke dua. Adik sebenarnya sudah tingkatan dua sebab ada kawan yang ingat adik baru masuk, tidak. Selepas membuat pembayaran semua kami melangkahkan kaki sambil mencuci mata. Kedai kain-baju-tudung sudah tentu menjadi tumpuan anak dara. Mama ikut saja. Selepas membeli seorang sehelai terus menuju ke medan selera.
Ada satu scenario kurang manis dipandang mata. Ketika ramai umat manusia leka menikmati hidangan tiba-tiba ada seorang jejaka sihat-walafiat, berambut panjang, seluar jean lusuh dan berselipar jepun memberi salam "Kak, boleh mintak seringgit?" Terkejut aku. Selepas menjawab salam hati aku jadi beku untuk tidak memberi. Aku perhatikan dari satu meja ke satu meja dia meminta dengan tidak malunya. Adalah juga yang berhati mulia memberi. Apa yang membuat hati aku beku sebab aku dapat merasakan dia sudah memperolehi lebih dari pendapatan makcik pencuci pinggan di medan selera itu. Lebih baik aku hulur sedekah pada makcik pencuci pinggan yang sudah uzur. Entahlah... mengapa hati aku tidak bersih dalam hal ini. Ramai anak muda yang bagaikan tidak jumpa air (macam tidak mandi) dengan tidak malunya menadah tangan begitu. Tidak malukah dengan warga asing yang datang di tempat kita bekerja mencari rezeki?
~~ Mungkin ini pendapat 20 sen aku tapi jujurnya aku menjadi kedekut bila ditemukan insan-insan yang begini.~~
tu la salah satu sebb kita tak memberi, bila dah terdetik was2 ikhlas ke kalu aku memberi? tgok secara fizikal sihat tubuh badan..apa2 pun wallahualam tu antara dia dengan Allah..
ReplyDeleteSemoga adik yang masuk Mrsm tu berjaya dalam hidup. 😃 Belajar rajin rajin ya
ReplyDeletetiap kali kacang pool keluar blog, mesti saya ada rasa teringin nak merasa...hihi. Kat Perak ni tak ada kacang pool.
ReplyDeleteSaya pun sependapat dgn akak. Kalau ada peminta sedekah macam tu, tak pernah memberi sebab saya rasa lebih baik kita beri ke saluran yg betul.
alahai ruginya masa kat johor ari tu tak semapt menikmati kacang pool yg pemes tu..
ReplyDeleteKdg² bukan niat tidak ikhlas dalam memberi..
ReplyDeletecuma dari segi pandangan mata...
awak cukup sifat,cukup bertenaga..
dan kenapa perlu meminta²..
selamat berjaya adik ke mrsm. kacang pool saya pernah juga makan time di putrajaya.
ReplyDeletedh lame e'in tak mkn kat sini..
ReplyDeletehm.. kekadang mmg spoil modd tetibe kalau tetibe dtg org mcm nie.. same mcm e'in kak.. kekadang tak nak bg pun sbb kite tgk die boleh keja bkn dgn cara meminta mcm tu..
Melalui cerita kakzakie ni...teringat masa hubby sakit kat hospital tempohari.Ada seseorang tu menegur dan berbual dgn kami anak beranak.Kata dia pun jaga isteri yg admitted kat wad.Olehkerana wad ccu hanya boleh masuk ber2 saya pun sendirian naik .Dia pun naik lif yg sama juga ,tiba2 dia kata nak mintak duit mkn sementara tunggu kakak dia dtg .Olehkerana spontan terus saya hulurkan 10 rm.Tiba di wad cerita dgn ank sulung ,rupanya dia dh kena dulu masa nuju ke kereta sblum tu.
ReplyDeleteBarulah sedar kami dh tertipu dgn lakonan nya.
Geram betul ...dlm org kesusahan pun ada yg ambil kesempatan.
Mudah betul mereka cari duit kan...
Gerak hati adakalanya tepat walaupun mungkin selepas tindakan, minda berkata-kata...
ReplyDeleteWah adik sudah naik tingkatan 2 moga rajin belajar n sukses...sikap anak bangsa kita yg mengundang pelbagai masalah yg memeningkan n perlu difikirkan penyelesaiannya.
ReplyDeletesdp tgk menu tu kak.
ReplyDeletebab org dtg tu, kdg yui gak mcm akk. xtaulah. sbb kt pndg fizikal dn luaran.
ada ustaz cakap kita bagi je brp pun jgn buruk sangka, sebab kita nak jaga amalan bersedekah setiap hari.
ReplyDeletentah la, IQ pun sependapat dengan akak, bukan tak ada kederat, yang perempuan lagi rajin cari kerja berbanding lelaki. muda plak tu...hurmm..nak berprasangka baik pun susah, semua orang bekerja nak cari makan..
ReplyDeleteSedap nampak kacang pool Kak Meen tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah tahun kedua adik di MRSM kan kak...diam tak diam nanti dah habis adik belajar..
ReplyDeleteTak pernah lagi ke larkin..
ReplyDeleteDgr cerita MRSM.. Teringat masa belajar kat MRSM Muar dulu.. Kali pertama duduk asrama, berjauhan dgn keluarga..
Hehe.. Kalau sedap tp pedas, gagahkan jugak makan kan kak..
Bila ada yg dtg meminta tiba2 mcm tu, buat rasa serba salah.. Tp biasanya ira memilih utk tak bagi.
sy pun akan react macam tu kak..mungkin reaction kita akan sedikit berbeza jika dia sememangnya kurang upaya..but still tak elok jugak sebenarnya atleast jual tisu ke gula-gula ke..anything la untuk show some usaha tu..
ReplyDeleteKacang pool...pestime Nur mkn terus berkenan kat hati..sedap rupanya
ReplyDeleteSamalah dgn Nur, klau ank kecil ringan tngan nk beri...klau yg mnta lelaki mcm yg akak ceritakn tu...berat sikit huhu
assalamualaikum kakzakie...betul tu kak kekadang mmg ada yg begini...tubuh badan sihat tapi jadi peminta sedekah mcm tu..kekadang mas ada terjumpa juga org mcm ni tapi hubbylah yg suka bertanya kat dia kenapa tak kerja...
ReplyDeleteMengimbau kenangan bila ada cerita stesen bas Larkin.
ReplyDeleteDulu ada juga ke sana.
rindu kat larkin.. dulu dkna berlajar kat politeknik jb..hehheee
ReplyDeleteMungkin penagih dadah kot...
ReplyDeletewah kacang pool memang tak dpt tolak ni kalau depan mata kakzakie
ReplyDeletesedapp sangat apa lagi kalau kita tukang order je
Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteBelum pernah menikmati kacang pool, entah macamana rasanya.
Bagi jela seringgit kepada mamat yang meminta tu...dapat pahala derma, kalu dia tipu dapat pula pahala kena tipu. jadi dua pahala tu, hehehe... terpulang pada masing-masing samada nak bagi atau tidak.
SAMA hati saya kak..bila berjumpa org macam ni baik saya sedekah pada kanak-kanak
ReplyDeleteselalu dok dengar pasal bubur kacang pool tu
ReplyDeletetapi belum penah seklai pun makan..huhu
samalah kak. kalau saya nampak diorang sihat walafiat
memang tak akan hulur juga
mat pit tu agaknya...
bersikap baik je mkcik ye sbb ekonomi tgh merundum tak elok skrg ni mkcik., tak lama lg ramai la yg datang sambil nyanyi2 stail tegar aku yg dahulu bukanlah yg skrg bawa gitar mcm kat indon pula., huhu2
ReplyDeleteakak ni saja kan tunjuk gambo makanan2 pagi2 nih. haha
ReplyDeletebadan sihat walafiat sepatutnya bekerja cari duit..macam2 org sekarang ni...
ReplyDeletedulu kat medan selera kpg baru, ada sorang lelaki minta duit seringgit jg, tapi mcm sakit mental, bolehlah dimaafkan tapi bila ada not RM2, dia mintak dua ringgit pulok...hihi..
Suasana biasa, bila kita tengah menjamu selera, ada yang datang mintak duit,
ReplyDeletejual tisu, jual kitab/buku, mintak derma dsb.
Saban kali sekarang pergi makan di luar ada sahaja yang meminta duit atau menjual sebagainya. Kekadang rasa seperti ada sahaja penyelewangan tujuannya.
ReplyDeletelama dah aida x ke plaza yakin.
ReplyDeleterasa nyer last dulu 2010.
keje jb masa tu.
ofis kat larkin.
memang la dekat.