Hari: Semalam
Ketika anak pertama yang mengaji duduk di hadapan aku, si comel itu sudah keluar bilik. Aku menjangkakan dia mahu ke bilik sebelah.Tidak seperti biasa dia akan cuba membelek dulu Iqra' dia sementara menanti gilirannya. Aku pula yang sudah tua ini tidak menduga ada sesuatu yang mahu dibuat olehnya tapi tidak kesampaian. Masuk anak kedua mengaji dia masih juga tidak masuk. Tidak lama dia masuk bilik dan mendapatkan kakak sepupunya yang sudah selesai membaca. Ada satu bau sudah dapat ditangkap ke hidung.
"Siapa kentut? kena ambil wuduk balik." Boleh itu yang mama Zakie mereka ini bercakap dan sambung lagi menghadap anak yang duduk di depan untuk membaca. Tapi tiba-tiba Kak Meen masuk bilik "Mama, Icha terberak." Masya-Allah kenapa pula dengan si comel satu ini. Terpaksalah berhenti seketika. Kalau dulu si abangnya pernah terkencing ini si adiknya pula lagi dahsyat. Tapi anak kecil siapalah boleh menduga. Terpaksalah Kak Reen jadi tukang mandikan sementara Kak Meen mengambil tuala manakala aku selongkar kotak baju-baju kecil yang sudah lama tersimpan. Hujung tahun ini umur Icha akan masuk 4 tahun tapi mungkin sudah tidak tertahan terlepas juga. Cuma bernasib baik dia terbuang di depan toilet tidak di dalam bilik seperti abangnya dulu.
Anak belum baligh menduga kesabaran mereka yang baligh inilah salah satunya. Kena ejek pun tidak berkesan dihatinya. Senyum saja siap boleh bertanya lagi bila aku sarungkan baju. "Baju siapa ni mama?" Tidak malu pun dia berbogel di depan mama Zakie dia ini. Boleh lagi berkata sabun mandi mama wangi. Alahai anak...
~~ Ragam anak tidak membawa apa-apa dosa tapi ragam orang dewasa boleh mengundang dosa.~~
Nasib baik kak reen xder masalah mencuci bagai..
ReplyDeleteNasib baik kak reen xder masalah mencuci bagai..
ReplyDeleteAllahu..ragam yang lucu untuk mama zakie kenang dan icha bawa hingga dewasa...kasih sayang akak pada mereka inshaAllah kalau pun tidak easa manisnya di dunia,,akak akan rasa di sana kelak..mesti sejuk hati mama bila icha cakap sabun mandi mama wangi..betul kak,,inilah ujian untuk yang dah baligh dan mumaiyyez,mengurus mereka..
ReplyDeleteRagam anak 😂 yang bongsu terutamanya. Sangat mengada ngada
ReplyDelete.
Abangnya yang banyak mengalah.
.
Semoga anak sis zakiepurvit membesar menjadi insan soleh soleha. Insyaallah 💖💟💞
ragam anak2 kecil..kadang2 diluar jangakuan pikiran kita...kalau tak sabar..mau menangis bdk tu kena tarik telinga hehe
ReplyDeletenk di marah dia bdk lg kak, mcm la si aiyan, kadang di pesan berpuluh kali nk berak pi toilet.... kadang2 je nk berak laju pi toilet, kadang2 sedar2 dh ada bau... huhuhu
ReplyDeletealala. takpelah dia dah tak tahan sgt tu kot kan..
ReplyDeleteragam anak anak kecil kadang mencuit hati tapi dalam masa yang sama menggugat kesabaran..haha
ReplyDeleteAnak kecil yang suci bersih hatinya. Tak faham dia resah hati orang yang menghadapi karenah mereka... :)
ReplyDeletehehehehe.. nasib baik sy tak mcm ni masa kecik2 dulu
ReplyDelete~~ Ragam anak tidak membawa apa-apa dosa tapi ragam orang dewasa boleh mengundang dosa.~~ ini sy setuju sangat
ReplyDeleteassalam kak,lama x singgah sini...
ReplyDeletecomel je si icha...lps tu cam x rasa bersalahnya tanya itu ini....budak2 mane ada akal lg....
Ragam anak2 kecil macam2 kerenahnya perlu ditangani penuh kesabaran tapi membawa kbhgiaan di hati kita kala merenung wajah polos mrk
ReplyDeletenaseb baek juga ada kak meen dan kak reen yang boleh tolong mandikan...
ReplyDeletepandai plak die kuar bilik nak iyak.. hihi..
ReplyDeleteanak2 kecil apa lah yang mereka tahu ya kak. apa yg dibuat semuanya rasa tak bersalah ajer. Memang menguji kesabaran mendidik mereka ni. Dah jadi emak, baru tahu perasaan emak bapak mendidik kita dulu macam mana.
ReplyDeleteSalam Kakzakie,
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru ^_^
Anak-anak kecil ni kalau buat ragam apa pun, takdalah nak marah sangat. Adakalanya terasa comel memanjang. Tapi kalau dah terbuang air besar dalam seluar, mahu parah juga akak dan anak-anak nak menguruskannya. Mujurlah Mama Zakie mereka ni memang baik orangnya, sebab itulah anak-anak mengaji suka sangat. Buat apa pun takdanya nak marah!
Salah satu perkara yg berharga di beri pada anak kita ialah masa. So, just give your time when necassary.
ReplyDeleteSabar aje laa kan kak..
ReplyDeleteNasib baik ada pembantu..
Tapi masa baca tu, kelakar pun ada bila dia tanya soalan in innocent way... hihihi
kecil lagi dia..4 tahun..memang menguji kesabaran
ReplyDeletehehe...sian icha...terlepas pulak dia ye...
ReplyDeletemujur akak ada simpan lagi baju adik yang dulu2...
berlatih awal nampaknya Kak Reen...
ReplyDeletedapatlah icha pakai baju adik erkh...comel jer telatah anak kecil 4 tahun ni.
ReplyDeleteHahah. Macam macam keletah anak anak kecil ni kan kak.
ReplyDeletePandai kak reen layan adik..
ReplyDeleteRagam kanak2 comel...ragam orang dewasa mmg tak kuasa nak layan kan hehe
ReplyDeleteHihi nasib bdn..klu adibah cmfrm dia tak nak...
ReplyDeleteTerbaiklah anak dara akak
hihi..sabar aje la ya....
ReplyDelete:)
Alahai.. Bagusnya icha.. Dah tak pakai pampers.. Anak lady masih pakai pampers, tahun ini 4 thn. Tp belum 4 lagi..
ReplyDeleteSaya suka nama blog ni.
ReplyDeleteTitisan nurani.
Saya suka nama blog ni.
ReplyDeleteTitisan nurani.
Teringat dulu waktu kecik2 semasa mengaji,
ReplyDeletebaju disambar api pelita sampai berlubang.
Nasib baik tak terbakar satu badan.
Macam-macam dengan kernah anak kecil.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada baju lama yang boleh dipakai lagi.
Tak tahan agaknya tunggu turn masuk tandas.
sampai ke tandas, dah terkeluar.
Aaaaaaa~~~ mengimbas kenangan betul lah kak entry ni. Teringat budak-budak ni masa dalam proses potty train. Memang mencabar kesabaran kan. Tapi betul kata akak...ragam anak kecil ni tak membawa dosa. Kita ni yg macam2 ragam kena insaf.
ReplyDeleteNajeeha masa umur 4 tahun dulu masih ber pempes kak zakie..
ReplyDeleteDia mungkin malu kot nak cakap buang air besar tu..
Bagus juga ada kak meen dirumah boleh bantu..
Hihihi ragam anak buat lucu kak..
Ragam org tua buat kita sakit hati kekadang tu :D
hahha comel je, muka tak bersalah je dah terberak..
ReplyDeleteank sy 4 thun paki pampes lagi, tgh train nak free diapers..
Anak-anak kan..kadang buat kita marah kadang buat kita tersenyum. Dah TER memang tak boleh nak buat ape..hehehe..
ReplyDeleteItulah kan, kadang ragam anak kecil ni membuat kita stress... bila diingat2kan balik mau terienyum sendirian..
ReplyDeleteNasib baik gak kak reen sudi nolong ye, sabo jugak orgnya kak reen tu. Kalo tak jenuh mama kene berenti nk settlekan sikecil yg tak merasa bersalah tu kan, hihi
ReplyDeletehahha comel ragam budak2 kan. hidup dorang happy tak dak masalah pun. :)
ReplyDeletecomel je ragam anak2 kecil...bila dah besar, rindu pulak keletah mereka masa kecik..
ReplyDeleteKalau dinda, bab bab berak ni yg letih ni.....hihi...AGaknya macam manalah cikgu tadika tu kan kanda yg mengasuh budak budak dari paghi sampai petang
ReplyDeleteCongratulation for the great post. Those who come to read your Information will find lots of helpful and informative tips. Occupational Rehabilitation isa
ReplyDelete