Wednesday, January 11, 2017

Physiotherapy ibu-jari

Physiotherapy ibu-jari tangan kanan kini sudah menjadi rutin yang terpaksa aku hadapi setiap dua minggu sekali. Bertemu dengan insan yang sabar dan teliti dalam menjalankan tugas setiap kali bertemu dengan makcik yang satu ini. Bertemu mengikut temujanji yang sudah disusun-atur. Sekiranya aku atau dia yang tidak dapat memenuhi tarikh dan waktu ditetapkan, kami akan berhubung semula. Tetapi setelah dua bulan menjalani physiotherapy masih belum ada perkembangan yang positif. 

Senaman 1 - Boleh buat seperti gambar di atas selalu ketika berada di rumah mahupun pejabat. Tetapi jika di pejabat memanglah tidak ada masa panjang.

Senaman 2 - Ini juga satu cara yang boleh diikut. Ada juga membeli alat seperti plaster yang doktor anjurkan di phamacy tetapi aku kurang suka sebab setiap kali mahu berwudhuk menjadi masalah pula.

Bola elastik - Bagaikan mainan anak-anak juga diberikan untuk aku picit 'love' merah ini. Dulu di rumah ada 'love'merah ini dapat ketika kempen derma darah pejabat hubby. Setiap seorang diberi sebungkus makanan juga pen dan 'love' merah ini. Tetapi waktu itu kami tidak tahu kegunaannya entah kemana sudah perginya. 
Sudah agak lama juga ibu jari tangan aku ini tidak boleh buat 'good' seperti jari tangan kiri. Sebelum ini bila aku buat 'good' jari boleh melentik ke belakang tapi kini tegak saja. Menggenggam boleh. Ada ketikanya berdenyut sakit dibahagian palm. Itulah sebabnya aku berjumpa doktor dan akhirnya terpaksalah menjalani physiotherapy sejak bulan lepas.  Temujanji seterusnya pada 22-01-2017.

~~ Sedikit nikmat Allah sudah ditarik balik pada diriku sebagai peringatan.~~


37 comments:

  1. Semoga selepas ini ada perkembangan yang positif, kak.

    ReplyDelete
  2. kak, kita sama. pernah terjadi pada saya, ibu jari tak boleh dilentik dan kadang-kala sakit. saya urut2 sendiri saja. sekarang ibu jari dah ok, jari tengah pulak tak boleh bengkok. bila menggenggam, yg tengah tu still tak boleh rapat ke tapak tgn.

    moga rawatan akak tu membawa berita baik dan diberi kesembuhan ya.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan dan jari kakzakie sembuh saperti biasa selepas buat terapi

    ReplyDelete
  4. saya jugak kebas sblh kanan ..berurut,berbekam,fisioterapi..semua sudah..ubat2an tu tak terkira la..

    ReplyDelete
  5. Betul tu kak..
    Peringatan dan nikmat yg semakin berkurangan apapbila usia dah meningkat..
    Saya pun buat fisio utk kegengaman tangan sebab selalu kebas..

    ReplyDelete
  6. Allahumma antassalam. Semoga cepat sembuh ya kak za 😃

    ReplyDelete
  7. betul kak Allah ambil sedikit demi sedikit untuk peringatan kepada kita...inshaAllah kak..berkat terapi berterusan jari akak pulih semula..amin..

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan ye kak..

    ReplyDelete
  9. Semoga diberi kesembuhan untuk akak. InshaAllah setiap penyakit ada penawarnya 😊

    ReplyDelete
  10. Kalau rajin senaman mesti ada perubahan...insya-Allah...jgn cpt putusasa

    ReplyDelete
  11. semoga urusan kakak dipermudahkan...moga cepat sembuh ye kakak..falsya paham rase tuh sebab falsya pun kadang terasa sakit dekat tapak tangan yg berdekatan dengan ibu jari..rase xselesa semua ade..

    ReplyDelete
  12. salam...
    semoga cepat sihat ibu jari akk...
    try amek ostematrik untuk tulang dan sendi...

    ReplyDelete
  13. Kak zakie saya pun pernah hadapi masalah yang sama satu ketika dulu.Lama juga lah berbulan2 juga .Urut2 sendiri je sikit2 ,pun takde perubahan .Lama2 saya biarkan je ,sedar2 dah pulih balik asal .Tak tau pun sejak bila baiknya.

    ReplyDelete
  14. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit yang dikasihi....

    Sakit akak itu namanya apa, kak ? Macam kebas sahaja ya. Bila saya ikut terapi tapak tangan di atas tu, sedap pula rasa tapak tangan saya ni. Elok juga ada senanman pada tapak tangan. ia boleh dilakukan bila-bila masa. Saya doakan tapak tangan akan kembali sihat dan dapat meneruskan terapi itu dengan baik.

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  15. Mungkin masaalah jari kakzakie sama mcm kak Zai dulu urat lari dr landasan. Setelah buat pembedahan sudah elok.

    P/s:Sekarang pun kak Zai buat pysio utk kaki seminggu 2 kali sebanyak 6 sesi. Satu sesi rm470 pengsan dibuatnya.

    ReplyDelete
  16. Maaf kakzakie tak tahu kenapa byk kali keluar.dah delete pun masih ada.

    ReplyDelete
  17. Allahu Akbar! Semoga cepat sembuh kak. Sy pun mula merasa sedikit2 nikmat ditarik semula

    ReplyDelete
  18. mga akk cepat sembuh...mak rietta dlu pown buat fisio, alhamdulillah sekarang dah nmpak perkembangan +ve...tapi ambil masa kurang lebih setahun...

    ReplyDelete
  19. Semoga akak cepat sembuh ya.. Selalu bersenam jari.. In sya Allah sihat smula.

    ReplyDelete
  20. Jari saya pon tergeliat ni....adoi la.....nak pulaihh minyak moto punya seksa!

    ReplyDelete
  21. Ya kak, bila umur dah masuk 40an ni, dah terasa sikit demi sikit nikmat kesihatan ditarik semula. Itulah kan ada peringatan ingat 5 sbl 5, apapun moga ada perkembangan positif, aminn

    ReplyDelete
  22. Ya kak, bila umur dah masuk 40an ni, dah terasa sikit demi sikit nikmat kesihatan ditarik semula. Itulah kan ada peringatan ingat 5 sbl 5, apapun moga ada perkembangan positif, aminn

    ReplyDelete
  23. Semoga dipermudahkan segala urusan kak. InshaaAllah amin

    ReplyDelete
  24. Mudah2an boleh sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
  25. Semoga dikurniakan kesembuhan olehNYA dengar kadar segera ya Kak

    ReplyDelete
  26. Semoga cepat sembuh kak n dipermudahkan semua urusan . amin

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    "Sedikit nikmat Allah sudah ditarik balik pada diriku sebagai peringatan"...Allahu rabbi, septong ayat yang menggentarkan perasaan. Tatkala berlalunya sehari dalam kehidupan, maka berkuranglah sehari daripada usia kita. Sekaligus memberi isyarat semakin dekat langkah menghampiri liang lahad..

    ReplyDelete
  28. masalah saraf juga ni kak. semoga dipermudahkannya.

    ReplyDelete
  29. Ain doakan semoga kak semakin sembuh dan sihat. Rajin2 buat physio tu, teruskan je untuk pengaliran darah & kesihatan sendi & otot. Kalau kak nak ikhtiar sihat dari dalam lagi bagus kak. Selagi boleh ikhtiar kan. Insyaa Allah. :)

    ReplyDelete
  30. Rasanya dinda pernah baca blog Kiera Sakura pasal jari anaknya. Rasanya kes yang sama macam kes kanda ni tapi anak dia tu memang dari kecik rasanya. Kalau tak silap rawatannya pun cuma fisioteraphi jugak.

    Biasalah kanda, umur umur yg semakin purba macam kita ni....sedikit demi sedikit hilang nikmatnya

    ReplyDelete
  31. Congratulation for the great post. Those who come to read your Information will find lots of helpful and informative tips. Isa Physiotherapy

    ReplyDelete