Benar - kita melihat orang lain tetapi lagi ramai orang lain yang melihat kita. Kita merasakan dia bersalah tetapi lagi ramai yang nampak akan kesalahan kita. Oleh sebab itulah sebelum bertindak kami suami-isteri berbincang baik-baik mencari penyelesaian terbaik agar ukhuwah sesama umat Islam tidak terputus begitu saja. Seminggu, dua minggu, sebulan dan kini dua bulan tetap tiada kata putus. Panggilan tidak dijawab. Whatsapp dihantar juga tidak dibalas. Kami buntu. Seminggu sebelum menghilang awal November itu dia ada mengirimkan whatsapp mengatakan yang dia akan keluar hujung bulan November. Kami akur bermakna dia tidak perlu membayar sewa untuk bulan tersebut. Tetapi sehingga akhir November 2016 sehingga kini bayangnya pun tidak kelihatan.
Menjadi masalah kami sebab rumah tidak terurus. Daun-daun kering sudah kian berserakan. Barangan milik mereka masih ada di dalam. Orang pula sudah berpuluh-puluh bertanya mahu menyewa. Kami tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Beranggapan penyewa menghadapi masalah tetapi sayangnya sedikit balasan melalui pesanan ringkas atau whatsapp langsung tiada. Mahu menelefon kami mungkin malu walaupun sebenarnya kami tidak kisah seandainya benar dia tidak mampu. Siapa lagi yang mahu membantu saudara sesama agama kita kalau bukan kita ini. Tekanan ekonomi siapa tidak tahu.
Dua minggu lepas seorang kakitangan awam beruniform datang memberi salam bersungguh-sungguh mahu menyewa. Lebih terkejut dia mengenali penyewa kami itu hingga meminta kebenaran untuk memanjat pagar kerana mahu mengambil topi keledar yang dipinjam oleh penyewa rumah kami itu. Topi itu ada disangkutkan di tepi pengampai baju. Dia minta aku melihat apa yang dia ambil sebab bimbang dikatakan pencuri pula. Minta juga aku memberitahunya bila penyewa itu balik kerana mahu menagih sesuatu darinya. Aku tidak mahu tahu itu kisah di antara mereka.
Memandangkan tiada penyelesaian akhirnya hubby terpaksa membuat laporan polis bercadang untuk memotong mangga dan masuk rumah sewa kami itu. Barang-barang mereka akan kami pindahkan ke rumah corner lot kami yang kosong. Rumah corner lot sengaja tidak disewakan sebab menjadi tempat aku dan hubby bercucuk-tanam dan membela ayam. Barangan projek hubby juga banyak simpan di rumah ini. Harapan kami sebenarnya kalau mahu keluar ambillah barang-barang milik mereka. Katil, almari, dapur dan mesin basuh semuanya amat diperlukan oleh si isteri. Mungkin tidak menjadi masalah kepada isteri pertamanya sebab anak-anak sudah besar. Tetapi isteri kedua ini anak masih bayi lagi - sungguh kami kasihan sebab itu sebenarnya kami amat memahami kesulitan yang dihadapi. Tidak perlu malu dengan kami. Hal laporan kepada polis dibuat juga sudah kami whatsapp kepadanya dengan harapan dia akan ambil semua barangannya tetapi tetap tiada. Mungkin hujung minggu ini terpaksalah kami bertindak sebagaimana yang disarankan oleh pihak polis.
~~ Melihat saudara seagama tersepit kita yang melihat terasa peritnya sama.~~
Alahai kak zakie 😃
ReplyDelete.
Kisahnya sama dengan ayah mertua maznee.
.
Sewa rumah kedai, lepas tu sewa culas nak bayar.
.
Isteri kedua & anak anak tinggal di kedai yang disewa
.
Lepas tu bila call dan sms tak berbalas.
.
Akhirnya selepas hampir 2 tahun, kami nekad keluarkan
.
Persamaannya, isteri dua. Panggilan tak berjawab
.
Memang betul sekarang ni ekonomi turun
.
Tapi kalau sewa tetap kena bayar kan 😂
. Semua orang ada masalah juga
masalah juga kalau camni ye kak zakie
ReplyDeletekalau ada masalah bagitaulah, lari gitu aje
yang busuk nama kita sendiri
tapi tulah, kita nak mengulas pun tak tahu cite si penyewa tu
cuma pada saya, tak patut dia diamkan aje
Assalam kak.
ReplyDeleteKami dah melaluinya hingga terpaksa driving beratus KM untuk cari dan tengok sendiri penyewa yang sebegini. Rambut sama hitam tapi hati lain2. Rumah ditinggal dengan sampah bergunung-gunung, paip air dapur tercabut, bowl toilet pecah, pintu pecah, dinding master bedroom pun pecah, bil letrik tertunggak RM1,000++, bil air tertunggak RM200++. Tapi tengok FB wife dia, seronok berjimba di Krabi dengan suami tercinta. What to say, kak? Hmmm...
macam2 ragam penyewanya, tapi yelah, kita mana tahu apa masalah sebenarnya kan? moga2 masalah yang dialami penyewa dapat diselesaikan dan barang2 dapat diambil segera,
ReplyDeleteKisah akk nie..sama dgn kes jiran belakang rumah nieyl...
ReplyDeletedah 5 bulan x byr duit sewa rumah,lepas tu menghilangkan diri satu family..yang menjadi masalah pada tuan punya rumah itu adalah barang² dalam rumah tidak di ambil. Jadi,ramai penyewa nak sewa rumah tersebut..
memang kesian, tapi rumah jika terbiar akan rosak...tindakan akk tu, bagi rietta dah cukup baik...sepatutnya dia berkomunikasi dengan akak, lebih senang urusan....
ReplyDeletekalau ya pun dia menghadapi masalah..yg mungkin sangat berat..tp dgn cara menghilangkan diri serta berdiam diri mcm tu..memberi masalah pada org lain pulak..
ReplyDeletetak apa lah kak zakie..usah rasa bersalah dgn tindakan yg dibuat tu...sbb dah berbagai cara diambil..
Semoga kakzakie dapat penyelesaian dan boleh menyewakan rumah dengan orang lain.memang kasihan kakzakie..tapi kehidupan perlu diteruskan
ReplyDeletealahai kak... faham perasaan kak zakie dan suami... serba salah.. kesian kan pd penyewa yang tidak kesiankan pada tuan rumah.. x buat keputusan yang betul.. biar tergantung mcm tu je...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan kak zakie sekeluarga
Ragam penyewa rumah ni pelbagai.
ReplyDeleteKalau dapat yang ok, syukur alhamdulillah
kalau dapat yang tak ok, memang pening kepala kita.
alahai mcm mana lah pemikiran si penyewanya itu ye.
ReplyDeleteagaknya dia takda duit langsung kut nak bayar, malu la nak jumpa akak. yang peliknya apasal barangnya masih ada? em em
ReplyDeletebersyukur btl penyewa akak tu punya tuan umah yg sgt bertimbang rasa mcm akak n suami...
ReplyDeletekalau org lain agaknya dh lama dh kene buang brg2 dlm umah tu...
kalau pun dia ada masalah kewangan kak, jgnla sampai menyusahkan
apa slhnya bls wasap or sekurang2nya call akak atau suami beritahu status mereka, jgn lah bt mcmni....
Masalah yg sama selalu berlaku pada tuan rumah sewa.Jiran rumah saya pun hadapi masalah yg lebih kurang sama dgn kakzakie.Last2 skg dia sewa kan pada pelajar2 YPJ je.
ReplyDeleteDalam kesempitan hidup (kesempitan wang sebenarnya), pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Semoga mereka baik-baik sahaja dan akan datang mengambil barang-barang kepunyaan mereka...
ReplyDeleteSerba salah jadinya ya kak...kesian..dalam masa yang sama macam akak dan suami pun perlukan penjelasan..sabar ya kak..inshaAllah ada jalan penyelesaiannya..
ReplyDeleteMemang pening kepala bila penyewa buat hal... Doakan yang terbaik sahaja untuk mereka.
ReplyDeleteMemang susah berhadapan dgn penyewa rumah yg liat nk byr sewa ni...nampak kakzakie kena buat surat perjanjian bertulis yg menentukan syarat sbg penyewa sebelum izinkan penyewa menyewa...moga segera selesai mslh yg merungsingkan ni
ReplyDeleteerrrmmm. kesian. dengan tekaan ekonomi sekarang, macam-macam benda terjadi.
ReplyDeleteSelalu dengar dan lihat sendiri kes begini kak. Korek punya korek, rupanya laki bini dah cerai dan masing-masing tidak mahu ambil pusing barangan dalam rumah dan sewa tersebut. mahu tidaknya kena panggil majlis perbandaran bawa tong sampah besar, sapu habis benda dalam rumah kepunyaan penyewa.
ReplyDeletebila baca catatan kak zakie ni ada faham sikit-sikit kisahnya..
ReplyDeleteapa jua masalah mereka moga dapat diselesaikan..
dan memudahkan orang lain juga
kesian dgn mereka. tp cara nya tu x betul.. if ada apa2 mslh smua blh bawak berbincang. smga urusan akk di permudahkan =)
ReplyDeleteapapun, mereka sepatutnya berbincang...kasihan melihat mereka, kasihan juga melihat kak Zakie yang terpaksa juga berusaha untuk menyelesaikan masalah ni. Sabar yer Kak..
ReplyDeleteNasib baik sebenarnya mereka ni dapat tuan rumah macam Kakzakie. Masih ada lagi rasa belas kasihan dan cuba nak memahami keadaan. Salahnya si penyewa ni sebab main lari aje dan tak mahu menjawab panggilan. Sepatutnya jumpalah tuan rumah dan ajak berbincang macamana. Saya tak rasalah akak ni nampak bengis dan berkira sampaikan si penyewa takut nak bersemuka.
ReplyDeleteTapi kita pun faham keadaannya yang mungkin tak mampu nak langsaikan sewa rumah yang tertunggak. Sayangkan main tinggalkan aje barangan rumah yang masih elok. Kalau dah kesempitan, janganlah dibiarkan aje macam tu. Ataupun nak bawa barang keluar, sewa lori pun tak mampu juga nih, kak...
Kalau ikut keadaan, memang ramai yang susah tapi nak buat macamana, masing-masing ada cerita susahnya tersendiri.
Pernah terjadi pada kak Zai juga kakzakie bila penyewa tidak membayar duit sewa selama 3 bulan.Kasihan dgn kehidupannya tp dia makan kita balik. Janji nak pindah cukup bulan dan bayar sewa tertunggak alih2 tengah bulan sudah menghilang. Tidak menyusahkan kami halalkan saja termasuk perbelanjaan pemulihan rumah yg byk rosak.
ReplyDeletekemana mereka hilang tu kak? saya mula terfikir bukan-bukan pulak.. nauzubillahimindzalik.. harapnya takde la perkara yang tak diingini..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan akak.
ReplyDeletemybe dia dalam kesusahan kot kak..tapi kot ye pun inform lah kan...at least ada jugak yang boleh dibantu
ReplyDeleteSedih pula saya baca..kenapa orang sebaik akak dan suami di layan sebegini ?
ReplyDelete:(
Saya singgah dulu...
ReplyDeleteLepas exam.. saya baca balik n3 ni..hihi.
Btw... moga Allah permudahkan.
SA pernah rasa apa yg akak rasa..cuma beza sikit je..sebab tu SA menyewa tempat lain dah sekarang..SA dulu jadi kepala rumah...sekarang malas dah..malas nak hadap macam2 perangai
ReplyDeleteKasihan mereka. Dugaan hidup sekrang ni.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan akak dan penyewa tersebut juga.
Masalahnya saya rasa dia beristeri dua.
ReplyDeleteAdakah saya memfitnah?
serba salah kita dibuatnya ya kakzakie! segan/malu bercampur rasa bersalah agaknya penyewa tu nak berhadapan dgn tuan rumah yg baik macam kakak/abang ni. susah nak cari tuan rumah yg boleh bertolak-ansur dgn penyewa.
ReplyDeletemoga urusan akak dgnnya dipermudahkan.
poligami buleh tp sewa umah x mampu bayar! memalukan kaum Adam aje. akak report je kat polis sbb tu kan umah akak? brg2 dia tu simpan dulu sampai beberapa bln. kalau dia x dtg tuntut jual je kat mudah.my sbg tunggakan sewa n byran pengurusan...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan akak..
ReplyDeletesaya pun pernah terkena mcm ni, masalah dgn penyewa, selepas isteri meninggal, keluarga tk terurus sbb suami kerja pemandu lori, kemudian senyap, sewa tk bayar, lost contact..rupa2nya dah meninggal, sakit jantung, keluarga dia yg contact saya, nasib baik penyewa ada tulis no. telefon dlm buku letak dlm kereta..keluarga dia datang bawa lori amik barang2 semua..kena potong kunci mangga sbb tk jumpa kunci..Alhamdulillah, dah selesai, cuma rumah jd teruk, kena baiki..redho je lah..
Kesian akak dan suami. Semoga kalian dan penyewa tersebut diberi ketenangan dan kesabaran serta dapat ketemu jalan penyelesaian.
ReplyDeleteMoga urusan akak dipermudahkanNYA dan buat penyewa moga ada inisiatif untuk menghubungi akak untuk menyelesaikan masalah.
ReplyDeletemacam hal ya kak.
ReplyDeleteSemoga dipermudahakn urusan akak..
ReplyDeleteBeruntung dpt tuan rmh mcm akak,ada tu tuan rmh plk menekan penyewa..
semoga dipermudahkan urusan akak...mcm2 ragam orang
ReplyDeletealahai..bertabahlah kak bila kna hadap ragam2 mcm ni
ReplyDeletemudah2an dipermudahkan segala urusan. beruntung juga kakzakie..dekat boleh menjengok..
ReplyDeletesaya ni bertawakal sajalah dengan penyewa.kenal pun tak. whatsapp saja. dek kerana saya pun turut menyewa di SP..mudah2an bagaimana saya berurusan dgn tuan rumah dan jaga rumahnya dengan baik, begitu juga yang saya harapkan dengan mereka yang menyewa rumah saya..
zaman sekarang ni....mcm2 ragam manusia
ReplyDelete